Tuesday, October 11, 2011

Pengenalan Sistem CCTV.




APA ITU CCTV?

  • CCTV adalah ‘Surveillance Camera System’ atau kamera pengawasan, sistem terdiri daripada kamera dan sistem DVR (Digital Video Recording).

  • CCTV berfungsi untuk mengawasi dan merekam segala bentuk aktiviti pada satu-satu area / lokasi.

  • CCTV juga digunakan sebagai security alarm / alarm keselamatan untuk satu-satu area / lokasi.

  • CCTV juga mempunyai aplikasi CCTV ONLINE (Remote Access).


APAKAH KELEBIHAN CCTV ONLINE? (Remote Access)

  • Manfaat / kegunaan CCTV kepada pengguna adalah untuk memantau dan merekamkan segala bentuk inej/aktiviti yang berlangsung/berlaku pada area / lokasi terpilih dari jarak jauh dan di mana sahaja , tanpa ada batasan jarak.
  • Penggunaan CCTV juga dapat memantau dan merakam segala bentuk imej/aktiviti yang berlaku dari luar area / lokasi dengan menggunakan PDA , Laptop, PC atau Hand Phone secara real time dari mana saja.
  • Rakam dan simpan hasil monitoring secara automatik kedalam Hard Disk (HDD) sebaik sahaja hasil rekaman penuh selama 24 jam atau hasil rekaman ‘Motion Detect’ (merekam imej hanya jika ada gerakan yag terjadi pada daerah yang dipantau).
  • Ianya juga berfungsi sebagai alarm, yang akan membunyikan sirene pada computer anda atau mendial no telefon / HP anda secara automatic pada saat kejadian/kecemasan jika berlaku pencerobohan, jadi ianya bukan sekadar alat pemantau atau mengawasi sahaja, sekaligus berfungsi pelindung asset serta tempat/kediaman anda dari sebarang ancaman yang tidak diingini.
  • Dengan kombinasi fungsi –fungsi (features) : motion detect, alarm dial, serta inrecording,maka anda tidak harus terus menerus mengawasi camera cctv anda. Semua hasil monitor akan tersimpan di computer dan jika berlaku kejadian yang tidak di ingini, anda akan dihubungi secara automatik pada masa yang sama. 


MENGAPA PERLU ADA APLIKASI CCTV ONLINE?

contoh aplikasi remote access
  • Mengawasi pejabat cawangan atau awam dari pejabat pusat (HQ), secara tidak langsung dapat menghindarkan dari hadapi kesesakan lalu lintas serta menjimatkan masa kerana dapat memantau melalui internet tanpa perlu berulang alik.
  • Memantau pejabat/premis anda dari rumah dengan tenang, secara tidak langsung dapat mengurangkan atau bahkan dapat mengurangkan risiko kehilangan/kecurian barang – barang premis.pernigaan anda untuk memaksimakan keuntungan/profit.
  • Beristirehat bersama keluarga, sambil dapat memantau bisnes anda, tanpa perlu lagi mengabaikan waktu bersama keluarga. Best kan?
  • Mengawasi suami/ isteri/anak-anak/ baby sitter/maid dimana sahaja anda berada. Anda dapat menjalankan bisnes atau bekerja/outstation dengan tenang, karena masih dapat mengawasi mereka setiap saat.
  • Ada bukti ‘authentic’ (sahih) jika berlaku kejadian yang tidak di ingini.
  • Memaksimakan tenaga kerja/kakitangan anda. Tentu mereka tidak akan curi tulang atau menggunakan fasiliti (kemudahan) pejabat untuk kepentingan peribadi apatah lagi berbuat perkara negatif. Dijamin, pengurusan perusahaan anda akan meningkat secara drastik.
  • Melindungi asset berharga serta kediaman/premis/pejabat anda, kerana CCTV anda boleh difungsikan sebagai alarm yang cangih (trigger). Anda dapat kecapi keselesaan hidup yang maksima


BAGAIMANA DENGAN PENYELENGGARAAN CCTV ?

  • Penyelenggaraan kamera tidak rumit, pengguna hanya perlu membersihkan lensa 1 bulan sekali dan memeriksa connection/penyambungan cable coxial atau power pada camera.
  • Penyelenggaraan pada sistem juga sama, tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit, pengguna hanya perlu sebulan sekali memeriksa sistem DVR/review dan memindahkan hasil rekaman yang penting pada laptop,thumb drive atau CD. Untuk tidak mengganggu kelancaran sistem CCTV (DVR) berfungsi,pengguna diharapkan tidak mengoperasikan program lain dalam satu DVR (untuk system PC BASE seperti internet atau program lainnya).



- Serambi Awam -

2 comments:

  1. En. Nikman berapa lamakah CCTV boleh menyimpan rakaman?? hehehe bukan apa pembacapun nak tahu kot-kot nak review/playback recordings yang lepas2...

    ReplyDelete
  2. Bergantung pada kapasiti Hard Disk Drive (HDD) dan juga format video DVR itu sendiri serta configuration setup utk mode recording itu sendiri.Teknologi untuk DVR H.264 dalam pasaran kini support format AVI/MPEG-2/MPEG-4 untuk video.
    Kini kapasiti Hard Disk dalam pasaran semua punyai ruang yg besar hingga 5TB (terabyte)=5000GB (gigabyte) bergantung kepada pengguna (consumer). Pada kebiasaannya HDD 500GB untuk DVR yg dah disetup dgn menggunakan motion detect boleh menyimpan rakaman sehingga 30 hari(sebulan) 24jam terus menerus.
    Jadi untuk menyimpan rakaman sehingga 60hari (2 bulan) boleh menggunakan HDD berkapasiti 1TB atau lebih.

    *akan dibincangkan lebih detail untuk issue yg akan datang.

    ReplyDelete