Wednesday, July 13, 2011

Song Writing and Arrangement

Sekarang aku sedang praktikkan semula apa yang pernah aku ceburi dan pelajari sebelum ini,bukan sebagai professioanal tetapi lebih kepada hobi dan eksperimentasi serta berkongsi  idea.Setelah sekian lama meninggalkan bidang ini  atas sebab peribadi (heheheh).
    Bermula semula dengan tanpa peralatan terkini,no gadget,no sound modulator,without sound interface dan lain2 peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan lagu atau sampler yang bermutu seperti waktu belajar dan bekerja dalam bidang ini satu ketika dulu.Dah nama pun home recording for fun.Hanya dengan menggunakan Desktop low performance (Pentium 4 2.8Ghz),1Gb RAM,Intel built in sound dan MixCraft 5 software.Untuk virtual instrument hanya menggunakan typing keyboard.Untuk riff guitar,wave recording aku guna direct mono line in receive daripada digital effect zoom 505.Untuk realtime sememangnya ada 'lag' dan perlu setting 'bit rate' pada MixCraft 5 (perlu explore lebih lanjut disebabkan pertama kali guna software ni).
   Adakah dengan setup yang sebegini boleh dapat hasil kerja yang memuaskan? Aku akan attach kan sample recording yang dah siap nanti untuk mendapatkan comment anda semua  


Siapa di luar sana yang ada idea,atau pernah mencuba dengan setup yang seperti ini?


-Will continue soon-

9 comments:

  1. kalau x gunakan audio interface...maknanya kamu guna midi cable ke Man?? mohon tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  2. tak guna audio interface yang dimaksudkan adalah external rack interface or usb interface yang khusus..macam untuk record wave,saya guna stereo jack direct plug in pada aux input pc,output source daripada effect guitar (effect yang bertindak sebagai interface)..then kena setting bitt rate agar tiada lag..untuk midi saya hanya menggunakan sampler & midi sound dari standard PC built in soundcard serta di edit semula menggunakan keyboard computer as a virtual music keyboard..cuma kerja jadi lambat & leceh sedikit sebab tiada complete equipment,just buat dengan apa yang ada...tapi ini hanya sesuai untuk roughly recording (untuk riff & sample sebagai rujukan untuk musician lain buat persiapan/study untuk real recording)...then terpaksa guna complete basic recording equipment jugak untuk track by track reording yang berkualiti.

    ReplyDelete
  3. owh...jelas sekali...ok macam disebut dalam article, persediaan alat yang minimum memag leceh,tapi sebagai pemuzik kita mst mahukan yg terbaik...saya skrag gunakan kibod dan audio interface untuk data wave..pekara yg saya sering aggap penting dalam menentukan kualiti lagu adalah bagaimana utk setting 'sample rate dan bit Depth'...salah satu asas yg saya tahu ianya utk kawal dari 'sound peak',lazimnya saya hanya guna sample rate 44100kHZ dan Bit Depth 16bit,begitu juga utk export,saya sedar dua fungsi ini penting, tapi tak tahu apa sebenarnya kepentingannya dan dari sudut apa utk saya boleh bezakan kualitinya.Kalau Man tak keberatan saya amat hargai jika dpt diterangkan.

    ReplyDelete
  4. seperkara lagi...peranan 'Decibel'atau didalam sofware ditulis '0dB'boleh dinaikkan hingga 22dB...ada kala saya guna utk naikkan kekuatan bunyi sound, dan jelaskan bunyi.fungsi dB mungkin saya nampak dimana boleh dibezakan,namun pengetahuan saya setakat ini saja. jika perlu ada yg perlu saya tahu, mohon Man terangkan.

    ReplyDelete
  5. Memang benar,kualiti bunyi dalam process recording adalah amat penting. Dan penggunaan headphone yang khusus untuk recording (andai ada) juga salah satu cara yang dapat membantu dan memudahkan kita dalam mengimbangi EQ untuk setiap bunyi (especially byheart mcm kita). Berbeza dengan hanya bergantung pada speaker monitor kerana wide sound adalah lebih sukar untuk ukur ketepatan dalam pengimbangan.

    Dalam engineering atau teknikalnya Desibel (dB) adalah untuk mengukur tahap bunyi, tetapi ia juga digunakan secara meluas dalam bidang elektronik, isyarat dan komunikasi. DB adalah satu unit logaritma digunakan untuk menggambarkan nisbah. Nisbah boleh menjadi kuasa, tekanan bunyi, voltan atau intensiti atau beberapa perkara lain

    Memang benar antara fungsi ‘decibel’ adalah untuk boost up/gain dan down turn kan jumlah volume/level. Lagi tinggi decibel semakin besar wave,dan ini bergantung pada maximum guideline wave track anda. Cara saya,semasa record saya balancekan (at 0 rate/center) semua fader EQ (andai menggunakan rack system).Alasan saya adalah untuk record pure sound setiap instrument. Kemudian selepas record setiap track barulah ianya boleh dihalusi lagi dengan menentukan setting pada EQ. (sila refer pada ‘help’ topic software anda) kerana setiap software featuresnya berbeza (ada kelebihan & kekurangan). Kebiasaannya EQ setting ada 3 mode pilihan (bergantung pada software) iaitu :
    1. Graphic
    2. Paragraphic
    3. Parametric
    InsyaAllah nanti kita berbincang pula tentang EQ.


    Bit Rate biasanya dinyatakan dalam Mbit / sec
    Ini membawa kita kepada Kadar Bit, atau berapa banyak data sesaat diperlukan untuk menghantar fail, yang kemudiannya boleh diterjemahkan kepada berapa besar file

    Rate 44100kHZ dan bit depth 16bit adalah angka untuk standard CD quality. Andai kamu pilih 24bit/96000kHZ atau 32bit boleh,tetapi tidak semua audio player support bit rate tersebut. Macam saya setting semula kHZ rate adalah disebabkan untuk mendapatkan realtime recording kerana menggunakan pc low spec dan built in soundcard,yang mana kalau tidak berbuat demikian bunyi sampai dulu baru disusuli data wave (lewat 5 seconds utk rate 44100kHZ).
    Jika ambil course pengkhususan audio engineering,setiap angka Hz itu ada calculation dalam fungsinya mengawal gelombang bunyi (terlalu detail).Saya juga tidak sampai ketahap itu.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...kira-kira jawapan yang diberi amat membantu...saya tak pernah diterangkan sebaik ini...insyaAllah saya akan manfaatkan sebaiknya...moga pahala dan rezeki aku doakan buat kamu Man....terima kasih..

    ReplyDelete
  7. terima kasih...Ish...mungkin ada yang kurang,dan lebih baik kamu bertanya pada yang lebih berpengalaman untuk mengetahui lebih detail...saya hanya share apa yang saya tahu...apapun setiap orang pendengaran nya berbeza...telinga mendengar dan hati yang ikhlas membuat keputusan...so jgn risau tentang feedback negative orang,kerana itu adalah salah satu ilmu yang terbaik...terima apapun dengan positive,insyaAllah kamu boleh mara jauh anas...

    ReplyDelete
  8. jd eloklah di upgrade barang jika berkemampuan.. sikit2 pon jd la.. kang lg susah n lambat kerjanya.. sbb itu pon membantu utk kualiti produk.. input signal cantik pasti output juga menarik >_<

    ReplyDelete