Tuesday, April 10, 2012

ABDULLAH BIN AL-MUBARAK


Abu Abdurrahman Abdullah bin al-Mubarak al-Hanzhali al-Marwazi lahir pada tahun 118 Hijriah / 736 Masihi. Ayahnya seorang Turki dan ibunya seorang Persia. Beliau adalah seorang ahli Hadis yang terkemuka dan seorang zahid termasyhur. Abdullah bin Mubarak telah belajar di bawah bimbingan beberapa orang guru, baik yang berada di Merv mahupun di tempat-tempat lainnya, dan ia sangat ahli di dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan, antara lain dalam bidang gramatika dan kesasteraan. Beliau adalah seorang saudagar kaya yang banyak memberi bantuan kepada orang-orang miskin. Beliau meninggal dunia di kota Hit yang terletak dipinggir sungai Euphrat pada tahun 181 H/797 M. Banyak karya-karyanya mengenai Hadits, salah satu di antaranya dengan tema “Zuhud masih dapat kita jumpai hingga waktu sekarang ini.”
 
PERTAUBATAN ABDULLAH BlN MUBARAK
 
Abdullah bin Mubarak sangat meminati seorang gadis dan membuatkan beliau terus-menerus berada di dalam kegundahan. Pada suatu malam di musim dingin, beliau berdiri di bawah jendela kamar kekasihnya hingga ke pagi hari, hanya kerana ingin melihat kekasihnya itu walau hanya untuk sekilas sahaja. Salju turun sepanjang malam itu. Ketika azan Subuh berkumandang, beliau masih beranggapan bahawa itu adalah azan untuk solat Isya'. Sewaktu fajar menyingsing, barulah beliau sedar betapa dia sedemikian terkhayal dalam merindukan kekasihnya itu. “Wahai putera Mubarak yang tidak tahu malu!”. Katanya kepada dirinya sendiri. “Di malam yang indah seperti ini engkau dapat berdiri tegak terpaku sehingga pagi hari kerana hasrat peribadimu,t etapi apabila seorang imam solat membaca surah yang panjang engkau menjadi sangat gelisah.”
 
Sejak saat itu hatinya begitu gundah. Kemudian beliau bertaubat dan menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah S.W.T. Sedemikian sempurna kebaktiannya kepada Allah S.W.T sehingga pada suatu hari ketika ibunya memasuki taman, si ibu melihat anaknya tertidur di bawah rumpun mawar sementara seekor ular dengan bunga narcissus di mulutnya mengusir lalat yang hendak mengusiknya.

-Bunga Narcissus-
Setelah bertaubat itu Abdullah bin Mubarak meninggalkan kota Merv untuk beberapa lama menetap di Baghdad. Di kota inilah beliau bergaul dengan tokoh-tokoh sufi. Dari Baghdad ia pergi ke Mekkah kemudian ke Merv. Penduduk Merv menyambut kedatangannya dengan meriah. Mereka kemudian mengorganisasi kelas-kelas dan kelompok-kelompok pelajar. Pada masa itu sebagian penduduk beraliran Sunnah, sedang sebahagian lainnya lagi beraliran feqah. Itulah sebabnya mengapa Abdullah disebut sebagai tokoh yang dapat diterima oleh kedua-dua aliran itu. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua-dua aliran tersebut dan setiap aliran itu mengakuinya sebagai anggota sendiri. Di kota Merv, Abdullah mendirikan dua buah sekolah tinggi, yang satu untuk golongan Sunnah dan satu lagi untuk golongan Feqah. Kemudian beliau berangkat ke Hijaz dan untuk kedua kalinya menetap di Mekah.
 
Di kota ini, beliau mengisi tahun-tahun kehidupannya secara berselang-seli. Tahun pertama beliau menunaikan ibadah haji dan pada tahun kedua beliau pergi berperang, manakala tahun ketiga pula beliau berdagang. Keuntungan dari hasil dagangannya itu dibahagikannya kepada para pengikutnya. Beliau selalu membahagi-bahagikan buah kurma kepada orang-orang miskin kemudian menghitung biji buah kurma yang mereka makan, dan memberikan hadiah satu darham untuk setiap biji kepada siapa di antara mereka yang paling banyak memakannya.
Abdullah sangat teliti dalam kesolehannya. Suatu ketika beliau singgah di sebuah warung kemudian pergi menunaikan solat. Sementara itu kudanya yang berharga mahal terlepas ke dalam sebuah ladang gandum. Kuda itu lalu ditinggalkannya dan meneruskan perjalanan-nya dengan berjalan kaki. Mengenai hal ini Abdullah berkata: “Kudaku itu telah merosakkan gandum-gandum yang ada pemiliknya”. Pada peristiwa lain, Abdullah melakukan perjalanan dari Merv ke Damaskus untuk mengembalikan sebuah pena yang dipinjamnya dan lupa mengembalikannya.
 
Suatu hari Abdullah melalui suatu tempat. Orang-orang mengatakan kepada seorang buta yang ada di situ bahwa Abdullah sedang melewati tempat itu. “Mintalah kepadanya segala sesuatu yang engkau perlukan!”. “Abdullah berhentilah!”, orang buta itu menjerit. Abdullah lalu berhenti. ” Doakanlah kepada Allah S.W.T untuk mengembalikan penglihatanku ini!”,  teriaknya dengan memohon kepada Abdullah. Lalu Abdullah menundukkan kepala lantas mendoakan dah memohon pada Allah S.W.T agar disembuhkan orang buta itu . Seketika itu juga orang buta itu dapat melihat kembali.
-Semoga menjadi renungan buat kita semua..insyaAllah -
-Serambi Awam-

No comments:

Post a Comment