Wednesday, June 19, 2013

VOLKSWAGEN SCHWIMMWAGEN : KENDERAAN AMFIBIA NAZI JERMAN


Zeig Amfibia!

Volkswagen Schwimmwagen ialah antara variasi Volkswagen Beetleyang mungkin anda tidak tahu kewujudannya. Volkswagen Schwimmwagen ialah sebuah kenderaan amfibia kegunaan tentera Nazi Jerman yang dibina menggunakan platform yang sama seperti Beetle. Perbezaan antara Beetle dan Schwimmwagen ialah kenderaan amfibia ini mempunyai kemapuan 4WD dan terdapat kipas pada bahagian belakang untuk kegunaan ketika di dalam mod amfibia. SebuahKubelwagen (Jeep versi Vokswagen) diubah suai dengan bahagian bawah kedap air dan diberikan sebuah enjin 1.1 liter dengan 25 kuasa kuda. Ia juga dilengkapi senjata mesingan MG42. Sebanyak 14 265 Schwimmwagen dihasilkan diantara 1942-1944 tetapi hari ini dianggarkan hanya 162 buah sahaja yang masih wujud. Cool car! Sesuai digunakan di Kuala Lumpur apabila banjir kilat berlaku!





Sumber : Wikipedia


- Serambi Awam -

No comments:

Post a Comment