Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Alkisah seorang menantu yang membenci mertuanya…


Pada satu ketika dahulu, Aminah berkahwin dan tinggal bersama suami dan mak mertuanya. Hubungan Aminah dengan mak mertuanya bermula saja sudah seperti anjing dengan kucing.

Mereka berdua tidak pernah berhenti bergaduh kerana kedua-dua tidak dapat menahan sikap dan tabiat masing-masing. Mak mertuanya, Jannah mengkritiknya setiap hari.

Disebabkan budaya menghormati orang tua, Aminah sentiasa akur dengan permintaan mak mertuanya yang dirasakan melampau seperti seorang diktator. Suaminya pula tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Aminah merasakan mak mertuanya inginkan menantu baru – samada ada dua pilihan, paksa suaminya untuk menceraikannnya atau suruh suaminya berkahwin seorang lagi.

Setiap hari Aminah memikirkan perkara ini…

Akhirnya Aminah tidak tahan, dan berjumpa dengan seorang Ustaz Rawatan Herba Ustaz Yahya, sahabat karib ayahnya, untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Aminah mengadu segalanya pada Ustaz Yahya, dan meminta untuk mendapatkan herba racun untuk menyelesaikan masalah mak mertuannya.

“Pakcik boleh bagi. Tapi Nah kena ikut cakap pakcik sampai akhir. Kalau tidak, pakcik tak tanggung apa-apa yang berlaku nanti,” kata Ustaz Yahya.

Aminah kegembiraan, “No problem. Saya mesti dengar cakap pakcik!”

“Nah tak boleh guna racun yang cepat to menyelesaikan mak mertua awak, kerana orang akan syaki. Jadi, pakcik akan berikan beberapa herba yang akan menyebabkan racun terhasil secara sendirinya dalam badan mak mertua secara slow-slow. Setiap hari, Nah kena masak sedap dan letakkan sedikit herba ini dalam makanan untuk mak mertua.

Supaya tiada orang yang akan syaki Nah apabila terjadi apa-apa, Nah kena berlakon untuk menjaganya dengan baik. Jangan gaduh dengan dia, ikut cakap dia, dan layanilah mak mertua macam mak kamu sendiri.”

Aminah gembira sangat dengan cadangan pakcik dan mulakan langkah untuk menyelesaikan mak mertuanya.
Hari, masuk ke minggu, masuk ke bulan, Nah membuat hidangan yang cukup sedap untuk mak mertuanya supaya mak mertuanya tidak sedar kehadiran racun herba tersebut. Nah juga berhenti bergaduh dengan mak mertuanya kerana tidak mahu disyaki, Nah mengawal emosinya, dan mengikut segala perintah dan melayani mak mertuanya seperti maknya sendiri.

Setelah 6 bulan, mood di rumah Aminah berubah. Mak mertuanya sering memberitahu jiran-jiran dia dapat menantu terbaik di dunia ini. Aminah pula sudah tidak kenal erti marah, segalanya adalah seperti biasa untuknya. Sekarang mak mertuanya mudah dijaga dan bergaul seperi maknya sendiri.

Suami Aminah adalah orang paling gembira di rumah. Aminah sudah mengandung dua bulan.

“Pakcik, pakcik. Nak minta tolong. Ingat tak 6 bulan lalu, pakcik bagi saya herba racun untuk menyelesaikan mak mertua saya… boleh tak pakcik bagi penawarnya. Mak mertua dah bertukar menjadi seorang yang baik… saya sekarang sayang padanya macam mak saya. Saya tak nak dia mati kerana racun yang saya letak di setiap hidangannya,” kata Aminah yang pergi berjumpa dengan Ustaz Yahya.

Ustaz Yahya bergelak besar.

“Usah bimbang Nah. Pakcik tak pernah beri racun, dan tak pernah jual racun. Yang pakcik beri ialah vitamin pada mak mertua awak dan penawar untuk racun di minda Nah dan juga kelakuan Nah pada mak mertua… sekarang nampaknya racun itu dah habis dibuang dengan timbulnya rasa sayang Nah pada mak mertua… HAHAHAHAHHAHAH,” kata Ustaz Yahya.

Dapat isi tersirat?



- Serambi Awam -


Monday, December 31, 2012

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM

Penceritaan oleh : Mohamad Sidik

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."


"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."


Gambar Hiasan
"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...


Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]
 


- Serambi Awam -

Thursday, June 28, 2012

Sukarkah Mendidik Anak Agar Mudah Untuk Meminta Maaf?



Suatu hari ketika sedang di pejabat , HP aku berbunyi. Ternyata panggilan dari isteri aku, mungkin untuk mengirim sesuatu ketika pulang nanti, fikir aku dalam hati. Ternyata dugaanku meleset. Sejurus selepas menekan butang 'jawab', terdengar suara tangis isteriku.

“Anak abang..,” terhenti disitu tanpa mampu menghabiskan. Meskipun hairan dan cemas, namun aku cuba untuk mengawal agar tenang . Namun aku menduga, pasti ada sesuatu yang terjadi keatas anak pertama aku  yang berumur 8 tahun. Mungkin jatuh atau….

“Basikal Atirah rosak gara-gara anak abang. Ibu dah pesan, jangan pinjam basikal orang. tapi…dia degil” kata isteri aku sambil tidak mampu mengawal emosinya.

Basikal yang dimaksudkan milik Atirah oleh isteri aku tadi, adalah sepupu anak aku. Basikal lipat baru yang dibeli dengan harga yang mahal itu baru berusia sehari. Sekarang basikal tersebut dah rosak gara-gara anak aku.

Thursday, June 14, 2012

Asal Usul Negara Denmark



Arakian telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama untuk negaranya. Adapun, Makcik Rabeah, seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan. Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah meng’apply’kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Rabeah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya.

Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini. Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik rabeah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik Rabeah ” Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?”. Makcik Rabeah pun berkata “tidak tahu tuanku!”. “Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau.” tempik Raja.

Makcik Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya. Lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya. “Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?”. Lalu anak pertamanya menjawab ” Den mak”. Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab “den mak”. Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan ‘den mak’ lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu ‘LOMBU’. Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk menjadi pemain bolasepak negara denmark.



*Sekadar hiburan*


- Serambi Awam -

Friday, September 30, 2011

The Memory Remains....(era battle of the band)


Sekadar nak share kegiatan masa lalu, kenangan yang begitu berharga ketika bersama dengan kawan-kawan sekolah. 1st time participate battle of the band : SALEM RECHARGE JAM berlangsung di Zouk K.L. Tahun 2005 kalau tak silap. Macam mana boleh masuk competition ni?

Dari sekolah menengah kami memang minat main muzik,waktu itu hanya sekadar hobi. Jadi bila dah minat tu selalu lah kami 'Jamming' bersama. Line up toksah citer,bertukar-tukar memanjang. Tapi guitarist tetap kena bersama,sebabnya...hahaha aku nak mengelat part solo,so Abu Sufian sebagai penyelamat. 

Masa tu dia lah 'Blues Man' bagi je apa solo pun dari solo Hendrix,SRV,Johnny Lang,Malmstein,Kai Hansen,Kirk Hammett@izo muahahaha sampai ler guitar hero local scene mcm Man Kidal,Rosli Mohalim,Karl Cromok,Izo XPDC(wakakaka) serta mcm2 lagi habis sumua dia 'Tapau". Ekekekek...time lepas zaman sekolah tu aku cuma main rythm je. Boleh katakan tiap-tiap hujung minggu je lepak cari lagu sama2, tak dekat rumah aku mesti kat rumah Abu atau rumah Eliq. Masa mula2 main gitar tu Abu ni ada gitar Kapok jer,tapi bila apply dah mcm gitar 'karen' dia bantai sampai meleleh air liur dia punya feel (patut tiap kali guna gitar aku lepas tu tali berkarat!) Semua gitar dia main habis putus tali (pull off tahap gila babi).'Tone' katanya...ahaks.

Start aku ada gitar elektrik sendiri tahun 1998. Arwah ayah yang belikan. Brand Fernandes design Stratocaster,neck Maple '0' shape (punyalah susah nak pegang chord). Tapi bunyi not bad laa. Aku mula berjinak part 'goreng' ni bila kami start jam lagu 'Memory - Cromok'. Bantai jer laa...tapi part solo gulung tu Abu tapau gak. Masa tu line up band : Hasrul (Bass), Hanafi (Drum), Aku & Abu (Gitar) vocal tak dak (kihkihkih). Main tak tahulah sumbang ke apa ke, tapi takat Cromok & Helloween tu selamber jer full song. Sampai laa ada seorang makhluk Allah nih yang namanye 'Amir' (kawan sekolah gak) selalu tengok kita orang jam dengan muka jambu serius nye. Sampaikan dia ajak laa kami buat 'Charity Show' kat Klang Parade tahun 1999 (1st perform kami) kot. Haa...apa maknyanya tu? maybe kami nih ada bakat kot (wakakaka). Ni kalau Amir baca blog nih sure dia maki nye aku...Rileks laa Amir, gua tau laa lu dah 'Professional',dah pernah jadi producer Ella,dah jd Songwriter gempak!! Steady Amir, lu tetap gua respect!! Masa Charity show tu terpaksa guna guest vocalist, Mr.Faiz (bukan faiz jepun tau). Kah kah kah lagi sekali lepas show kami guling2 gelakkan vocalist...hahahampehhh lagu punyalah rock tak hengat masa tu (I Want Out, Future World,Your Turn byk lg laa) tapi dia nyanyi dah mcm bagi ucapan,pegang kertas tengok lirik..wakakakaka!! Nih lu laa yang suggest dia jadi vocalist mir!!

Tahun berganti tahun, line up band pun berganti..tapi kalangan kawan2 sekolah gak. Hasrul retired sebab tumpukan masa depannya kat bidang err...bidang apa ntah tak ingat,serul...kalau lu baca kisah nih jangan marah aaaa...tempat beliau digantikan dengan Eliq (Ellya Masriq) sekarang minat jadi roadrunner tak silap sampai laa sekarang nih bila jamming dia laa main gitar tali besar tu. Sejak Hanafi rehat tumpukan alam perkahwinannnya tempatnya digantikan dengan mcm2 drummer. Kebetulan start tahun 2003 aku dah start sambung study bidang muzik nih,so takde masalah laa nak cari drummer. Antaranya Shafiq, Ijan, Mamu dan Yom (mana dan apa khabor laa diaorang). Ijan dan Mamu aku tau sekarang nih diaorg masih aktif fulltime musician. Vocalist Malan pastu Mokhtar campur tangan nak nyanyi jugak terpaksalah Malan mengalah. (Malan memang power!! setakat high pitch Micheal Kiske selamber..guna suara perut katanya...hahaha mcm2). Mokhtar nih ala2 Will Smith (wakakaka). Start serius kat band nih lah kami guna khidmat keyboardist,puaslah dok cari sampailah jumpa 'Tikus' nama betul sampai sekarang aku tak tau. Kenal beliau sewaktu study muzik sama dulu. Lepas tu beliau dapat offer dengan band lain yang kena dengan jiwa nya,kemudian digantikan dengan 'Baya'. Baya nih memang best bila dia apply feel dia kat keyboard. Senang sikit sebab dia pun berjiwa soundman. Apapun keyboardist hanya sebagai guest untuk kami. Panjang nye aku melalut...


Berbalik pada Recharge Jam. Waktu kami rajin,boleh katakan tiap2 hujung minggu kami 'jamming' di subang, studio 'Pentatonic' kepunyaan Adib (drummer gak). Bila dah jadi regular,satu hari tu dia proposed kami untuk participate competition 'Recharge Jam' organized by Salem tu. Kami dengan eksen pun tanya, cemana nak take part? Dia kata senang jer,record dua lagu buat CD demo (record live kat studio tu gak) nanti dia submitkan. Kalau dipanggil dapat laa tu. Difahamkan competition dimulakan dengan hantar demo,then battle disetiap region seluruh Malaysia...lastly,sape yang menang masa peringkat region akan ke final batlle. Perghh...kami dengar gitu terus malas nak berharap,just buat demo jer lah janji ada orang tau kami main lagu 'GABAN" ekekekek..Discuss punya discuss,kami pilih record lagu Uchuu Keiichi GAVAN (aku solo) dan Play That Funky Music (Abu solo) rearrangement dengan beat rock,nak nampak modern laa konon. Masa tu drummer Shafiq dan keyboardist Tikus. Shafiq memang tight manakala Tikus dia punya Hammond sound ala2 John Lord...heheh...kami pun puas hati dengar balik hasil demo tu. pa lagi...kami terus submit laa!! pastu buat dono jerk...

Tengah lepak hisap surya,tiba2 dapat call, Adib inform kami layak untuk region battle!! YABEDABEDOOOOOO!!..hehe semangat berkobar....terasa yang gua nih RAWK! maklumlah masa tu rambut lepas bahu (ekekekek). Kami pun start trainning,jogging,angkat berat sume siap (tipu jer). Tiba2 Shafiq bagitau tak dapat involve. Perrghhhh...nasib baik masa tu tak top lagi ayat 'ada aku kisah?'...ekekekek...Meraban nak cari replcement wehh,dah semua dok suruh aku yang bertanggung jawab cari drummer...puas aku pikir,memang ler ramai drummer best masa kat skolah study muzik tu tapi nak cari yang tak melawan dan steady susah...akhirnya aku pilih Ijan (kawan serumah sewa aku 2nd sem). Slow talk dengan Ijan, dia kata "den sogan la man,ekau sumo dahsat"...punyalah rendah diri...sopan santun mamat nih masa tu...kihkihkih....rasa nak siku jer...tapi sebab kawan last skali dia cakap "den ok yo,x kisah...ekau bg jer CD"...haaa kan ker mcm pro tu,aritu rendah diri....aku dah tau Ijan nih tak payah dengar selalu pun lagu tu,dapat jam sekali dua sure terus jalan jer...memang betul pun!! cayalah Jan!! Yang aku risau part vocal jer, Will Smith tu macam 'ok x ok jer'...ekekekek....



My Yamaha SG500

Tibalah hari battle...kami sampai pagi kat Zouk (itulah 1st & last) aku jejakkan kaki kat situ...bongok betul penganjur nih,buat laa kat Stadium Merdeka ke...nih buat kat disco,kan ke Haram tu! Kami band ke berapa perform pun dah tak ingat..tapi tengok performance band2 yang sebelum kami...dalam hati aku berkata "konpom paling cikai pun kami mesti menang no.3"...klu aku upload full video, korang tau lah nilai...ekekek...tapi disebabkan size video besar,aku upload part kami perform je. Emcee masa tuh Radhi OAG...lu lalok ke bro?? (hahaha). Tiba turn kami perform...starting ada openning sound ala2 Helloween (Irritation) siap effect letup,guna effect guitar Zoom GFX8 jer -effect zoom jer boleh buat bunyi gitu tau (muahaha)...lagu Gaban (solo part aku panjangkan) & Play that Funky Music (Abu solo - bak kata Radhi,anak John Lennon) non stop dan part ending curik riff lagu Helloween (aku balun solo)..heheh time nih la aku nak tunjuk kat diri aku,gua pun boleh solo gulung2 alaa Rolland Grapow derrrr (ekekek), masa nih dah guna guitar 'RARE' (Yamaha SG500)....rasanya kat Malaysia ni band kami jer main lagu Gaban tiap2 kali perform...ekekek...

Habis kami perform, ada laaa yang terhegeh2 kat kami,mula2 masa baru datang korang sume eksen ek...Guest Performer hari tu Deja Vodoo Spells (dapat promo CD free..heheh)...gempak & layan...Dah panjang sangat aku menaip ni,aku ringkaskan. Sampailah masa yang ditunggu2 (sampai aku terlelap nak tunggu habis semua band perform,surya tak tau brape batang dah aku hisap), pemenang di umumkan dari tempat ketiga...drum roll....Radhi pun umum....PITCHSTONEEEEEEEEE....hek elleh,3rd place jer...patut 1st place tau klu nak dibezakan dengan yang lain (perasan jer ler).. Takpe lah,syukur laa dapat gak tempat...kira ok la tu 1st try masuk Battle terus menang tempat kan kan? hadiah RM1000 pun ok laa tu...pastu dapat information lepas amik cek gergasi yang menang 1,2,3 peringkat region akan ke final battle. Venue kat mana? perghhhh...penganjur cakap Stadium Merdeka!!! gempakkkk sehhhhh!!

Tiga empat hari lepas competition, kami dapat CD video hasil recording seorang hamba Allah yang minat dengan band kami (ehem2). Punya suka (wakakakaka), tak sabar nak review. Bila dah review, aku terus berkata dalam hati "patutlah 3rd place jer,vocal hancur!!! PR out!!"...tak percaya korang tengok & dengar video yang aku attach kat bawah ni. Sound kurang memuaskan sebab record guna DV Cam je. Tak lama lepas tu, owner studio Pentatonic call aku..."Man. ko main guitar untuk band kitaorang (Perada),kitaorang jadi guest performer untuk Recharge Jam southern region"....gagap sekejap aku...cuak pun ada,maklumlah tak pernah perform tanpa Abu sebelah aku. Aku tanya Adib "siapa line up?". Adib jawab selamba "Ala sume ko kenal..Iskandar (Fish) guitar (perghh dapat gak aku perform dgn mamat nih lonjak aku dlm hati), aku/Adib (drummer), Wan Jambu (bass), Hatta a.k.a Ahmad Dhani (vocal)...". Terus aku kata "wokehhh!!!". Aku pun tanya lagu apa? diaorg bagi CD...lagu 'Cinta Gila - Dewa' dan 'With or Without You - U2'. Terus kelam kabut aku dengar lagu tu,lagu yang tak pernah aku main. Aku jumpa Abu tanya pendapat dia...Abu kata main je la. "Ko ikut aku gi Johor ye Bu" aku pelawa..hehe pantang ajak terus kata, "boleh ke?" sambil tersengih2. Aku call Adib bagitau Abu kena ikut skali sebab dia jd guitar tech aku (padan muka Adib kena tipu)...Adib kata "wokeh"...transport VIP,makan,hotel,belanja apa jadah semua Salem tanggung!...aku dengan Abu apa lagi "Yeehaaaaaaaaaaaa!!". 

Lastly senang cakap...Perform enjoy, Iskandar memang terror dengan Fender Strat Mexico nye with Boss GT6 effect processor...memang Malmstein melayu dia nih, Radhi..you're cool dude!! dapat gak perform dgn mamat nih sebagai request dari Radhi lagu '60's tv'...habis aku solokan lagu nih dgn Is..dah Radhi nyanyi muka berkerut...(hahaha padan muka!!) Cuma mula2 nak perform ada sikit goyang sebab Hillary tengok kami perform,beliau judge battle petang tu. Tapi mula2 je, dah main yang aku tau rockin bebeh!! Daripada perform as a guest kat JB tu lah bermulanya kisah aku start main muzik dengan orang yang aku tak kenal..sampailah aku merasa main di kelab2 dan pub tanpa Abu disisi (heheh)...dah boleh berdikari beb...

Apapun semua itu aku simpan sebagai kenangan. Siapalah kita hidup tanpa kawan2. Last kami reunion 'jam session' sebelum puasa tempohari. Memang enjoy, Malan (vocal), Abu, Hanafi (drummer), Eliq (bass)..you all guys still have a soul...walaupun ntah apa2 ntah jam masa tu,maklumlah dah bertahun tak pegang instrument...tapi enjoy!!. Semua kawan2 dah punya keluarga sendiri kecuali Malan masih dara...hahaha!. Apa jadi dengan final battle kat Stadium Merdeka tu? Hahahahampehhhh...beberapa bulan selepas region battle selesai, Adib bagitau yang penganjur kata final battle tak jadi dengan alasan crowded tak capai tahap yang diaorang target. Korang yang buat promo tak betul!! LU SEMBANGGGG!! Tak dapatlah merasa perform kat stadium sampai tua.

Live in Zouk KL

It's all about memories...

Here to share : 'Uchuu Keiichi Gavan' which record for Salem Recharge Jam CD (last edit & mix with Baya)...enjoy...

CD Demo Version (Live Record)


Original Artiste : Akira Kushimuda (Live Record)....Compare & Comment...