Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Jurus 5 Jangan


Hidup kita akan selalu diwarnai dengan kejadian yang tidak terduga, kadang-kadang berbalik dengan yang kita inginkan.

ada rumus 5 JANGAN mudah-mudahan bisa jadi manfaat.

1. Jangan Mudah Panik.

Tenang tapi tidak santai, karena panik tidak menyelesaikan masalah.

2. Jangan Terlalu Melayani / Memikirkan Masalah.

Sehingga keadaan menjadi tegang kerana fikiran kita sendiri, tetap berfikir positif.

3. Jangan Bersikap Emosional.

Kerana kemarahan sikap penuh nafsu cenderung merencatkan akal yang sihat. Orang pemarah kata-katanya tidak bermutu, keputusan tidak adil, perilakunya juga rendah.

4. Jangan Pernah Putus Asa Mengharapkan dari Pertolongan Allah.

Kerana tidak ada yang mustahil bagi Allah, walaupun kita tidak boleh mengesan dari mana arah pertolongan Allah.

5. Jangan Merasakan Yang Kita Ini Layak.

Sudah tugas kita untuk berbuat amal soleh. apabila ada hasil yang baik, semuanya kerana kemurahan Allah, Apabila belum berhasil, maksimumkan ikhtiar dan serahkan semua kepada Allah.


Rujukan : KH Abdullah Gymnastiar (smstauhiid.com)


Olahan ke Bahasa Melayu oleh : Shahrin Nikman


- Serambi Awam -
0

Monday, November 17, 2014

4 Cara Mudah Hidup Bahagia


Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh,

Sahabat-sahabatku, sahabat Az-Zikra. Hidup di dunia yang hanya sebentar ini tidak akan pernah lepas dari dugaan dan godaan. Kerana dugaan, kita bisa jadi menangis. 
Kerana godaan, kita boleh jadi terlena. Dan selama kita masih hidup di dunia, maka kita tidak akan pernah boleh mengharapkan untuk tidak pernah merasakan sakit. Tapi kerana sakit itulah, maka kita bisa menemukan indahnya kenikmatan Allah.

Ikhwah fillah rahimakumullah, orang beriman bukanlah orang yang tidak pernah sedih. Orang beriman bukan orang yang tidak pernah marah. Orang beriman bukan orang yang tidak mungkin tergelincir. Tapi orang beriman adalah orang yang selalu berusaha menyandarkan segala permasalahan dan keperluannnya hanya kepada Allah.

Orang beriman selalu bahagia dan mudah menjalani hidup kerana dia TAAT, ISTIQOMAH, RENDAH HATI, dan BAIK SANGKA.


“Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang bodoh menghina mereka, mereka membalas dengan ucapan doa ‘Salam’ (QS Al Furqan 63).”
Sahabat, sesungguhnya setan tidak pernah dan tidak akan pernah mampu menguasai orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Allah Jala Jalalluh (Q.S. An-Nahl : 99).

Ada orang yang taat, tapi menjalani ketaatannya tidak istiqomah. Apalagi buruk sangkanya selalu dituruti. Sudah pasti hidupnya menderita. Kenapa? 
Kerana orang yang buruk sangka maka dunia seluas ini seakan menjadi sempit baginya. Jalan ke sana, ketemu orang yang wajahnya kusut sedikit, dia sudah fikir, “pasti dia begini, pasti dia begitu”. Melihat orang yang tiba-tiba tertawa di depannya, mendadak hatinya langsung kemrungsung, “dia pasti begini, dia pasti begitu”. Orang yang kerjanya buruk sangka itu penat, ikhwah.

Kalau dia taat, istiqomah, baik sangka, tapi tidak rendah hati, maka hidupnya juga tidak mungkin bahagia. Bagaimana mungkin orang yang sombong boleh bahagia? Orang yang sombong, tidak tahan celaan. Tidak tahan hinaan. Terlebih lagi, dia tidak tahan pujian.

Oleh kerana itu, marilah kita selalu berusaha untuk mengucapkan, “Alhamdulillah ‘ala kullihaal…” Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang bisa memberi dan mencabut kenikmatan. Kadang-kadang, saat Allah beri kita sakit gigi. Mungkin boleh sampai berhari-hari kita mengeluhkan sakit giginya saja. Berubat kemana-mana. Muka dan hati kusut berhari-hari. Seakan-akan kalau giginya itu tak sembuh, maka hidupnya sudah tak tenteram, tak betah, tak suka, tak redho.

Dia lupa, bahawa Allah masih menjaga jantungnya, agar tetap berdegup, jadi dia masih boleh hidup, darahnya masih boleh mengalir. Dia lupa, bahawa Allah masih menyihatkan kaki dan tangannya, agar boleh berjalan ke hospital/klinik berjumpa doktor dan tangannya masih boleh mengusap pipinya yang sedang sakit gigi itu. Dia lupa akan nikmat Allah yang lainnya.

SubhanAllah… Semoga Allah selalu memberi kita nikmat sihat yang manfaat. Aamin Allahumma aamin.


Ditulis Oleh : KH. Muhammad Arifin Ilham (Pimpinan Majelis Az-Zikra).

Olahan semula : Shahrin Nikman.

Sumber : smstauhiid.com


- Serambi Awam -


Sunday, November 16, 2014

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan


Imam Besar Katolik Ortodoks, Dmitri Smirnov


Seorang Imam Besar Katolik Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan sebuah khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.

Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik pemeluk Islam. Berikut ini ceramahnya kepada jemaatnya sebagaimana Muslimina beritakan 
:

Kalian lihat, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melewati mereka, karena di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di perintah.

Lalu dimana kalian boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kalian tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap balasan, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.

Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pengemudi Muslim sering menyediakan jasa pengangkutannya untuk menghantarnya ke gereja di Moskow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahawa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, uzur dan anak-anak yatim di berbagai badan dan yayasan.

Dengarkanlah persaksiannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

Keikhlasan keperibadian pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemukan dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian tanpa ada belas kasih meminta upah atas tugasnya pada wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana itu adalah kerjanya sebagai pemandu pengangkutan (teksi).

Seorang Muslim justeru lebih dekat dengan Sang Mesiah, tapi orang Kristian hanya inginkan wang. Apakah kalian tidak merasakan?

Bagaimana dalam proses penebusan dosa, siapa saja harus membayar kepada pendetamu (paderi), entah itu miskin atau warga emas, wajib memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa.

Saksikan juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mngambil upah pada orang-orang lanjut usia. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanjaan wanita tua itu. Sampai si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim setia hantar dan jemput wanita tua itu.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik majoritu pemeluk Islam dan negeri ini akan menjadi milik Islam. Kalian lihat keperibadian yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian.

Kalian mendengar bahwa Islam dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.

Walau mereka di fitnah sebagai pengganas, tapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia semakin ramai berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para mualaf yakin bahawa Islam tidak sekejam sepertimana tuduhan yang dilemparkan di seluruh dunia.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristian mngalami penurunan menjadi 18 juta, lalu baki yang lainnya masih tetap komunis.

Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Uni Soviet majoritinya Muslim iaitu Republik Chechnya, Tarjikistan, Kajakhstan, Uzbekistan dan Dagestan. Lalu umat Islam telah menakluki kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.


Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun dari mimbarnya dengan mata yang berkaca, manakala para jemaahnya masih terpaku dan terharu, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik boleh mengagungkan orang Muslim.

Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “teroris”.

Rujukan : MediaIslamia.com

Olahan semula : Penulis Serambi Awam.


- Serambi Awam -

Friday, November 14, 2014

Waspada Dengan Nikmat KAYA



Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”




- Serambi Awam -


HARI JUMAAT


Antara yg perlu kita tahu tentang hari Jumaat dalam Islam :

1) Penghulu segala hari.

2) Hari diciptakan Adam 'Alaihissalam.

3) Hari terjadinya Kiamat.

4) Pahala syahid bg yg matinya hari Jumaat (bagi org2 yg beriman).




BERI PERHATIAN : Amalan membaca Surah Yasiin pada malam jumaat seperti yg biasa dilakukan masyarakat melayu (TURUN TEMURUN) adalah baik (dpt pahala) tp AFDHAL nya adalah banyakkan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Nota : jika membaca Surah Al-Kahfi dijadikan amalan, dijanjikan kpd kamu akan dilindungi dr fitnah Dajjal meskipun munculnya Dajjal didepan kamu. Tidak ada yg boleh melindungi org2 yg kita syg dr fitnah Dajjal meskipun kita mengamalkannya melainkan mereka juga mengamalkan..wallahua'lam..

- Serambi Awam -


Thursday, November 13, 2014

Kata-Kata Waraqah Ibnu Naufal



Waraqah Ibnu Naufal berkata "Quddus Quddus! Hai (Muhammad) anak saudaraku, itu adalah rahasia yg paling besar yg pernah diturunkan Allah kepada Nabi Musa a.s. Andai kiranya dapat aku kembali menjadi muda dan kuat, semoga aku masih hidup, dpt melihat, ketika engkau dikeluarkan (diusir kaum mu).

Berkata lagi Waraqah : "semua orang yg dtg membawa seperti apa yg engkau bawa (agama Allah) ini, mereka tetap dimusuhi. Jika aku masih menjumpai hari dan waktu engkau dimusuhi itu, aku akan menolong engkau dengan sekuat tenagaku!".


- Serambi Awam -

Wednesday, July 10, 2013

Waktu-waktu Solat dalam Islam



Solat Zohor 

Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



Solat Asar

Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.

Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.



Solat Maghrib

Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya. 




Solat Isyak

Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun



Solat Subuh

Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.




- Serambi Awam -

Saturday, June 22, 2013

Alkisah seorang menantu yang membenci mertuanya…


Pada satu ketika dahulu, Aminah berkahwin dan tinggal bersama suami dan mak mertuanya. Hubungan Aminah dengan mak mertuanya bermula saja sudah seperti anjing dengan kucing.

Mereka berdua tidak pernah berhenti bergaduh kerana kedua-dua tidak dapat menahan sikap dan tabiat masing-masing. Mak mertuanya, Jannah mengkritiknya setiap hari.

Disebabkan budaya menghormati orang tua, Aminah sentiasa akur dengan permintaan mak mertuanya yang dirasakan melampau seperti seorang diktator. Suaminya pula tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Aminah merasakan mak mertuanya inginkan menantu baru – samada ada dua pilihan, paksa suaminya untuk menceraikannnya atau suruh suaminya berkahwin seorang lagi.

Setiap hari Aminah memikirkan perkara ini…

Akhirnya Aminah tidak tahan, dan berjumpa dengan seorang Ustaz Rawatan Herba Ustaz Yahya, sahabat karib ayahnya, untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Aminah mengadu segalanya pada Ustaz Yahya, dan meminta untuk mendapatkan herba racun untuk menyelesaikan masalah mak mertuannya.

“Pakcik boleh bagi. Tapi Nah kena ikut cakap pakcik sampai akhir. Kalau tidak, pakcik tak tanggung apa-apa yang berlaku nanti,” kata Ustaz Yahya.

Aminah kegembiraan, “No problem. Saya mesti dengar cakap pakcik!”

“Nah tak boleh guna racun yang cepat to menyelesaikan mak mertua awak, kerana orang akan syaki. Jadi, pakcik akan berikan beberapa herba yang akan menyebabkan racun terhasil secara sendirinya dalam badan mak mertua secara slow-slow. Setiap hari, Nah kena masak sedap dan letakkan sedikit herba ini dalam makanan untuk mak mertua.

Supaya tiada orang yang akan syaki Nah apabila terjadi apa-apa, Nah kena berlakon untuk menjaganya dengan baik. Jangan gaduh dengan dia, ikut cakap dia, dan layanilah mak mertua macam mak kamu sendiri.”

Aminah gembira sangat dengan cadangan pakcik dan mulakan langkah untuk menyelesaikan mak mertuanya.
Hari, masuk ke minggu, masuk ke bulan, Nah membuat hidangan yang cukup sedap untuk mak mertuanya supaya mak mertuanya tidak sedar kehadiran racun herba tersebut. Nah juga berhenti bergaduh dengan mak mertuanya kerana tidak mahu disyaki, Nah mengawal emosinya, dan mengikut segala perintah dan melayani mak mertuanya seperti maknya sendiri.

Setelah 6 bulan, mood di rumah Aminah berubah. Mak mertuanya sering memberitahu jiran-jiran dia dapat menantu terbaik di dunia ini. Aminah pula sudah tidak kenal erti marah, segalanya adalah seperti biasa untuknya. Sekarang mak mertuanya mudah dijaga dan bergaul seperi maknya sendiri.

Suami Aminah adalah orang paling gembira di rumah. Aminah sudah mengandung dua bulan.

“Pakcik, pakcik. Nak minta tolong. Ingat tak 6 bulan lalu, pakcik bagi saya herba racun untuk menyelesaikan mak mertua saya… boleh tak pakcik bagi penawarnya. Mak mertua dah bertukar menjadi seorang yang baik… saya sekarang sayang padanya macam mak saya. Saya tak nak dia mati kerana racun yang saya letak di setiap hidangannya,” kata Aminah yang pergi berjumpa dengan Ustaz Yahya.

Ustaz Yahya bergelak besar.

“Usah bimbang Nah. Pakcik tak pernah beri racun, dan tak pernah jual racun. Yang pakcik beri ialah vitamin pada mak mertua awak dan penawar untuk racun di minda Nah dan juga kelakuan Nah pada mak mertua… sekarang nampaknya racun itu dah habis dibuang dengan timbulnya rasa sayang Nah pada mak mertua… HAHAHAHAHHAHAH,” kata Ustaz Yahya.

Dapat isi tersirat?



- Serambi Awam -


Tuesday, June 11, 2013

Kenali 10 sahabat Iblis

Riwayat Imam Bukhari pernah menceritakan, ketika Rasullullah sedang duduk, baginda didatangi seseorang. Rasullullah bertanya kepadanya: “Siapa anda?” Lalu dia pun menjawab: “Saya iblis.” Rasullullah bertanya lagi, apa maksud kedatangannya. Iblis menceritakan kedatangannya kerana izin Allah untuk menjawab semua pertanyaan dari Rasulullah SAW.



Lalu Rasullullah menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa perkara. Salah satunya adalah mengenai teman-teman iblis dari umat Muhammad SAW yang akan menjadi peneman iblis di neraka. Iblis menjawab, temannya di neraka terdapat 10 golongan.

Yang pertama, kata iblis, haakimun zaa`ir – hakim yang curang. Seseeorang hakim yang berlaku tidak adil dalam menetapkan hukum. Bukan hanya hakim mahkamah tetapi hakim-hakim umum seperti ketua kampung, ketua keluarga dalam menghakimi sesuatu.

Kedua, ghaniyyun mutakabbir – orang kaya yang sombong. Mereka begitu bangga dengan kekayaan dan enggan menafkahkan ke jalan Allah dan menganggap semua yang diperolehnya merupakan usahanya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Ketiga, taajirun kha’in – peniaga yang khianat. Mereka melakukan penipuan sama ada tentang kualiti barang atau mengurangkan timbangan. Juga berkaitan segala penipuan dalam urusan perniagaan.

Keempat, syaaribu al-khamr – orang yang meminum arak. Minuman apa-apa sahaja minuman yang memabukkan. Riwayat lain ada menyebutkan peminum khamar dikatakan tidak beriman, jika semasa dia mati masih terdapat arak dalam tubuhnya.

Kelima, al-fattaan – tukang fitnah. Ini kerana fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan. Ini termasuklah mengungkap aib seseorang yang kebenarannya tidak boleh dipertanggungjawabkan, gosip, ghibah dan lainnya.

Keenam, shaahibu ar-riya` – orang yang suka menunjuk. Mereka selalu ingin menunjukkan kehebatan dirinya, menunjukkan amalnya, kekayaannya dan lainnya kerana ingin mendapatkan pujian.

Ketujuh, aakilu maal al-yatiim – orang yang memakan harta anak yatim. Mereka memanfaatkan harta anak yatim atau sumbangan untuk anak yatim demi kepentingan peribadi atau kelompoknya sendiri.

Kelapan, al-mutahaawinu bi al-shalah – orang yang meringankan solat. Mereka memahami tentang kewajipan solat, namun dengan berbagai alasan mereka melalaikan dan meninggalkan solat.

Kesembilan, maani’u az-zakaah – orang yang enggan membayar zakat. Mereka merasa berat untuk mengeluarkan zakat walaupun tujuan zakat untuk membersihkan diri dan hartanya.

Kesepuluh, man yuthiilu al-amal – banyak angan-angan. Mereka enggan berusaha namun selalu menginginkan sesuatu.


Wallahu a’lam.

Rujukan : Republika.co.id

- Serambi Awam -

Friday, March 22, 2013

The Myth of the Rich and Poor

by Anas Alam Faizli


“They are simply lazy”

“His father is a Tan Sri”

“He knows someone from the inside”

“I made it purely out of effort; I worked hard to get where I am today”

These are some typical expressions that are sure to be heard in coffee chats, every time the topic of rich and poor is brought up. People have grown easily accustomed to brushing off the topic of inequality as welfarist or socialist. This happens even amongst supposedly “middle class” Malaysians, not realizing that they are in actuality, most likely top income earners and wealth owners. Households earning RM10,000 a month above already qualify as Top 4% Malaysians! In fact, while partisan voices continue their discourse in the racial imbalance tone, Malaysia has silently migrated into new battles, concerning intra-racial, income, and class-based imbalances.

It is often argued that the poor and the low income earners are plain lazy and do not work hard; that one earns what one deserves. This is not true. Many are simply unlucky, to be born to parents who lack education or skills to escape from the clutches of poverty. Some were born with disabilities and diseases, while some others live in flood-prone or hazardous places. On the other hand, we have sub-quality undeserving businessmen linked to political patrons, estate and fortune inheritors, and individuals plainly lucky to be placed in lucrative industries with high economic rent. Accusations like laziness then become hardly the issue. The rich can be lazy too!

There are those who do not deserve to be in poverty, just as there are those who do not deserve their wealth. The cases above are simple yet fitting examples to describe that not all poverty is a result of unwillingness for hard work, and not all wealth is a result of it. Thus, the fight against inequality is rather a fight to equalize opportunities so as to reach more equitable outcomes, not to distortively equalize outcomes. This is not a crusade against the rich, but a crusade to help the poor.



What’s the Big Deal with Inequality?

Inequality is very real, whether or not we have problems with the GINI coefficient as a measure. In fact, the attention regarded to inequality is very much driven by consequences of inequality, rather than pre-emptive. We can see real consequences to the society; including societal backlashes, power imbalances, effects on wages, effects on growth, crime and quality of living, to name a few. As long as the income and wealth inequality gap remain large and public investment for education, training, childcare and public infrastructure remain inadequate, progressive taxes and affirmative action in its true and productive spirit have a place within public policy. It is imperative that the richer within the society share the responsibility of helping the poor; in the bigger picture, it is actually in their interest to do so, as they too will feel the consequences of inequality.



The Fallacy of the Free Market

In any discourse of inequality and the rich and poor, the “free market” will almost immediately arise. The basic tenant of a free market is well described by the “Invisible Hand” coined by 18th century economist, Adam Smith. It argues that prices, and thus distribution of goods, services, labour, capital goods, land and human skills are all determined by market forces, or this “hand” that cannot physically be seen. Proponents of this market-based allocation system are naturally against increased forms of government intervention like transfers, donations, taxes, subsidies and benefits. To put simply, they believe that letting the market run its course freely will reach desirable market equilibriums in the fairest manner, thus achieving productivity and wealth for a nation.

The marketplace does have some elements of arguable fairness; hard work will get you higher income, and laziness will be punished. Jobs, goods and wages are “naturally” supplied to and demanded by society, according to their needs and capabilities, instead of government allocation which is dangerously prone to over or under budgeting.

However, one must note critically that the fairness of the marketplace should not be exaggerated. Market forces can be “brutally unsentimental”, as put by Jeffrey Sachs. Pockets of failures in the market are impossible to deny because not everyone in the economy starts from the same baseline. Endowments like wealth, opportunities, or physical health vary extremely amongst people within the system. While some manage to climb out of low income brackets and make it, as a result of opportunities and big breaks, others remain pressed in a vicious downward cycle. Indeed, not everyone gets a big break.



The Taxation Antagonist

The most common proponents of the free market are libertarians; whose ethical core is liberty. They hold the best economic outcomes will only prevail when each individual is left free to act economically and live without an authority governing their economic decisions. Individuals are in no way held responsible to the society, other than to be respectful towards the liberty and property of others. The government’s sole responsibility is to only maintain law and order such as protection of private property. Extreme libertarians even hold that there is no requirement for government to build infrastructures, road or highways; such should be left to market forces because the need for them itself is incentive enough for someone to build them.

Libertarians are like “taxation antagonists”. Amongst other forms of government intervention, libertarians reject governments promoting fairness and efficiency through a system of taxation. Tax is regarded as just another form of government extortion; de-motivating those who work hard while potentially over compensating those who don’t.

In summary, libertarians hold that free market is the only way economic allocations are done “democratically”; hence it is the savior of democracy and enough on its own to ensure prosperity. Therefore, talk of government intervention in helping the poor will also become a point of contention in the books of libertarians.


Malaysian Libertarians

Many quarters have easily discarded the New Economic Policy (NEP) in hindsight, but it arguably did its job to almost eliminate poverty; reducing it from 50% in 1970 to the current 3.8%. Previously poor now form middle class and professional Malaysians.

Unfortunately, there is nothing to be proud of with the NEP mid 90s onwards. Rampant corruption, leakages and a breakdown in the integrity system demonstrated by those within the government have further worsened the situation. Perhaps this frustration in the government is behind the mushrooming of libertarian ideologies in Malaysia.

Is Libertarianism for Malaysia? We can first answer this by revisiting typical problems of missing a government sector. There is the question of who will provide public and common goods. We also do not need more than one police force, firemen, or court of law competing against each other. Without the government, who will then take care of the environment, regulate moral hazards, ensure individuals do not hurt each other, and protect the sovereign rights of Malaysians? Reducing government role is perhaps agreeable, but its total elimination has grave repercussions.

We then approach the issue of poverty. In all its admirable intentions of rewarding hard work and reducing influence of corrupt governments, libertarianism leaves too much room for an upward continuity of wealth and a downward spiral of poverty. As argued earlier, people start from different baselines. Holders of wealth are in the position to continue leveraging on existing wealth, to create more wealth- they can hardly be blamed as they are only incentivized and allowed to do so! It is worse when wealth comes from extracting economic rent, rather than the creating of true values that ultimately increases the size of the economic pie.

Consequently, the levers of power will be in the hands of corporations and the wealthy, which will have a bigger say in public policies, thus countering the libertarians’ intended “democracy”. Unlike the government of the day, boards of directors are not voted in by the people. Their fear of how a socialist nation will lead to fascism can also happen in free market except under the disguise corporate power. The free market failure then becomes as much political as economic!

Now imagine this “free market” is Malaysia, with one of the highest inequality levels in Asia (measured by GINI). The helpless poor will be left drowning in the currents of this market force, contending against the rich. This is exactly where a true, free, and liberal form of the market may not be able to generate the pristine intended outcomes it initially set out to do.


The Pakatan Rakyat Manifesto: A Manifesto for its Time

Political preference aside, there is cause to applaud the recent Pakatan Rakyat Manifesto. Tackling core economic issues, its four pillars hit home the concerns of the common rakyat; fraternity of the people, the people’s economy, people’s well-being and people’s government. In Malaysia, the published absolute poverty number may be low, but in relative terms, many rakyat including daily creation of urban poor are effectively impoverished by demanding cost of housing and living that are unmatched by salary levels, high indebtedness, and low productivity levels due to limited skills and education.

For the government to maintain relevance in the face of libertarian claims, government interventions need to be tactical. If the government’s stance is pro-business, it must be backed-up with robust social safety nets to hoist up and bring along poor households in the sprint towards growth and wealth creation. If the focus is the rakyat, care must be put to ensure business appetite is not suppressed. Such aspirations will be impossible to achieve without policies such as those proposed by the PR Manifesto; such as expanded educational opportunities (by making tertiary education free), reduction in the cost of living (utilities and tolls), targeted instead of blanket subsidies, and an upward pressure towards wages and salaries that are currently depressed by influx of foreign labour.

We have yet to see what Barisan Nasional has to promise with its manifesto but as a start, it should be more defined than its 2008 one; “to grow the economy” and start quantifying them. In fact, growing the economy is really a given.


Uplifting the Poor: Leveling the Playing Field

This is no plan to pull a modern-day Robin Hood, robbing the rich off of their hard work to reassign some wealth to the poor. The rich may be reached out to, to shoulder some responsibility to raise the level of education, health and productivity of the poor. Imagine the difference between a community with a billionaire worth RM40 billion and lots of poor people, versus one with 400 households worth RM10.0 million each. We might not love to pay tax but we accept its legitimacy as long as it is properly enacted into law and is used properly. This by no means entails slacking off on the part of the poor. Opportunities are provided, but they still need to be capitalized upon. The idea is a bigger economic pie and an unleashing of further values that the poorer population could have produced and Malaysia could have enjoyed.

Putting all these into consideration, where does it leave libertarianism, minimal taxes to the rich and businesses, and the free market? Need bigger government roles necessarily mean bigger inefficiencies, and more corruption? Welfare states in Scandinavia have ranked higher than America in terms of the Human Development Index (HDI). At the same time, Scandinavian nations are among the most equal nations, high in governance and control over corruption, despite the bigger size of their government.

Ultimately, a healthy economy is a mixed economy, in which both the government and market forces both play their role. The exact balance remains an ongoing battle; but it’s good to start with unraveling the realities of inequality. Inequality is neither a hobby for anti-capitalist activists, nor development economists looking for the next trendy topic for their thesis. It’s true that government intervention in the shapes and sizes that they take form, may have distortive capabilities, but the “lazy poor and the hardworking rich” is a myth. For a better Malaysia, we have no choice but to continue our strive for productivity albeit with a new focus; inclusiveness.

Otherwise, Malaysia will be dragging its feet into the future, carrying the baggage of the past policies and its repercussions.

“A statesman is he who thinks in the future generations, and a politician is he who thinks in the upcoming elections.” – Abraham Lincoln

* Anas Alam Faizli is an oil and gas professional. He is pursuing a post-graduate doctorate, executive director of TFTN and tweets at @aafaizli.


Sumber : http://anwaribrahimblog.com

- Serambi Awam -

Monday, December 3, 2012

[VIDEO] Saksikan Saat Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka



Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.”(SURAH AL-BAQARAH - 150)

Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad saw Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad saw supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada.

Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana.

Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama.

Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s.

Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu.

Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: “Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy.”

Manakala kaum Musyrikin pula berkata: “Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya.” Orang munafik di Madinah turut berkata: “Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu.”

Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan.

Di akhir ayat ini, Allah swt membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah swt berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia.

Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya.

Sebab-sebab turun ayat Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad saw memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: “Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita.”

Pengajaran

1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah swt dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.Ini kerana Allah swt telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga.

2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah saw iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah swt berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia.

3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah.





Sumber : Kelab Greenboc


- Serambi Awam -

Monday, October 1, 2012

Siapakah Qarin???





Jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.



Firman Allah : 

“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)


Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”

 Sabda Baginda s.a.w : 

“Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir.

Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.


Sumber : Majalah Solusi

- Serambi Awam -

Friday, September 7, 2012

4 Jenis Jelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka



Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan (At Tahrim : 6)



Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam...

Sumber : fb komuniti rakan dakwah


- Serambi Politik -

Thursday, August 23, 2012

Bagaimana Nabi SAW dalam menyambut Aidilfitri?




Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Raya umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa:-

Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki (Hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi).

Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-'Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

"Ya Allah ketemukan lagi Ramadhan yang akan datang"...amiinn

Eid Mubarak...Minal Aidil Wal Faidzin


Sumber :   Shamsuradi Hj. Kamaradeen 


- Serambi Awam -

Thursday, July 26, 2012

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya :

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :

"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi:

"Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`". 


Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi :
"tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam?" seterusnya dia berkata : "Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga".

Firman Allah bermaksud :
Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud :

Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud :

Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)


Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.



Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.


- Serambi Awam -

Friday, July 20, 2012

Jenis Syaitan di Bulan Ramadhan


Mungkin ramai keliru di antara syaitan dan jin di bulan Ramadhan, maka di sini saya kongsikan ilmu dari saudara seIslam saya, Tuan Junied, semoga beliau mendapat pahala di atas ilmu yang dikongsikan.

Terpulang sama ada untuk mempercayainya atau tidak, tiada paksaan dalam Islam

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli dan Syaitan Terbitan:

SYAITAN ASLI
  • Iaitu Jin Kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.
  • Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.

Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman dari sebab pengenalan meraka yang sangat dalam kepada kebenaran.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: “Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka”.


SYAITAN TERBITAN

Iaitu, adapun kerja Syaitan Asli itu adalah menngerjakan juga mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka apabila jin bukan syaitan Asli termasuk jin Kafir dan manusia melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai syaitan (ketika mengerjakannya).

Kalau ia berhenti atau tak buat maka ia bukan lagi dipanggil syaitan, iaitu Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang buat kerja Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu kalau mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan kalau ia mengerjakan kebaikan pun, ia tetap syaitan.

Kerana kejahatan dan kebaikan Syaitan Asli itu sama saja tujuannya iaitu kejahatan (tipudaya semata-mata).

Jin bukan Syaitan Asli maka ia seperti manusia ada baik ada jahat dan ada berbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila saja kalau ia mahu contohnya dari baik kepada jahat atau sebaliknya, dan menukar agama atau dari beragama kepada tak beragama atau sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tapi tak mustahil berubah dan ada pula yang mudah insaf dari kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah dari kalangan jin bukan Syaitan Asli.


DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang ditangkap dan dikurung manakala jin bukan Syaitan Asli sebagaimana manusia tetap bebas.

Dan dari kalangan dua golongan inilah yang menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan).

Begitu juga yang mengganggu menakutkan yang mendampingi atau menyerang termasuk jin sihir, yang merasuk, yang menghuni jasad manusia itu adalah jin biasa dan bukan Syaitan Asli.

Maka dalam bulan Ramadan ia akan terus mengganggu dan menyakiti manusia.

Pada satu buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara tentang Syaitan Asli, iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga bangsa jin tapi ia dapat menghasut golongan jin bukan Syaitan Asli itu sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa terlihat dan tanpa disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian jin dari kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian jin bukan dari golongan Syaitan Asli.

Ada riwayat menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (dari kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas.

Ketika terrdengar satu seruan maka melihat kepadanya seluruh penghuni Neraka dan dengan segera mereka mengenalnya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: “Kerana engkau lah kami menjadi penghuni Neraka…”

Jawab Iblis: “Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tapi kamu sedirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatku, tapi laknatlah dirimu sendiri.”

Allah Maha Mengetahui.

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.

Sekadar iktibar & renungan bersama.

Sumber : Danish Farish

- Serambi Awam -

Wednesday, June 6, 2012

Baca dan Sebar


بسم الله الرحمن الرحيم 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 






Rasulullah S.A.W bersabda : 


عَنْ عُثْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم  :  مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لا اله الا الله دَخَلَ الْجَنَّةَ 

Dari Usman bin Affan r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : 

"Barang siapa mati dalam keadaan yakin kepada tujuan syahadat itu akan masuk syurgalah dia" - Hadis sahih riwayat Muslim 



Hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda : 

"Seseorang wanita yang membuka auratnya, atau bahkan mengenakan pakaian yang ketat (menampakkan bentuk susuk tubuhnya), tidak akan mencium wanginya syurga selama lebih dari 500 tahun" 


Hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda : 

“Debu yang melekat pada diri seorang lelaki ketika keluar menuju ke Jalan Allah, tidak hanya api malah asap neraka pun di haramkan untuk seluruh bahagian tubuhnya” 


Hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda : 

“aku hanya mengutuk 3 jenis orang, iaitu” : 

1 - "Orang yang tidak menjaga kedua orang tua mereka ketika tua". 

2 - "Orang yang tidak mengambil hikmah dari bulan ramadhan yang diberkati". 

3 - "Orang yang tidak mengendahkan dan mengucapkan 'Sallollahu A’laihi Wassallam' ketika nama ku disebut". 



Berkata Ibnu Omar r.a : 

Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah S.A.W yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah dari seorang sahabat Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata : 

“Ya Rasulullah, siapakah yang paling pintar dan siapakah yang paling cerdas akalnya”

Rasulullah S.A.W menjawab : 

“Yang paling cerdas dan yang paling pintar adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadap mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat"



LUCU YA…betapa mudahnya orang leka dan mengabaikan Allah S.W.T…dan mereka menjadi hairan kenapa dunia menjadi hancur


LUCU YA Kita umat islam percaya dengan apa yang tertulis didalam al-Quran…tetapi mempersoalkan yang tertulis didalam al-Quran. 


LUCU YA bagaimana setiap orang teringin untuk menghuni syurga yang disediakan,…tetapi mereka tidak mahu mempercayai, berfikir, menyebut atau melakukan apapun yang di tuntut dan diterangkan didalam al-Quran. 


LUCU YA Bagaimana kebiasaan seorang islam berkata dan mengakui “Aku percaya kepada Allah”…tetapi masih menuruti dan mengikuti tuntutan syaitan. 


LUCU YA Kebiasaan kita mengirim ribuan kata ucapan atau pesanan yang berkaitan hal ehwal dunia melalui e-mail dan sebarannya secepat maraknya api…tetapi ketika kamu mulai mengirim pesan tentang agama dan Allah, orang berfikir 3 kali untuk bantu menyebarkan


LUCU YA Bangsa yang menyembah matahari boleh menjadi sangat maju, tetapi kita bangsa yang menyembah Allah pencipta matahari hanya menjadi bangsa yang berkembang dengan jumlah sahaja



LUCU KAN???? 


LUCU YA kadang – kadang kita sering marah, benci, sedih dari apa yang kita lihat, dengar dan rasakan tanpa berfikir terlebih dahulu bahawa Allah S.W.T ciptakan 4 pancaindera kita dekat dengan otak bukan dengan hati


LUCU YA Kita lihat orang berpusu-pusu dan berduyun-duyun setiap hari jumaat mengingati Allah…tetapi menjadi muslim yang tidak terlihat di sisa minggunya. 


LUCU YA Bagaimana ketika anda meneruskan atau menghebahkan pesanan ini, anda tidak mengirim kepada beberapa orang yang ada didalam senarai kawan atau ‘friend list’ anda kerana anda tidak begitu yakin apa agama mereka…atau apa yang mereka fikirkan tentang anda di atas kiriman yang anda hantar kepada mereka


LUCU YA Bagaimana kita lebih khuatir apa yang orang lain fikirkan tentang kita daripada apa yang Allah S.W.T fikirkan tentang kita. 

Dibelakangku ada kekuatan yang tidak terbatas, didepanku ada kemungkinan yang tidak berakhir, disekelilingku ada kesempatan yang tidak terhitung…jadi mengapa kita harus takut?? 

Semua yang kita lihat dapat kita rasakan…tetapi tidak semua yang kita rasakan dapat kita lihat dan jelaskan. 

Adakah anda akan menyebarkan pesanan ini, tanpa ada terdetik rasa samaada orang itu anda sayang atau tidak…suka atau tidak?? 


اهدنا الصرط المستقيم

الله اكبر 

Allah Maha Besar 

Selama 60 detik dari sekarang, berhenti sebentar apapun yang kamu kerjakan…dan ambil kesempatan ini (hanya memerlukan seminit sahaja). Yang harus anda lakukan adalah : panjatkan doa untuk seluruh kaum muslim yang cuba menyampaikan pesanan dalam mengingati Allah juga buat yang menyampaikan pesanan ini kepada anda, lalu anda kirimkan pula pesanan ini buat teman2 muslim anda yang anda kenali. 

Dalam sekejap sahaja, banyak orang lain yang berdoa untuk anda, dan anda akan menambahkan lagi orang lain yang berdoa untuk kita sesama islam. Ambil masa sebentar, fikirkan dan muliakan kekuatan serta kebesaran Allah S.W.T pada hidup kamu, untuk melakukan apa yang dikehendaki olehnya. 

Jika anda tidak malu…kirimkan atau SHARE pesanan ini buat saudara seislam kita yang lainnya. 

Wallahu a’lam…. 

- Serambi Awam -