Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan


Imam Besar Katolik Ortodoks, Dmitri Smirnov


Seorang Imam Besar Katolik Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan sebuah khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.

Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik pemeluk Islam. Berikut ini ceramahnya kepada jemaatnya sebagaimana Muslimina beritakan 
:

Kalian lihat, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melewati mereka, karena di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di perintah.

Lalu dimana kalian boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kalian tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap balasan, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.

Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pengemudi Muslim sering menyediakan jasa pengangkutannya untuk menghantarnya ke gereja di Moskow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahawa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, uzur dan anak-anak yatim di berbagai badan dan yayasan.

Dengarkanlah persaksiannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

Keikhlasan keperibadian pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemukan dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian tanpa ada belas kasih meminta upah atas tugasnya pada wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana itu adalah kerjanya sebagai pemandu pengangkutan (teksi).

Seorang Muslim justeru lebih dekat dengan Sang Mesiah, tapi orang Kristian hanya inginkan wang. Apakah kalian tidak merasakan?

Bagaimana dalam proses penebusan dosa, siapa saja harus membayar kepada pendetamu (paderi), entah itu miskin atau warga emas, wajib memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa.

Saksikan juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mngambil upah pada orang-orang lanjut usia. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanjaan wanita tua itu. Sampai si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim setia hantar dan jemput wanita tua itu.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik majoritu pemeluk Islam dan negeri ini akan menjadi milik Islam. Kalian lihat keperibadian yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian.

Kalian mendengar bahwa Islam dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.

Walau mereka di fitnah sebagai pengganas, tapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia semakin ramai berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para mualaf yakin bahawa Islam tidak sekejam sepertimana tuduhan yang dilemparkan di seluruh dunia.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristian mngalami penurunan menjadi 18 juta, lalu baki yang lainnya masih tetap komunis.

Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Uni Soviet majoritinya Muslim iaitu Republik Chechnya, Tarjikistan, Kajakhstan, Uzbekistan dan Dagestan. Lalu umat Islam telah menakluki kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.


Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun dari mimbarnya dengan mata yang berkaca, manakala para jemaahnya masih terpaku dan terharu, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik boleh mengagungkan orang Muslim.

Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “teroris”.

Rujukan : MediaIslamia.com

Olahan semula : Penulis Serambi Awam.


- Serambi Awam -

Friday, November 14, 2014

HARI JUMAAT


Antara yg perlu kita tahu tentang hari Jumaat dalam Islam :

1) Penghulu segala hari.

2) Hari diciptakan Adam 'Alaihissalam.

3) Hari terjadinya Kiamat.

4) Pahala syahid bg yg matinya hari Jumaat (bagi org2 yg beriman).




BERI PERHATIAN : Amalan membaca Surah Yasiin pada malam jumaat seperti yg biasa dilakukan masyarakat melayu (TURUN TEMURUN) adalah baik (dpt pahala) tp AFDHAL nya adalah banyakkan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Nota : jika membaca Surah Al-Kahfi dijadikan amalan, dijanjikan kpd kamu akan dilindungi dr fitnah Dajjal meskipun munculnya Dajjal didepan kamu. Tidak ada yg boleh melindungi org2 yg kita syg dr fitnah Dajjal meskipun kita mengamalkannya melainkan mereka juga mengamalkan..wallahua'lam..

- Serambi Awam -


Thursday, November 13, 2014

Harus tahu..


Binaan asal Masjid Nabawi di Madinah al Munawwarah adalah disekitar kawasan 'Mimbar sahaja.

Manakala Makam Rasulullah s.a.w asalnya dahulu terdapat dua rumah, iaitu rumah tangga Nabi Muhammad s.a.w dengan Siti Aisyah dan rumah Ali dengan Siti Fatimah r.a. Setelah Rasulullah s.a.w wafat pada tahun 11 H (632 M) rumah Nabi terbahagi dua, iaitu bahagian arah kiblat (selatan) untuk makam Nabi dan yang sebelah utara untuk tempat tinggal Siti Aisyah r.a.

*Nak tahu lebih lanjut carilah Sirah Masjid Nabawi (jika bernasib baik,dapat lah ilmu tentang masalah 'Bidaah' yg sering di main dan di isukan oleh umat akhir zaman kini yg tidak mahu memahami dgn betul).



- Serambi Awam -

Wednesday, July 10, 2013

Waktu-waktu Solat dalam Islam



Solat Zohor 

Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



Solat Asar

Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.

Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.



Solat Maghrib

Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya. 




Solat Isyak

Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun



Solat Subuh

Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.




- Serambi Awam -

Monday, July 1, 2013

Perpustakaan Awam Negeri Selangor Yang Termoden Di Malaysia


Perpustakaan awam baru negeri Selangor ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Dengan nilai pembinaan dan segala kos infrastruktur di dalamnya, perpustakaan yang boleh dianggap termoden di Malaysia ini menelan belanja RM70juta. Dengan dilengkapi perabot-perabot moden yang berwarna-warni, pastinya ciri-ciri ini akan lebih menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk lebih meluangkan masa di perpustakaan ini. Hehe.
Yang paling menarik, semua kelengkapan komputer dalam perpustakaan awam Selangor yang baru ini adalah daripada jenama Apple! 'Shopping mall' ada? Hehe...Untuk menggunakan komputer-komputer ini, anda perlu berjumpa dengan kakitangan yang bertugas. Setelah mendaftar, anda terus boleh menggunakannya. Masa yang diberi ialah selama 60 minit. Tetapi jika tidak ramai pengunjung, boleh guna lebih lama dari itu.

Di ground floor ada disediakan teater 3D dan 6D yang dikenakan bayaran untuk memasukinya. penulis dan keluarga telah mencubanya, sangat menarik dan teruja dengan teknologi juga prasarananya.

Tempat duduk yang selesa dan santai untuk ibubapa juga lebih banyak berbanding dengan perpustakaan yang lama. Jika tuan/puan mahu jadikan PPAS sebagai salah satu kunjungan mingguan untuk beristirehat sekeluarga, ianya amat sesuai. K-activity lah orang kata.

















Untuk maklumat lanjut tentang PPAS, tuan/puan boleh melawat laman web mereka di sini atau Facebook Page mereka di sini.

Semoga dengan adanya perpustakaan baru yang serba canggih ini, warga Selangor dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Kita doakan agar warga Selangor khususnya, dan Malaysia amnya menjadi rakyat yang suka membaca dan berilmu orangnya. Apabila rakyat mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu-ilmu yang baik, insyaALLAH ia akan memberikan kebaikan yang banyak buat negara yang kita cintai ini.






 - Serambi Awam -




Sunday, June 23, 2013

Supermoon will rise tonight: Best areas in the country to view Supermoon 2013

This picture taken by myself  today in Selangor, Malaysia using Leica v-lux4 Camera at 20:14.

Today is a day of the Supermoon and while it is the same moon that you see from Earth most every night, there’s a reason that Saturday night into Sunday morning the moon is called the Supermoon. According to “Fox and Friends Weekend” on Saturday June 22, 2013, the moon is the closest to the Earth than it is all year round and it happens to be full.

The people living in Southern New England, the Desert Southwest and Lower Ohio Valley will have the most spectacular views of the Supermoon this weekend, according to USA Today.The moon appears about 14 percent larger during the Supermoon, as it is much closer to the Earth than usual, according to the Christian Science Monitor on June 22, 2013. The moon is full, bright and no matter where you live it’s an astronomical sight, unless of course your under a canopy of clouds.

This is a night to howl as the moon will be at its closest to the Earth on Saturday night into early Sunday morning. The moon will pass about 221,000 miles from the earth when the typical distance is about 238,000 miles. This is the time to view the Supermoon!

Supermoons look bigger and brighter when they occur when the moon is full. The Supermoon doesn’t always mean that the moon is full, but this weekend it is.

This Supermoon will offer a “king tide,” the extra-high tide that comes along with a Supermoon.

Notes : Supermoon: The moon will come within 222,000 miles of Earth and become a 'supermoon' (turn full) around 7:30 a.m.


Pictures below snapped using Blackberry Curve 9300 smartphone at 21:20, at the same time a haze increasing.





Reference : examiner.com


- Serambi Awam -

Monday, May 27, 2013

Balai Senilukis Kelantan Di Tengah Bandar


Takiyuddin menerima cenderamata yang disampaikan Yang Dipertua Peseni

KOTA BHARU : Ramai yang tak mengetahui sebuah premis heritage bersebelahan Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC), jalan Sultan Yahya Putra, Kota Bharu akan digunakan untuk tujuan apa ketika pekerja binaan mengecat banguan tinggalan Inggeris itu dengan warna hijau ungu beberapa bulan lalu.
Bangunan Balai Senilukis Kelantan, Kota Bharu

Hanya setelah siap sepenuhnya dan papantanda dengan tulisan jawi dan rumi keemasan bertulis “Balai Senilukis Kelantan” dipasang, barulah mereka yang melewati jalan itu tahu bahawa bangunan bersejarah itu akan dijadikan balai senilukis, satu-satunya balai seumpama itu di Kelantan.

“Saya minta Persatuan Pelukis Kelantan (Peseni) peliharalah baik-baik bangunan itu. Kerana untuk mendapatkannya dahulu sukar sekali, ramai yang inginkan,” kata Datuk Takiyuddin Hassan dengan nada sayu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Sesi 2013/2015, Peseni, di sebuah hotel di Kota Bharu (25 Mei 2013).

Sebelum ini bangunan itu digunakan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebagai pejabat.

Balai Senilukis Kelantan itu diletakkan di bawah pentadbirann Muzium Negeri Kelantan dan diserahkan kepada Peseni untuk digunapakai.

Mempunyai dua tingkat, tingkat atas sebagai ruang pejabat dan kelas pembelajaran senilukis, sementara lantai bawah ruang memperagakan lukisan dan kaunter jualan.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin, ketika menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berusaha mewujudkan sebuah galeri lukisan di Negeri Serambi Mekah.

Usahanya membuahkan hasil, namun beliau bertukar jawatan (Ahli Parlimen) sebelum Balai Senilukis itu dibuka dan dirasmikan.

Minat dan komitmen Datuk Taki kepada bidang senilukis amat tinggi walaupun ia tak pandai melukis. Seperti diceritakan pada majlis pagi itu. “Di rumah saya banyak lukisan yang dihasilkan ahli Peseni seperti Ismail Kadir, Marzuki dan lain-lain.”

"Cuma untuk membeli lukisan tambahan karya pelukis terkenal saya justeru khautir tentang harganya, sedangkan saya malu untuk menawarnya,”ujar Taki.

“Pengganti saya sebagai Exco Kebudayaan ialah Datuk Mejar (B) Md. Anizam Abd Rahman. Beliau benar-benar orang seni, Insyaallah ia akan membantu mengembalikan kegemilangan senilukis di Kelantan,” tambah Taki.



- Serambi Awam -

Monday, March 25, 2013

My New Song : Chronicle of Racists

Composition baru kini COMPLETED! 

Sila beri feedback/komen anda, mudah-mudahan dapat membantu meningkatkan kualiti kerja untuk karya yang akan datang.


- Serambi  Awam -

Monday, December 3, 2012

Menteri Muslim pertama di Britain


23 November 2012

Rencana ini adalah terjemahan kepada sebuah petikan wawancara yang bertajuk “Counsel of calm” daripada majalah The House, Bil. 1431, Jilid 36.


Khan berjaya melakar sejarah British sendiri, sebagai Ahli Majlis Privi moden pertama berketuruan Asia dan Muslim pertama yang menjadi Menteri di Britain. Sungguhpun beliau kini sebahagian daripada Golongan Berkuasa, apakah beliau masih berdepan dengan perkauman yang lazim? Buat pertama kalinya dalam wawancara yang dijalankan, beliau kelihatan tidak selesa.

“Saya sentiasa resah dengan soalan itu…saya menumpukan hidup saya untuk menggalak orang ramai daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai politik dan sebelum itu menyertai perundangan, sama ada ketika berada di perhimpunan, masjid, pusat komuniti, rumah ibadat, gereja.

Saya amat resah untuk menceritakan sesetengah kisah saya, kerana saya pernah melalui waktu mencabar, dan ia mungkin membuatkan yang lain tawar hati untuk ke depan. Apa yang lebih saya suka adalah menggalakkan orang ramai. Masih terdapat lagi cabaran, tentu sekali masih terdapatnya cabaran pada 2012.”

Tetapi adakah benar, misalnya ketika beliau melaksanakan tugasnya sebagai peguam sesetengah hakim menyangka beliau adalah defendan berbanding peguam? “Ya,” beliau mengakui, sebelum menambah “tetapi saya tidak mahu berlagak sebagai mangsa. Saya tidak suka untuk menjauhkan anak muda daripada tampil ke depan menjadi peguam, hakim, wartawan dan ahli politik. Apa yang saya biasa lakukan adalah cuba menjelaskan kepada anak muda ‘berkerja keraslah dan kalian boleh mencapai kejayaan ini’.

Tidak ada contoh untuk diteladani ketika saya masih muda. Kini sudah ada contoh teladan di luar sana. Jadi saya lebih suka bercakap memgenai itu berbanding sesetengah kisah ngeri saya.”

Sekalipun beliau tidak selesa bercakap mengenai pengalamannya sendiri tentang perkauman, Khan tidak teragak-agak untuk memihak pemain kulit hitam yang tidak gembira dengan sikap dunia bola sepak terhadap isu perkauman. Beliau berkata Rio Ferdinand membuat keputusan yang betul minggu ini untuk memboikot kemeja-T anti-perkauman Kick It Out. “[Sir Alex] Ferguson, sungguhpun seorang yang saya kagumi (sebagai peminat Liverpool saya menyebutnya dengan rasa ‘terseksa’) tetapi beliau salah untuk mengatakan yang beliau akan mendisiplinkan Rio kerana tidak memakainya.

Nilai yang saya pegang mengatakan anda hendaklah meletakkan diri anda di tempat orang lain buat seketika untuk memahami perasaan mereka…Ferguson mungkin datang dari latar belakang yang sederhana dan beliau mungkin secara keseluruhannya adalah seorang insan yang hebat dan juga merupakan penyokong parti Buruh, tetapi beliau tidak dapat meletakkan diri dia di tempat Rio. Tindakan beliau menunjukkan kejahilan untuk seorang pengurus yang bijak dan itu mengejutkan saya.”
Khan juga lebih selesa apabila ditanya sejauh mana pentingnya Islam kepada dirinya.

“Ia merencanakan hidup saya. Bermula daripada saat saya bangun sehingga saya tidur, ia mendefinisikan diri saya. Sikap saya kepada orang lain, bagaimana saya membawa diri, keluarga, agama adalah penting sepertimana perkata lain. Saya sudah berkahwin, saya seorang ayah, seorang berketurunan Asia, seorang penduduk London, semua itu penting juga tetapi saya dibesarkan untuk menjadi Muslim yang baik,” kata beliau.

Adakah beliau merasakan politik sukar untuk disesuaikan dengan tuntutan untuk bersembahyang lima kali sehari dan berpuasa?

“Memang sukar. Kami mempunyai keinginan untuk menangguhkan sembahyang, disebut Qasr, jadi seringkali saya terpaksa menggabungkan waktu sembahyang dan tidak diragui lagi akan membuatkan imam saya memarahi saya. Berpuasa amat sukar ketika musim panas. Sekiranya Hari Raya jatuh pada hari berkerja saya terpaksa keluar awal untuk bersembahyang dan kemudian kembali bekerja sepanjang hari. Anak (beliau mempunyai dua anak perempuan] sering kali ketinggalan…ia sukar.”

Khan berbangga kerana sebagai menteri beliau pernah menyelia acara berbuka puasa pertama di kedutaan British di Washington, bersungguh menegaskan betapa majunya peluang dan toleransi agama di UK.

Hakikatnya, seorang budak lelaki berketurunan Pakistan dari kawasan majlis Tooting masih boleh mendaki kedudukan tertinggi politik di Britain. “Sesuatu yang sepupu saya di Pakistan dan India katakan adalah ‘kamu tahu, kami di negara kelahiran sendiri tidak dapat membayangkan akan dapat berada dalam Kabinet di India dan Pakistan dan lihatlah kamu sebagai minoriti baik dari segi kaum dan agama mencapai kedudukan kamu sekarang’. Itu merupakan sesuatu yang berbaloi untuk diingat.”


Sumber : roketkini.com


- Serambi Awam -

Sunday, November 11, 2012

Imej satelit papar kemusnahan besar di Arakan



NEW YORK – Sebuah kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) telah mengeluarkan imej satelit apa yang disifatkan sebagai kemusnahan besar sebuah kawasan pantai di Myanmar akibat rusuhan etnik.

Imej tersebut menunjukkan lebih daripada 800 bangunan dan rumah bot musnah dibakar di Kyaukpyu, bahagian barat negeri Rakhine atau Arakan.


HRW berkata kebanyakan mangsa adalah umat Islam Rohingya yang menjadi sasaran orang-orang bukan Islam.
Jurucakap presiden mengakui bahawa seluruh kampung telah dibakar dan lebih banyak tentera boleh dikerahkan.

Seramai 64 orang dilaporkan meninggal dunia dalam rusuhan baru-baru, tetapi HRW berkata angka sebenar mungkin lebih tinggi, demikian dilaporkan BBC.

Timbalan Pengarah Asia di HRW, Phil Robertson berkata, keganasan menunjukkan kerajaan Myanmar ‘perlu segera menyediakan keselamatan untuk Rohingya’ di negeri Rakhine.

"Selagi pihak berkuasa tidak mula menangani punca keganasan, ia berkemungkinan akan menjadi lebih teruk," kata Robertson.
Kumpulan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu membandingkan imej satelit daerah Kyaukpyu yang diambil pada 9 dan 25 Oktober.

Pada 9 Oktober, barisan beratus-ratus rumah yang dibina rapat di sepanjang semenanjung serta kumpulan-kumpulan rumah sampan di sepanjang pantai utara boleh dilihat dengan jelas.

Tetapi dalam imej yang diambil pada Khamis lepas, hanya beberapa buah bot yang tinggal dan hampir tiada kelibat rumah di daerah seluas 35 ekar itu.

HRW berkata ramai penduduk dianggap telah melarikan diri dengan bot ke laut.

Seorang wartawan tempatan yang melawat tapak memberitahu BBC Burma bahawa kawasan itu telah musnah, dengan api di beberapa bangunan masih membara. Wartawan berkata daerah itu juga hampir kosong sepenuhnya.

Pegawai berkata tidak ada laporan keganasan baru sejak Jumaat dan pemerintahan di Rakhine juga telah dipulihkan.

Zaw Htay, jurucakap Presiden Myanmar Thein Sein mengakui "seluruh kampung dan bandar-bandar sedang dibakar di Rakhine manakala kita tidak dapat menyediakan jaminan keselamatan penuh di sesetengah kawasan".

"Itulah sebabnya kerajaan memperketat kawalan keselamatan. Jika perlu, kami akan menghantar polis dan tentera dalam usaha untuk mengembalikan keamanan," katanya.

Sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh minggu ini, kata pegawai, dalam keganasan pertama sejak Jun, apabila darurat diisytiharkan di Rakhine.

Pada masa itu pertempuran maut meragut berpuluh-puluh nyawa mankala beribu-ribu orang telah dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka.

PBB sebelum ini memberi amaran program reformasi negara berkemungkinan gagal disebabkan keganasan kaum berterusan antara kumpulan penganut Buddha tempatan dan umat Islam Rohingya di negeri barat.

Golongan bukan Islam melaporkan bahawa kali ini mereka juga telah dipecat dari pasukan kerajaan semasa pergolakan, dan mereka juga mengalami kecederaan yang banyak.

Kerajaan telah mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan yang terjejas, tetapi respons sejak keganasan pertama tercetus pada bulan Jun sedang dikritik sebagai tidak memadai, kata Ketua Jonathan BBC di Bangkok.

Pada tiga hari lepas, pertempuran berlaku di enam buah bandar dan satu perintah berkurung pada waktu malam dikuatkuasakan di beberapa lokasi termasuk Min Bya dan Mrauk Oo, tempat peristiwa keganasan terbaru bermula. Dalam pada itu, penganut Buddha dan Muslim terus menyalahkan antara satu sama lain.

Akibat keganasan tersebut juga, umat ​​Islam di seluruh Myanmar terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan perayaan Eid al-Adha.

Ketegangan etnik di Rakhine telah berlanjutan sejak sekian lama, dan bangsa Rohingya yang majoritinya beragama Islam terus dianggap bukan warganegara oleh pihak berkuasa Myanmar, sebaliknya dilabel sebagai pendatang haram.


Pada bulan Ogos, pemerintah Myanmar menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat keganasan antara penganut Buddha dan Islam di bahagian barat negara itu. Pihak Berkuasa sebelum ini menolak satu suruhanjaya siasatan yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Sumber : malaysiaharmoni.com


- Serambi Awam -

Friday, November 9, 2012

Reviu Teater : NADIRAH




9 November 2012

NADIRAH adalah sebuah teater tulisan Alfian Saat yang mempersalahkan orang Kuala Lumpur kerana mengakibatkan keruntuhan institusi rumah tangga yang seterusnya membawa kepada konflik keagamaan yang rumit dan mencelarukan. Lebih spesifik Alfian meletakkan pokok pangkal konflik ceritanya kepada lelaki Melayu Kuala Lumpur yang punya nafsu berbini ramai.

Dipentaskan di lantai sambil dikelilingi audien di bawah arahan Jo Kukathas, Nadirah membawa penonton ke Singapura dan kelangsungan hidup sebuah keluarga rumit disebabkan perkelahian agama dan kedudukan Tuhan dalam mekanisme perkahwinan antara agama. Tema yang sebegitu serius dipentaskan dengan gelak ketawa dan air mata dengan kadar yang amat bijaksana.

Alfian menulis Nadirah pada 2009 dengan berinspirasikan dua perkara, pertama filem arwah Yasmin Ahmad bertajuk Muallaf; kedua kes Natrah yang membakar hati umat Islam Singapura yang bergulat dengan sistem undang-undang kolonial yang tidak punya peduli terhadap undang-undang syariah.

Kedua sumber inspirasinya ini berkisar pada persoalan serupa; betapa agama itu perkara peribadi yang menyulitkan mereka yang membikinnya jenuh, serta bagaimana agama dan Tuhan meletakkan batas-batas terhadap kemanusiaan. Subjek ini dalam tulisan Alfian amat jelas dan tidak perlu dipersoal panjang.

Meskipun menggunakan nama Nadirah sebagai judul teaternya, Alfian sama sekali tidak berkisah banyak mengenai anak gadis itu, malah meletakkan beban naratifnya ke atas watak pasangan tua yang ketemu cinta pada dimensi agama yang berbeza.

Nadirah lahir muslim kepada pasangan rumit dalam keluarga bakal tidak stabil kerana punya bapa yang tamak mahu berbini ramai. Bapanya warganegara Malaysia yang jatuh cinta awalnya dengan seorang gadis tionghua bernama Stephanie yang berasal dari Singapura. Alfian tidak menyatakan sebab selain keinginan bapanya untuk berbini dua sebagai punca perceraian kedua suami isteri dengan Nadirah menjadi rebutan pada usia cuma lapan tahun.

Ini pastilah positif untuk sang ibu meski baru lapan tahun memeluk Islam kerana anaknya masih belum cecah usia sembilan. Dan sang ibu yang peluk Islam kerana cintakan lelaki Melayu terpaksa bertuhan meski tiada keyakinan demi memastikan tidak kehilangan anak yang dikandung belanya sekian lama.

Nadirah diberi pendidikan agama, meski sang ibu barangkali tidak tahu apa; hatta Nadirah jadi timbalan presiden persatuan keagamaan di kampus dan giat mengadakan dialog sesama agama serta menggiat usaha dakwah bagi mahasiswa Islam Singapura yang sedia minoriti supaya tidak meninggalkan agama mereka.

Di tengah kesibukan ini Nadirah melebihkan dunianya sendiri dan mengabaikan ibunya yang sendirian di rumah setiap kali pulang kerja. Dan akhirnya dalam usaha untuk menenangkan diri bertemu cinta pada diri seorang doktor di kejiranan tempat kerja. Lantas mahu berkahwin seperti kelaziman manusia bercinta, namun sang doktor pula penganut Kristian beriman tinggi dan tiada mahu meninggalkan agamanya. Justeru mencadangkan sebuah perkahwinan sivil yang pastinya menimbulkan marah Nadirah yang menolak segala yang bercanggah syarak.

Sampai ke babak ini penonton akan mula menyoal tujuan Alfian menulis cerita ini dengan sebegini rupa dan apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan selain mengajak manusia menuju Tuhan walaupun mengikut jalan berbeza. Kekhuatiran saya terhadap mesej sebegini ialah apabila ia ditonton dengan minda yang tertutup dan fikrah yang jumud.

Baru sahaja dua tiga hari lalu alat propaganda Barisan Nasional cuba bermain dengan isu kebebasan beragama dan meletakkan anak bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7, Nurul Izzah Anwar di lapang sasar untuk dihentam seboleh mungkin. Walaupun sebenarnya apa yang dilakukan hanyalah memutarbelit laporannya, apa yang terjadi ialah salah faham sesetengah kelompok yang gagal berfikir dengan akal yang sihat.

Walhal pada hari persoalan kenyataan Izzah itu disiarkan muka depan lidah rasmi UMNO, muka surat limanya turut menyiarkan klarifikasi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Apa yang terus dibuat Utusan Malaysia ialah menyiarkan kekeliruan orang lain yang terhasil akibat dari putar belitnya dan menjadikan isu agama ini sebagai alat menaikkan marah orang yang tidak mencari kebenaran.

Kemarahan dan kekeliruan tidak bertempat ini diperlihatkan dalam teater Nadirah melalui watak seorang ‘taliban’ Melayu Singapura yang tegas membela agama kaumnya. Watak Farouk, presiden kepada persatuan yang dianggotai Nadirah adalah watak yang mudah kita ketemu dalam lingkungan komuniti yang merasa kedudukannya mulia melebihi yang lain. Dan dengan kemuliaan itu, ia menghukum dan mengkafirkan tanpa melakukan keadilan.

Apa yang menarik ialah watak Farouk yang diperanankan oleh Redza Minhat ini, seusai pementasan sewaktu diskusi memberi pendapat bahawa lingkungan manusia hari ini terlalu banyak menghukum tanpa usul periksa. Baginya lagi, kerja mendidik dan memberi ajar kepada kelompok yang disangka jahil itu adalah pekerjaan yang merendahkan orang.

Sebagai manusia, dan pastinya sebagai budayawan, apa yang boleh dilakukan pastilah bukan mengajar tetapi sekadar bercerita dan membiarkan penonton berfikir dan membuat keputusan.

Namun cerita Nadirah ini tergantung dan plotnya menemukan tanda soal besar pada pertanyaan pokok yang menjadi hala tuju tulisan Alfian. Keadaan ini, ujar kawanan produksi adalah disengajakan supaya penonton sendiri dapat berfikir dan membuat kesimpulan sendiri.

Penonton pasti mahu tahu adakah ibu Nadirah, yang udah beberapa kali mengikut suami Kristiannya ke gereja akan turut meninggalkan Islam. Namun Alfian menutup tirai perdebatan itu dengan babak yang menimbulkan harapan di hati penonton. Ada pihak mungkin berharap ibunya Nadirah kekal muslim, ada pula pihak yang berharap ibunya berjaya diselamatkan Yesus Kristus. Harapan itu adalah hak inidividu kerana agama adalah hal yang amat peribadi.

Seperibadi genitalia. Ya, saya ada genitalia, kamu juga punya. Tetapi tidak perlulah organ itu diperagakan kepada umum supaya orang tahu siapa punya yang lebih besar. Sama halnya dengan agama. Memang tidak salah malah dianjurkan supaya umat Islam berdakwah ke arah menyemarakkan kebaikan dan menegah kemungkaran. Namun jalan dakwah tidak semata-mata wujud dengan metod menghukum dan mencerca atau mencanangkan siapa yang lebih Islam daripada yang lainnya.

Pada penghujung pementasan saya tetap marah dengan Alfian kerana meletakkan salah pada seorang lelaki Melayu dari Kuala Lumpur yang mahu beristeri lebih. Namun begitu saya bersetuju bahawa segala kekacauan yang berlaku dalam hidup Nadirah dan keluarganya bertitik tolak daripada kesilapan bapanya yang gagal menjadi suami yang baik kepada seorang muallaf.

Saya amat terpesona dengan persembahan Neo Swee Lin, bakat yang menggondol anugerah pelakon pembantu terbaik di Life Theatre Awards 2010. ‘Aunty’ yang seorang ini popular amat dengan penampilannya dalam siri komedi Phua Chu Kang; dan memegang peranan sebagai Sahirah ibunya Nadirah; beliau cemerlang sekali.

Bakat yang turut menyerlah juga pastilah kawannya Nadirah, watak bernama Maznah si perempuan berbaju seksi dan berasal dari Kuala Lumpur yang diperanankan Farah Rani dengan amat baik. Sebaik lakonan Patrick Teoh yang bersahaja dek kerana pengalamannya yang meluas.

Tetapi yang paling pasti ialah saya malah terpaksa menahan diri daripada mengambil kertas tisu dan mengesar air mata Nadirah yang menitis waktu ia berdiri di depan saya dalam babak bersama bondanya yang berkisah mengenai kesunyian di rumah. Walaupun Ani Juliana Ibrahim agak melebih-lebih dalam membawa watak Nadirah itu dengan sebutan tutur katanya yang kadang kala janggal, anak gadis ini telah berjaya berlaku adil kepada pementasan itu.

Keseluruhannya saya beri tiga bintang. Satu bintang untuk Neo Swee Lin yang comel sungguh lakonannya. Satu bintang untuk tulisan Alfian yang mantap. Dan satu bintang untuk air mata Nadirah, yang turut buat mata saya sedikit gatal dan berkaca.

Nadirah akan dipentaskan di Pentas 2 KLPAC sehingga 
11 November 2012.


Reviu oleh : Izmil Amri

- Serambi Awam -

Wednesday, August 22, 2012

Teks Khutbah Aidilfitri 1433 H


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk hari raya Aidulfitri yang bakal menjelang.

Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini :-

Perhatian supaya dapat dibaca lebih awal agar dapat disesuaikan dengan keadaan setempat masing-masing. Diharapkan dengan penyediaan teks khutbah tersebut dapat membantu dakwah kepada menegakkan Islam di tanah air Malaysia dan lain-lain.

Sekian daripada kami, Salam Aidulfitri, maaf zahir dan batin.
"Ulamak Haraki Teraju Kemenangan"


Sumber : Dewan Ulama' PAS Pusat
- Serambi Awam -


Wednesday, August 15, 2012

'PENIS SNAKE'

Di Amazon, Ditemukan Spesies Hewan Baru Berjulukan “Penis Snake”

Hutan hujan seluas 5,5 juta kilometer persegi ini terletak di sembilan negara iaitu Brasil (dengan 60% hutan), Columbia, Peru, Vanezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Suriname, dan Guyana Perancis. Amazon juga termasuk hutan tropika paling luas di dunia dan menghasilkan 30% dari seluruh oksigen Bumi. Tebal hutannya masih menyimpan pelbagai misteri , khazanah dan berbagai jenis flora dan fauna yang belum diketahui. 





Sejumlah jurutera yang sedang membina empangan di sungai Madeira, di Rondoria, Brasil. Menjumpai haiwan yang serupa dengan ular, namun tidak mempunyai sisik. 




Seorang pakar Biologi bernama Julian Tupan, meneliti lebih lanjut haiwan ini dan berjaya dikenal pasti sebagai Atretochoana Eiselti. Haiwan ini berasal dari keluarga caecilian yang meliputi pelbagai jenis amfibia dan haiwan melata, seperti ular dan cacing tanah. Haiwan ini kemudian digelar sebagai 'ular zakar' kerana bentuk tubuhnya yang licin tanpa sisik, sehingga ianya kelihatan seperti kulit alat kelamin lelaki. Ular zakar bernafas melalui kulit, memakan ikan dan cacing namun maklumat lebih lanjut mengenai haiwan ini masih belum diketahui dan masih dalam kajian.





Dirujuk dari situs huffingtonpost.com , Tupan mengatakan : Kami berhasil menjaring enam ular, satu mati, tiga diantaranya dilepaskan kembali ke habitat liar dan dua kami pelihara untuk penyelidikan. Haiwan ini sekali pandang seperti ular, tetapi ianya bukan kategori reptilia dan lebih mirip kepada salamander dan katak. Hutan Amazon memang seperti kotak kejutan, masih banyak jenis amfibia dan reptilia yang tidak pernah kita ketahui.


Sumber : uniqpost.com



- Serambi Awam -

Tuesday, August 7, 2012

Attempting to shoot the moon



With very little understanding of astronomy but with the aid of a phone app, I began a three evening attempt to capture the moon with the Olympic Rings. The rings have been hanging iconically on Tower Bridge for the London 2012 Olympic Games and it was suggested to me that a full moon should – at the right angle – cross through them.
Day One – Having planned to be in the “perfect” spot on London Bridge with a good view of the Olympic Rings further up river and using the app information, I waited for the moon to rise. However the horizon itself was a little cloudy. When the moon eventually showed itself about 10 minutes after the app’s moonrise time it was off to the right hand side of the bridge. I hadn’t taken into account that the moon wouldn’t rise in a vertical line but would travel across the sky. So, by a combination of it appearing late through cloud and miscalculation, I was totally in the wrong place. I rushed carrying the tripod with a heavy 400mm lens attached and the rest of my camera gear hanging off my shoulders – running off the bridge, down several flights of steps, and to the path alongside the River Thames to try re-align the moon with the rings. However, the moon moves surprising quickly. I couldn’t manage to run far or fast enough in time to get the image before the moon rose high, over and above the bridge.



Day Two – Armed with my 400mm, only a monopod and less gear, ready to run after the moon should I be in the wrong location again, I returned to London Bridge. A recalculation had been made. The moon was rising later and at a slightly different angle to the night before. From my previous mistakes I knew that when the moon was on the horizon it needed to be to my left in order for it to move across through the rings. However, to my dismay, the rings were not there. As Tower Bridge is a combined bascule and suspension bridge (i.e. the carriageway lifts to allow boats through) it had raised in preparation to allow a vessel through. I waited just in case they might be lowered, taking in the misfortune of looking at what would have been the perfect shot – that didn’t happen.



Day Three – I returned to the bridge, worried that the rings would be raised once more. But no, great news, they were down. I readied myself at the predicted angle to the rings. The moon would be rising at 8:50pm and would hit the rings by about 9pm. As the moon had been rising later each evening it had become darker than the previous evenings. I wished I had my tripod. Nonetheless, using the Canon 5D MkIII meant I could push the ISO a little further than I would normally have chosen for a late evening shot. Exactly on time the moon began to show itself over the horizon, a lovely peachy color. I had to keep an eye on a changing exposure, balancing the brightness of the moon with a rapidly darkening sky. As it rose I had to keep moving along, mercilessly pushing tourists out of the way who had stopped to look, in order to keep the moon in line with the rings. Finally, after three days, I had the picture I had been trying to achieve.

References : Reuters


- Serambi Awam -

Sunday, August 5, 2012

Ikan Paus yang Terdampar Akhirnya Mati


Kuala Lumpur (AFP / ANTARA) - Ikan paus yang terdampar yang dianggarkan memiliki panjang 52 meter yang mati di pantai pulau Borneo Malaysia, nampaknya enggan untuk dikembalikan ke laut, ujar pegawai tempatan pada Jumaat.

Paus tersebut ditemui Khamis lalu di Kuala Penyu, pantai barat Sabah tidak mati pada hari dijumpai, ujar Julin Bagang, seorang Pegawai Jabatan Marin.



Dia mengatakan bahawa pasukannya cuba untuk menarik paus tersebut kembali ke laut menggunakan dua kapal beberapa kali. Bomba juga menyiramkan air laut pada ikan paus tersebut.

"Kami berusaha untuk menariknya ke laut ... namun ia enggan kembali ke laut, " kata Bagang pada AFP, sambil menambah setiap kali kru penyelamat menarik haiwan tersebut ke air, paus tersebut berenang kembali ke pantai.



Seolah-olah mengatakan bahawa dia tidak pasti apa masalah dengan paus tersebut, yang mana mempunyai luka tetapi tidak begitu serius. Dia juga tidak dapat mengenal pasti jenis paus tersebut.

Bagang mengatakan ini kali pertama paus terdampar di pantai barat Sabah. Star Daily melaporkan tiga paus lain sebelumnya terdampar di sepanjang pantai Laut China Selatan.

The New Straits Times mengatakan beratus-ratus orang datang untuk melihat paus tersebut dengan membawa tin cat kosong untuk mengambil air dari laut dan menyiramkannya pada paus tersebut.

Pulau Borneo berkongsi wilayah kedaulatan dengan Malaysia, Brunei dan Indonesia.


- Serambi Awam -

Yellowstone's Grand Prismatic Spring



Terletak di Taman Negara Yellowstone, Grand prismatic adalah spring panas terbesar di Amerika Syarikat - ketiga terbesar di dunia - merangkumi 80 hingga  90 meter (250 hingga 300 kaki). Gambar Spring's dengan pegas warna terang adalah hasil pigmen bakteria yang merebak, yang tumbuh di sekeliling tepi air yang kaya dengan mineral, dan pusat kolam 'steril' disebabkan haba yang melampau.


- Serambi Awam -

Thursday, August 2, 2012

Sheikh Super Yacht







A secret super yacht dubbed “Project Azzam” costing $627.4 million is being built for Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, president of the United Arab Emirates, Page Six has exclusively learned. At an estimated 590 feet, it could surpass the length of some cruise ships and is primed to be an object of great envy on the Riviera’s rich-boys-and-their-toys scene next year. Photographers caught sight of a portion of it last month when it outgrew one dry dock at fancy German shipbuilder Lürssen, fueling wild speculation over who its owner could be. 



Previous talk was that the colossal craft was f


or

Saudi royal Al-Waleed bin Talal. But sources tell us it’s for Sheikh Khalifa. It will even eclipse Russian Roman Abramovich’s $485 million Eclipse at 536 feet. Unlike most propeller yachts, Azzam is said to boast a custom propulsion system with four giant water jets, to make it one of the fastest on the seas. Reports say the gas guzzler’s tank would have to hold an astounding 264,172 gallons of fuel. Only two locations reportedly could accommodate a yacht so big — Monaco and 
Antibes, although sources said Sheikh Khalifa wants to cruise the Seychelles. A rep at the UAE Embassy in Washington, DC, declined to comment. Also on the yacht scene, we exclusively reported that Microsoft mogul Paul Allen is lending his yacht, Octopus, to help recover a prized artifact from a sunken, British World War II battle cruiser HMS Hood. The boat will embark on the mission with the British Royal Navy after the Olympics wraps.




- Reuters

- Serambi Awam -

Thursday, July 26, 2012

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya :

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :

"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi:

"Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`". 


Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi :
"tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam?" seterusnya dia berkata : "Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga".

Firman Allah bermaksud :
Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud :

Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud :

Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)


Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.



Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.


- Serambi Awam -