Monday, July 1, 2013

Perpustakaan Awam Negeri Selangor Yang Termoden Di Malaysia


Perpustakaan awam baru negeri Selangor ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Dengan nilai pembinaan dan segala kos infrastruktur di dalamnya, perpustakaan yang boleh dianggap termoden di Malaysia ini menelan belanja RM70juta. Dengan dilengkapi perabot-perabot moden yang berwarna-warni, pastinya ciri-ciri ini akan lebih menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk lebih meluangkan masa di perpustakaan ini. Hehe.
Yang paling menarik, semua kelengkapan komputer dalam perpustakaan awam Selangor yang baru ini adalah daripada jenama Apple! 'Shopping mall' ada? Hehe...Untuk menggunakan komputer-komputer ini, anda perlu berjumpa dengan kakitangan yang bertugas. Setelah mendaftar, anda terus boleh menggunakannya. Masa yang diberi ialah selama 60 minit. Tetapi jika tidak ramai pengunjung, boleh guna lebih lama dari itu.

Di ground floor ada disediakan teater 3D dan 6D yang dikenakan bayaran untuk memasukinya. penulis dan keluarga telah mencubanya, sangat menarik dan teruja dengan teknologi juga prasarananya.

Tempat duduk yang selesa dan santai untuk ibubapa juga lebih banyak berbanding dengan perpustakaan yang lama. Jika tuan/puan mahu jadikan PPAS sebagai salah satu kunjungan mingguan untuk beristirehat sekeluarga, ianya amat sesuai. K-activity lah orang kata.

















Untuk maklumat lanjut tentang PPAS, tuan/puan boleh melawat laman web mereka di sini atau Facebook Page mereka di sini.

Semoga dengan adanya perpustakaan baru yang serba canggih ini, warga Selangor dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Kita doakan agar warga Selangor khususnya, dan Malaysia amnya menjadi rakyat yang suka membaca dan berilmu orangnya. Apabila rakyat mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu-ilmu yang baik, insyaALLAH ia akan memberikan kebaikan yang banyak buat negara yang kita cintai ini.






 - Serambi Awam -




No comments:

Post a Comment