Showing posts with label Tokoh Negara. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Negara. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Lagenda seorang pejuang


Dia masuk UM tahun 1968, di waktu prime years bagi student movement di Malaysia. Dia grad tahun 1971.
Ini berlaku 45 tahun dulu... hampir separuh abad lepas. Ini di zaman perang Vietnam... Zaman perang dingin. Zaman 13 Mei.

Dalam UM lagi dia dah start buat nama.

Kalau kau pernah belajar kat IPTA, cuba ingat-ingatkan balik wajah presiden kelab pelajar muslim kat U kau, kalau kau kenal la pun dia sapa...

Anwar adalah presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia waktu tu. Dan beza dia dengan mana-mana tokoh pelajar tempat kau, dia dah pun mencipta nama di kalangan public.

Dalam waktu tu dia dah berkongsi pentas dengan Mahathir, untuk mengkritik pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

Tahun 1971 dia graduate, dia tubuhkan ABIM dengan kawan-kawan dia.

ABIM dulu jangan samakan dengan ABIM sekarang... sekarang memang low profile.

Tapi dulu, dalam sekelip mata under his leadership ABIM jadi terkenal di seluruh dunia. Ini bukan aku saja gebang kasi sedap cerita.

Masa ni dia kenal dengan Miswari, Erdogan, Abdullah Gul, Syeikh-Syeikh terkemuka di seluruh dunia... serta lain-lain leader belia dunia waktu tu, termasuk dari sekular barat.

Dalam masa yang sama dia jadi presiden Majlis Belia Malaysia......

Tahun 1974, umur dia 27 tahun, dia dah masuk ISA.

Macam mana dia sekarang difitnah oleh BN, gitu la juga attitude kerajaan BN waktu tu.

Tapi dia tak peduli semua tu.

Dia habiskan banyak masa untuk agenda politik non-partisan dia.

Dia dijemput join PAS, tapi dia reject.

Dia tetap bergerak sebagai NGO.

Dia tubuhkan Yayasan Anda.

Dia buka sekolah tuisyen percuma di Kampung Baru dan Pantai Dalam untuk bantu anak-anak orang miskin bandar.

Ini semua berlanjutan sehingga tahun 1982, tahun dia masuk UMNO.

Orang boleh cakap macam-macam pasal dia kerana dia join UMNO.

Orang UMNO selalu dipalitkan dengan perkara buruk.

Bila ada kerbau lain yang pernah mandi kat dalam kubang yang sama, bila diejek kerana comot berlumpur dia akan bangkitkan yang kerbau satu lagi tu pun dulu main lumpur juga.

Nah sekarang kita cerita pasal kerbau ni di zaman dia belum pandai terjun masuk kubang.

Di zaman inilah nampak nilai legendary dia, dan nilai ini sah laku sampai sekarang.

Fikirkan... berapa ramai pemuda yang boleh jana sokongan dan penyokong untuk menjayakan sebuah organisasi baru?

Pemuda-pemuda UMNO zaman sekarang hanya pandai melompat masuk organisasi yang dah mantap, dan jadi parasit.

Jika Anwar menunjukkan leadership sejati dengan kemahiran kepimpinan sejati, pemuda-pemuda UMNO pulak hanya pandai menebar pesona untuk cari pengaruh... nothing genuinely productive comes out of them.

Fikirkan... pemuda-pemuda UMNO hanya pandai cari projek dalam parti.

Tapi Anwar, dia boleh cari duit entah dari sumber mana, bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak-anak orang lain.

He gains nothing out of it.

Hidup dia tidaklah mewah. Mak bapak dia tidaklah kaya.

Orang-orang zaman sekarang, keluar universiti tak ada kerja kosong mereka hanya bising "Kerja tak ada kosong".

Anwar, dia tak tunggu orang kasi dia makan, dia boleh cari duit untuk tanggung kebajikan orang ramai.

Zaman sekarang, UMNO bela budak-budak dia yang pernah jadi leader Aspirasi kat universiti. UMNO groom untuk letak kat dalam Majlis Belia Malaysia.

MBM dah jadi puppet UMNO. Perjawatan dalam MBM adalah dicatur, bukan ditandingi.

Tapi Anwar waktu tu dia boleh champion jawatan presiden MBM, dan ini di zaman di mana pergerakan belia tengah hot... dia ada banyak saingan.

Untuk lebih 15 tahun Anwar macam ni.

Ini sewaktu dia di usia antara 20 tahun hingga 35 tahun.

Antara 1968-1971 dia di UM (20-24 tahun) tapi aku kira juga sebab dia kat Universiti pun dah agak mantul dalam pergerakan.

Now, this is a very long time... prime years.

Kalau nak banding dengan pemuda sekarang grad umur 21/22, terus join UMNO (bagi yang ambitious).

Tapi kalau nak kata dia join UMNO untuk kesenangan atau karier politik, he could have done it sooner. But he didn't, did he?

Segah mana nama dia dalam 15 tahun tu?

1973, dia jadi Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini berlaku sewaktu dia masih berada di luar kerajaan.

1979, dia menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.

dan... kalau kau baca artikel aku, memoir Wan Azizah, ada direkodkan ketika dia first dating dengan Wan Azizah, dia cancel date dia sebab dia kena pergi Iran sebagai wakil BELIA ASIA untuk congratulate rejim Khomeini sempena kemenangan dalam Revolusi Iran 1979.

Tanya la diri kau... agak-agak siapa yang kau kenal yang ada achievement macam ni pada usia muda macam ni?

Macai UMNO pertikaikan dia ambil jurusan Pengajian Melayu.

Aku nak tanya, kalau orang tu ambil ijazah dalam jurusan origami main lipat-lipat kertas sekali pun, apakah achievement macam ni tak legendary?

Apa yang dia buat waktu ni, bagi aku, aku tak kira soal moral (itu pun kalaulah benar) boleh mencacatkan sumbangan dia.

At least dari segi niat sekali pun, ikhtiar dan kesungguhan dia pada aku is something he can be proud of.

Fast forward to 1982... Dia masuk UMNO.

Let's see how fast he built his career inside UMNO.

Beberapa bulan sebelum PRU dia join UMNO.

Tiba PRU dia jadi calon... berapa ramai yang bertahun masuk UMNo tapi tak dapat jadi calon?

Dan dia menang besar...

1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan


1985 - 1986 Menteri Pertanian


1986 - 1990 Menteri Pendidikan


1990 - 1998 Menteri Kewangan

1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri


Yang warna biru tu, itu junior ministership... itu untuk acah-acah testing je.

siapa-siapa pun akan diuji dengan portfolio kementerian macam tu.

Tapi lihat juga, betapa sekejap dia pegang jawatan Timbalan Menteri.

Hanya dalam setahun lebih. Kemudian terus dah lompat jadi menteri penuh.

Menteri Belia dan Sukan pun sekejap je... hanya 2 tahun lebih.

Dalam tempoh 4 tahun, dia dah jadi menteri kanan.

Menteri Pendidikan is a very big portfolio.

portfolio besar sebab kat situ banyak duit, ertinya banyak orang nak kementerian tu. Tapi dia dapat, hanya dalam tempoh 4 tahun.

Hanya dalam tempoh 10 tahun... dia dah jadi TPM.

Ok... terus kepada selepas dia dipecat.

kalau kau tengok video tu, dia dah tahu dia akan diambil oleh polis.

Anwar... dia tak macam Musa Hitam atau Ku Li.

Dua orang ni kena tendang dengan Mahathir, terus diam.

Anwar, he fought back.

The odd is on Mahathir. Mahathir control polis kuat.

Ever since Anwar join UMNO, tak banyak orang yang kacau Mahathir dari luar.

Mahathir ada banyak masa untuk perkemas grip dalam PDRM.

Mahathir jadi totalitarian yang sempurna.

Kes Memali, Operasi Lalang, dsb.

Setakat Mat Sabu dan Lim Kit Siang, celah gigi je buat Mahathir.

So Anwar patut dah masak dan tahu risiko lawan Mahathir.

Yet still, he puts up a fight.

Kalau kau lihat video yang aku letak tu, Anwar sempat tinggal pesan kat anak-anak.

Dude, the way he speaks... dan mengenangkan sekali kegilaan polis di zaman tu, dan kegilaan Mahathir tu sendiri, aku rasa Anwar is preparing for the worst.... DEATH.

Apakah dia mengaku kalah?

Naaaaay... dengan tenang dia pesan kat W.Azizah, jika dia diambil malam tersebut, biarkan dia pergi sebagai pejuang.

Dengan anak-anak dia sampaikan amanat terakhir seorang bapa...

Aku tak anggap dia rekod video sebagai gimik untuk raih simpati rakyat... aku tak pernah tengok pun video tu.

Aku faham, sebab anak-anak dia masih kecil-kecil... they don't even understand the gravity of the situation, aku nampak anak-anak dia yang kecik masih senyum-senyum lagi.

Anwar rasanya ingin tinggalkan video supaya anak-anak dia boleh tengok balik bila usia dah cukup besar untuk faham dan ingat pesanan dia.

His calmness... his eagerness to finish up his fight, terima apa saja bakal mendatang asalkan lawan tetap lawan, that makes him legendary, to me.

Tentang KeADILan, aku rasa itu pun perancangan dan penyeliaan oleh Anwar dari dalam penjara...

Azmin is his close aide. Dengan bantuan Azmin yang dah biasa dengan carakerja Anwar, it makes it easier.

Here comes another point that makes him lagendary....

He could build youth organisation, a very internationally successful one, dalam 2-3 tahun.

Kali ni dari dalam penjara, well, it takes a bit longer tu success...

tahun 2004 hanya Wan Azizah yang dapat bertahan, itu pun dari kubu kuat Permatang Pauh.

2004 - dia bebas dari penjara. 5 tahun tak boleh bertanding.

2004-2006 - rehat sat, mengajar kat luar negara.

2006 - announce untuk main politik semula. but still dia masih mengajar part time. selalu kat luar.

2007 - still sekali sekala dia dah mula in-charge. cthnya waktu BERSIH 1.0

2008 - PR menang besar... rakyat mula bersatu.

within 2 years dalam serius tak serius, dia dah sebabkan heavy casualties pada pihak BN.

2008-2013 - Betul-betul dia pulun...

2013 - sendiri tengok la rakyat macam mana kalau dia datang buat ceramah...

so you see... this guy, umur dia 20an, atau umur dia 60an, dia tetap dengan special touch dia.

he can organize and mobilize.

with great efficiency.

in 6-7 years (2006-2013) dia boleh pulun kasi goncang Malaysia.

Dulu dia nobody.

Dia melonjak naik sebagai pemimimpin belia.

dia tinggalkan belia, dia join UMNO dan merecup jadi TPM.

kemudian dia back to square one.
in just one night, dia kembali sifar.
UMNO tarik dia masuk, UMNO tendang dia keluar.

Buang masa 15 tahun dalam UMNO.

So dalam keadaan Sifar, dia buat parti dia sendiri...

duduk dalam jel.

lepas keluar jel, nikmati kebebasan sat.

kemudian dalam tempoh 6/7 tahun, dari cuma Wan Azizah sorang je PKR dalam Parlimen, dia boleh naikkan semula PKR bersama PR.

Dia hanya perlukan 7 tahun untuk robohkan UMNO.

mind you, ramai ahli PKR yang sokong dia tahun 98/99 dulu dah keluar..

so PKR has been rebuilt, reinforced, made fit for battle once again with fresh faces.

Kalau nak campur waktu dia sebelum masuk jail pun, boleh dikira dalam 10 tahun la...

10 tahun untuk hancurkan UMNO.

still a great feat. worthy of a legendary status.
dan sebab tu pada aku, kalau dia tak masuk UMNO dulu, Mahathir punya regime tak sampai 20 tahun.

Waktu UMNO diharamkan dulu, waktu kecoh Semangat 46, mungkin PM yang naik waktu tu Anwar... mungkin PAS, mungkin parti dia sendiri.

Arwah Dato Asri Muda (PAS) pernah offer Anwar, kalau Anwar masuk PAS, ambillah jawatan Presiden PAS, dia sanggup berundur.

Bagaimana seorang politician senior macam tu, boleh sanggup berundur untuk seorang pemuda berumur 30an.

Anwar umur 30an sudah ditawar jadi presiden PAS. Anda bagaimana?


Tidakkah beliau seorang lagenda?


Sumber : Drpd seorang hamba Allah

- Serambi Awam -

Saturday, April 13, 2013

The Princess of Reform


Why the daughter of Malaysia’s opposition leader embodies the hopes of the democratic reform movement.

BY DEBORAH LOH | APRIL 10, 2013
KUALA LUMPUR, Malaysia – Last month, a young opposition member of Malaysia's Parliament, Nurul Izzah Anwar, was scheduled to speak at a university forum on the country's impending general election. You'd think that that wouldn't have been a problem: Malaysia's rulers, after all, routinely portray their country as a thriving democracy.

In this case, though, the guardians of democracy weren'thaving any of it. Anonymous officials quickly intervened, pressuring the university to pull the panel and replace its members with speakers less inclined to criticize the government. But Nurul Izzah refused to leave it at that. She attended the event as a member of the audience, and then used the question-and-answer period to speak her mind.

Nurul Izzah is used to fighting the odds. At the age of 32, she's spent a lifetime battling the powers-that-be. And now, as Malaysia embarks on a watershed national vote on May 5, she finds herself at the center of a vicious battle to defend her seat. The ruling party is pulling out all the stops to defeat her. But the question remains: Why would this mother of two pose such a threat?

Nurul Izzah became an opposition member of Malaysia's parliament in 2008 after winning in a multi-ethnic, mixed-income Kuala Lumpur suburb where she plans to run again. How she fares in the coming election will mirror Malaysia's political journey from a one-party system, sustained by sectarian politics and ethnic patronage, to a competitive, multiethnic, and egalitarian polity. The People's Pact, an opposition coalition led by Nurul's father, the 64-year-old Anwar Ibrahim, is up against the National Front (Barisan Nasional, or BN), which has ruled Malaysia for the past 56 years. BN is dominated by the United Malays National Organization (UMNO), a party that serves as a political vehicle for the ethnic Malays who make up over half of the country's population. (Malaysia also boasts strong Chinese and Indian ethnic minorities, both groups that are represented especially heavily in Anwar's coalition.)

Cracking the dominance of BN won't be easy. During his four years in office, the current prime minister and BN leader, Najib Razak, has presided over strong economic growth (5.6 percent last year) and has attempted to placate discontent by implementing a few modest liberalizing reforms. But the biggest challenge facing the opposition is BN's deeply-rooted control over Malaysia's most important institutions, from the mainstream media to the national election commission. In the run-up to the national election, indeed, Nurul has seen fit to file a claim with the commission alleging tampering with the voter lists for her constituency. One of her party workers was also recently beaten up by unknown assailants.

Despite these obstacles, however, she does have some powerful advantages on her side. An articulate and charismatic speaker, the U.S.-educated (and confessed Radiohead fan) Nurul Izzah has considerable appeal among the educated and globalized elements within her country's remarkably diverse society. (After getting her undergraduate degree at a leading private university in Malaysia, she earned an MA at Johns Hopkins University in Washington, D.C.) As a headscarf-wearing Muslim, she combines her cosmopolitan credentials with both a sense of religious propriety and decorum that has put her in good stead with the staunchly conservative ethnic Malay society.

She also enjoys excellent name recognition, thanks to the long political saga of her father. Anwar Ibrahim lost his position as deputy prime minister in September 1998 in a showdown against Malaysia's long-entrenched prime minister and political strongman, Dr. Mahathir Mohamad. Placed under arrest, Anwar was beaten while in police custody, and then charged with sodomy (a crime in Malaysia) and corruption. He spent the next six years in prison, and in 2004 was acquittedon the charge of sodomy and released. But the "sodomite" label stuck. Mahathir used it to justify Anwar's inability to be a leader, and today supporters of the BN government still use it to demonize the People's Pact.

References : foreign policy

- Serambi Awam -

Monday, October 22, 2012

Kenali Serba Sedikit : Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang




Presiden PAS (Penjawat Kini)

Mula berkhidmat : 14 September 2003

Ahli Parlimen : untuk P37 Rusila, Terengganu

Mula berkhidmat : 8 Mac 2008

Majoriti :163 

Ahli Dewan Undangan Terengganu
bagi kawasan N20 Rhu Rendang

Mula berkhidmat : 8 Mac 2008
Majoriti : 1,435

Menteri Besar Trengganu

Tempoh berjawat : 1999 – 2004
Didahului oleh : Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
Digantikan oleh : Idris Jusoh (MB kini)

Tarikh lahir : 20 Oktober 1947
Tempat lahir :  Marang, Terengganu
Parti politik :  PAS - Pakatan Rakyat
Anak : 14 orang

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Jawi :
حاج عبد ﺍﻟﻬﺎدي اوڠ, lahir pada 20 Oktober 1947, merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004).



Kehidupan awal

Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

Keluarga

Beliau mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikurniakan 13 orang anak. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 3 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman.

Pendidikan

Beliau diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada usia kecil. Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang. Kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil aliran Sanawi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (Sma(a)sza), Kuala Terengganu. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah beliau sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975).

Politik dan NGO

Beliau menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu (1977-1978). Pada 1982,apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadhil Noor.

Sebenarnya Abdul Hadi mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.

Pilihan raya

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

Antarabangsa

Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir.

Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.

Antaranya :-

  • Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul, Turki.
  • Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
  • Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
  • Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
  • Menyertai delegasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
  • Menyertai delegasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelumPerang Teluk.
  • Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama delegasi pemimpin Jerman Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan Mujahidin Afghanistan.

Kerjaya Dalam Kerajaan

Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978.
Menjadi Menteri Besar negeri Terengganu semasa tahun 1999-2004.

Kerjaya Badan Bukan Kerajaan 

Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.

Hasil penulisan

  • Bagaimana Islam memerintah negara: PTS ; 2009.
  • Islam adil untuk semua : PTS Islamika ; 2009.
  • Fahaman & ideologi umat Islam : PTS Islamika, 2008.
  • Takwa : takut tetapi rindu : PTS Publications, 2008.
  • Beriman kepada qadak & qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
  • Beriman kepada hari akhirat : PTS Islamika, 2008.
  • Beriman kepada Malaikat & kitab : PTS Islamika, 2007.
  • Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
  • Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
  • Inilah akidah muslim; PTS publications, 2007.
  • Islam & demokrasi: PTS Islamika, 2007.
  • Ramadan : tetamu yang dirindui: PTS Islamika, 2007.
  • At-Tibyan dalam mentafsirkan Al-Qur'an : surah Al-Hasyr (Pengusiran) & Al-Fil (Gajah): As-Syabab Media, 2002.
  • Surah al-Hujurat (bilik-bilik): As-Syabab Media, 2002.
  • Muqaddimah aqidah al-Muslimin : Pustaka Aman Press, 1988.
  • Jika Islam mentadbir : wawancara wartawan U.P.I., Paul Wedel dengan Abdul Hadi Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
  • Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin

Sumber : wikipedia

- Serambi Awam -

Sunday, August 5, 2012

Dato' A.Samad Said




Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali denagn nama penanya A. Samad Said (lahir : 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.Kini beliau menetap di Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor.





Latar belakang 

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka,


Keluarga

Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar cerita rakyat seperti cerita “Batu Belah batu Bertangkup”.
Pendidikan

A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly.

Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.


Kerjaya

Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan. Bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah. Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.



Penulisan

A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Olhe itu dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.

Novel pertamaberjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina .Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP.Ketika itu Samad berusia 23 tahun. Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepasPerang Dunia Kedua. Penduduk bergelut dengan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan kebobrokan.Tema saebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu.Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.

Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan masyarakat Singapura yang menderita akibat perang. Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura ketika diperintah tentera Jepun (1942-1946).

Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan sajak-sajak bebas. Antologi lain ialah Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).

Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang dalam Dari Salina ke Langit Petang.Buku bercorak autobiografi ini merupakan rakaman pengalaman Samad , pahit maung dan peristiwa berkaitan yang diterapkan dalam novel-novelnya.

Anugerah
  • Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
  • 1979,panel Anugerah Sastera
  • 1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
  • Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
  • 1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.
  • 1997 gelaran `Datuk’ oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Karya :

  1. Salina, : DBP 1961, 495 hlm.
  2. Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
  3. Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137 hlm.
  4. Di Hadapan Pulau, : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
  5. Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
  6. Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
  7. Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
  8. Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
  9. Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Novel Remaja Kanak-kanak :

  1. Bendera Merah di Atas Bukit, : Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.
  2. Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
  3. Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
  4. Mengejar Tetamu di Waktu Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.
  5. Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.
  6. Keledang, ; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.
  7. Antara Kabus ke Kabus, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 67 hlm.
  8. Di Simpang Jalan, : DBP , 1980, 95 hlm.
  9. Jalan Retak, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.

Cerpen :
  1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
  2. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  3. Debar Pertama, : Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.
  4. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
  5. Panorama (Peny.), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.
  6. Bunga Gunung (Peny.) : Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.
  7. Angin Pulau (antologi bersama), : Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.
  8. Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
  9. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
  10. Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), : DBP , 1993,495 hlm.

Puisi :
  1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
  2. Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), : DBP , 1961, 26 hlm.
  3. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  4. Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.
  5. Benih Harapan, : Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.
  6. Daun Semalu Pucuk Paku, : Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;
  7. Kuala Lumpur, (antologi bersama), : GAPENA, 1975, 57 hlm.
  8. Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), : DBP , 1980, 314 hlm.
  9. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), : DBP , 1981, 294 hlm.
  10. Benih Semalu, : DBP , 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).
  11. Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: DBP , 1984, 75 hlm.
  12. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), : Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
  13. Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
  14. Puisirama Merdeka (antologi bersama), : PENA, 1986, 141 hlm.
  15. Malaysia dalam Puisi, : DBP , 1988, 316 hlm.
  16. An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), : DBP , 1988, 413 hlm.
  17. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985)(antologi bersama): DBP , 1988
  18. Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), : DBP , 1990, 941 hlm.
  19. Balada Hilang Peta, : DBP , 1993, 69 hlm.
  20. Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), : Maybank, 1993, 228 hlm.


Drama :

  1. Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
  2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
  3. Wira Bukit, : DBP , 1986, 92 hlm.
  4. Lantai T. Pinkie, : DBP , 1996, 137 hlm.
  5. Lazri Meon Daerah Zeni, : DBP , 1992, 138 hlm.


Esei/Kritikan :
  1. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang):Penerbitan Federal Berhad, 1963
  2. Damai (kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
  3. Laungan (Kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  4. Tangan yang Simpatik, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
  5. Between Art and Reality (Selected Essays), : DBP , 1994, 479 hlm.

Autobiografi :
  • Dari Salina ke Langit Petang, : DBP , 1979, 83 hlm.

Umum :

  1. Warkah kepada Salmi Manja, : Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
  2. Antara Bulan dan Wira, : DBP , 1989, 632 hlm.
  3. Warkah Eropah, : DBP , 1991, 235 hlm.
  4. Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon), : DBP , 1995, 510 hlm.


Anugerah dan Pencapaian :
  • 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
  • 1979 - panel Anugerah Sastera
  • 1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
  • 1985 - Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
  • 1993 - Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.
  • 1997 - gelaran `Datuk’ oleh [[Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Gerakan Mansuh PPSMI

Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO. Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang.

A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.


Bersih 2.0 2011

Hadir pelancaran Perhimpunan Bersih 2011
Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan. Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.




Bersih 3.0 2012

A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkanPasar Seni dengan bangunan Dayabumi.[perlu rujukan]



Sumber : wikipedia



- Serambi Awam -

Tuesday, July 24, 2012

Kenali Tan Sri Khalid Ibrahim



YAB Tan Sri Dato Seri' Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946) merupakanMenteri Besar Selangor ke-14 dan terkini dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia Dan Sukan1, hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam2. Di peringkat akar umbi, beliau adalah ketua Keadilan Cabang Ijok. Sebelum ini beliau merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu dan juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan. Salah seorang daripada anak perempuannya merupakan pakar bedah kucing yang mempunyai klinik khusus untuk haiwan itu di Brisbane,Australia. Tan Sri Khalid takut kepada kucing walaupun keluarganya memelihara 20 ekor kucing.



Latarbelakang Pendidikan

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, S.P.M.S., P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor,Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.


Tan Sri Khalid Ibrahim
Kerjaya

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).


Politik

Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia politik, menyertai parti pembangkang iaitu PKR. Mulanya sebagai Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor . Kemasukan beliau selaku tokoh ekonomi ke dalam PKR memberi rentak baru dalam pakatan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 beliau ditumpaskan oleh cikgu muda K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,920 undi. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya 'Undilah Barisan Nasional' telah diulang-ulang dalam media elektronik.

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau menewaskan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , DatukTan Chai Ho dari Barisan Nasional/MCA di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 2,515.Khalid memperoleh 28,123 undi sementara Tan Chai Ho mendapat 25,608 undi. Khalid mendapat 7,196 undi berbanding 5,276 yang diperoleh calon BN, Datuk Mohamed Sayuti Said di DUN Ijok pada 8 Mac 2008.


Menteri Besar Selangor

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor. Beliau merupakan orang pertama yang bukannya mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ketiga-tiga belas Menteri Besar sebelumnya mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen utama BN.


Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford.


Guthrie Malaysia

Khalid menjadi CEO Guthrie dari1995-2003. Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.


Isu kontroversi - Menyertai PKR

Pada 25 April 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh Khalid Ibrahim kecewa kerana tidak mendapat 20 % saham Guthrie. Mulaya beliau meminta 6.5 % pada 1994 dan meningkat kepada 20 %. Untuk 6.5% dia terpaksa meminjam RM175 juta. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menulis surat kepada pengerusi PNB, Tun Ismail Mohd Ali agar saham diberikan kepada Khalid Ibrahim. Ismail Mohd Ali ialah abang ipar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Tan Sri Mohd Desa Pachi pula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pertama PNB. 


Bekalan Air Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bercadang menaikkan tarif air di Selangor. Keputusan kenaikan tarif air akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Selangor akan membuat beberapa cadangan supaya perkara ini tidak akan membebankan rakyat. Strategi pengurusan air kerajaan Pulau Pinang yang kosnya dikatakan lebih rendah daripada Selangor akan diteliti.

Perjanjian konsesi air antara kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun (1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034), tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009, tetapi dilanjutkan kepada 31 Mac 2009 bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor menyusun semula industri air. Perjanjian konsesi itu boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula jika semua aset pemegang konsesi air diserahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).Penilaian semua aset Puncak Niaga, Syabas, ABASS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holding Bhd (SPLASH) sedang dirunding. Puncak Niaga menetapkan lebih RM6 bilion sebagai nilai pengambilalihan semua aset berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.

Oleh kerana Syabas telah melanggar beberapa terma penting yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi selama 30 tahun maka Selangor meminta kerajaan persekutuan membatalkan perjanjian konsesi itu. Antara laporan Jabatan Audit Negara ialah :

Ada projek yang tidak ditender dan lebih RM500 juta daripada kontrak itu dibuat secara rundingan langsung. Selain itu ada beberapa perbelanjaan yang tidak mengikut syarat dan terma perjanjian konsesi.
Syabas membelanjakan lebih RM50 juta untuk menaik taraf pejabatnya di Shah Alam sedangkan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM23.2 juta pada 2005.


Tender Rundingan Terus

Pada 12 April 2008, Abdul Khalid Ibrahim menghapuskan tender rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera kerana 98 % diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu ketika Barisan Nasional / UMNO memerintah Selangor. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama. Kontraktor terbabit tidak akan disenaraihitamkan kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. 'Pena sakti' Menteri Besar tidak diperlukan untuk mendapatkan tender kerajaan negeri. Keputusan tender ditentukan oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat.


Perhimpunan 14 April

Perhimpunan 14 April tanpa permit sempena pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Abdul Khalid selaku Presiden Kelab Sultan Sulaiman meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T. Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Ramli Mahmud dan pihak PDRM kerana premis tersebut berpagar dan bukan kawasan terbuka. Perhimpunan itu sepatutnya tamat jam 11.00 malam tetapi ditamatkan oleh pihak polis pada jam 10.30 malam ketika Anwar Ibrahim sedang berucap. Lebih 7000 hadir dan menyebabkan kesesakan teruk di Kampung Baru Kuala Lumpur. 


Dana Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat

Pada 23 Jun 2008, beberapa syarikat swasta memberi sumbangan bagi Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang didepositkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR). bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa tindakan itu tidak selaras wawasan Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim berikrar akan membekukan sumbangan tersebut, dipindahkan dari akaun PKR ke akaun kerajaan negeri Selangor dan mengucapkan kad ucapan terima kasih kepada syarikat penderma terbabit.


Polis Mengiringi Pemimpin

Pada 15 Disember 2008, beliau mendakwa konvoi polis mengiringi Menteri Besar Selangor dan pemimpin lain akan menyekat kemesraan dan hubungan yang sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat. Oleh itu saranan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei agar pemimpin diiringi oleh pasukan keselamatan tidak perlu. Isu ini berbangkit selepas ancaman 'serangan bogel' Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) dan mengejar Menteri Besar Selangor di majlis-majlis perasmiannya bagi membawa tuntutan mereka berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Lembu korban 2008

25 Januari 2009, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mendedahkan belanjawan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional pimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir ToyoDewan Undangan Negeri Selangor. Harapan beliau agar tidak bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sebelum itu, Dr Mohamad Khir mengaku memiliki salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November 2008 yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain. Selain itu resit pembayaran RM110,400 bertarikh 16 Disember 2008 . Semua bukti itu diposkan kepada Dr Khr. 46 ekor lembu disedekahkan kepada surau-surau di Bandar Tun Razak sebagai satu tanggungjawab sosial korporat. Bandar Tun Razak bukan lagi dalam negeri Selangor tetapi di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan dan Khalid Ibrahim menjadi ahli parlimennya. Khir Toyo cuba membabitkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak gemar wang kerajaan negeri Selangor disalurkan ke Wilayah Persekutuan atau negeri lain. Selepas ini negeri lain seperti Terengganu akan bertindak dalam cara yang sama.

Kes ini disiasat oleh SPRM tetapi kemudiannya ditutup bersama kes-kes lain pada 12 Februari 2010.

Sumber : Wikipedia

- Serambi Awam -

Wednesday, June 27, 2012

Tuan Guru Nik Haji Abdul Aziz Nik Mat



Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ( نئ عبدالعزيز بن نئ مت ) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakkan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Latar Belakang

Kehidupan peribadi

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak
kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).



Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.


Pendidikan


Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah belajar di:

  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
  • Universiti Deoband, India – 1952
  • Universiti Lahore, Pakistan - 1957
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.


Kerjaya Politik

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti

tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06, Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiketBarisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.

Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan.


Kesihatan

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004,

beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.



Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.


“ Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan"


Sumber : Wikipedia

- Serambi Awam -

Tuesday, June 26, 2012

Mengenali Anwar Ibrahim



Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.