Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts

Friday, November 28, 2014

AKIBAT MENONTON VIDEO PORNO


Seorang pemuda yang baru saja beberapa bulan kematian ayahnya sedang berkumpul dengan rakan-rakannya, ia memang mempunyai Acara Khusus setiap minggunya dengan teman-temannya untuk berkumpul sambil menonton VIDEO porno di rumah arwah ayahnya, demikian acara itu berlanjut pada setiap minggu..

Malam itu setelah selesai dari perkumpulannya, ia tertidur lelap dan bermimpi, ia sedang menuju pusara ayahnya..

Tiba-tiba ia mencium bau yang sangat busuk dari pusara ayahnya, lalu ia mendengar suara ayahnya sambil mengerang, seakan- akan menahan sakit : Anakku, sampai kapan kau akan menyiksaku di alam kubur..??
Ketahuilah setiap kali kalian berkumpul dirumahku dan menyaksikan filem porno itu aku di datangi dua malaikat penyiksa, yang satu menuangkan cairan busuk yang keluar dari faraj para pelacur yang sedang dalam siksaan kubur, dan malaikat yang lain menimpakan bara api di sekujur tubuhku, mereka terus berbuat demikian dan tidak berhenti sebelum kalian selesai dari acara keparat itu dirumahku, mereka datang untuk menyeksaku seperti itu setiap minggu bertepatan waktunya dengan berkumpulnya kalian, hentikan
perbuatanmu wahai anakku, kembalilah kepada ALLAH untuk bertaubat..

Anak itu tersentak dari tidurnya dalam keadaan gundah, ia tak tahu harus berbuat apa, ia terus berfikir dan berfikir..

Maka cahaya Hidayah pun menerangi kalbunya, ia bertaubat kepada ALLAH subhanahu wata'ala dan mulai menjalani Cahaya petunjuk, ia berniat pada malam yang biasanya ia mengadakan acara tercela itu dirumahnya, ia akan mengadakan acara maulid Nabi besar Muhammad Shallallahu alaihi Wasallam, setiap minggunya, ditempat dan waktu yang sama..

Ia menceritakan mimpi dan niatnya pada teman- temannya..

SubhanALLAH..

Merekapun setuju dengan pendapat itu, acara pun berlangsung, para pemuda yang dipenuhi cahaya taubat, maka berkumpul lah hati yang dipenuhi penyesalan dan merasa sangat bersalah terhadap Maha Raja Langit dan Bumi, maka rumah itu kini terlihat dari langit bagaikan bintang gemerlapan, sebagaimana penduduk bumi memandang bintang gemerlapan dilangit..

Rumah yang beberapa hari yang lalu dipenuhi perbuatan yang menggetarkan pintu Kemurkaan ALLAH, kini di rumah itu berkumpullah hamba- hamba NYA untuk melangsungkan amal yang menggoncang pintu Rahmat Rabbul'alamin..

Malam itu sang pemuda kembali bermimpi, seraya menziarahi pusara ayahnya, ia mencium bau wangi yang sangat Indah, wangi Misk Kesturi, ia teringat bahawa wangi Misk Kesturi adalah wangi tubuhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam..
(tercantum dlm kitab Syama'il, oleh Imam Tirmidzy)

Lalu ia mendengar suara ayahnya dengan penuh kelembutan : ALLAH melimpahkan rahmatNYA padamu wahai anakku, aku di hentikan dari segala seksa kubur kerana taubatmu, dan amal perbuatanmu, aku dihadiahi Mahkota oleh Rasul karena rumahku dijadikan tempat menampung para tamu Rasulullah..

Dari Abu Hurairah Radiyallahuanhu , Sabda Rasulullah Shallallahu'ala ihi Wasallam : Tiga perbuatan yang masih bersambung setelah kematian : Ilmu yang bermanfaat, Sedekah yang terus mengalir (seperti masjid, atau penerang masjid dan lain2),dan Anak Soleh yang mendo'akannya..(Hadits Hasan Riwayat
Imam Tirmidzy)

SubhanALLAH..

Semoga kisah ini menjadi hikmah dan cermin serta bermanfaat bagi kita semua..

Tolong jangan di abaikan..!!
Ayuh Sebarkan Artikel bermanfaat ini,semoga menjadi KEBAIKAN bagi
kita semua , Aamiin Allahumma Amiin..

Ya ALLAH.. Mudahkanlah urusan orang yang Membaca artikel ini.



- Serambi Awam -


Monday, November 24, 2014

Bagaimana Nabi kita Muhammad S.A.W Mengajar Untuk Keluar Dari Kemiskinan?


Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya :

“Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab :

“Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai lagi, kami hamparkan. Dan juga bekas minum”.

Rasulullah saw pun terus berkata :

“Bawa kedua-duanya kepada aku”.

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, :

“Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”

Seorang lelaki menjawab :

“Aku akan membelinya dengan 1 dirham,” (Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali).

“Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”

Seseorang pun menjawab :

“Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”


Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata :

“Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku”.


Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah s.a.w memasangkannya dengan kayu lalu berkata :

“Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini”.


Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah s.a.w bersama 15 dirham.

Rasulullah saw pun berkata :

“Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat.

Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”


Nota:

1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.

2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Sumber : tazkirah.net



- Seramvi Awam -

Sunday, June 23, 2013

Supermoon will rise tonight: Best areas in the country to view Supermoon 2013

This picture taken by myself  today in Selangor, Malaysia using Leica v-lux4 Camera at 20:14.

Today is a day of the Supermoon and while it is the same moon that you see from Earth most every night, there’s a reason that Saturday night into Sunday morning the moon is called the Supermoon. According to “Fox and Friends Weekend” on Saturday June 22, 2013, the moon is the closest to the Earth than it is all year round and it happens to be full.

The people living in Southern New England, the Desert Southwest and Lower Ohio Valley will have the most spectacular views of the Supermoon this weekend, according to USA Today.The moon appears about 14 percent larger during the Supermoon, as it is much closer to the Earth than usual, according to the Christian Science Monitor on June 22, 2013. The moon is full, bright and no matter where you live it’s an astronomical sight, unless of course your under a canopy of clouds.

This is a night to howl as the moon will be at its closest to the Earth on Saturday night into early Sunday morning. The moon will pass about 221,000 miles from the earth when the typical distance is about 238,000 miles. This is the time to view the Supermoon!

Supermoons look bigger and brighter when they occur when the moon is full. The Supermoon doesn’t always mean that the moon is full, but this weekend it is.

This Supermoon will offer a “king tide,” the extra-high tide that comes along with a Supermoon.

Notes : Supermoon: The moon will come within 222,000 miles of Earth and become a 'supermoon' (turn full) around 7:30 a.m.


Pictures below snapped using Blackberry Curve 9300 smartphone at 21:20, at the same time a haze increasing.





Reference : examiner.com


- Serambi Awam -

Wednesday, June 19, 2013

VOLKSWAGEN SCHWIMMWAGEN : KENDERAAN AMFIBIA NAZI JERMAN


Zeig Amfibia!

Volkswagen Schwimmwagen ialah antara variasi Volkswagen Beetleyang mungkin anda tidak tahu kewujudannya. Volkswagen Schwimmwagen ialah sebuah kenderaan amfibia kegunaan tentera Nazi Jerman yang dibina menggunakan platform yang sama seperti Beetle. Perbezaan antara Beetle dan Schwimmwagen ialah kenderaan amfibia ini mempunyai kemapuan 4WD dan terdapat kipas pada bahagian belakang untuk kegunaan ketika di dalam mod amfibia. SebuahKubelwagen (Jeep versi Vokswagen) diubah suai dengan bahagian bawah kedap air dan diberikan sebuah enjin 1.1 liter dengan 25 kuasa kuda. Ia juga dilengkapi senjata mesingan MG42. Sebanyak 14 265 Schwimmwagen dihasilkan diantara 1942-1944 tetapi hari ini dianggarkan hanya 162 buah sahaja yang masih wujud. Cool car! Sesuai digunakan di Kuala Lumpur apabila banjir kilat berlaku!





Sumber : Wikipedia


- Serambi Awam -

Wednesday, February 13, 2013

Apa yang dimaksudkan dengan 'Ideologi'


Admin percaya, masih ramai sahabat diluar sana yang jarang atau sering menyebut perkataan 'IDEOLOGI' tetapi masih kurang faham akan apakah maksud atau kegunaan perkataan tersebut. Semoga info pendek ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pehaman kita...insyaAllah.


Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.

Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.

Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut adalah sebahagian pengertian ideologi :

Destertt de Tracy : Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).
Machiavelli : Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa.

Thomas H : Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.

Karl Marx : Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat.
Muhammad Muhammad Ismail : Ideologi (Mabda’) adalah pemikiran mendasar yang sama sekali tidak dibangun (disandarkan) di atas pemikiran pemikiran yang lain.

Manakala fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu “pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara”. Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi.

Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia. 




- Serambi Awam -

Wednesday, January 9, 2013

Bagaimana Terjadinya Petir


Petir atau halilintar | Petir Mengandungi Kuasa Elektrik yang Tinggi


     Semua orang pasti pernah mendengar 'PETIR' bukan? Tetapi mereka kebanyakan nya tidak tahu asal bagaimana terjadinya petir tersebut, pada kali ini Serambi Awam akan menjelaskan sedikit sebanyak tentang petir yang diketahui dari beberapa artikel di wikipedia (Rujukan).



Bagaimana terjadinya petir?


     Petir atau halilintar adalah kejadian alam yang biasanya muncul pada musim hujan di mana di langit muncul kilatan cahaya sesaat yang menyilaukan biasanya disebut kilat yang beberapa saat kemudiannya disusuli dengan bunyi yg menggegarkan, ianya sering disebut sebagai Guruh. Perbezaan waktu kemunculannya disebabkan adanya perbezaan antara kecepatan bunyi dan kecepatan cahaya.


Petir merupakan kejadian alam yang boleh kita analogikan dengan sebuah kapasitor raksasa, dimana aras pertama adalah awan (samaada aras negatif atau aras positif) dan aras kedua adalah bumi (dianggap neutral). Seperti yang sudah diketahui kapasitor adalah sebuah komponen pasif pada rangkaian elektrik yang boleh menyimpan tenaga sesaat (energy storage). Petir juga boleh terjadi dari awan ke awan (intercloud), dimana salah satu awan bermuatan negatif dan awan lainnya bermuatan positif.

     Petir terjadi kerana ada perbezaan potensi antara awan dan bumi atau dengan awan yang lain. Proses terjadinya muatan pada awan kerana ianya bergerak terus menerus secara teratur, dan selama pergerakannya ianya akan berinteraksi dengan awan yang lain sehingga muatan negatif akan berkumpul pada salah satu sisi (atas atau bawah), sedangkan muatan positif berkumpul pada sisi sebaliknya. Jika perbezaan berpotensi antara awan dan bumi cukup besar, maka akan berlaku pembuangan muatan negatif (elektron) dari awan ke bumi atau sebaliknya untuk mencapai keseimbangan. Pada proses pembuangan muatan ini, media yang dilalui elektron adalah udara. Pada saat elektron mampu menembus ambang batas isolasi udara inilah yang mengakibatkan letupan suara. Petir lebih sering terjadi pada musim hujan, kerana pada keadaan tersebut udara mengandungi kadar air yang lebih tinggi sehingga daya isolasinya turun dan arus lebih mudah mengalir. Kerana ada awan bercas negatif dan awan bercas positif, maka petir juga boleh berlaku antara awan yang berbeza muatan.

     Petir pada alam merupakan peristiwa alami loncatnya muatan muatan elektrik antara awan ke awan atau awan ke permukaan bumi. Syarat utama terjadinya locatan muatan elektron di awan bermula dari pergerakan angin ke atas didalam awan Cumulus yang kuat. Dilaporkan kelajuan yang boleh dicapai mencapai 150 km/Jam. Di dalam awan, wap-wap air berkondensasi menjadi zarah air yang lebih kecil lagi namum zarahnya lebih stabil. Bila ketinggian awan Cumulus tersebut cukup tinggi, maka pergerakan angin di dalam awan tersebut boleh mempunyai suhu di bawah 0 darjah celcius. Hal ini menyebabkan zarah air di dalam awan membeku, membentuk zarah ais. Melalui proses resublimasi, berubahlah fizikal zarah air ini. Selaras dengan masa, gabungan beberapa zarah ais menjadi zarah kumpulan ais yang besar dan berat. Zarah salji ini akan jatuh kerana daya graviti atas beratnya sendiri ke permukaan bumi. Pada peringkat ini, terpecah beberapa kristal ais yang lebih kecil dan ringan daripada kumpulan-kumpulan ais yang lebih berat. Perpecahan ini menyebabkan terpecah juga struktur elektron di dalamnya. Hal ini mengakibatkan kumpulan ais yang lebih berat akan jatuh ke lapisan awan dibawahnya dan kumpulan ini mempunyai muatan negatif. Sedangkan zarah ais yang berasingan daripada kumpulan ais berat, akan ditiup angin didalam awan ke arah lapisan atas awan. Hal ini menjadikan lapisan awan di bahagian atas mempunyai muatan positif. Peristiwa ini mengakibatkan terhasilnya elektrik di awan atas 2 kutub berbeza (positif dibahagian atas dan negatif dibahagian bawah awan). Besarnya muatan atas pembentukan elektrik di awan bergantung pada volume dari awan tersebut.


terjadinya petir
    
 Rata-rata setiap petir mempunyai 4 hingga 5 jalur utama akibat ionisasi. Persiapan pelepasan elektron melalui jalur ini memerlukan waktu sekitar 0,01 saat, setelah itu terjadi petir dengan waktu menghantar sekitar 0,0004 saat. Setelah terjadinya petir, memerlukan waktu istirahat (0,03 – 0,05 saat) untuk menghasilkan kembali petir yang seterusnya. Diketahui pernah terjadi hingga 42 petir secara terus menerus tanpa henti. Rata-rata kuat arus dalam petir sebesar 20.000 ampere. Dengan kekuatan arus ini, mengalir elektron dari awan menuju permukaan tanah. Hal ini disebut juga, petir negatif. Pada kes yang jarang, kadang-kala dijumpai loncatan elektrik pendek dari permukaan tanah (hujung pohon, hujung menara dan sebagainya). Ini disebut petir positif. Petir positif diketahui hanya mempunyai satu jalur utama terjadinya loncatan. Tetapi petir positif mempunyai kuat arus yang lebih tinggi dari petir negatif (sebesar 300.000 Ampere). Terjadinya petir positif hanya sekitar 5% dari jumlah terjadinya petir. Loncatan petir dihasilkan sejauh beberapa kilometer, antara awan dengan permukaan tanah.

Itulah sedikit yang boleh kita pelajari tentang petir, semoga dengan membaca artikel ini pengetahuan kita makin bertambah.

- Serambi Awam -

Monday, December 31, 2012

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM

Penceritaan oleh : Mohamad Sidik

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."


"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."


Gambar Hiasan
"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...


Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]
 


- Serambi Awam -

Monday, December 3, 2012

[VIDEO] Saksikan Saat Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka



Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.”(SURAH AL-BAQARAH - 150)

Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad saw Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad saw supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada.

Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana.

Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama.

Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s.

Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu.

Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: “Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy.”

Manakala kaum Musyrikin pula berkata: “Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya.” Orang munafik di Madinah turut berkata: “Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu.”

Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan.

Di akhir ayat ini, Allah swt membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah swt berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia.

Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya.

Sebab-sebab turun ayat Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad saw memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: “Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita.”

Pengajaran

1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah swt dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.Ini kerana Allah swt telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga.

2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah saw iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah swt berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia.

3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah.





Sumber : Kelab Greenboc


- Serambi Awam -

Thursday, August 16, 2012

Muzik Sebagai Terapi 'Hypertension'?




Setiap hari, aktiviti sebagai pekerja selalu dipenuhi dengan kegiatan yang memeras tenaga dan fikiran.

Tumpuan pada tanggungjawab kerja seringkali mengundang rasa stress dan frust ketika sampai di rumah. Akibatnya sehingga boleh menimbulkan perasaan mudah amarah yang secara tidak langsung membuat tekanan darah menjadi tinggi. Kesibukan dengan pelbagai urusan membuatkan kita tidak ada sedikit pun waktu untuk 'refresh' minda dan fikiran untuk ambil waktu berehat atau bercuti.

Namun jangan khuatir, kerana ternyata ada cara mudah, murah dan efektif untuk menenangkan fikiran dan jiwa (selain mengambil 'wuchu' bg umat Islam)...iaitu dengan mendengar apa jua alunan muzik.

Muzik merupakan sebuah rangsangan pendengaran yang terorganisir dan memiliki kekuatan untuk merawat penyakit. Disaat muzik menjadi terapi, maka dapat memulihkan dan memelihara kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual.

Muzik berbicara pada emosi dan membuka pintu hati kita. Muzik antara lainnya dapat menenangkan jiwa, tubuh dan dapat menyatukan diri ke dalam hasrat dan impian. Musik dapat menembusi fikiran sedar dan membiarkan ianya masuk ke alam separa sedar di mana perasaan dapat di ekspresikan.



Beethoven memandang muzik sebagai perantara kehidupan indrawi dan jiwa (kata pengkaji barat).

Musik dengan irama tertentu dapat memberikan suasana rehat, santai dan ketenangan fizikal.
Tempo muzik juga berpengaruh terhadap degup jantung, tekanan darah dan dapat mengurangi hormon penyebab stress.

Dalam beberapa kes, muzik sebagai alternatif perubatan medikal. Muzik juga memiliki beberapa kelebihan yang dapat melahirkan suasana nyaman serta menenangkan. Terapi muzik dapat merubah secara efektif otak kita yang dalam keadaan stress menjadi lebih adaptif.


Semua jenis musik dapat digunakan sebagai terapi.

Seperti lagu-lagu relaks / santai, lagu popular mahupun klasik. "Terutama lagu dengan tempo sekitar 60 bit/minit”. Lagu dengan tempo 60 bit/minit itu akan membuat kita lebih rilaks, kerana apabila terlalu cepat stimulusrangsangan dihasilkan akan membuatkan kita mengikuti irama tersebut, sehingga keadaan istirahat yang optimum tidak akan tercapai.

Kesimpulannya, bahawa penyembuhan 'Hypertension' tidak hanya melalui ubat-ubatan dari doktor mahupun diet. Namun penting juga merehatkan tubuh kita dengan memberikan ransangan emosi positif ke otak.


Meditasi, yoga mahupun terapi muzik.

Oleh itu, jadikanlah muzik sebagai sahabat anda (dilarang sehingga melalaikan). Alunkan ruangan rumah anda dengan nada-nada dari muzik favourite yang boleh (contohnya lagu nasyid dan ketuhanan) membuatkan anda berasa tenang.

- Serambi Awam -

Wednesday, July 11, 2012

Sejarah ringkas Mafia


"The Godfather" and the Mafia in Popular Culture

1) Mafia, sebuah rangkaian kumpulan jenayah terancang yang berpangkalan di Itali dan Amerika

2) Berkembang berkurun lama di Sicily, Itali. Sebuah pulau yang diperintah oleh barisan pendatang asing seperti orang-orang Phoenicia, Rom, Arab, Perancis dan Sepanyol sehingga pertengahan kurun ke-19.

3) Penduduk Sicily telah bersatu dalam kumpulan-kumpulan untuk melindungi diri mereka dan menjalankan sistem keadilan mereka sendiri.

4) Di Sicily, istilah "mafiosa" atau ahli Mafia, pada mulanya tidak mempunyai konotasi jenayah dan digunakan untuk merujuk kepada orang yang sangsi dengan pihak berkuasa.

5) Kurun ke-19, beberapa kumpulan-kumpulan ini muncul sebagai tentera persendirian atau "mafie", yang memeras wang perlindungan dari pemilik tanah dan akhirnya menjadi organisasi jenayah ganas yang dikenali hari ni sabagai Mafia Sicily

6) Mafia Amerika, yang meningkat kuasa dalam tahun 1920-an, merupakan entiti yang berasingan dari Mafia di Itali, tetapi mereka berkongsi tradisi seperti omerta (larangan), kod tingkah laku dan kesetian.

7) Walaupun asal-usul tepat tidak diketahui, istilah Mafia datang dari ungkapan Sicily - slanga Arab yang bermaksud "yang bertindak sebagai pelindung terhadap keangkuhan yang berkuasa,"

8) Mafia Sicily adalah salah satu daripada empat rangkaian utama jenayah yang berpangkalan di Itali, tiga yang lain adalah Camorra Naples, Ndrangheta Calabria dan sacra Corona Unita daripada Puglia.

9) Pada tahun 1861 Sicily menjadi wilayah Itali, walaubagaimanapun kekacauan dan jenayah telah menguasai pulau tersebut sehingga mereka berjaya dan mahir merasuah orang-orang kerajaan.

10) Pengaruh Mafia di Sicily meningkat sehingga tahun 1920-an apabila perdana menteri Benito Mussolini dilantik dan berikrar akan menghapuskan pengaruh Mafia dimana ianya dilihat sebagai ancaman kepada rejim fahaman Fasis, walaubagaimanapun selepas perang dunia ke-2, pada tahun 1950-an Mafia bangkit semula dan seterusnya pada tahun 1970-an menjadi pemain utama empayar pengedaran narkotik antarabangsa.

11) Mafia Amerika, sebuah entiti berasingan dari Mafia di Sicily, yang mula berkuasa pada era 1920-an, selepas kejayaan kumpulan kejiranan Itali-Amerika dalam perniagaan minuman keras yang berkembang pesat. Menjelang 1950-an, Mafia (juga dikenali sebagai cosa Nostra, Itali "Our Thing") telah menjadi rangkaian jenayah terancang yang unggul di Amerika Syarikat dan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti gelap, daripada ceti haram hinggala kepada activiti pelacuran.

12) Pada awal kurun ke-21, selepas beratus-ratus tangkapan berprofil tinggi sepanjang beberapa dekad yang lalu, Mafia kelihatan lemah di kedua-dua negara, bagaimanapun, ia tidak dapat dihapuskan sepenuhnya dan ianya dipercayai masih beroperasi sehingga ke hari ni.

- Serambi Awam -

Wednesday, June 20, 2012

APA ITU INTERNET?

Internet adalah sistem rangkaian komputer 
yang saling berkait yang menggunakan set TCP / IP protokol rangkaian untuk mencapai berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia. Internet bermula sebagai rangkaian di Amerika Syarikat, Jabatan Pertahanan untuk menghubungkan ahli-ahli sains dan profesor universiti di seluruh dunia.

Satu rangkaian yang berangkaian. Hari ini, Internet berfungsi sebagai satu sistem komunikasi data global yang menghubungkan berjuta-juta rangkaian swasta, rangkaian awam, akademik dan perniagaan melalui tulang belakang telekomunikasi antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai teknologi rangkaian elektronik dan optik.

Terpancar / Decentralized oleh reka bentuk, tiada siapa yang memiliki Internet dan ia tidak mempunyai kuasa pusat yang mentadbir. Sebagai ciptaan Jabatan Pertahanan untuk berkongsi data penyelidikan, kekurangan pemusatan sememangnya disengajakan, menjadikannya kurang terdedah kepada serangan perang atau pengganas.


Terma-terma Internet dan World Wide Web sering digunakan sebagai pertukaran atau 'interchangebly'. Bagaimanapun, Internet dan World Wide adalah tidak sama antara satu dan yang lain.


Internet adalah perkakasan yang luas dan infrastruktur perisian yang membolehkan ianya saling berhubungan antara satu komputer ke komputer lainnya. Manakala web di sisi lain pula adalah pangkalan data hypermedia secara besar-besaran, koleksi pelbagai dokumen dan sumber-sumber lain dihubungkan oleh hyperlink. Bayangkan World Wide Web sebagai platform yang membolehkan seseorang untuk mengemudi internet dengan menggunakan pelayar seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox.

Ikuti Kronologi atau 'Timeline' Internet di bawah untuk melihat bagaimana Internet telah berkembang sejak beberapa tahun yang lalu dan mengambil sepintas lalu apa yang akan berlaku pada masa akan datang dimana Internet terus mengubah dunia yang kita diami.


KRONOLOGI

1957 - Kesatuan Soviet melancarkan 'Sputnik' ke angkasa lepas. Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat mencipta Advanced Research Projects Agency (ARPA) dengan misi untuk menjadi kuasa utama dalam bidang sains dan teknologi baru.

1962 - J.C.R. Licklider MIT mencadangkan konsep 'Galactic Network' Buat kali pertama idea tentang rangkaian komputer global diperkenalkan. J.C.R. Licklider kemudiannya dipilih untuk mengetuai usaha penyelidikan ARPA.

1962 - Paul Baran, seorang ahli RAND Corporation, menentukan cara untuk Tentera Udara mengawal pengebom dan peluru berpandu dalam hal peristiwa nuklear. Keputusan beliau menyeru untuk rangkaian tidak berpusat yang terdiri daripada suis paket.

1968 - kontrak ARPA keluar. BBN dipanggil untuk membina suis pertama.

1969 - ARPANET diwujudkan - BBN mewujudkan rangkaian pertama dihidupkan dengan menghubungkan empat nod yang berbeza di California dan Utah : iaitu satu di Universiti Utah, satu di University of California di Santa Barbara, satu di Stanford dan satu lagi di University of California di Los Angeles.

1972 - Ray Tomlinson bekerja kerana BBN mewujudkan program pertama yang ditujukan melalui e-mail.

1972 - ARPA secara rasmi menukar namanya kepada DARPA Lanjutan Pertahanan Agensi Projek Penyelidikan.

1972 - Protokol Kawalan Rangkaian diperkenalkan untuk membolehkan komputer yang berjalan di rangkaian yang sama untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

1973 - Vinton Cerf pekerja dari Stanford dan Bob Kahn dari DARPA memulakan kerja membangunkan TCP / IP untuk membolehkan komputer pada rangkaian yang berbeza dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

1974 - Kahn dan Cerf merujuk kepada sistem sebagai Internet untuk kali pertama.

1976 - Ethernet dibangunkan oleh Dr. Robert M. Metcalfe.

1976 - SATNET, program satelit yang dibangunkan untuk menghubungkan Amerika Syarikat dan Eropah. Satelit tersebut dimiliki oleh konsortium negara, dengan yang demikian dapat memperluaskan capaian Internet di luar Amerika Syarikat.

1976 - Elizabeth II, Ratu United Kingdom, menghantar e-mail pada 26 Mac dari Isyarat Diraja dan Penubuhan Radar (RSRE) di Malvern.

1976 - AT & T Bell Labs (Syarikat Telekomunikasi) membangunkan UUCP dan UNIX.

1979 - USENET, rangkaian kumpulan berita pertama dibangunkan oleh Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin.

1979 - IBM memperkenalkan BITNET dimana bekerja menggunakan e-mail dan sistem Listserv.

1981 - Yayasan Sains Negara melancarkan CSNET 56 untuk membolehkan komputer berhubung dalam rangkaian tanpa menggunakan rangkaian kerajaan.

1983 - Aktiviti Lembaga Internet dilancarkan.

1983 - TCP / IP menjadi kaedah standard untuk protokol internet.

1983 - Sistem Domain Name diperkenalkan untuk membolehkan nama domain secara automatik akan diberikan nombor IP (Internet Protocol).

1984 - MCI mewujudkan talian T1 agar boleh mendapat maklumat dengan lebih cepat melalui internet.

1984 - Bilangan 'Host' melebihi angka 1,000

1985 - Hingga kini sudah 100 tahun, kenaikan atau lonjakan terakhir yang didorong pada Canadian Pasifik Railway, Universiti Kanada adalah yang terakhir berhubung ke 'NetNorth' dalam usaha selama setahun untuk mempunyai penyambungan pantai-ke-pantai

1987 - Rangkaian baru CREN dibentuk.

1987 - Bilangan 'Host' melangkaui 10,000

1988 - Trafik meningkat dan rancangan mencari gantian baru untuk talian T1.

1989 - Bilangan 'host' melebihi 100,000

1989 - ARPANET tidak lagi wujud

1990 - Advanced Network & Services (ANS) ditubuhkan untuk menyelidik cara-cara baru  membangunkan kelajuan internet ke tahap yang lebih tinggi. Kumpulan itu telah membangunkan talian T3 dan membuat installation di beberapa rangkaian.

1990 - Satu Sistem Hypertext diwujudkan dan dilaksanakan oleh Tim Berners-Lee ketika bekerja untuk CERN.

1990 - 'Search Engine' pertama dicipta oleh McGill Univeristy, yang dipanggil Archie Search Engine.

1991 - Amerika Syarikat memberi lampu hijau kepada perusahaan komersial untuk mengambil bahagian di Internet.

1991 - Yayasan Sains Kebangsaan (NSF) mewujudkan Penyelidikan Kebangsaan dan Rangkaian Pendidikan (NREN).

1991 - CERN mengeluarkan World Wide Web awam pada 6 OGOS 1991.

1992 - Internet Society (ISOC) disewakan.

1992 - Bilangan 'Host' melebihi 1,000,000.

1993 - InterNIC dilancarkan untuk menyediakan perkhidmatan am, pangkalan data dan direktori internet.

1993 - Pelayar web atau 'Web Browser' pertamaMosaic (yang dicipta oleh NCSA), telah dilancarkan. Mosaic kemudian menjadi pelayar Netscape, yang merupakan pelayar paling popular pada pertengahan 1990-an.

1994 - Rangkaian baru kerap ditambah.

1994 - Pizza Hut adalah yang pertama menggunakan sistem pesanan internet 

1994 - Perbankan internet pertama dibuka : 'First Virtual'.

1995 - NSF mengeluarkan kontrak akses kepada empat internet provider.

1995 - NSF menjual domain dengan bayaran tahunan USD 50.

1995 - Netscape pernah memegang nilai saham ke-3 terbesar dalam Nasdaq IPO.

1995 - Pendaftaran domain yang tidak lagi percuma.

1996 - Saingan pelayar WWW dilancarkan terutamanya antara Microsoft dan Netscape. Versi baru dikeluarkan setiap suku tahun dengan bantuan pengguna internet yang tidak sabar-sabar untuk menguji versi baru (beta).

1996 - Projek internet yang mula diguna pakai oleh 34 buah universiti.

1996 - Penyedia Perkhidmatan Internet mula muncul seperti Sprint dan MCI.

1996 - Nokia mengeluarkan telefon bimbit pertama yang boleh meng'akses internet.

1997 - Arin ditubuhkan untuk mengendalikan pentadbiran dan pendaftaran nombor IP, yang kini dikendalikan oleh Network Solutions (IinterNic).

1998 - Netscape keluarkan sumber kod untuk Navigator.

1998 - Perbadanan Internet untuk Nama yang Ditugaskan dan Nombor (ICANN) dicipta agar mampu untuk menyelia beberapa tugas yang berkaitan dengan Internet.

1999 - teknologi tanpa wayar (Wireless) yang dikenali sebagai 802.11b, biasanya lebih dikenali sebagai Wi-Fi, telah diseragamkan.

2000 - Ledakan gelombang Dot Com , numeric pada 10 Mac  2000  apabila 
indeks komposit teknologi berat NASDAQ memuncak pada 5,048.62.

2001 - Blackberry mengeluarkan telefon bimbit internet pertama di Amerika Syarikat.

2001 - Penyebaran perkongsian fail P2P di seluruh Internet.

2002- Internet 2 kini mempunyai 200 universiti, 60 korporat dan 40 ahli gabungan.

2003 - Kementerian Kebudayaan Perancis melarang penggunaan perkataan 'e-mail' oleh kementerian kerajaan, dan mengamalkan penggunaan perkataan Perancis yang berbunyi 'courriel'.

2004 - Populariti Web 2.0 meningkat apabila O'Reilly dan MediaLive sebagai tuan rumah untuk Persidangan Web 2.0 pertama.

2004 - Mydoom, dikenal pasti sebagai e-mail yang terpantas pernah menyebarkan 'computer worm'. Dianggarkan 1 dalam 12 emel adalah dijangkiti.

2005 - Estonia menawarkan Mengundi di peringkat kebangsaan melalui internet bagi pilihan raya tempatan.

2005- Youtube dilancarkan.

2006 - Anggaran terdapat 92 juta laman web dalam talian.

2006 - Akses internet Zimbabwe hampir terputus selepas pemotongan pembekal perkhidmatan komunikasi satelit antarabangsa Intelsat untuk non-payment.

2006 - Internet 2 mengumumkan perkongsian komunikasi Tahap 3 untuk melancarkan rangkaian jenama baru di seluruh negara, sekali gus meningkatkan keupayaan dari 10GBps kepada 100GBps.

2007 - Internet 2 secara rasminya menarik diri dari Abilene dan sekarang tumpuk kepada yang baru, iaitu keupayaan rangkaian yang lebih tinggi sebagai Rangkaian Internet2.

2008 - Google indeks mencapai 1 Trilion URL.

2008 - NASA berjaya menguji ruang rangkaian komunikasi pertama dalam model di Internet. Menggunakan perisian yang dikenali sebagai Rangkaian Gangguan Toleransi, atau DTN, puluhan imej angkasa dihantar kepada dan dari kapal angkasa sains NASA yang terletak kira-kira lebih 32 juta kilometer dari Bumi.

2009 - ICANN telah mendapatkan otonomi dari kerajaan Amerika Syarikat.

2010 -
Facebook telah mengumumkan pada bulan Februari, bahawa ia memiliki 400 juta pengguna aktif.

2010 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Peningkatan Cybersecurity atau 
Cybersecurity Enhancement Act (HR 4061).


Masa Dep
an : Internet 2 dan Rangkaian Generasi Seterusnya.

Internet awam pada awalnya direka untuk mengendalikan kuantiti besar setiap data yang mengalir melalui berjuta-juta rangkaian. Sebagai tindak balas kepada masalah ini, eksperimen Rangkaian Penyelidikan Kebangsaan atau
 National Research Networks (NRN), seperti Internet 2 dan Ngi (Internet Generasi Seterusnya), sedang membangunkan internet berkelajuan tinggi, untuk rangkaian generasi yang akan datang.

Di Amerika Serikat, Internet 2 adalah yang paling utama bagi konsortium 'non profit' rangkaian canggih yang dipimpin oleh lebih dari 200 universiti, berkerjasama dengan 70 perusahaan terkemuka, 50 rakan kongsi antarabangsa dan 45 'non profit' juga agensi-agensi kerajaan. Komuniti Internet 2 secara aktif terlibat dalam mengembangkan dan menguji teknologi rangkaian baru yang begitu penting untuk kemajuan internet di masa hadapan.

Internet 2 mengendalikan Rangkaian Internet 2, rangkaian generasi akan datang untuk 'hybrid optical and packet network'  sebagai tulang belakang rangkaian 100Gbps, menyediakan penyelidikan Amerika Syarikat dan komuniti pendidikan dengan rangkaian seluruh negara yang dinamik, teguh dan berkesan dari segi kos yang memuaskan keperluan intensif gelombang mereka. Walaupun rangkaian persendirian ini tidak menggantikan Internet, ia tidak akan menyediakan persekitaran di mana teknologi canggih boleh dibangunkan yang akhirnya boleh berhijrah ke Internet awam.

Kumpulan penyelidikan 
Internet 2 membangunkan dan melaksanakan teknologi baru seperti IPv6, Multicasting dan Quality of Service (QoS) yang akan membolehkan berlakunya revolusi aplikasi Internet.

Quality of Service (QoS) teknologi yang baru, sebagai contoh akan membolehkan Internet untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang berbeza, bergantung kepada jenis data yang dipancarkan. Jenis paket data boleh menerima tahap keutamaan yang berbeza semasa ia bergerak melalui rangkaian. Sebagai contoh, paket untuk permohonan seperti sidang video, dimana memerlukan penghantaran serentak, akan diberikan keutamaan yang lebih tinggi daripada mesej e-mail. Bagaimanapun, peguam bela berkecuali bersih mempersoalkan bahawa diskriminasi data yang boleh membawa kepada model perkhidmatan berganda yang dikenakan di Internet oleh syarikat-syarikat telekom yang akan menjejaskan kebebasan internet.

Bukan hanya sekadar web berkelajuan tinggi malah lebih dari itu. Teknologi baru ini membolehkan aplikasi maju untuk pengiraan, perpustakaan digital, makmal maya, pembelajaran jarak jauh dan tele-immersion dapat diedarkan.

Sebagai pembangunan internet untuk generasi akan datang, ianya akan berterusan untuk menolak kesempadanan dalam apa jua kemungkinan, Internet sedia ada juga dipertingkatkan untuk menyediakan kelajuan penghantaran yang lebih tinggi, keselamatan yang dipertingkatkan dan tahap perkhidmatan yang berbeza.

Sumber : Wikipedia

- Serambi Awam -