Monday, December 3, 2012

Menteri Muslim pertama di Britain


23 November 2012

Rencana ini adalah terjemahan kepada sebuah petikan wawancara yang bertajuk “Counsel of calm” daripada majalah The House, Bil. 1431, Jilid 36.


Khan berjaya melakar sejarah British sendiri, sebagai Ahli Majlis Privi moden pertama berketuruan Asia dan Muslim pertama yang menjadi Menteri di Britain. Sungguhpun beliau kini sebahagian daripada Golongan Berkuasa, apakah beliau masih berdepan dengan perkauman yang lazim? Buat pertama kalinya dalam wawancara yang dijalankan, beliau kelihatan tidak selesa.

“Saya sentiasa resah dengan soalan itu…saya menumpukan hidup saya untuk menggalak orang ramai daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai politik dan sebelum itu menyertai perundangan, sama ada ketika berada di perhimpunan, masjid, pusat komuniti, rumah ibadat, gereja.

Saya amat resah untuk menceritakan sesetengah kisah saya, kerana saya pernah melalui waktu mencabar, dan ia mungkin membuatkan yang lain tawar hati untuk ke depan. Apa yang lebih saya suka adalah menggalakkan orang ramai. Masih terdapat lagi cabaran, tentu sekali masih terdapatnya cabaran pada 2012.”

Tetapi adakah benar, misalnya ketika beliau melaksanakan tugasnya sebagai peguam sesetengah hakim menyangka beliau adalah defendan berbanding peguam? “Ya,” beliau mengakui, sebelum menambah “tetapi saya tidak mahu berlagak sebagai mangsa. Saya tidak suka untuk menjauhkan anak muda daripada tampil ke depan menjadi peguam, hakim, wartawan dan ahli politik. Apa yang saya biasa lakukan adalah cuba menjelaskan kepada anak muda ‘berkerja keraslah dan kalian boleh mencapai kejayaan ini’.

Tidak ada contoh untuk diteladani ketika saya masih muda. Kini sudah ada contoh teladan di luar sana. Jadi saya lebih suka bercakap memgenai itu berbanding sesetengah kisah ngeri saya.”

Sekalipun beliau tidak selesa bercakap mengenai pengalamannya sendiri tentang perkauman, Khan tidak teragak-agak untuk memihak pemain kulit hitam yang tidak gembira dengan sikap dunia bola sepak terhadap isu perkauman. Beliau berkata Rio Ferdinand membuat keputusan yang betul minggu ini untuk memboikot kemeja-T anti-perkauman Kick It Out. “[Sir Alex] Ferguson, sungguhpun seorang yang saya kagumi (sebagai peminat Liverpool saya menyebutnya dengan rasa ‘terseksa’) tetapi beliau salah untuk mengatakan yang beliau akan mendisiplinkan Rio kerana tidak memakainya.

Nilai yang saya pegang mengatakan anda hendaklah meletakkan diri anda di tempat orang lain buat seketika untuk memahami perasaan mereka…Ferguson mungkin datang dari latar belakang yang sederhana dan beliau mungkin secara keseluruhannya adalah seorang insan yang hebat dan juga merupakan penyokong parti Buruh, tetapi beliau tidak dapat meletakkan diri dia di tempat Rio. Tindakan beliau menunjukkan kejahilan untuk seorang pengurus yang bijak dan itu mengejutkan saya.”
Khan juga lebih selesa apabila ditanya sejauh mana pentingnya Islam kepada dirinya.

“Ia merencanakan hidup saya. Bermula daripada saat saya bangun sehingga saya tidur, ia mendefinisikan diri saya. Sikap saya kepada orang lain, bagaimana saya membawa diri, keluarga, agama adalah penting sepertimana perkata lain. Saya sudah berkahwin, saya seorang ayah, seorang berketurunan Asia, seorang penduduk London, semua itu penting juga tetapi saya dibesarkan untuk menjadi Muslim yang baik,” kata beliau.

Adakah beliau merasakan politik sukar untuk disesuaikan dengan tuntutan untuk bersembahyang lima kali sehari dan berpuasa?

“Memang sukar. Kami mempunyai keinginan untuk menangguhkan sembahyang, disebut Qasr, jadi seringkali saya terpaksa menggabungkan waktu sembahyang dan tidak diragui lagi akan membuatkan imam saya memarahi saya. Berpuasa amat sukar ketika musim panas. Sekiranya Hari Raya jatuh pada hari berkerja saya terpaksa keluar awal untuk bersembahyang dan kemudian kembali bekerja sepanjang hari. Anak (beliau mempunyai dua anak perempuan] sering kali ketinggalan…ia sukar.”

Khan berbangga kerana sebagai menteri beliau pernah menyelia acara berbuka puasa pertama di kedutaan British di Washington, bersungguh menegaskan betapa majunya peluang dan toleransi agama di UK.

Hakikatnya, seorang budak lelaki berketurunan Pakistan dari kawasan majlis Tooting masih boleh mendaki kedudukan tertinggi politik di Britain. “Sesuatu yang sepupu saya di Pakistan dan India katakan adalah ‘kamu tahu, kami di negara kelahiran sendiri tidak dapat membayangkan akan dapat berada dalam Kabinet di India dan Pakistan dan lihatlah kamu sebagai minoriti baik dari segi kaum dan agama mencapai kedudukan kamu sekarang’. Itu merupakan sesuatu yang berbaloi untuk diingat.”


Sumber : roketkini.com


- Serambi Awam -

No comments:

Post a Comment