بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Tuesday, May 22, 2012
Sunday, May 20, 2012
Antara Kisah Sa'ad Abi Waqas r.a
Kisah Sa’ad Abi Waqas memang menarik kerana keimanan beliau setelah memeluk Islam serta kehebatan beliau setelah diberi tanggung jawab memimpin tentera Islam dalam perang Al Qadisiyah yang membawa kejatuhan kerajaan Parsi.
Sa’ad Abi Waqas berasal dari keluarga Quraisy yang terhormat itu menerima bantahan keras daripada ibunya sendiri apabila beliau memeluk Islam. Ibunya menentang dengan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan mogok lapar dengan harapan anak kesayangannya berubah pendirian. Namun Sa’ad Abi Waqas dengan tegas berkata.“Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”
Kata-katanya itu membuat ibunya kecewa dan marah lalu menghalau Sa’ad keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Kemudian Sa’ad Abi Waqas ikut berhijrah ke Madinah.“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan makbulkan doanya.”
Pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang berbual dengan para sahabat tiba-tiba baginda berkata, “Sekarang akan muncul di hadapan kamu seorang lelaki ahli syurga.”
Tidak lama kemudian muncul Sa’ad Abi Waqas. Mereka bertanya apakah ibadat yang dilakukannya sehingga mendapat kedudukan yang tinggi.
Kata Sa’ad Abi Waqas, “Saya beribadat seperti kamu juga. Hanya saya tidak pernah menaruh perasaan dendam atau berniat jahat terhadap seorang pun di antara kaum muslimin.”
Semasa Perang Badar Sa’ad Abi Waqas bertempur dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah serta melindunginya.“Panahlah hai Sa’ad, ibu bapaku jadi jaminannya,” kata Rasulullah sambil menghulurklan anak-anak panah kepada Sa’ad Abi Waqas.
Sa'ad Abi Waqas juga mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya.”Kerana itu beliau diberi tanggung jawab oleh khalifah Umar al Khattab memimpin 30 ribu tentera Islam bagi membantu pasukan yang sedang bertempur dengan tentera Parsi.
Sebelum itu khalifah mendapat berita tentera Islam di bawah pimpinan panglima al Muthanna mengalami kekalahan dalam perang jambatan yang mana 4 ribu orang sudah syahid.
Pasukan tentera Islam yang dipinpin Sa’ad Abi Waqas akhirnya bertempur dengan tentera Parsi dalam Perang Al Qadisiyah. Akhirnya tentera Parsi mengaku kalah setelah ketua mereka Rustam terbunuh.
Kekalahan dalam Perang Al Qadisiyah menyebabkan maharaja Parsi mengerahkan seluruh kekuatan tentera bagi menghadapi tentera Islam. Kedua pasukan bertemu di Iraq dan mereka dipisahkan sungai Tigris.
Sa’ad Abi Waqas pun memohon doa kemudian menyuruh tenteranya membaca Hasbunallah wa ni’mal wakil yang ertinya “cukuplah bagi kita Allah dan Dia sebaik pemimpin” lalu memerintahkan tenteranya menyeberang sungai Tigris.
Dengan izin Allah, mereka meredah air sungai itu bagaikan berjalan di atas daratan sehinga ke semuanya tentera Islam berjaya menyeberangi dengan selamat. Melihat keajaipan yang luar biasa itu menyebabkan tentera Parsi lari bertempiaran….
Sa’ad Abi Waqas dilantik menjadi ganenor Kufah. Apabila timbul fitnah terhadapnya maka Khalifah Umar al Khattab menggantikannya dengan orang lain. Namun kepercayaan khalifah Umar terhadap Sa’ad Abi Waqas tidak berubah sehingga mahu melantiknya menjadi penggantinya sebagai khalifah tetapi ditolak oleh Sa’ad Abi Waqas.
Sebelum meninggal dunia Khalifah Umar berkata. “Aku bersetuju jika Sa’ad yang dipilih oleh majlis syura menjadi khalifah. Jika orang lain maka aku berpesan supaya khalifah selepas aku melantik Sa’ad untuk satu jawatan. Sesungguhnya aku memecat dia sebagai gabenor Kufah bukan kerana dia lalai atau kianat.”
Antara kelebihan Sa’ad Abi Waqas doanya makbul dan apabila memanah tepat mengenai sasaran. Ini kerana Nabi Muhamad saw pernah mendoakannya.
Makam Sa'ad Bin Abi Waqas |
Apabila majlis syura bersidang Sa’ad Abi Waqas menarik diri dari pencalunan sebagai khalifah. Saidina Uthman melantik Sa’ad Abi Waqas sebagai gabenor Kufah. Sekali lagi beliau difitnah sehingga beliau berdoa.“Ya Allah, jika orang yang menfitnahku itu kerana riyak, dusta dan ingin mendapat nama maka butakanlah matanya dan biarkanlah dia menerima balasan fitnah.”
Doa Sa’ad Abi waqas dimakbulkan Tuhan. Orang yang menfitnah itu matanya menjadi buta.
Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Sa’ad Abi Waqas bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Sa’ad Abi Waqas menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”
Sa'ad Abi Waqas lelaki Muhajirin yang terakhir meninggal dunia dan beliau berpesan.“Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa Perang Badar. Aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”
Doa Sa’ad Abi waqas dimakbulkan Tuhan. Orang yang menfitnah itu matanya menjadi buta.
Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Sa’ad Abi Waqas bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Sa’ad Abi Waqas menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”
Sa'ad Abi Waqas lelaki Muhajirin yang terakhir meninggal dunia dan beliau berpesan.“Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa Perang Badar. Aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”
- Serambi Awam -
Tuesday, May 15, 2012
INGATLAH KAMU!!
Subhanallah...
Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...
Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....
Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
"Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "
[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]
Share when you care..
[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]
Share when you care..
- Serambi Awam -
Sunday, May 13, 2012
MAINAN YAHUDI YANG WAJIB ANDA TAHU!
"Sedarkah anda kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi??"
- Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW : "Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum".
- Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah S.A.W : "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".
- Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?
- Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.
- Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.
- Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
- Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…
- Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
- Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
- Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
* Sebar-sebarkan utk makluman kita bersama..moga kita sama-sama mendapat manfaatnya... InsyaAllah~
SHARE supaya kita semua tidak tertipu lg.....
- Serambi Awam -
Saturday, May 5, 2012
GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DALAM AL QURAN
Gambar Hiasan |
Kalau kita cari perkataan gempa bumi dalam Al Quran, perkataan gempa bumi secara tegas dinyatakan sebanyak 4 kali, iaitu pada Surah Al A’raaf (ayat; 78, 91 dan 155) dan Surah Al-Ankabut ayat 37. Dalam Surah Al An’aam ayat 65 kalimat gempa bumi hanya ditemui dalam penjelasan.
Seterusnya kalau dikembangkan lagi dengan perkataan “Bumi bergoncang”, maka akan ditemui sebanyak 4 kali juga, iaitu pada Surah Ar Ra’d ayat 31, Al Waaqi’ah ayat 4, Surah Al Fajr ayat 21 dan Surah Al Zalzalah ayat 1.
Seterusnya dari laporan Integreted Tsunami Database for the Pacific menjelaskan bahawa gempa bumi bumi telah mula tercatat pada tahun 416 sehingga sekarang.
Keadaan ini menunjukkan bahawa jauh sebelum itu,Al Quran telah menjelaskan tentang peristiwa gempa bumi.
Secara etimologi,definisi gempa bumi adalah merupakan peristiwa alam, terjadi secara mendadak, kerana pelepasan energi, akibat daripada pergeseran relatif batuan/lempeng tektonik/kerak bumi.
Merujuk kepada definisi tersebut, maka dalam Al Quran dalam Surah Al Zalzalah ayat 1 dan 2, secara jelas dikatakan Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya.
Berkenaan dengan Tsunami pula, sudah pasti perkataan Tsunami tidak akan kita temui dalam Al Quran, kerana tsunami berasal dari bahasa Jepun iaitu (tsu = pelabuhan, nami = gelombang laut), tetapi kalau dihubungkan dengan definisi tsunami itu sendiri adalah sebagai gelombang laut dengan jangka masa panjang yang ditimbulkan oleh gangguan impulsif dari dasar laut, tsunami ini menimbulkan gelombang besar ke kawasan pantai.
Memerhatikan definisi dari tsunami tersebut, maka dalam Al Quran akan ditemui 2 ayat iaitu dalam Surah Al Infithar ayat ke 3 :
"dan apabila lautan menjadi meluap"
dan Surah At Takwiir ayat 6 :
Maksud kedua Surah tersebut, adalah menegaskan, dimana laut akan meluap kerana kerana adanya proses pemanasan didasar bumi.
Menurut teori, gangguan implusif adalah seperti gempa bumi tektonik, erupsi volkanik, dan gelongsoran (land slide). Tsunami menyebabkan terjadinya bencana di darat dan dilaut, sebagaimana yang dijelaskan pada Surah Al An’am ayat 63, dimana Allah menanyakan kepada manusia iaitu :
Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut?
Fenomena terjadinya patahan, dan terbentuknya gunung-gunung akibat pergerakan kerak bumi ini dapat ditemui dalam Al Quran pada 1).
Surah Ar Ra’du ayat 41 :
“dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangkan daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya), tidak ada yang dapat menolak ketetapanNya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisabNya”
2) Surah An Naba ayat 6 dan 7, iaitu
“Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?
Manusia diseru dalam Surah Thaha ayat 81, iaitu :
“Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia”
Pesanan Allah ini selalu diabaikan oleh manusia, sehingga terjadinya sumber daya yang berlebihan, contohnya pengeluaran minyak bumi, gas cairdan sebagainya, sehingga telah menimbulkan kesan kepada generasi berikutnya.
Bukan saja eksploitasi terhadap sumberdaya yang dilakukan oleh manusia, manusia itu sendiri juga telah mengeksploitasi dirinya sendiri, sehingga telah menimbulkan kehidupan yang tidak harmonis antara manusia dengan lingkungan, dan manusia dengan manusia, apalagi manusia dengan Sang Khaliq, seperti yang digambarkan dalam Surah Ar-Ruum ayat 41 iaitu :
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
Semua bencana ini tidak akan terjadi, apabila semua manusia itu tunduk dan patuh untuk melaksanakan seluruh perintah dan menghentikan semua larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang disampaikan pada Surah Al Hadid ayat 22, iaitu :
Dari berbagai tinjauan yang disampaikan di atas, terjawablah bahawa gempa bumi bumi dan tsunami merupakan proses dari Allah untuk penyempurnaan ciptaan-Nya. CiptaanNya yang sempurna ini, bukan hanya berlaku kepada bumi, tetapi juga kepada penghuninya.
....Wallahua'lam
http://www.loveloveislam.com/2011/03/gempa-bumi-dan-tsunami-dalam-al-quran.htm
SUMBER :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=291214764286566&set=a.133016403439737.32333.128071920600852&type=1&ref=nf
Seterusnya kalau dikembangkan lagi dengan perkataan “Bumi bergoncang”, maka akan ditemui sebanyak 4 kali juga, iaitu pada Surah Ar Ra’d ayat 31, Al Waaqi’ah ayat 4, Surah Al Fajr ayat 21 dan Surah Al Zalzalah ayat 1.
Seterusnya dari laporan Integreted Tsunami Database for the Pacific menjelaskan bahawa gempa bumi bumi telah mula tercatat pada tahun 416 sehingga sekarang.
Keadaan ini menunjukkan bahawa jauh sebelum itu,Al Quran telah menjelaskan tentang peristiwa gempa bumi.
Secara etimologi,definisi gempa bumi adalah merupakan peristiwa alam, terjadi secara mendadak, kerana pelepasan energi, akibat daripada pergeseran relatif batuan/lempeng tektonik/kerak bumi.
Merujuk kepada definisi tersebut, maka dalam Al Quran dalam Surah Al Zalzalah ayat 1 dan 2, secara jelas dikatakan Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya.
Gambar hiasan |
Memerhatikan definisi dari tsunami tersebut, maka dalam Al Quran akan ditemui 2 ayat iaitu dalam Surah Al Infithar ayat ke 3 :
"dan apabila lautan menjadi meluap"
dan Surah At Takwiir ayat 6 :
"dan apabila laut dipanaskan"
Maksud kedua Surah tersebut, adalah menegaskan, dimana laut akan meluap kerana kerana adanya proses pemanasan didasar bumi.
Menurut teori, gangguan implusif adalah seperti gempa bumi tektonik, erupsi volkanik, dan gelongsoran (land slide). Tsunami menyebabkan terjadinya bencana di darat dan dilaut, sebagaimana yang dijelaskan pada Surah Al An’am ayat 63, dimana Allah menanyakan kepada manusia iaitu :
Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut?
Fenomena terjadinya patahan, dan terbentuknya gunung-gunung akibat pergerakan kerak bumi ini dapat ditemui dalam Al Quran pada 1).
Surah Ar Ra’du ayat 41 :
“dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangkan daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya), tidak ada yang dapat menolak ketetapanNya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisabNya”
2) Surah An Naba ayat 6 dan 7, iaitu
“Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?
Manusia diseru dalam Surah Thaha ayat 81, iaitu :
“Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia”
Pesanan Allah ini selalu diabaikan oleh manusia, sehingga terjadinya sumber daya yang berlebihan, contohnya pengeluaran minyak bumi, gas cairdan sebagainya, sehingga telah menimbulkan kesan kepada generasi berikutnya.
Gambar Hiasan |
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"
....Wallahua'lam
http://www.loveloveislam.com/2011/03/gempa-bumi-dan-tsunami-dalam-al-quran.htm
SUMBER :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=291214764286566&set=a.133016403439737.32333.128071920600852&type=1&ref=nf
- Serambi Awam -
SUNAN GRESIK @ WALI SONGO (9 WALI)
Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim (w. 1419 M/882 H) adalah nama salah seorang Wali Songo, yang dianggap yang pertama kali menyebarkan agama Islam di tanah Jawa. Beliau dimakamkan di desa Gapurosukolilo, kota Gresik, Jawa Timur.
Asal Keturunan
Tidak terdapat bukti sejarah yang sahih mengenai asal keturunan
Maulana Malik Ibrahim, meskipun pada umumnya dipersetujuai bahawa beliau
bukanlah orang Jawa asli. Panggilan nama Syeikh Maghribi yang diberikan masyarakat kepadanya, kemungkinan menyatakan anggapan asal keturunannya dari wilayah Arab Maghrib di Afrika Utara.
Sejarah Tanah Jawi versi J.J. Meinsma menggelarnya dengan nama Makhdum Ibrahim as-Samarqandy, yang diungkapkan dalam sebutan Jawa menjadi Syeikh Ibrahim Asmarakandi. Ia menyatakan bahawa Maulana Malik Ibrahim lahir di Samarkand, Asia Tengah, pada paruh awal abad 14.
Dalam keterangannya pada buku The History of Java mengenai asal permulaan dan perkembangan kota Gresik, Raffles menyatakan bahawa mengikut keterangan para penulis tempatan, "Maulana Ibrahim, seorang Pendita terkenal berasal dari Arab, dari keturunan Jenal Abidin, dan sepupu raja Chermen (sebuah negara Sabrang), telah menetap bersama para Mahomedans lainnya di Desa Leran di Jang'gala".
Maulana Malik Ibrahim (Lakaran) |
Namun yang demikian, kemungkinan pandangan yang kukuh adalah berdasarkan
pembacaan J.P. Moquette atas baris kelima tulisan pada inskripsi makamnya di desa Gapura Wetan, Gresik; yang menunjukkan bahawa beliau
berasal dari Kashan, suatu tempat di Iran sekarang.
Terdapat beberapa versi mengenai salasilah Maulana Malik Ibrahim. Beliau pada umumnya dianggap merupakan keturunan Rasulullah S.A.W, melalui jalur keturunan Husain bin Ali, Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja'far ash-Shadiq, Ali al-Uraidhi, Muhammad al-Naqib, Isa ar-Rumi, Ahmad al-Muhajir, Ubaidullah, Alwi Awwal, Muhammad Sahibus Saumiah, Alwi ats-Tsani, Ali Khali' Qasam, Muhammad Shahib Mirbath,
Alwi Ammi al-Faqih, Abdul Malik (Ahmad Khan), Abdullah (al-Azhamat)
Khan, Ahmad Syah Jalal, Jamaluddin Akbar al-Husain (Maulana Akbar), dan
Maulana Malik Ibrahim, yang bermakna beliau adalah keturunan orang Hadrami yang berhijrah.
Penyebaran Agama
Maulana Malik Ibrahim dianggap tergolong dalam salah seorang yang
pertama kali menyebarkan agama Islam di tanah Jawa, dan merupakan wali
senior di antara para Wali Songo lainnya. Beberapa versi sejarah
menyatakan bahawa kedatangannya disertai beberapa orang. Daerah yang
di tujunya pertama kali ialah desa Sembalo, sekarang adalah daerah
Leran, Kecamatan Manyar, iaitu 9 kilometer ke arah utara kota Gresik. Beliau mula menyebarkan
agama Islam di tanah Jawa bahagian timur, dengan mendirikan masjid
pertama di desa Pasucinan, Manyar.
Perkara pertama yang dilakukannya ialah dengan mendekati masyarakat melalui pergaulan. Budi bahasa yang sopan senantiasa di perlihatkannya di dalam pergaulan seharian. Beliau tidak menentang secara terangan agama dan kepercayaan dari penduduk atau masyarakat asli, melainkan hanya memperlihatkan keindahan dan kabaikan yang dibawa oleh agama Islam. Berkat keramahannya dalam bergaul, ramai antara masyarakat yang senang hati dan tertarik untuk memeluk agama Islam.
Sebagaimana yang dilakukan para wali awal lainnya, aktiviti pertama
yang dilakukan Maulana Malik Ibrahim ialah berdagang. Beliau berdagang di
tempat pelabuhan terbuka, yang sekarang dinamakan desa Roomo, Manyar.
Perdagangan membuatnya dapat berinteraksi dengan orang ramai,
selain itu raja dan para bangsawan juga turut serta dalam
kegiatan perdagangan tersebut sebagai pelaku jual-beli, pemilik kapal
atau pemodal.
Setelah cukup sebati dengan masyarakat, Maulana Malik Ibrahim kemudian melakukan kunjungan ke ibukota Majapahit di Trowulan.
Raja Majapahit meskipun tidak memeluk Islam tetapi menerimanya dengan
baik, bahkan memberikannya sebidang tanah di pinggiran kota Gresik.
Wilayah itulah yang sekarang dikenali dengan nama desa Gapura. Cerita
rakyat tersebut dianggap mengandungi unsur-unsur kebenaran; menurut Groeneveldt pada saat Maulana Malik Ibrahim hidup, di ibukota
Majapahit telah ramai orang asing termasuk dari Asia Barat.
Demikianlah, dalam rangka menyediakan kader untuk melanjutkan
perjuangan menegakkan ajaran-ajaran Islam, Maulana Malik Ibrahim
membuka pesantren-pesantren @ sekolah agama yang merupakan tempat mendidik pemimpin agama
Islam akan datang. Hingga saat ini makamnya masih diziarahi
orang-orang yang menghargai usahanya menyebarkan agama Islam
berabad-abad yang silam. Setiap malam Jumaat Legi, masyarakat setempat
ramai berkunjung untuk berziarah. Ritual ziarah tahunan atau haul juga diadakan setiap tanggal 12 Rabi'ul Awwal, mengikut tarikh kematian pada inskripsi kuburnya. Pada acara haul biasanya dilakukan majlis khatam Al-Quran, maulud (pembacaan riwayat Nabi Muhammad), dan dihidangkan makanan khas bubur harisah.
Legenda Rakyat
Menurut legenda rakyat, dikatakan bahawa Syeikh Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik
berasal dari Persia. Syeikh Maulana Malik Ibrahim dan Syeikh Maulana Ishaq
disebutkan sebagai anak dari Syeikh Maulana Ahmad Jumadil Kubro, atau Syeikh Jumadil Qubro. Syeikh Maulana Ishaq dikatakan menjadi ulama terkenal di Samudera Pasai, sekaligus ayah dari Raden Paku atau Sunan Giri. Syeikh Jumadil Qubro dan kedua-dua anaknya bersama-sama datang ke pulau Jawa. Setelah itu mereka berpisah; Syeikh Jumadil Qubro tetap di pulau Jawa, Syeikh Maulana Malik Ibrahim ke Champa, Vietnam Selatan; dan adiknya Syeikh Maulana Ishak mengislamkan Samudera Pasai.
Syeikh Maulana Malik Ibrahim disebutkan bermukim di Champa
(dalam legenda disebut sebagai negeri Chermain atau Cermin) selama tiga
belas tahun. Beliau menikahi puteri raja yang memberinya dua putera; iaitu
Raden Rahmat atau Sunan Ampel
dan Sayid Ali Murtadha atau Raden Santri. Setelah cukup menjalankan
misi dakwah di negeri itu, iabeliau berhijrah ke pulau Jawa dan meninggalkan
keluarganya. Setelah dewasa, kedua-dua anaknya mengikuti jejak langkahnya
menyebarkan agama Islam di pulau Jawa.
Syeikh Maulana Malik Ibrahim dalam cerita rakyat kadang-kadang juga disebut dengan nama Kakek Bantal. Beliau mengajarkan kaedah-kaedah baru untuk bercucuk tanam. Beliau merangkul masyarakat
bawahan, dan berhasil dalam misinya mencari tempat di hati masyarakat sekeliling yang ketika itu sedang dilanda krisis ekonomi dan perang
saudara.
Selain itu, beliau juga sering mengubati masyarakat sekeliling tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sebagai tabib, diceritakan bahawa beliau pernah diundang untuk mengubati
isteri raja yang berasal dari Champa. Besar kemungkinan permaisuri
tersebut masih kerabat isterinya.
Meninggal Dunia
Makam Maulana Malik Ibrahim |
Setelah selesai membangunkan dan menguruskan pesantren @ pondok belajar agama di Leran, Syeikh Maulana Malik Ibrahim menghembuskan nafasnya pada tahun 1419. Makamnya kini terdapat di desa Gapura, Gresik, Jawa Timur.
Inskripsi dalam bahasa Arab yang tertulis pada makamnya adalah sebagai berikut:
“
|
Ini adalah makam almarhum,
seorang yang dapat diharapkan mendapat pengampunan Allah dan yang
mengharapkan kepada rahmat Tuhannya Yang Maha Luhur, guru para pangeran
dan sebagai tongkat sekalian para sultan dan wazir, siraman bagi kaum
fakir dan miskin. Yang berbahagia dan syahid penguasa dan urusan agama:
Malik Ibrahim yang terkenal dengan kebaikannya. Semoga Allah
melimpahkan rahmat dan ridha-Nya dan semoga menempatkannya di surga. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awal 822 Hijriah.
| ” |
Sekarang ini, jalan yang menuju ke makam tersebut diberi nama Jalan Malik Ibrahim.
Olahan semula : Man
- Serambi Awam -
Subscribe to:
Posts (Atom)