Monday, May 27, 2013

Kopi Tradisional dan Pencinta Kopi di Mesir


Minum kopi adalah aktiviti sosial yang penting buat orang Mesir, dan melibatkan seluruh peringkat sosial masyarakat di sana. Kedai kopi di sana sering dijadikan tempat berkumpul untuk acara kesasasteraan atau bahkan politik, juga bisnnes. Memang biasanya kedai-kedai kopi tradisional di sana didirikan dengan suasana yang tenang.
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kewujudan kedai kopi di Mesir itu sejak Abad ke-16 lagi, tempatnya di Kairo. Jangan membayangkan kedai kopi atau coffee shop yang mewah, ianya hanyalah kedai kopi yang tradisional. Mesin kopinya juga tentu sangat tradisional, dan beberapa kedai kopi di sana masih menggunakan alat yang “kuno” ini. Berbeza dengan kedai-kedai kopi moden yang menggunakan mesin pembuat kopi yang canggih, seperti mesin kopi Scanomat yang dioperasikan hanya dengan menggunakan iPhone dan iPad, atau mesin kopi Nomad yang portable dan sama sekali tidak menggunakan tenaga elektrik (wireless), sehinggakan ada mesin kopi yang biasa digunapakai buat menyedut kopi di luar angkasa. Tapi jangan keliru… Mesin kopi tradisional dari Mesir ini tidak kurang canggihnya jika dibandingkan dengan mesin kopi zaman sekarang.

Biji kopi di kedai-kedai kopi tradisional di Mesir kebanyakannya adalah dari dari Yemen, dan biasanya yang sudah siap dipanggang dan digiling, dicampur dengan biji-bijian yang dipanggil 'Cardamom'.



Barista di Mesir disebut sebagai aH’kwaggi. Untuk membuat kopi, pertama sekali akan dimasukan air dingin dari spigot di kiri alatnya. Sementara serbuk kopi dan gula dimasukan ke dalam potnya. Kemudian semuanya dipanasikan menggunakan pasir panas yang di bawahnya dibakar menggunakan arang. Pelanggan juga dibolehkan untuk merokok menggunakan 'Shisha' jika mahu, yang mana apinya dinyalakan menggunakan arang juga. Bentuk penyedutnya sangat cantik. Dibuat dari perak juga bahan lain.

Untuk membuat kopi, waktu diperlukan cuma beberapa minit dengan menggunakan mesin ini dan harus terus diawasi supaya kopinya tidak sampai hangit. Jika itu berlaku, kopinya langsung tidak boleh di minum. Perlu tunggu beberapa minit dulu supaya serdak dan habuk kopinya mendap di dasar gelas.

Kalau anda berkesempatan untuk minum kopi Arab atau disebut juga aH’wa, anda akan ditanya mahu kopi itu manis seperti apa:

1. Ziada : Sangat manis.

2. Mazbout : Medium / pertengahan, tapi masih terlalu manis jika anda memang tidak suka minuman manis.

3. AriHa : Kurang manis.

4. Sadda : Tidak menggunakan gula sama sekali, dan tentu sahaja rasanya sangat pahit. Biasanya pada upacara kematian atau masa berkabung, sadda ini yang paling banyak disajikan.


Jadi, jika ingin tahu bagaimana rasanya me'ngopi' di Mesir dan juga ingin melihat secara 
langsung bagaimana mesin kopi itu dioperasikan? Ayuh. Boleh melawat Mesir dan masukkan kedalam aktiviti percutian anda yang akan datang! Hehe…

Sedikit tips buat anda yang ingin mengopi di Mesir dan punya masalah kesihatan atau harus memakai gula khusus: bawa sendiri dari rumah, kerana di sana tidak ada yang jual. Dan jangan pernah minum air dari Sungai Nil, karena itu cara paling cepat dan pasti untuk anda jatuh sakit…

Sama juga dengan Malaysia, jangan pernah menggunakan tangan kiri untuk mengambil dan menyerah apapun, karena itu bagi mereka adalah tidak sopan. Sama sekali tiada larangan buat anda jikalau mahu bawa makanan sendiri dari luar untuk dimakan di kedai kopi yang ada disana. Yang penting minum kopinya di situ dan sebelum beredar pastikan anda bayar!.

Hehehe…


- Serambi Awam -

Balai Senilukis Kelantan Di Tengah Bandar


Takiyuddin menerima cenderamata yang disampaikan Yang Dipertua Peseni

KOTA BHARU : Ramai yang tak mengetahui sebuah premis heritage bersebelahan Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC), jalan Sultan Yahya Putra, Kota Bharu akan digunakan untuk tujuan apa ketika pekerja binaan mengecat banguan tinggalan Inggeris itu dengan warna hijau ungu beberapa bulan lalu.
Bangunan Balai Senilukis Kelantan, Kota Bharu

Hanya setelah siap sepenuhnya dan papantanda dengan tulisan jawi dan rumi keemasan bertulis “Balai Senilukis Kelantan” dipasang, barulah mereka yang melewati jalan itu tahu bahawa bangunan bersejarah itu akan dijadikan balai senilukis, satu-satunya balai seumpama itu di Kelantan.

“Saya minta Persatuan Pelukis Kelantan (Peseni) peliharalah baik-baik bangunan itu. Kerana untuk mendapatkannya dahulu sukar sekali, ramai yang inginkan,” kata Datuk Takiyuddin Hassan dengan nada sayu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Sesi 2013/2015, Peseni, di sebuah hotel di Kota Bharu (25 Mei 2013).

Sebelum ini bangunan itu digunakan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebagai pejabat.

Balai Senilukis Kelantan itu diletakkan di bawah pentadbirann Muzium Negeri Kelantan dan diserahkan kepada Peseni untuk digunapakai.

Mempunyai dua tingkat, tingkat atas sebagai ruang pejabat dan kelas pembelajaran senilukis, sementara lantai bawah ruang memperagakan lukisan dan kaunter jualan.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin, ketika menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berusaha mewujudkan sebuah galeri lukisan di Negeri Serambi Mekah.

Usahanya membuahkan hasil, namun beliau bertukar jawatan (Ahli Parlimen) sebelum Balai Senilukis itu dibuka dan dirasmikan.

Minat dan komitmen Datuk Taki kepada bidang senilukis amat tinggi walaupun ia tak pandai melukis. Seperti diceritakan pada majlis pagi itu. “Di rumah saya banyak lukisan yang dihasilkan ahli Peseni seperti Ismail Kadir, Marzuki dan lain-lain.”

"Cuma untuk membeli lukisan tambahan karya pelukis terkenal saya justeru khautir tentang harganya, sedangkan saya malu untuk menawarnya,”ujar Taki.

“Pengganti saya sebagai Exco Kebudayaan ialah Datuk Mejar (B) Md. Anizam Abd Rahman. Beliau benar-benar orang seni, Insyaallah ia akan membantu mengembalikan kegemilangan senilukis di Kelantan,” tambah Taki.



- Serambi Awam -