Thursday, August 16, 2012

Muzik Sebagai Terapi 'Hypertension'?




Setiap hari, aktiviti sebagai pekerja selalu dipenuhi dengan kegiatan yang memeras tenaga dan fikiran.

Tumpuan pada tanggungjawab kerja seringkali mengundang rasa stress dan frust ketika sampai di rumah. Akibatnya sehingga boleh menimbulkan perasaan mudah amarah yang secara tidak langsung membuat tekanan darah menjadi tinggi. Kesibukan dengan pelbagai urusan membuatkan kita tidak ada sedikit pun waktu untuk 'refresh' minda dan fikiran untuk ambil waktu berehat atau bercuti.

Namun jangan khuatir, kerana ternyata ada cara mudah, murah dan efektif untuk menenangkan fikiran dan jiwa (selain mengambil 'wuchu' bg umat Islam)...iaitu dengan mendengar apa jua alunan muzik.

Muzik merupakan sebuah rangsangan pendengaran yang terorganisir dan memiliki kekuatan untuk merawat penyakit. Disaat muzik menjadi terapi, maka dapat memulihkan dan memelihara kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual.

Muzik berbicara pada emosi dan membuka pintu hati kita. Muzik antara lainnya dapat menenangkan jiwa, tubuh dan dapat menyatukan diri ke dalam hasrat dan impian. Musik dapat menembusi fikiran sedar dan membiarkan ianya masuk ke alam separa sedar di mana perasaan dapat di ekspresikan.



Beethoven memandang muzik sebagai perantara kehidupan indrawi dan jiwa (kata pengkaji barat).

Musik dengan irama tertentu dapat memberikan suasana rehat, santai dan ketenangan fizikal.
Tempo muzik juga berpengaruh terhadap degup jantung, tekanan darah dan dapat mengurangi hormon penyebab stress.

Dalam beberapa kes, muzik sebagai alternatif perubatan medikal. Muzik juga memiliki beberapa kelebihan yang dapat melahirkan suasana nyaman serta menenangkan. Terapi muzik dapat merubah secara efektif otak kita yang dalam keadaan stress menjadi lebih adaptif.


Semua jenis musik dapat digunakan sebagai terapi.

Seperti lagu-lagu relaks / santai, lagu popular mahupun klasik. "Terutama lagu dengan tempo sekitar 60 bit/minit”. Lagu dengan tempo 60 bit/minit itu akan membuat kita lebih rilaks, kerana apabila terlalu cepat stimulusrangsangan dihasilkan akan membuatkan kita mengikuti irama tersebut, sehingga keadaan istirahat yang optimum tidak akan tercapai.

Kesimpulannya, bahawa penyembuhan 'Hypertension' tidak hanya melalui ubat-ubatan dari doktor mahupun diet. Namun penting juga merehatkan tubuh kita dengan memberikan ransangan emosi positif ke otak.


Meditasi, yoga mahupun terapi muzik.

Oleh itu, jadikanlah muzik sebagai sahabat anda (dilarang sehingga melalaikan). Alunkan ruangan rumah anda dengan nada-nada dari muzik favourite yang boleh (contohnya lagu nasyid dan ketuhanan) membuatkan anda berasa tenang.

- Serambi Awam -

No comments:

Post a Comment