Sunday, August 5, 2012

Gunung Tebu


Permandangan di puncak gunung
Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).

Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di 
Setiu dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.

Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak gunung tebu,di antaranya adalah batu mata hasan, jendela, batu mahkamah, batu pelana kuda, dan batu madarasah.

Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.


Mereka yang ingin mendaki gunung Tebu akan menjalani pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan. Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.

Mukabumi

Gunung Tebu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Di kaki Gunung Tebu ini juga terletak Hutan Lipur Lata Belantan yang merupakan tempat perkelahan yang popular dikalangan penduduk setempat dan para pelancong.




                           


Maklumat lanjut : (Pelancongan di Terengganu)

Sumber : wikipedia

- Serambi Awam -

No comments:

Post a Comment