Friday, September 30, 2011

The Memory Remains....(era battle of the band)


Sekadar nak share kegiatan masa lalu, kenangan yang begitu berharga ketika bersama dengan kawan-kawan sekolah. 1st time participate battle of the band : SALEM RECHARGE JAM berlangsung di Zouk K.L. Tahun 2005 kalau tak silap. Macam mana boleh masuk competition ni?

Dari sekolah menengah kami memang minat main muzik,waktu itu hanya sekadar hobi. Jadi bila dah minat tu selalu lah kami 'Jamming' bersama. Line up toksah citer,bertukar-tukar memanjang. Tapi guitarist tetap kena bersama,sebabnya...hahaha aku nak mengelat part solo,so Abu Sufian sebagai penyelamat. 

Masa tu dia lah 'Blues Man' bagi je apa solo pun dari solo Hendrix,SRV,Johnny Lang,Malmstein,Kai Hansen,Kirk Hammett@izo muahahaha sampai ler guitar hero local scene mcm Man Kidal,Rosli Mohalim,Karl Cromok,Izo XPDC(wakakaka) serta mcm2 lagi habis sumua dia 'Tapau". Ekekekek...time lepas zaman sekolah tu aku cuma main rythm je. Boleh katakan tiap-tiap hujung minggu je lepak cari lagu sama2, tak dekat rumah aku mesti kat rumah Abu atau rumah Eliq. Masa mula2 main gitar tu Abu ni ada gitar Kapok jer,tapi bila apply dah mcm gitar 'karen' dia bantai sampai meleleh air liur dia punya feel (patut tiap kali guna gitar aku lepas tu tali berkarat!) Semua gitar dia main habis putus tali (pull off tahap gila babi).'Tone' katanya...ahaks.

Start aku ada gitar elektrik sendiri tahun 1998. Arwah ayah yang belikan. Brand Fernandes design Stratocaster,neck Maple '0' shape (punyalah susah nak pegang chord). Tapi bunyi not bad laa. Aku mula berjinak part 'goreng' ni bila kami start jam lagu 'Memory - Cromok'. Bantai jer laa...tapi part solo gulung tu Abu tapau gak. Masa tu line up band : Hasrul (Bass), Hanafi (Drum), Aku & Abu (Gitar) vocal tak dak (kihkihkih). Main tak tahulah sumbang ke apa ke, tapi takat Cromok & Helloween tu selamber jer full song. Sampai laa ada seorang makhluk Allah nih yang namanye 'Amir' (kawan sekolah gak) selalu tengok kita orang jam dengan muka jambu serius nye. Sampaikan dia ajak laa kami buat 'Charity Show' kat Klang Parade tahun 1999 (1st perform kami) kot. Haa...apa maknyanya tu? maybe kami nih ada bakat kot (wakakaka). Ni kalau Amir baca blog nih sure dia maki nye aku...Rileks laa Amir, gua tau laa lu dah 'Professional',dah pernah jadi producer Ella,dah jd Songwriter gempak!! Steady Amir, lu tetap gua respect!! Masa Charity show tu terpaksa guna guest vocalist, Mr.Faiz (bukan faiz jepun tau). Kah kah kah lagi sekali lepas show kami guling2 gelakkan vocalist...hahahampehhh lagu punyalah rock tak hengat masa tu (I Want Out, Future World,Your Turn byk lg laa) tapi dia nyanyi dah mcm bagi ucapan,pegang kertas tengok lirik..wakakakaka!! Nih lu laa yang suggest dia jadi vocalist mir!!

Tahun berganti tahun, line up band pun berganti..tapi kalangan kawan2 sekolah gak. Hasrul retired sebab tumpukan masa depannya kat bidang err...bidang apa ntah tak ingat,serul...kalau lu baca kisah nih jangan marah aaaa...tempat beliau digantikan dengan Eliq (Ellya Masriq) sekarang minat jadi roadrunner tak silap sampai laa sekarang nih bila jamming dia laa main gitar tali besar tu. Sejak Hanafi rehat tumpukan alam perkahwinannnya tempatnya digantikan dengan mcm2 drummer. Kebetulan start tahun 2003 aku dah start sambung study bidang muzik nih,so takde masalah laa nak cari drummer. Antaranya Shafiq, Ijan, Mamu dan Yom (mana dan apa khabor laa diaorang). Ijan dan Mamu aku tau sekarang nih diaorg masih aktif fulltime musician. Vocalist Malan pastu Mokhtar campur tangan nak nyanyi jugak terpaksalah Malan mengalah. (Malan memang power!! setakat high pitch Micheal Kiske selamber..guna suara perut katanya...hahaha mcm2). Mokhtar nih ala2 Will Smith (wakakaka). Start serius kat band nih lah kami guna khidmat keyboardist,puaslah dok cari sampailah jumpa 'Tikus' nama betul sampai sekarang aku tak tau. Kenal beliau sewaktu study muzik sama dulu. Lepas tu beliau dapat offer dengan band lain yang kena dengan jiwa nya,kemudian digantikan dengan 'Baya'. Baya nih memang best bila dia apply feel dia kat keyboard. Senang sikit sebab dia pun berjiwa soundman. Apapun keyboardist hanya sebagai guest untuk kami. Panjang nye aku melalut...


Berbalik pada Recharge Jam. Waktu kami rajin,boleh katakan tiap2 hujung minggu kami 'jamming' di subang, studio 'Pentatonic' kepunyaan Adib (drummer gak). Bila dah jadi regular,satu hari tu dia proposed kami untuk participate competition 'Recharge Jam' organized by Salem tu. Kami dengan eksen pun tanya, cemana nak take part? Dia kata senang jer,record dua lagu buat CD demo (record live kat studio tu gak) nanti dia submitkan. Kalau dipanggil dapat laa tu. Difahamkan competition dimulakan dengan hantar demo,then battle disetiap region seluruh Malaysia...lastly,sape yang menang masa peringkat region akan ke final batlle. Perghh...kami dengar gitu terus malas nak berharap,just buat demo jer lah janji ada orang tau kami main lagu 'GABAN" ekekekek..Discuss punya discuss,kami pilih record lagu Uchuu Keiichi GAVAN (aku solo) dan Play That Funky Music (Abu solo) rearrangement dengan beat rock,nak nampak modern laa konon. Masa tu drummer Shafiq dan keyboardist Tikus. Shafiq memang tight manakala Tikus dia punya Hammond sound ala2 John Lord...heheh...kami pun puas hati dengar balik hasil demo tu. pa lagi...kami terus submit laa!! pastu buat dono jerk...

Tengah lepak hisap surya,tiba2 dapat call, Adib inform kami layak untuk region battle!! YABEDABEDOOOOOO!!..hehe semangat berkobar....terasa yang gua nih RAWK! maklumlah masa tu rambut lepas bahu (ekekekek). Kami pun start trainning,jogging,angkat berat sume siap (tipu jer). Tiba2 Shafiq bagitau tak dapat involve. Perrghhhh...nasib baik masa tu tak top lagi ayat 'ada aku kisah?'...ekekekek...Meraban nak cari replcement wehh,dah semua dok suruh aku yang bertanggung jawab cari drummer...puas aku pikir,memang ler ramai drummer best masa kat skolah study muzik tu tapi nak cari yang tak melawan dan steady susah...akhirnya aku pilih Ijan (kawan serumah sewa aku 2nd sem). Slow talk dengan Ijan, dia kata "den sogan la man,ekau sumo dahsat"...punyalah rendah diri...sopan santun mamat nih masa tu...kihkihkih....rasa nak siku jer...tapi sebab kawan last skali dia cakap "den ok yo,x kisah...ekau bg jer CD"...haaa kan ker mcm pro tu,aritu rendah diri....aku dah tau Ijan nih tak payah dengar selalu pun lagu tu,dapat jam sekali dua sure terus jalan jer...memang betul pun!! cayalah Jan!! Yang aku risau part vocal jer, Will Smith tu macam 'ok x ok jer'...ekekekek....



My Yamaha SG500

Tibalah hari battle...kami sampai pagi kat Zouk (itulah 1st & last) aku jejakkan kaki kat situ...bongok betul penganjur nih,buat laa kat Stadium Merdeka ke...nih buat kat disco,kan ke Haram tu! Kami band ke berapa perform pun dah tak ingat..tapi tengok performance band2 yang sebelum kami...dalam hati aku berkata "konpom paling cikai pun kami mesti menang no.3"...klu aku upload full video, korang tau lah nilai...ekekek...tapi disebabkan size video besar,aku upload part kami perform je. Emcee masa tuh Radhi OAG...lu lalok ke bro?? (hahaha). Tiba turn kami perform...starting ada openning sound ala2 Helloween (Irritation) siap effect letup,guna effect guitar Zoom GFX8 jer -effect zoom jer boleh buat bunyi gitu tau (muahaha)...lagu Gaban (solo part aku panjangkan) & Play that Funky Music (Abu solo - bak kata Radhi,anak John Lennon) non stop dan part ending curik riff lagu Helloween (aku balun solo)..heheh time nih la aku nak tunjuk kat diri aku,gua pun boleh solo gulung2 alaa Rolland Grapow derrrr (ekekek), masa nih dah guna guitar 'RARE' (Yamaha SG500)....rasanya kat Malaysia ni band kami jer main lagu Gaban tiap2 kali perform...ekekek...

Habis kami perform, ada laaa yang terhegeh2 kat kami,mula2 masa baru datang korang sume eksen ek...Guest Performer hari tu Deja Vodoo Spells (dapat promo CD free..heheh)...gempak & layan...Dah panjang sangat aku menaip ni,aku ringkaskan. Sampailah masa yang ditunggu2 (sampai aku terlelap nak tunggu habis semua band perform,surya tak tau brape batang dah aku hisap), pemenang di umumkan dari tempat ketiga...drum roll....Radhi pun umum....PITCHSTONEEEEEEEEE....hek elleh,3rd place jer...patut 1st place tau klu nak dibezakan dengan yang lain (perasan jer ler).. Takpe lah,syukur laa dapat gak tempat...kira ok la tu 1st try masuk Battle terus menang tempat kan kan? hadiah RM1000 pun ok laa tu...pastu dapat information lepas amik cek gergasi yang menang 1,2,3 peringkat region akan ke final battle. Venue kat mana? perghhhh...penganjur cakap Stadium Merdeka!!! gempakkkk sehhhhh!!

Tiga empat hari lepas competition, kami dapat CD video hasil recording seorang hamba Allah yang minat dengan band kami (ehem2). Punya suka (wakakakaka), tak sabar nak review. Bila dah review, aku terus berkata dalam hati "patutlah 3rd place jer,vocal hancur!!! PR out!!"...tak percaya korang tengok & dengar video yang aku attach kat bawah ni. Sound kurang memuaskan sebab record guna DV Cam je. Tak lama lepas tu, owner studio Pentatonic call aku..."Man. ko main guitar untuk band kitaorang (Perada),kitaorang jadi guest performer untuk Recharge Jam southern region"....gagap sekejap aku...cuak pun ada,maklumlah tak pernah perform tanpa Abu sebelah aku. Aku tanya Adib "siapa line up?". Adib jawab selamba "Ala sume ko kenal..Iskandar (Fish) guitar (perghh dapat gak aku perform dgn mamat nih lonjak aku dlm hati), aku/Adib (drummer), Wan Jambu (bass), Hatta a.k.a Ahmad Dhani (vocal)...". Terus aku kata "wokehhh!!!". Aku pun tanya lagu apa? diaorg bagi CD...lagu 'Cinta Gila - Dewa' dan 'With or Without You - U2'. Terus kelam kabut aku dengar lagu tu,lagu yang tak pernah aku main. Aku jumpa Abu tanya pendapat dia...Abu kata main je la. "Ko ikut aku gi Johor ye Bu" aku pelawa..hehe pantang ajak terus kata, "boleh ke?" sambil tersengih2. Aku call Adib bagitau Abu kena ikut skali sebab dia jd guitar tech aku (padan muka Adib kena tipu)...Adib kata "wokeh"...transport VIP,makan,hotel,belanja apa jadah semua Salem tanggung!...aku dengan Abu apa lagi "Yeehaaaaaaaaaaaa!!". 

Lastly senang cakap...Perform enjoy, Iskandar memang terror dengan Fender Strat Mexico nye with Boss GT6 effect processor...memang Malmstein melayu dia nih, Radhi..you're cool dude!! dapat gak perform dgn mamat nih sebagai request dari Radhi lagu '60's tv'...habis aku solokan lagu nih dgn Is..dah Radhi nyanyi muka berkerut...(hahaha padan muka!!) Cuma mula2 nak perform ada sikit goyang sebab Hillary tengok kami perform,beliau judge battle petang tu. Tapi mula2 je, dah main yang aku tau rockin bebeh!! Daripada perform as a guest kat JB tu lah bermulanya kisah aku start main muzik dengan orang yang aku tak kenal..sampailah aku merasa main di kelab2 dan pub tanpa Abu disisi (heheh)...dah boleh berdikari beb...

Apapun semua itu aku simpan sebagai kenangan. Siapalah kita hidup tanpa kawan2. Last kami reunion 'jam session' sebelum puasa tempohari. Memang enjoy, Malan (vocal), Abu, Hanafi (drummer), Eliq (bass)..you all guys still have a soul...walaupun ntah apa2 ntah jam masa tu,maklumlah dah bertahun tak pegang instrument...tapi enjoy!!. Semua kawan2 dah punya keluarga sendiri kecuali Malan masih dara...hahaha!. Apa jadi dengan final battle kat Stadium Merdeka tu? Hahahahampehhhh...beberapa bulan selepas region battle selesai, Adib bagitau yang penganjur kata final battle tak jadi dengan alasan crowded tak capai tahap yang diaorang target. Korang yang buat promo tak betul!! LU SEMBANGGGG!! Tak dapatlah merasa perform kat stadium sampai tua.

Live in Zouk KL

It's all about memories...

Here to share : 'Uchuu Keiichi Gavan' which record for Salem Recharge Jam CD (last edit & mix with Baya)...enjoy...

CD Demo Version (Live Record)


Original Artiste : Akira Kushimuda (Live Record)....Compare & Comment...

Monday, September 26, 2011

NIKMATNYA RASA SAKIT UNTUK KITA


Semoga bermanfaat, dan akan menjadi pengajaran untuk kita semua.

Pernah menonton rancangan reality show Oprah Winfrey?


Pada rancangan tersebut menampilkan seorang gadis comel berusia 5 tahun, asal USA, mengenakan kacamata plastik (mirip kacamata renang), lucu, manis, secara fizik kelihatan normal (agak gemuk), dan berkelakuan seperti anak-anak seusianya pada umumnya.

Cuma, si gadis kecil ini menghidap suatu penyakit bawaan sejak lahir yang sangat langka, iaitu tidak memiliki rasa sakit (tidak memiliki deria sakit) di sekujur tubuhnya.

Sejak bayi, si kecil jarang merengek, atau menangis. Hanya terkadang suhu badannya yang sedikit hangat. 

Penyakit bawaan yang dideritai si kecil itupun baru diketahui (kalau tidak salah) ketika sikecil ini mencolok-colok matanya dengan jari akibat gatal, dan tidak menangis kesakitan. Hanya saja darah tetap mengalir keluar. Akibat kejadian tersebut, satu matanya menjadi buta. Setelah kejadian itu, barulah dikenakan kacamata khusus untuk melindunginya.

Pernah suatu ketika, ketika gigi si kecil sudah tumbuh, saat kedua orang tuanya agak leka, si kecil sedang asyik menggigit-gigit jari tangannya sendiri hingga hancur. Tentu saja si kecil tetap tenang kerana sama sekali tidak merasakan sakit.

Sebagai pencegahan, akhirnya diputuskan untuk mencabut semua giginya, tanpa ada tinggal satu pun. Tujuannya sebagai pencegahan agar dia tidak sampai mengunyah lidahnya sendiri.

Kerana kejadian-kejadian itulah, si kecil mendapat perhatian dan pengawasan menyeluruh dari seluruh anggota keluarganya (kedua orang tua dan kakaknya). Kerana dia telah kehilangan sensitiviti akan adanya bahaya-bahaya yang bakal menimpanya, hingga kini.

Semoga bermanfaat, dan bisa menjadi pengajaran bagi kita semua. Dan kita kembali merenungi dan mensyukuri semua nikmat yang telah diberikan Allah S.W.T kepada kita serta meyakini bahwa segala ciptaan dan pemberian Allah S.W.T adalah tidak sia-sia. Termasuk rasa sakit yang seringkali kita tidak sabar untuk menghadapinya.



"Ya Allahya tuhan kami, tiadalah Engkau mencipta segalanya ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka"

-amin Allahumma amiin-



- Serambi Awam -

ABBAD BIN BISYIR (Sentiasa Disertai Cahaya Allah)


Ketika Mush’ah bin Umeir tiba di Madinah - sebagai utusan dari Rasulullah S.A.W untuk mengajarkan selok belok agama kepada orang-orang Ansar yang telah bai’at kepada Nabi dan membimbing mereka melakukan solat, maka ‘Abbad bin Bisyir r.a adalah seorang budiman yang telah dibukakan Allah hatinya untuk menerima kebaikan. Beliau datang menghadiri majlis Mush’ab dan mendengarkan dakwahnya, lalu dihulurkan tangannya mengangkat bai’at memeluk Islam. Dan semenjak saat itu mulailah dia menempati kedudukan utama di antara orang-olang Ansar yang diredlai oleh Allah S.W.T serta mereka redha kepada Allah.

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W berpindah ke Madinah, terlebih dahulu orang-orang Mukmin dari.Eulekah tiba di sana. Dan mulailah terjadi peperangan-peperangan dalam mempertahankan diri dari serangan-serangan kafir quraisy dan sekutunya yang tidak henti-hentinya memburu Nabi dan umat Islam. Kekuatan pembawa cahaya dan kebaikan bertarung dengan kekuatan gelap dan kejahatan. Dan pada setiap peperangan itu ‘Abbad bin Bisyir berada di barisan paling hadapan, berjihad di jalan Allah S.W.T dengan gagah berani dan bermati-matian dengan cara yang amat mengkagumkan. Dan mungkin peristiwa yang dipaparkan di bawah ini dapat mengungkapkan sekelumit dari kepahlawanan tokoh mukmin ini. ..

Rasulullah S.A.W dan kaum muslimin selesai menghadapi perang Dzatur Riqa’, mereka sampai di suatu tempat dan bermalam di sana, Rasulullah S.A.W memilih beberapa orang sahabatnya untuk berkawal secara bergilir-gilir. Di antara mereka yang terpiiih ialah Ammar bin Yasir dan ‘Abbad bin Bisyir yang berada bersama dalam satu kumpulan.

Kerana dilihat oleh ‘Abbad bahawa kawannya Ammar sedang keletihan, maka dicadangkanlah agar Ammar tidur terlebih dahulu dan beliau akan berkawal. Dan nanti bila telah mendapatkan istirahat yang mencukupi, maka giliran Ammar pula berkawal menggantikannya. ‘Abbad melihat bahawa kawasan lingkungan di sekelilingnya aman. Maka terdetik didalam hatinya, kenapa tidak dia mengisi waktunya dengan melakukan solat agar pahala yang akan diperolehinya akan menjadi berlipat kali ganda. Lalu dia bangkit melakukannya . Tiba-tiba sementara dia sedang berdiri membaca salah satu surah Al-Quran setelah Al-Fatihah, sebilah anak panah terpacak di pangkal lengannya. Maka dicabutnya anak panah itu dan diteruskannya solatnya.

Tidak lama selepas itu, mendesing pula anak panah kedua yang mengenai anggota badannya. Tetapi dia tetap tidak menghentikan soalatnya, malah hanya dicabutnya anak panah itu seperti yang dilakukan tadi dan dilanjutkannya bacaan surah. Kemudian dalam gelap malam itu musuh memanahnya untuk kali yang ketiga. ‘Abbad menarik anak panah itu dan mengakhiri bacaan surah. Setelah itu dia rukuk dan sujud dan dalam masa yang sama tenaganya telah lemah disebabkan sakit dan keletihan. Lalu sementara sujud itu dihulurkan tangan kepada kawanya yang sedang tidur di sampingnya dan ditarik-tarik tangannya sehingga sedar dari tidur.Dalam pada itu dia bangkit dari sujudnya dan membaca tasyahud, lalu menyelesaikan solatnya.

Ammar tersedar mendengar suara kawannya yang tak putus-putus menahan sakit: “Gantikan aku mengawal, karena aku telah dipanah!”. Ammar menghambur dari tidurnya hingga menimbulkan kegaduhan dan takutnya musuh yang menyelinap. Mereka melarikan diri, sedang Ammar berpaling kepada temannya seraya berkata: “Subhanallah … ! Kenapa kamu tidak kejutkan aku ketika kamu dipanah yang pertama kali tadi?” ujar Abbad : “Ketika aku solat tadi, aku membaca beberapa ayat Al-Quran yang amat mengharukan hatiku, hingga aku tak ingin untuk memutuskannya! Dan demi Allah, aku tidak akan mensia-siakan tugas berkawal yang ditugaskan Nabi kepada kita untuk menjaganya, sesungguhnya aku lebih suka mati daripada memutuskan bacaan ayat-ayat yang sedang kubaca itu!”

‘Abbad amat cinta sekali kepada Allah, kepada Rasul dan kepada agamanya. Kecintaan itu memenuhi segenap perasaan dan seluruh kehidupannya. Dan semenjak Nabi S.A.W berhujah dan menujukan kata-katanya kepada kaum Ansar dan Abbad termasuk salah seorang di antara mereka. Sabdanya: “Hai golongan Ansar! Kalian adalah inti, sedang golongan lain bagai kulit ari! Maka tidak mungkin aku akan dicederakan oleh pihak kalian!”



Semenjak itu, yakni semenjak ‘Abbad mendengar ucapan tersebut dari Nabinya, dari guru dan pembimbingnya kepada Allah, dan dia rela menyerahkan harta benda ,nyawa dan hidupnya di jalan Allah dan Rasulnya . Maka tidak hairanlah ketika dia di arena pengorbanan dan di medan perang, dia muncul sebagai orang pertama, sebaliknya di waktu pembahagian keuntungan dan harta rampasan, sukar untuk ditemukannya. Di samping itu beliau adalah seorang ahli ibadah yang tekun, seorang pahlawan yang gigih dalam berjuang, seorang dermawan yang rela berkorban dan seorang mukmin sejati yang telah membaktikan hidupnya demi keimanannya pada Allah S.W.T.

Keutamaannya ini telah diketahui luas dikalangan sahabat-sahabat Nabi, dan Aisyah r.a, Ummul Mu’minin pernah mengatakan tentang dirinya : Ada tiga orang Ansar yang keutamaannya tidak dapat diatasi oleh seorang pun jua, iaitu : Sa’ad bin Mu’adz, Useid bin Hudlair dan ‘Abbad bin Bisyir”.

Orang-orang Islam angkatan pertama mengetahui bahwa ‘Abbad adalah seorang tokoh yang beroleh kurnia berupa cahaya dari Allah. Penglihatannya yang jelas dan beroleh penerangan, dapat mengetahui tempat-tempat yang baik dan meyakinkan tanpa mencarinya dengan bersusah-payah. Bahkan kepercayaan sahabat-sahabatnya mengenai cahaya ini sampai ke suatu peringkat yang lebih tinggi, bahawa ia merupakan benda yang dapat dilihat. Mereka sama sekata bahwa bila ‘Abbad berjalan di waktu malam, terbitlah daripadanya kilauan cahaya dan sinar yang menerangi baginya jalan yang akan dilalui.

Dalam peperangan menghadapi orang-orang murtad sepeninggalan Rasulullah S.A.W maka ‘Abbad memikul tanggung jawab dengan keberanian yang tiada taranya. Apalagi dalam pertempuran Yamamah di mana kaum Muslimin menghadapi bala tentara yang paling kejam dan paling berpengalaman dibawah pimpinan Musailamatul Kaddzab, ‘Abbad melihat akan bahaya besar yang mengancam Islam. maka jiwa pengorbanan dan teras kepahlawanannya mengambil bentuk sesuai dengan tugas yang dibebankan oleh keimanannya, dan meningkat ke taraf yang sejajar dengan kesedarannya akan bahaya tersebut, hingga menjadikannya sebagai perajurit yang berani mati, yang tidak menginginkan sesuatu yang lain kecuali mati syahid di jalan Allah S.W.T.

Sehari sebelum perang Yamamah itu bermula,’Abbad mengalami suatu mimpi yang tidak lama kemudiannya diketahui maksud disebaliknya yang bakal terjadi di arena pertempuran sengit yang akan dihadapi oleh kaum Muslimin. Dipanggil seorang shahabat mulia Abu Sa’id al-Khudri r.a untuk menceritakan mimpi yang dilihat oleh ‘Abbad tersebut begitu pun maksud disebaliknya, serta peranannya yang mengkagumkan dalam pertempuran yang berakhir dengan syahidnya. Demikian cerita Abu Sa’id: ” ‘Abbad bin Bisyir mengatakan kepadaku: – “Hai Abu Sa’id! Saya bermimpi semalam melihat langit terbuka untukku, kemudian tertutup semula! Saya yakin bahwa maksud disebaliknya, insyaAllah saya akan menemui syahidnya!”. “Demi Allah!” ujarku, itu adalah mimpi yang baik!” “Dan sewaktu perang Yamamah itu saya lihat dia menyeru kepada orang-orang Ansar, “Pecahkan sarung-sarung pedangmu dan tunjukkan kelebihan kalian!”. Maka segeralah menyerbu mengiringkannya sejumlah empat ratus orang dari golongan Ansar hingga sampailah mereka ke pintu gerbang taman bunga, lalu bertempur dengan gagah berani.

Ketika itu ‘Abbad (semoga Allah memberinya rahmat) menemui syahidnya. Wajahnya saya lihat penuh dengan bekas sambaran pedang, dan saya mengenalnya hanyalah dengan melihat tanda yang terdapat pada tubuhnya!”. Demikianlah ‘Abbad meningkat naik ke taraf yang sesuai untuk memenuhi kewajipannya sebagai seorang mukmin dari golongan Ansar, yang telah mengangkat bai’at kepada Rasul untuk membaktikan hidupnya bagi Allah dan menemui syahid di jalanyya. Dan tatkala pada permulaannya dilihatnya neraca pertempuran sengit itu lebih berat untuk kemenangan musuh, teringatlah olehnya ucapan Rasulullah terhadap Kaumnya golongan Ansar: “Kalian adalah inti! Maka tak mungkin saya dicederai oleh pihak kalian!”.

Ucapan itu memenuhi rongga dada dan hatinya, hingga seolah-olah sekarang ini Rasulullah masih berdiri, mengulang-ulang kata-katanya itu . ‘Abbad merasakan bahawa seluruh tanggung jawab peperangan itu terpikul hanya di atas bahu golongan Ansar semata-mata …atau di atas bahu mereka sebelum golongan lainnya! Maka ketika itu naiklah dia ke atas sebuah bukit lalu berseru : “Wahai golongan Ansar!. Pecahkan sarung-sarung pedangmu, dan tunjukkan keistimewaanmu dari golongan lain!”

Dan ketika seruannya dipenuhi oleh empat ratus orang pejuang, ‘Abbad bersama Abu Dajanah dan Barra’ bin Malik mengerahkan rnereka ke taman maut, suatu taman yang digunakan oleh Musailamah sebagai benteng pertahanan. Dan pahlawan besar itu pun berjuanglah sebagai layaknya seorang laki-laki, sebagai seorang Mukmin juga sebagai seorang warga ansar.

Dan pada hari yang mulia itu, pergilah ‘Abbad menemui syahidnya! Tidak salah mimpi yang dilihat dalam tidurnya semalam? Bukankah dia melihat langit terbuka, kemudian setelah dia masuk kedalam langit yang terbuka itu, tiba-tiba langit bertaut dan tertutup kembali. Dan mimpi itu dita’wilkannya bahawa pada pertempuran yang bakal terjadi ruhnya akan naik menghadap Tuhan penciptanya.

Sungguh, benarlah mimpi itu dan benarlah pula disebaliknya, Pintu-pintu langit telah terbuka untuk menyambut roh ‘Abbad bin Bisyir dengan gembira, yakni seorang tokoh yang diberi cahaya oleh Allah S.W.T.





- Serambi Awam -


Friday, September 23, 2011

DARUSSYIFA'

Kaedah perubatan islam yang perlu kita yakini. Bukanlah kita tidak perlu atau menolak kaedah rawatan moden yang menggunakan kaedah sains, tetapi perlu kita fahami akan konsep dan keperluan dalam perubatan. Sedangkan Tuan Guru sendiri mendapatkan rawatan kaedah moden untuk rawatan jantung. Cuma perlu kita renungkan, dah tertulis didalam Al-Quran bahawa setiap ayat yang terkandung didalamnya mempunyai fadhilat yang sangat besar antaranya untuk tujuan perubatan dan rawatan.

Mungkin masih ada sesetengah golongan yang berpendapat bahawa Darussyifa' ini tempat rawatan yang hanya berkaitan dengan unsur-unsur makhluk halus. Tidak benar sama sekali. Darussyifa' berfungsi seperti klinik-klinik lain yakni untuk rawatan penyakit-penyakit biasa dll. Sila rujuk pada url dibawah untuk rujukan tentang perkhidmatan rawatan yang disediakan serta cawangan-cawangan yang terdapat di setiap negeri.

Tujuan penubuhan pusat rawatan ini adalah untuk membantu dan meringankan dugaan yang dihadapi saudara seislam kita. Tiada charge rawatan yang dikenakan (seperti yang dituntut dalam islam). Jadi ayuh kita sama membantu komersialkan kaedah perubatan islam ini (mungkin ada punubuhan pusat rawatan islam yang lain menggunakan kaedah yang sama juga perlu untuk kita support)...insyaAllah...

www.darussyifa.org/


Sunday, September 18, 2011

THE CURSE OF DR.STEIN (in my opinion)


Dr.Stein is one of the evergreen songs from the band called Helloween. Contained in the Keepers of The Seven Keys (part 2) album,melodic metal genre. It most of the songs which is in my favourite list. Till now i'm still keep listen on it. For me this song have their own strength in terms of arrangement,creativity,instruments line,lyrics and vocal whether voice from Michael Kiske (former vocalist) or Andy Deris. Both of this guys have a great voice and unique for me,differences style,tones and pitching. The unique melody make me impressed with this band..have their own trademark on sound. Similarly with the album cover,more fantasy and fun seems every songs in each albums contained related stories.



Current band members consist of Andy Deris (vocal), Michael Weikath (guitar), Sascha Gerstner (guitar), Markus Grosskopf (Bass), Dani Loble (drum).

Former band members : Kai Hansen (guitar/vocal), Michael Kiske (vocal), Rolland Grapow (guitar), Uli Kusch (drummer), Mark Cross (drummer), Ingo Schwichtenberg (drummer).

CURSE of  DR.STEIN is the fresh re-arrangement from this band. Mostly we heard our re-arrangement is more to modern style. But...it different from the others,they back in 'Motown' style but still  in metal beat. Respect on you guys!! For me this is the best arrangement from the power metal band. Smart,smooth and clean. For me Helloween is the legend. I'll keep support your music guys... 

Listen on it...(fun video clips...5 star) http://www.helloween.org/videos.html?id=105&t=2010-dr-stein

For more info about this band, click here http://www.helloween.org/


Download
 




Saturday, September 17, 2011

Connection From Song Writing and Arrangement.....

Sambungan dari posting yang lepas (Song Writing & Arrangment)

Disini saya ingin berkongsi sebahagian riffs yang telah di record hasil dari menggunakan equipment low spec. hanya sedikit edit dilakukan untuk dapatkan beat accuracy (tapi tetap ada sedikit lag)..eksperimental ini adalah bertujuan untuk memastikan adakah dengan low spec equipments kita mampu atau tidak untuk menghasilkan lagu/muzik sendiri...

Riff guitar telah direkod roughly,dan clip ini 'without' mixing...Fullsong with complete instruments masih dalam proses editing..tapi tidak akan diupload atas sebab tertentu. Dan clip ini adalah bertujuan sebagai sample yang boleh dikaitkan dengan tajuk.



Komen anda amat dialu-alukan...listen...

Friday, September 16, 2011

ITS ALL ABOUT MIXING


Anda merasakan yang anda sudah boleh manghasilkan sebuah muzik atau lagu yang baik? Memang benar anda telah menghasilkan lagu atau muzik anda sendiri. tetapi adakah anda boleh menerima kenyataan jika ada seseorang yang datang kepada anda dan menawarkan untuk 'mixing' semula lagu anda?

Perkara pertama yang mungkin bermain difikiran dan hati anda ialah "Siapakah orang ini dan kenapakah dia rasa perlu untuk 'mixing' lagu saya? sedangkan ianya dah sempurna"..Hakikatnya adalah mixing anda tidak sempurna,sekurang-kurangnya lagu anda sampai ke telinga mereka dan pengadunan semula 'remix' adalah perlu sebelum mereka benar-benar selesa memainkan lagu anda dan seterusnya memperdengarkan kepada kepada orang lain. Kebanyakannya, hubungan dengan mereka yang berada didalam industri sangat rapuh atau belum begitu baik. Seringkali kita dengar kenapa individu itu hanya dengan satu sahaja flop album,pengeluaran,mixing atau persembahan artis mereka terus senyap,lenyap dan hilang begitu sahaja tanpa ada penghasilan yang berikutnya. Sebagai pengadun (mixer) dan penerbit/pengeluar (producer) adalah penting untuk mengekalkan reputasi dikalangan professional yang lain yang turut berada didalam industri.Oleh yang demikian, saya sendiri tidak pernah menghantar lagu atau muzik ciptaan saya pada mana-mana kenalan saya,kecuali saya telah mix dengan teliti (ini juga tidak bermakna saya memperdengarkan semua hasil 'mixing' saya kepada orang lain). Ini adalah satu-satunya cara yang perlu untuk mengawal kualiti apa yang disampaikan kepada orang lain yang turut berada didalam industri.

Saya ingin komgsikan dengan semua (mereka yang berada didalam bidang ini sama ada secara langsung atau tidak langsung). Mudah-mudahan menjadi pemangkin dalam mengejar kejayaan dalam kerjaya anda.

Berikut adalah satu contoh kenapa kita perlu pertimbangkan untuk membenarkan seseorang mengadun semula (remix) lagu-lagu anda. Contoh ini saya petik sebahagian dari artikel Dan Guerri yang pernah saya baca dan masih saya simpan dalam folder fail saya......



Here's an example of why you want to seriously consider letting someone remix your songs. I was invited to participate as a panelist at the Durango Songwriters' conference (probably the best one of these types of conferences in the world). One of the other panelists was the head of A&R for a very successful Nashville based publisher. After the session ended he said "We're looking for some music right now - if you mix anything good why don't you send it to me?" I sent the word to some famous musician contacts and asked them they'd let me present their music to this publisher. My only terms were that if I felt like the song would need a remix before I forwarded it to the publisher they'd let me do it. I got deluged with CDs from not only my contacts but also from their friends and bandmates. I made the same offer to a unknown musician friend who was struggling to get his very good project noticed

At first he was excited for the opportunity, after all you don't get a shot at signing with a large Nashville publisher every day. A couple of days later he calls me and says "I've been thinking about it and the mixes I've been doing at my house are perfect and I don't want anyone screwing with them, so I'll just have to pass on this one if you don't want to use them the way they are". I didn't feel good about what I was hearing and without a remix I wasn't going send any of his songs to the publisher. So, needless to say, his songs never got presented to the head of A&R at the publisher, the very person who could have helped make his career. To this day he's still on the hustle to get anyone with influence in the industry to look at his band and has turned down other offers from producers and attorneys to present his songs to major label A&R under the condition that they could remix his record. There's no denying the fact that you have to let other people become involved in your project if you expect them to help you promote your career in music.
Now that we've sorted that out, let's get back to how you're going to get those tracks to a mixer, producer, or A&R guy.Here are the steps you'll need to do to get your tracks ready to send to a mix engineer.

I get projects to mix that have been recorded on a wide range of equipment (I recently mixed a project that was recorded on Tascam DA-88 recorders). Whether you've recorded using software, a dedicated hard disk recorder, modular digital recorder, workstation or analog multitrack you're going to need to get those tracks converted to digital files to make your multitrack recording compatible with all DAWs and hard hisk recorders. If your project was recorded on modular digital multitracks (the Tascam DA88), ADATs or analog multitrack, you'll need to find someone who can bounce those tracks over to a Pro Tools or a similar DAW so they can be turned into audio files. There are studios and services that can do this for you. Sometimes the mixer or producer can help you get this done but you're always going to do better on price if you find someone yourself.Once you've got the recording in the DAW, each track of each song needs to be 'rendered','flattened' or converted to a continuous Broadcast WAV, SDII or AIFF File. All files / regions for each track should be consolidated to a single continuous file. Tracks like guitar solos, that only occur during the middle of the song, will end up being one long audio file with silence during the places where there's no sound recorded.

Send the mixer one complete set of flattened, unprocessed audio files which have no plugins or volume automation on them. These files are essential if you want a release quality mixdown. Most mixers, myself included, will not take on a project if the plugins are rendered to every track. I had a project come to me last year for a remix from an indie label who wanted to sign an artist and release their CD. The engineer had used Auto-Tune on all the vocals. The parameters were improperly adjusted and the result was a lead vocal which sounded like Cher's vocal on Do You Believe. OK for the pop and dance genres, definitely not OK for the heavy metal genre. Because the Auto-Tune plugin had been rendered to the original vocal tracks there were no unprocessed tracks to use. The only option would have been to put the vocalist on an airplane to me so we could re-record all of the vocal tracks. The label didn't want to invest the time and money into doing this so they dropped the artist. Less than a month later I got another heavy metal band's tracks from that same label to mix for release.Any signal processing or plugin that's an important part of the production (volume level automation, compression, etc.) should be rendered to the audio file in addition to the unprocessed file. Don't expect the studio or mixer to have the same plugins or processing gear you used on your recording. If you want it on the recording, send it to the mixer in the form of a rendered file. But remember to include the unprocessed version also.

Any 'comped' tracks (multiple tracks compiled into a single track) should be included as a single flattened or rendered file. Original files for the comped track should also be included. If possible send your notes to the mixer so he knows which sections of the tracks were used to make the comped track. If necessary he'll be able to reproduce what you did.All soft-synths or soft-drum machines must be rendered to audio tracks. If you want keyboards in stereo you'll need to make sure they're recorded that way. Each keyboard patch and drum should be bounced to a single track (it's common to see 6 to 8 tracks on a drum machine alone). Same goes for any Acid loops or similar chunks of software. Make sure you've rendered audio and not just bounced a MIDI track over to a file. Turn off all reverb, delay and effects on these tracks.There should be no more than one file per track (this is the standard rule). Stereo tracks need to be split into two sound files and labeled 'L' for 'left' and 'R' for 'right' after the track name.

If time code was supported, the original positional reference should be incorporated in the file. If no time code or positional reference was used in the recording process, all tracks should be converted with a start time of the sample count equivalent of 1:00:00:00. All tracks including partial tracks, such as guitar solos, and background vocals need to have the same start time so that the proper time relationships between tracks is maintained.Four clicks should be placed at the beginning of every track as a reference for its start time prior to 'flattening'. The clicks should be placed at the same relative time location for each track.All files should be copied onto a CD-R, DVD-R or USB flash drive for mixdown. The preferred format for a USB drive is Mac Extended Case Sensitive. A standard formatted (PC Fat 16 or Fat 32) is acceptable if Mac formatting is unavailable.All audio files should be either 44.1 kHz or 48 kHz sample rates at 16 or 24 bits. Although some mixers will be able to mix 32-bit 96 kHz files you're much safer with 48 kHz 24-bit files as a maximum size.Do not send your mixer Pro Tools, Logic, or Sonar project files. The likelihood these will work on any system except yours is pretty close to zero.


Mark your CD or DVD clearly with what kind of files are on the disk, the sample rate and the bit depth. This just makes it easier for the mixer to import them into his system and get the project setup. Something simple like, "All files 24-bit 48 kHz AIFF", works fine for me and would probably be suitable for most engineers.Each song should be placed in its own folder and labeled with the song's title. Each track's file should be named with the instrument that's on the track (ie. Lead_Voc.AIFF). All files should have the suffix indicating what type of audio file it is (ie. Voc.AIFF, Voc.WAV). If there are more than one file with the same instrument, number the file immediately after its name. Numbers 1 through 9 should have a zero (0) preceding them (ie. Lead_Voc01.AIFF). All stereo files should be labeled with 'L' for 'left' and 'R' for 'right' after their file name (ie. Piano-L.AIFF).

Indicate on track logs which files are the desired track to use for mixdown. If no notes are made the mixer will make the decision for you using his discretion. A standardized set of labels and tracks sheets can be found on the NARAS Producers and Engineers Wing website (www.naras.org). These are the same forms I ask all my clients to use.Make sure you send the person mixing the project your stereo mixes. This will give the mixer a feel for how you intended the song to sound. It can also serve as a guide to where the solos need to be, background vocals and etc.Send the mixer some examples of what you'd like your final mixes to sound like. If you want your mix to sound like Dave Mathews tell the mixer before he starts. Mix engineers without any direction from you or a record label will mix the project the way they feel it needs to be mixed to be successful. If you're sending your multitrack files to be mixed at the request of a record label you won't have to worry about this. The label knows what they want from the mixes and won't be shy about telling the engineer.Finally, make sure that you have made a safety copy of your files before you send them to a mixer or producer. You don't want to jeopardize your career because your recording got lost in transit to the mixer's studio.There you have it. Follow these steps and you can send your files to any professional mixer or producer with the confidence that they can use them and won't have problems importing them in to their gear .


Dan Guerrie is a mix engineer, producer and musician. Over his career he has been a recording artist, studio musician, recording engineer, product specialist and manager, recording studio owner and has written articles published by Modern Drummer publications. He is currently the Lead Producer for Jacksonville Florida based label SK2 records and a freelance mixer

Monday, September 12, 2011

Pengalaman Sebagai Programmer' By Heart'

Assalamualaikum..
Sekadar pembuka kata
Salam sejahtera pada sekalian utamanya ditujukan buat sahabat lama saya Man yang sama-sama pernah belajar didalam bidang muzik beberapa tahun yang lalu.
Namun hari ini zaman itu telah lama berlalu, kini kami membawa haluan masing-masing akhirnya kami bertemu semula dalam keadaan yang berlainan pula. Alhamdulillah Man telah punya Isteri dan anak, moga rezekinya melimpah ruah lagi hendaknya.


Saya sekadar ingin berkongsi mengenai pengalaman saya sebagai seorang Music Programmer. Kerjaya ini sebenarnya tidak pernah saya impikan dan tidak pun pernah saya minat untuk ceburi, tetapi keadaan memaksa saya untuk berbuat demikian. Dan pada tahun 2008 bermulalah kerjaya saya sebagai seorang programmer tanpa tauliah....

Friday, September 9, 2011

The Best Way To Improve Your Recording Knowledges



You have all the equipment and software but you're still not getting professional results?


This is a very common problem and you are not alone. But if you can hear that your recordings are not sounding professional yet, then you have at least made a start.

The first problem that many newcomers to recording have is that they think there is something wrong with their equipment or software, and that is why their recordings are not good enough. But these days, everyone can have access to professional-quality equipment and software at a reasonably low cost. So if you have a $100 microphone (such as the Shure SM57, which you will see in almost all pro studios), an audio interface and recording software such as Cubase, Digital Performer, Logic, Pro Tools, Sonar or similar, then you have everything you need to get started.

The second problem is knowing how to get the best out of your recording environment. We understand that not everyone can have pro studio surroundings. You don't need pro studio surroundings to get good results, but you may have to use a little initiative! We will listen carefully to your recordings and advise you on exactly what you need to do in terms of soundproofing and acoustic treatment. You may not have to do anything at all, other than find the exact place in your house or apartment that has the best sound!


- Serambi Awam -

SHAfiYYAH BINTI HUYAI -radhiallaahu ‘anha

by شهرين نيكمان on Friday, 15 January 2010 at 15:38

Beliau adalah Shafiyyah binti Huyai binti Akhthan bin Sa’yah cucu dari Al-Lawi bin Nabiyullah Israel bin Ishaq bin Ibrahim a.s,termasuk keturunan Rasulullah Harun a.s.Shafiyyah adalah seorang wanita yang cerdas dan memiliki kedudukan yang terpandang,berparas cantik dan bagus diennya.Sebelum Islamnya beliau menikah dengan Salam bin Abi Al-Haqiq,kemudian setelah itiu dia menikah dengan Kinanah bin Abi Al-Haqiq.Keduanya adalah penyair yahudi.Kinanah terbunuh pada waktu perang Kkaibar,maka beliau termasuk wanita yang di tawan bersama wanita-wanita lain.Bilal ”Muadzin Rasululllah “ mengiringi Shafiyyah dan putri bapa saudaranya.mereka meleweti tanah lapang yang penuh dengan mayat-mayat orang Yahudi.Shafiyyah diam dan tenang dan tidak kelihatan sedih dan tidak pula meratap mukanya,menjerit dan menaburkan pasir pada kepalanya.

Kemudian keduanya dihadapkan kepada Rasulullah S.A.W,Shafiyyah dalam keadaan sedih namun tetap diam,sedangkan putri bapa saudaranya kepalanya penuh pasir,merobek bajunya kerena merasakan belum cukup ratapannya.Maka Rasulullah S.A.W bersabda : Sedangkan tersirat rasa tidak suka pada wajah beliau:

“Nyahkanlah syaitan ini dariku.”

Kemudian beliau S.A.W mendekati Shafiyyah kemudian mengarahkan pandangan atasnya dengan ramah dan lembut,kemudian bersabda kepada Bilal:

“Wahai Bilal aku berharap engkau mendapat rahmat tatkala engkau bertemu dengan dua orang wanita yang suaminya terbunuh.” .....

Kemudian tatkala Shafiyyah telah suci Raslullah S.A.W menikahinya,sedangkan maharnya adalah merdekanya Shafiyyah .Nabi S.A.W menanti sampai Khaibar kembali tenang.Setalah Setelah beliau perkirakan rasa takut telah hilang pada siri Shafiyyah,beliau mengajaknya pergi Shafiyyah yang beliau bawa di belakang beliau,kemudian beranjak menuju ke sebuah rumah yang berjarak enam batu dari Khaibar.Nabi S.A.W menginginkan diri Shafiyyah ketika itu,namun dia menolaknya.Ada rasa kecewa padadir Nabi karena penolakan tersebut.

Kemudian Rasulullah S.A.W melanjutkan perjalanannya ke Madinah bersama bala tentaranya,tatkala mereka sampai di Shabba’jauh dari Khaibar mereka berhenti untuk beristirahat.Pada saat itulah timbul keinginan untuk merayakan walimatul ‘urus.Maka didatangkanlah Ummu Anas bin Malik r.a,beliau menyisir rambut Shafiyyah,menghiasi dan memberi wangian hingga kerana kelihitan dia dalam merias,Ummu Sinan Al-Aslamiyah berkata bahwa beliau belum pernah melihat wanita yang lebih putih dan cantik dari Shafiyyah.Maka diadakanlah walimatul ‘urs,maka kaum muslimin memakan lazatnya kurma,mentega,dan keju Khaibar hingga kenyang.Rasulullah S.A.W masuk kekamar Shafiyyah sedangkan masih terbayang pada beliau penolakan Shafiyyah tatkala ajakan beliau yang pertama,maka Shafiyyah menerima Nabi untuk menjalani manjalani malam pertam dengan lembut beliau menceritakan sebuah cerita yang menakjubkan.Beliau bercerita bahwa tatkala malam pertamanya dengan Kinanah bin Rabi’,pada malam itu beliau bermimpi bahwa bulan telah jatuh kekamarnya.Tatkala bangun belaiu ceritakan hal itu kepada Kinanah.maka dia berkata dengan marah: ”Mimpimu tidak ada takwil lain melainkan kamu berangan-angan mendapatkan raja Hijaz Muhammad.Maka dia tampar wajahnya beliau dengan keras sehingga bekasnya masih ada,Nabi saw mendengarnya sambil tersenyum kemudian bertanya,”Mengapa engaku menolak dariku tatkala kita menginap yang pertama? ”Maka beliau menjawab,’Saya khuatir terhadap diri anda kerana dekat Yahudi .Maka menjadi berseri-serilah wajah Nabi yang mulia serta lenyaplah kekecewaan hatinya maka Nabi melewati malam pertamanya tatkala Shafiyyah berumur 17 tahun.

Tatkala rombongan sampai di Madinah Rasulullah perintahkan agar pengantin wanita tidak langsung di ketemukan dengan isteri-isteri beliau yang lain.Beliau turunkan Shafiyyah di rumah sahabatnya yang bernama Haritsah bin Nu’man.Ketika wanita-wanita Anshar mendengar kabat tersebut ,mereka datang untuk melihat kecantikannya.Nabi saw memergoki ‘Aisyah keluar sambil menutupi dirinya serta berhati-hati (agar tidak dilihat Nabi) kemudian beliau masuk kerumah Haritsah bin Nu’man .Maka beliau menunggunya sampai ‘Aisyah keluar.Maka tatkala beliau keluar,Rasulullah memegang bajunya seraya bertanya dengan tertawa, ”bagaimana menurut pendapatmu wahai yang kemerah-merahan?” ‘Aisyah menjawab sementara cemburu menghiasi dirinya,”Aku lihat dia adalah wanita Yahudi.”Maka Rasulullah saw membantahnya dan bersabda:
“Jangan berkata begitu….kerana sesungguhnya dia telah Islam dan bagus keislamannya.”
Selajutnya Shafiyyah berpindah ke rumah Nabi menimbulkan kecemburuan isteri-isteri beliau yang lain kerana kecantikannya.Mereka juga mengucapkan selamat atas apa yang telah beliau raih.Bahkan dengan nada mengejek mereka mengatakan bahwa mereka adalah wanita-wanita Quraisy,wanita-wanita Arab sedangkan dirinya adalah wanita asing.

Bahkan suatu ketika sampai keluar dari lisan Hafshah kata-kata ,”Anak seorang Yahudi “hingga menyebabkan beliau menangis .Tatkala itu Nabi masuk sedangkan Shafiyyah masih dalam keadaan menangis.Beliau bertanya,”Apa yang membuatmu menangis?” Beliau menjawab,Hafshah mengatakan kepadaku bahawa aku adalah anak seorang Yahudi.Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnys engkau adalah seorang putri seorang Nabi dan bapa saudaramu adalah seorang Nabi,suamipun juga seorang Nabi lantas dengan alasan apa dia mengejekmu ?”Kemudian beliau bersabda kepada Hafshah, ”Bertaqwalah kepada Allah wahai Hafshah!”

Maka kata-kata Nabi itu menjadi penyejuk,keselamatan dan keamanan bagi Shafiyyah.Selanjutnya manakala dia mendengar ejekan dari isteri Nabi yang lain maka diapun berkata:”Bagaimana mungkin kalian lebih baik dariku,padahal suamiku adalah Muhammad ,ayahku adalah Harun dan bapa saudaraku adalah Musa?”.

Shafiyyah r.a wafat tatkala berumur sekitar 50 tahun,ketika masa pemerintahan Mu’awiyah.Beliau dikuburkan di Baqi’ bersama Ummuhatul Mukminin.Semoga Allah meredhai mereka semua. Selanjutnya Shafiyyah dipilih untuk beliau dan beliau mengulurkan selendang beliau kepada Shafiyyah,hal itu sebagai pertanda bahwa Rasulullah S.A.W telah memilihnya untuk dirinya.Hanya kaum muslimin tidak mengetahui apakah Shafiyyah di ambil oelh Rasulullah sebagai istri atau sebagai budak atau sebagai anak ?Maka tatkala beliau berhijab Shafiyyah,maka barulah mereka tahu bahwa Rasulullah S.A.W mengambilnya sebagai isteri.Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a bahwa Rasulullah tatkala mengambil Shafiyyah binti Huyai belaiu bertanya kepadanya,”Mahukah engkau menjadi isteriku?”Maka Shafiyyah menjawab,”Ya Rasulullah sungguh aku telah berangan-angan untuk itu tatkala masih musyrik,maka bagaimana mungkin aku tidak inginkan hal itu manakala Allah memungkinkan itu saat aku memeluk Islam ?”.



- Serambi Awam -