Assalamualaikum..
Sekadar pembuka kata
Salam sejahtera pada sekalian utamanya ditujukan buat sahabat lama saya Man yang sama-sama pernah belajar didalam bidang muzik beberapa tahun yang lalu.
Namun hari ini zaman itu telah lama berlalu, kini kami membawa haluan masing-masing akhirnya kami bertemu semula dalam keadaan yang berlainan pula. Alhamdulillah Man telah punya Isteri dan anak, moga rezekinya melimpah ruah lagi hendaknya.
Saya sekadar ingin berkongsi mengenai pengalaman saya sebagai seorang Music Programmer. Kerjaya ini sebenarnya tidak pernah saya impikan dan tidak pun pernah saya minat untuk ceburi, tetapi keadaan memaksa saya untuk berbuat demikian. Dan pada tahun 2008 bermulalah kerjaya saya sebagai seorang programmer tanpa tauliah....
Saya sekadar ingin berkongsi mengenai pengalaman saya sebagai seorang Music Programmer. Kerjaya ini sebenarnya tidak pernah saya impikan dan tidak pun pernah saya minat untuk ceburi, tetapi keadaan memaksa saya untuk berbuat demikian. Dan pada tahun 2008 bermulalah kerjaya saya sebagai seorang programmer tanpa tauliah....
Pengalaman Seorang Programmer
Saya berkerja di JKKN Pulau Pinang (Jabatan Kebudayaan), dan ditabalkan sebagai jurulatih muzik. Saya ditugaskan untuk menghidupkan taman budaya dengan muzik-muzik tradisi.
Satu hari, saya telah dipanggil untuk mesyuarat JKKN bersama ahli UNESCO,mereka memaklumkan bahawa Pulau Pinang akan diTabalkan sebagai kota warisan. Dan pertabalan itu akan dibuat di Dataran Merdeka dan akan dihadiri oleh perdana menteri serta Agong.
JKKN Pulau Pinang dipertanggungjawabkan untuk selaraskan semua aktiviti kesenian dan kebudayaan. Saya diminta oleh pengarah supaya mencipta sebuah muzik berunsurkan inggeris,melayu, India,Cina dan lagu itu akan melibatkan seramai 500 hingga 600 orang dari persatuan Pulau Pinang untuk gimik dan tarian.
Saya diminta untuk mencipta sebuah lagu sepanjang 6 minit dan hal itu amatlah berat bagi saya dan saya tertanya-tanya apakah sebenarnya beban ini harus saya pikul atau saya harus mengundur diri.Memikirkan kerjaya baru saja hendak bermula saya akhirnya akur dengan projek itu.
Saya cuba untuk merujuk dan mengigati kembali apa keperluan pengetahuan untuk saya membuat lagu akhirnya saya dapat senarai keperluan untuk saya membuat kerja program muzik. Disamping tu membaca manual adalah cukup membebankan minda, saya tercari-cari jika ada sesiapa yang boleh membantu, namun ujian Tuhan begitu perit sekali untuk saya tika itu hanya Dia saja yang tahu.
Pendek cerita kerja saya bermula, dari siang bawa ke malam, bawa ke siang bawa ke malam, hari demi hari menuju persiapan.Saya mula hadapi tekanan dari koreografer dan juga pengarah, 400 orang NGO persatuan hanya menunggu lagu siap untuk latihan.
Tidur saya jadi tidak menentu, hanya perlukan idea.idea dan idea…dan menggunakan kebolehan yang tidak seberapa untuk program muzik. Kepenatan yang tiada batasan,bila harus sediakan computer,keyboard,wayar-wayar,perisian,amplifier,mixer dan idea kreatif.
Semua ini saya lalui tanpa belajar secara formal dan tanpa ada apa pengetahuan pun berkenaan programming, mujurlah saya belajar tentang muzik dan faham akan muzik. Saya hanya rujuk beberapa pekara asas melalui You Tube. Rujukkan yang saya perolehi tidaklah banyak membantu melainkan hanyalah banyakkan bersabar, membuat kerja dan menahan dugaan.
Sedar dalam tak sedar
Hari ini saya telah percaya pada diri sendiri, setelah mengharungi beberapa keadaan 3 ke 4 tahun lamanya, akhirnya saya berjaya memahami system program muzik secara by heart.
Jika anda seorang programmer, yang berpeluang mempelajari selok belok system audio dan midi, janganlah lepaskan peluang, dan jangan jadi seperti saya, kerana saya kategorikan diri saya jalan ikut jauh sedangkan sudah ada shortcut. Hargai diri anda.
by.Anas Arafadd
No comments:
Post a Comment