SEJARAH RINGKAS TEKNOLOGI CCTV
Teknologi CCTV telah mula digunakan pada tahun 1940-an untuk memantau ujian peluru berpandu V2. Sistem CCTV membolehkan para pegawai untuk memantau ujian pada jarak dekat (close range) tanpa terdedah kepada bahaya, pengawasan dilakukan untuk memantau kecacatan dan masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat dikesan.
Pada tahun 1949, sistem televisyen litar tertutup komersil yang pertama terdapat di Amerika Syarikat. Menjelang 1960-an. Pegawai-pegawai di UK mula memasang sistem CCTV di tempat-tempat awam untuk memantau orang ramai semasa perhimpunan, juga penampilan dan kemunculan tokoh-tokoh masyarakat. Kepesatan dan perkembangan teknologi maju mendorong penggunaan kamera CCTV menjadi lebih popular di tempat-tempat awam dan kedai-kedai runcit. Sistem CCTV diguna pakai di Britain untuk memantau jalan raya, kaki lima dan dataran di pusat bandar, stesen rel awam dan bas serta kedai-kedai runcit dan perniagaan lain. Pada tahun 1996, perbelanjaan kerajaan ke atas teknologi CCTV menyumbang kepada tiga perempat daripada bajet pencegahan jenayah di UK.
Di Amerika Syarikat, bangunan awam pertama yang menggunakan sistem CCTV adalah bangunan Perbandaran New York pada tahun 1969. Lain-lain bangunan awam kemudiannya mula menggunakan teknologi CCTV dan penggunaannya menjadi lebih meluas. Pada 1970-an dan 80-an penggunaan CCTV menjadi kemestian bagi sektor yang terdedah kepada ancaman keselamatan seperti bank-bank, kedai serbaneka dan stesen minyak. Menjelang pertengahan 1990-an, ATM di seluruh negara telah dilengkapi dengan kamera CCTV, dan banyak kedai runcit menggunakan CCTV untuk mencegah kecurian dan mengelakkan dari berlakunya kes-kes jenayah.
Kini ianya lebih mudah diperolehi dan dimiliki, serta lebih meluas penggunaannya juga sebagai kelengkapan peribadi. Pemilik rumah juga kini kebanyakannya menjadikan sistem CCTV sebagai keperluan untuk melindungi keluarga, harta dan barangan berharga. Pemilik perniagaan kecil juga mengambil kesempatan daripada teknologi kini yang boleh diakses untuk memantau secara bimbit menerusi 'online' aktiviti perniagaan dan melindungi peralatan atau perkakas yang berharga.
- Serambi Awam -
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete