Thursday, July 26, 2012

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya :

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :

"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi:

"Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`". 


Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi :
"tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam?" seterusnya dia berkata : "Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga".

Firman Allah bermaksud :
Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud :

Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud :

Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)


Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.



Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.


- Serambi Awam -

Tuesday, July 24, 2012

Kenali Tan Sri Khalid Ibrahim



YAB Tan Sri Dato Seri' Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946) merupakanMenteri Besar Selangor ke-14 dan terkini dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia Dan Sukan1, hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam2. Di peringkat akar umbi, beliau adalah ketua Keadilan Cabang Ijok. Sebelum ini beliau merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu dan juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan. Salah seorang daripada anak perempuannya merupakan pakar bedah kucing yang mempunyai klinik khusus untuk haiwan itu di Brisbane,Australia. Tan Sri Khalid takut kepada kucing walaupun keluarganya memelihara 20 ekor kucing.



Latarbelakang Pendidikan

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, S.P.M.S., P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor,Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.


Tan Sri Khalid Ibrahim
Kerjaya

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).


Politik

Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia politik, menyertai parti pembangkang iaitu PKR. Mulanya sebagai Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor . Kemasukan beliau selaku tokoh ekonomi ke dalam PKR memberi rentak baru dalam pakatan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 beliau ditumpaskan oleh cikgu muda K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,920 undi. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya 'Undilah Barisan Nasional' telah diulang-ulang dalam media elektronik.

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau menewaskan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , DatukTan Chai Ho dari Barisan Nasional/MCA di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 2,515.Khalid memperoleh 28,123 undi sementara Tan Chai Ho mendapat 25,608 undi. Khalid mendapat 7,196 undi berbanding 5,276 yang diperoleh calon BN, Datuk Mohamed Sayuti Said di DUN Ijok pada 8 Mac 2008.


Menteri Besar Selangor

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor. Beliau merupakan orang pertama yang bukannya mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ketiga-tiga belas Menteri Besar sebelumnya mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen utama BN.


Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford.


Guthrie Malaysia

Khalid menjadi CEO Guthrie dari1995-2003. Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.


Isu kontroversi - Menyertai PKR

Pada 25 April 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh Khalid Ibrahim kecewa kerana tidak mendapat 20 % saham Guthrie. Mulaya beliau meminta 6.5 % pada 1994 dan meningkat kepada 20 %. Untuk 6.5% dia terpaksa meminjam RM175 juta. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menulis surat kepada pengerusi PNB, Tun Ismail Mohd Ali agar saham diberikan kepada Khalid Ibrahim. Ismail Mohd Ali ialah abang ipar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Tan Sri Mohd Desa Pachi pula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pertama PNB. 


Bekalan Air Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bercadang menaikkan tarif air di Selangor. Keputusan kenaikan tarif air akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Selangor akan membuat beberapa cadangan supaya perkara ini tidak akan membebankan rakyat. Strategi pengurusan air kerajaan Pulau Pinang yang kosnya dikatakan lebih rendah daripada Selangor akan diteliti.

Perjanjian konsesi air antara kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun (1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034), tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009, tetapi dilanjutkan kepada 31 Mac 2009 bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor menyusun semula industri air. Perjanjian konsesi itu boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula jika semua aset pemegang konsesi air diserahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).Penilaian semua aset Puncak Niaga, Syabas, ABASS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holding Bhd (SPLASH) sedang dirunding. Puncak Niaga menetapkan lebih RM6 bilion sebagai nilai pengambilalihan semua aset berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.

Oleh kerana Syabas telah melanggar beberapa terma penting yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi selama 30 tahun maka Selangor meminta kerajaan persekutuan membatalkan perjanjian konsesi itu. Antara laporan Jabatan Audit Negara ialah :

Ada projek yang tidak ditender dan lebih RM500 juta daripada kontrak itu dibuat secara rundingan langsung. Selain itu ada beberapa perbelanjaan yang tidak mengikut syarat dan terma perjanjian konsesi.
Syabas membelanjakan lebih RM50 juta untuk menaik taraf pejabatnya di Shah Alam sedangkan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM23.2 juta pada 2005.


Tender Rundingan Terus

Pada 12 April 2008, Abdul Khalid Ibrahim menghapuskan tender rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera kerana 98 % diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu ketika Barisan Nasional / UMNO memerintah Selangor. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama. Kontraktor terbabit tidak akan disenaraihitamkan kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. 'Pena sakti' Menteri Besar tidak diperlukan untuk mendapatkan tender kerajaan negeri. Keputusan tender ditentukan oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat.


Perhimpunan 14 April

Perhimpunan 14 April tanpa permit sempena pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Abdul Khalid selaku Presiden Kelab Sultan Sulaiman meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T. Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Ramli Mahmud dan pihak PDRM kerana premis tersebut berpagar dan bukan kawasan terbuka. Perhimpunan itu sepatutnya tamat jam 11.00 malam tetapi ditamatkan oleh pihak polis pada jam 10.30 malam ketika Anwar Ibrahim sedang berucap. Lebih 7000 hadir dan menyebabkan kesesakan teruk di Kampung Baru Kuala Lumpur. 


Dana Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat

Pada 23 Jun 2008, beberapa syarikat swasta memberi sumbangan bagi Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang didepositkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR). bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa tindakan itu tidak selaras wawasan Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim berikrar akan membekukan sumbangan tersebut, dipindahkan dari akaun PKR ke akaun kerajaan negeri Selangor dan mengucapkan kad ucapan terima kasih kepada syarikat penderma terbabit.


Polis Mengiringi Pemimpin

Pada 15 Disember 2008, beliau mendakwa konvoi polis mengiringi Menteri Besar Selangor dan pemimpin lain akan menyekat kemesraan dan hubungan yang sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat. Oleh itu saranan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei agar pemimpin diiringi oleh pasukan keselamatan tidak perlu. Isu ini berbangkit selepas ancaman 'serangan bogel' Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) dan mengejar Menteri Besar Selangor di majlis-majlis perasmiannya bagi membawa tuntutan mereka berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Lembu korban 2008

25 Januari 2009, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mendedahkan belanjawan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional pimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir ToyoDewan Undangan Negeri Selangor. Harapan beliau agar tidak bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sebelum itu, Dr Mohamad Khir mengaku memiliki salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November 2008 yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain. Selain itu resit pembayaran RM110,400 bertarikh 16 Disember 2008 . Semua bukti itu diposkan kepada Dr Khr. 46 ekor lembu disedekahkan kepada surau-surau di Bandar Tun Razak sebagai satu tanggungjawab sosial korporat. Bandar Tun Razak bukan lagi dalam negeri Selangor tetapi di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan dan Khalid Ibrahim menjadi ahli parlimennya. Khir Toyo cuba membabitkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak gemar wang kerajaan negeri Selangor disalurkan ke Wilayah Persekutuan atau negeri lain. Selepas ini negeri lain seperti Terengganu akan bertindak dalam cara yang sama.

Kes ini disiasat oleh SPRM tetapi kemudiannya ditutup bersama kes-kes lain pada 12 Februari 2010.

Sumber : Wikipedia

- Serambi Awam -

Definisi Puasa dan Amal-Amal Rasulullah saw. sewaktu Puasa



A. DEFINISI PUASA


Sebelum kita melakukan sesuatu hal, hendaknya kita memahaminya. Begitu juga dengan puasa akan kita lakukan, kita sudah seharusnya mengetahui makna puasa, samaada dari makna kata puasa itu sendiri, mahupun dari hikmah yang terkandung didalamnya.

Definisi Puasa/Assiam menurut bahasa adalah pengekangan/penahanan diri. Sedangkan menurut syara’ ialah pengekangan yang khusus, iaitu pengekangan/penahanan diri dari makan dan minum serta jima’/hubungan seksual dan selainnya sesuai dengan apa yang telah dijelaskan oleh agama selama siang hari menurut cara yang disyariatkan.

Arti lain dari puasa adalah:

  • Diam, ertinya berdiam dari perkataan yang tidak ada faedahnya
  • Berhenti, ertinya berhenti dari segala perbuatan yang terlarang atau yang tidak ada faedahnya.
  • Berdiri, ertinya mendirikan rohaniah — atau menigkatkan kualiti rohani kita — iaitu dengan memperkuat hati dan menajamkan fikiran.
  • Tempat yang tinggi, ertinya berpuasa adalah satu ibadah yang sangat tinggi darjatnya hingga tak ada bandingannya dalam semua ibadah-ibadah.

Menurut kamus, puasa ertinya menghindari makan dan minum dengan sengaja (terutama berkaitan dengan keagamaan).

Jadi puasa menurut bahasa adalah, menahan diri dari apa sahaja. Sedangkan menurut istilah adalah, menahan diri dari makan, minum, bersetubuh dll., serta yang membatalkannya dari sejak terbit fajar hingga terbenam matahari.



B. DEFINISI RAMADHAN

Ramadhan berasal dari bahasa Arab, dimaksudkan kepada teriknya sinar matahari, kerana di dalam bulan Ramadhan umat islam harus menahan dengan sabar dari makan minum dan menyantap segala jenis makanan, sedangkan melaksanakan perintah –perintah Allah menimbulkan suatu suhu panas dan terik. Rasa panas dan terik itulah yang menimbulkan Ramadhan.

Hz. Masih Mau’ud as. bersabda, yakni, apabila kamu senantiasa menjalankan puasa, maka bagimu di dalamnya kamu mendapat kebaikan.



C. SYARAT WAJIB PUASA

Syarat-syarat yang harus dipenuhi untuk melaksanakan ibadah ini adalah :
  • Islam
  • Baligh -  kanak-kanak belum cukup umur tidak wajib berpuasa
  • Berakal -  orang yang gila tidak wajib berpuasa
  • Berupaya untuk berpuasa (tidak memudaratkan)
  • Bermukim atau Mengetahui masuknya bulan Ramadhan baik dengan ru’yah, hisab mahupun khabar yang diumum orang ramai.

D. SYARAT SAHNYA PUASA

Syarat yang harus dipenuhi guna mencapai syahnya puasa antara lain :

  • Islam
  • Tamyiez/Baligh
  • Suci dari haid/nifas/wilada — yang melahirkan (bagi kaum wanita)
  • Pada waktu yang dibolehkan untuk berpuasa
  • Tidak ada hal yang membatalkannya.

E. SUNAT PUASA

Hal-hal yang disunahkan saat kita berpuasa adalah :

1) Memperlambatkan makan sahur. 

-Dari Zaid bin Tsabit dimana ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

” Kami makan sahur bersama-sama dengan Nabi SAW. kemudian kami mendirikan solat”. Ia berkata:”Saya bertanya, berapa lama kira-kira waktu itu (waktu antara akhir sahur dan Subuh)?” Rasulullah menjawab : "kira-kira (bacaan) 50 ayat.

2) Menyegerakan berbuka. 

-Dari Sahl bin Sa’d dimana ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

"Manusia itu selalu ada dalam kebaikan selama mereka bersegera untuk berbuka”. (HR Tirmidzi)

3) Berbuka dengan air putih dan makanan manis. 

-Dari Anas bin Malik dimana ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang mendapatkan kurma, maka hendaklah ia berbuka dengannya, dan barangsiapa yang tidak mendapatkanya, maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu menyucikan”. (HR Tirmidzi)

4) Berdoa sebelum dan sesudah berbuka.

- Serambi Awam -

Friday, July 20, 2012

Jenis Syaitan di Bulan Ramadhan


Mungkin ramai keliru di antara syaitan dan jin di bulan Ramadhan, maka di sini saya kongsikan ilmu dari saudara seIslam saya, Tuan Junied, semoga beliau mendapat pahala di atas ilmu yang dikongsikan.

Terpulang sama ada untuk mempercayainya atau tidak, tiada paksaan dalam Islam

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli dan Syaitan Terbitan:

SYAITAN ASLI
  • Iaitu Jin Kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.
  • Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.

Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman dari sebab pengenalan meraka yang sangat dalam kepada kebenaran.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: “Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka”.


SYAITAN TERBITAN

Iaitu, adapun kerja Syaitan Asli itu adalah menngerjakan juga mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka apabila jin bukan syaitan Asli termasuk jin Kafir dan manusia melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai syaitan (ketika mengerjakannya).

Kalau ia berhenti atau tak buat maka ia bukan lagi dipanggil syaitan, iaitu Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang buat kerja Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu kalau mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan kalau ia mengerjakan kebaikan pun, ia tetap syaitan.

Kerana kejahatan dan kebaikan Syaitan Asli itu sama saja tujuannya iaitu kejahatan (tipudaya semata-mata).

Jin bukan Syaitan Asli maka ia seperti manusia ada baik ada jahat dan ada berbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila saja kalau ia mahu contohnya dari baik kepada jahat atau sebaliknya, dan menukar agama atau dari beragama kepada tak beragama atau sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tapi tak mustahil berubah dan ada pula yang mudah insaf dari kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah dari kalangan jin bukan Syaitan Asli.


DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang ditangkap dan dikurung manakala jin bukan Syaitan Asli sebagaimana manusia tetap bebas.

Dan dari kalangan dua golongan inilah yang menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan).

Begitu juga yang mengganggu menakutkan yang mendampingi atau menyerang termasuk jin sihir, yang merasuk, yang menghuni jasad manusia itu adalah jin biasa dan bukan Syaitan Asli.

Maka dalam bulan Ramadan ia akan terus mengganggu dan menyakiti manusia.

Pada satu buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara tentang Syaitan Asli, iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga bangsa jin tapi ia dapat menghasut golongan jin bukan Syaitan Asli itu sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa terlihat dan tanpa disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian jin dari kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian jin bukan dari golongan Syaitan Asli.

Ada riwayat menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (dari kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas.

Ketika terrdengar satu seruan maka melihat kepadanya seluruh penghuni Neraka dan dengan segera mereka mengenalnya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: “Kerana engkau lah kami menjadi penghuni Neraka…”

Jawab Iblis: “Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tapi kamu sedirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatku, tapi laknatlah dirimu sendiri.”

Allah Maha Mengetahui.

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.

Sekadar iktibar & renungan bersama.

Sumber : Danish Farish

- Serambi Awam -

Wednesday, July 11, 2012

Sejarah ringkas Mafia


"The Godfather" and the Mafia in Popular Culture

1) Mafia, sebuah rangkaian kumpulan jenayah terancang yang berpangkalan di Itali dan Amerika

2) Berkembang berkurun lama di Sicily, Itali. Sebuah pulau yang diperintah oleh barisan pendatang asing seperti orang-orang Phoenicia, Rom, Arab, Perancis dan Sepanyol sehingga pertengahan kurun ke-19.

3) Penduduk Sicily telah bersatu dalam kumpulan-kumpulan untuk melindungi diri mereka dan menjalankan sistem keadilan mereka sendiri.

4) Di Sicily, istilah "mafiosa" atau ahli Mafia, pada mulanya tidak mempunyai konotasi jenayah dan digunakan untuk merujuk kepada orang yang sangsi dengan pihak berkuasa.

5) Kurun ke-19, beberapa kumpulan-kumpulan ini muncul sebagai tentera persendirian atau "mafie", yang memeras wang perlindungan dari pemilik tanah dan akhirnya menjadi organisasi jenayah ganas yang dikenali hari ni sabagai Mafia Sicily

6) Mafia Amerika, yang meningkat kuasa dalam tahun 1920-an, merupakan entiti yang berasingan dari Mafia di Itali, tetapi mereka berkongsi tradisi seperti omerta (larangan), kod tingkah laku dan kesetian.

7) Walaupun asal-usul tepat tidak diketahui, istilah Mafia datang dari ungkapan Sicily - slanga Arab yang bermaksud "yang bertindak sebagai pelindung terhadap keangkuhan yang berkuasa,"

8) Mafia Sicily adalah salah satu daripada empat rangkaian utama jenayah yang berpangkalan di Itali, tiga yang lain adalah Camorra Naples, Ndrangheta Calabria dan sacra Corona Unita daripada Puglia.

9) Pada tahun 1861 Sicily menjadi wilayah Itali, walaubagaimanapun kekacauan dan jenayah telah menguasai pulau tersebut sehingga mereka berjaya dan mahir merasuah orang-orang kerajaan.

10) Pengaruh Mafia di Sicily meningkat sehingga tahun 1920-an apabila perdana menteri Benito Mussolini dilantik dan berikrar akan menghapuskan pengaruh Mafia dimana ianya dilihat sebagai ancaman kepada rejim fahaman Fasis, walaubagaimanapun selepas perang dunia ke-2, pada tahun 1950-an Mafia bangkit semula dan seterusnya pada tahun 1970-an menjadi pemain utama empayar pengedaran narkotik antarabangsa.

11) Mafia Amerika, sebuah entiti berasingan dari Mafia di Sicily, yang mula berkuasa pada era 1920-an, selepas kejayaan kumpulan kejiranan Itali-Amerika dalam perniagaan minuman keras yang berkembang pesat. Menjelang 1950-an, Mafia (juga dikenali sebagai cosa Nostra, Itali "Our Thing") telah menjadi rangkaian jenayah terancang yang unggul di Amerika Syarikat dan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti gelap, daripada ceti haram hinggala kepada activiti pelacuran.

12) Pada awal kurun ke-21, selepas beratus-ratus tangkapan berprofil tinggi sepanjang beberapa dekad yang lalu, Mafia kelihatan lemah di kedua-dua negara, bagaimanapun, ia tidak dapat dihapuskan sepenuhnya dan ianya dipercayai masih beroperasi sehingga ke hari ni.

- Serambi Awam -

Thursday, July 5, 2012

Bahan Pewarna Minuman Keras dari Minyak Brek Kenderaan


Indonesia :

Mengerikan !

Itulah perkataan yang akan muncul dari fikiran sesiapa sahaja yang melihat waktu itu dan mengetahui bahawa sejumlah barang bukti yang berhasil disita Polis Indonesia dari sebuah rumah yang didapati memproduksikan atau memproses minuman keras (Miras).

Miras buatan “home industry” itu adalah dari sebuah rumah sewa yang berjarak kurang 1 kilometer dari Ibu Pejabat Polis. Rumah itu seolah-olah dijadikan sebagai kilang Miras tersebut. Polis berjaya menahan 2 orang dan mengangkut semua perkakas untuk dijadikan bahan buti serta menyita kunci rumah. Sengaja menyewa rumah itu di kawasan penduduk yang ramai untuk mengaburi pihak berkuasa tentang kegiatan itu. Berjaya menyembunyikan kegiatan selama 5 bulan dan bebas memproses tanpa diketahui.



Kegiatan itu terbongkar apabila pihak polis mendapat maklumat dari salah seorang pembekal Miras yang merasakan perniagaannya disaingi dan terjejas. Menurut polis, pembekal Miras yang memberikan maklumat itu, membekal berbagai jenis Miras dari wilayah Kalimantan Timur dan Pulau Jawa harga lebih tinggi buatan tempatan. Selain itu pembekal tersebut juga membayar semacam “upeti” atau wang perlindungan setiap bulan kepada polis.


Antara barang bukti yang berjaya disita oleh polis dari kegiatan tersebut adalah : 8 drum (1 drum = 200 liter) ditambah 5 jerigen (1 jerigen = 25 liter) bahan baku berupa larutan alkohol. Kemudian alat kemasan penutup botol, ribuan pelekat lebal jenama, dan bahan pewarna berupa minyak brek kendaraan bermotor.

Gambar Hiasan
Menurut keterangan suspek kepada pegawai penyiasat, mereka menghasilkan Miras ber lebal 'Topi Miring' berwarna putih, yang bahannya terdiri dari campuran air minum dengan larutan alkohol. Kemudian Miras berlabel 'Mansion House' yang berwarna kekuningan seperti teh. Miras ini bahannya adalah air minum yang dicampur dengan larutan alkohol dan ditambah dengan minyak brek sebagai pewarna.

Dalam sehari mereka mampu mengeluarkan dan menghasilkan hingga 20 dos (1 dos = 24 botol), dijual setiap botol dengan harga Rp 25 ribu. Selepas membekal, para peniaga runcit pula menjualnya dengan harga Rp 40 ribu sebotol. Hasil produk mereka ini diedar pada peruncit yang tertentu sahaja dengan harga yang jauh lebih rendah seperti harga langsung dari kilang Miras jenama lain atau pembekal lainnya. Dengan hanya 2 orang pekerja, penghasilan Miras tersebut mendapat sambutan dari para peruncit. Bayangkan dalam sehari mereka mampu memperolehi Rp 12 juta, perniagaan yang begitu untung tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung oleh pengguna.

Sumber : Kopsiana

- Serambi Awam -

Pengkhianatan pimpinan Melayu terhadap Khalifah & bumi Palestin


Tuesday, June 17, 2008

Siri Kuliah Sejarah - Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)


Assalamualaikum,

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah mesjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia).

Untuk siri yang pertama ini saya bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem khilafah yang berpusat di Istanbul. Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh.

Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Perancis. Untuk menghadapi ancaman barat ini, maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan November 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-sakar India muslim dan melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam.

Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung.

Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.

Sumber : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.


p/s: sekadar renungan bersama.



- Serambi Awam -

Wednesday, July 4, 2012

Borobudur. (Masih) Ada Aura?


Percutian, merupakan satu aktiviti melancong, berekriasi atau beriadah bersama keluarga, rakan-rakan juga pasangan berbulan madu. Salah satu destinasi yang menarik adalah kota dimana kebudayaan , alam dan ilmu bertemu iaitu Jogjakarta. Tempat lawatan dimana ianya sebagai bukti ketamadunan bahawa Indonesia telah menjadi ikon menerusi Candi Borobudur.

Udaranya sejuk dan nyaman. Candi Borobudur yang kini baru selesai diubahsuai dan dibersihkan daripada abu gunung berapi akibat letusan Gunung Merapi, yang sebelum ini kelihatan sangat bersih. Parkir untuk kenderaan awam kelihatan rapi dengan deretan para peniaga kraftangan.

Keramahan rakyat tempatan yang begitu terserlah. Dari para peniaga, penjaga pintu masuk dan para petugas keamanan yang ada disekitar itu. Lemparan senyuman dan sikap mudah membantu dari masyarakat tempatan pada pengunjung yang mahu sampai ke lokasi candi Borobudur yang terletak tidak jauh dari pintu masuk.

Boleh sampai dengan mudah dan santai walau hanya berjalan kaki dan jika mahu, para pengunjung boleh menaiki kereta kuda untuk menuju ke lokasi. Pilihan lain yang tersedia adalah dengan menyewa skuter.


Mas Karto dan Kereta Kudanya

Mas Karto, pengusaha kereta kuda menjelaskan bahawa saat ini Candi Borobudur sudah kurang pelancong, tidak ramai seperti dulu. Waktu musim percutian juga tidak ramai pengunjung tempatan yang datang. Dengan sedikit harapan, dia mengatakan bahawa kemungkinan jumlah pengunjung yang ramai adalah di hujung minggu, dimana pada umumnya ramai pengunjung di lokasi-lokasi pelancongan di sekitar Jogjakarta waktu itu.

Candi yang jaraknya lebih kurang 2 kilometer dari pintu masuk. Dua pilihan jalan masuk samaada melalui jalanraya atau jalan biasa.Jalanraya tidak jauh dari pintu masuk ke Candi, terletak di antara lokasi pejabat para petugas keselamatan. Mas Karto sendiri memberi cadangan cara alternatif mudah sebagai akses untuk seisi keluarga. Dengan melalui ‘jalan alternatif’ tersebut, tentunya sangat memudahkan. Tak perlu lagi bersusah payah mendaki tangga yang berjumlah lebih kurang 41 anak tangga itu kerana dengan melaui jalan untuk kenderaan, masa yang diambil lebih singkat untuk sampai ke Candi Borobudur. Lebih-lebih lagi buat para pengunjung yang membawa anak kecil. Hanya perlu mendaki beberapa anak tangga sahaja lagi untuk sampai ke lokasi stupa dan puncak candi.

Candi Borobudur - Kelihatan tiang-tiang menampan disebahagian kawasan candi
Gambar diatas menunjukkan lokasi Candi Borobudur yang ambil pada posisi bersebelahan dengan jalan laluan kenderaan yang disebutkan tadi. Amat mudah kerana untuk menuju ke puncak candi ‘hanya’ tinggal beberapa langkah sahaja lagi.


Baik pulih atau renovasi ke atas Candi Borobudur memang telah berkali-kali dilakukan. Namun, 'aura' Candi Borobudur yang megah tidak berkurang sedikit pun. Sebahagian bangunan candi masih kelihatan asli (original), dan sebahagiannya tampak akan kesan pemulihan. Ketika musim cuaca panas, para pengunjung disarankan untuk memakai topi atau membawa payung untuk menghindari terik matahari. Bagi yang tidak membawa, para peniaga disekitar sana ramai yang menjual topi dengan harga yang menarik, atau menyewakan payung dengan harga yang cukup murah.


Bangunan Candi yang masih nampak asli

Setelah melangkahi beberapa anak tangga, tibalah ke lokasi dimana terletaknya beberapa stupa. Didalam stupa tersebutlah terletaknya patung Buddha. Kononnya, apabila kita dapat menyentuh patung Buddha yang terletak didalamnya, maka apa yang menjadi permintaan kita akan dapat dikabulkan (menurut kepercayaan masyarakat sana). Namun oleh kerana Candi Borobudur baru sahaja selesai dilakukan pembersihan dan sedikit kesan pemulihan selepas letusan Gunung Merapi yang lalu, para pengunjung memang dilarang untuk duduk disekitar stupa atau memanjatnya. Namun, walaupun sudah dinyatakan dipapan tanda dilarang merokok, dilarang duduk atau dilarang memanjat, tetapi masih ada pengunjung yang tidak mematuhi akan peraturan itu.


Kesedaran untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan disekitar candi masih nampak kurang berkesan. Para petugas keselamatan akan menegur dengan hormat dan meminta para pengunjung untuk segera memadamkan rokok mereka, atau meminta kepada para pengunjung untuk tidak memanjat stupa atau duduk di batu candi itu sendiri.

Seorang pengunjung yang tidak peka pada peraturan

Hairan, sebagian pengunjung masih acuh tak acuh dengan adanya peraturan tersebut. Bahkan kelihatan seorang pengunjung yang duduk jelas di sebelah tanda “Dilarang Duduk atau No Sitting” yang terpasang di setiap di bahagian

Belum lagi dengan beberapa pengunjung yang dengan sengaja meninggalkan botol air minuman mereka secara tidak berhemah, tidak membuang sampah pada tempat yang sepatutnya yang disediakan disekitar kawasan itu.



Patung Buddha dalam stupa

Melihat pemandangan di bahagian candi dan sekitarnya sendiri, cukup meredam rasa ghairah kerana melihat sikap para pengunjung yang kurang kesadaran. Keindahan Bukit Menoreh disekitar kawasan candi sudah cukup membuat pengunjung rasa terpegun.

Membawa ingatan kita kembali mengingati apa yang tercatit didalam sejarah, yang jelas mengatakan bahawa ekpedisi Sir Thomas Raffles lah antara yang terawal membersihkan Candi Borobudur itu dari puing yang dilitupi tanah dan belukar menjadi satu monumen yang dapat masyarakat hargai sekarang.



Pemandangan Bukit Menoreh dilihat dari Candi Borobudur
Waktu yang ada untuk menikmati pemandangan dimanfaatkan dengan sebaiknya sebagai bekalan pengetahuan tentang perjuangan Pangeran Diponegoro dahulu di sekitar Bukit Menoreh. Kelihatan juga dari jarak jauh sebuah biara yang terletak tidak jauh dari Kuil Borobudur.

Puncak biara yang boleh dilihat dari jauh

Setelah puas mengelilingi kawasan candi, pengunjung boleh menuruni candi melalui sederetan anak tangga yang memang dikhususkan jalan keluar dari Candi Borobudur itu. Disinilah letak perjuangan yang sebenarnya. Tangga yang curam dengan jarak antara lebar tangga cukup sukar untuk melangkah terutama bagi kanak-kanak, sehingga harus lebih berhati-hati. Apalagi bagi mereka yang mendukung anak kecil yang tentunya memerlukan lebih tumpuan keselamatan. Jika jumlah pengunjung yang ramai turun dalam satu masa membuatkan ianya menjadi sesak.

Bagi yang ingin menikmati susana keindahan luar dari kawasan candi boleh meruskan untuk menaiki kereta kuda. Suasana nyaman berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau dan perkampungan disekelilingnya meluaskan saujana mata, sebagai pengakhiran lawatan ke Candi Borobudur.



Menaiki Kereta Kuda mengelilingi kampung

Udara disekitar perkampungan dan sawah memang sejuk. redup mata memandang suasana kehijauannya dan keunikan perkampungan di sekitar itu. Kelihatan terdapat banyak homestay di daerah itu. Menurut info yang ada, kadar penginapan di homestay itu sekitar Rp70,000 keatas semalam. Bergantung kepada jenis dan juga kelengkapannya. ramai pelancong asing yang memilih untuk menikmati suasana asli kampung dengan menginap di homestay tersebut. Kelihatan ramai pelancong asing yang bersiar-siar menaiki skuter disekitar perkampungan tersebut.

Candi Borobudur memang unik, tidak hairanlah jika ada pengunjung yang ingin mengulanginya untuk kali yang berikutnya berkunjung ke Candi Borobudur. Walaupun pun ianya sebuah kawasan kuno, disulami pula dengan terik matahari, namun ia mempunyai gamitannya yang tersendiri yang mungkin tidak luput dimakan zaman

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa masih ada yang berkunjung ke Candi Borobudur? Apa keistimewaannya? Jawapannya ialah : kerana ia mempunyai 'aura' semulajadi alam yang membuat kita merenung akan keindahan alam dan memuji kebesaran tuhan sang pencipta.


Selamat Bercuti!


*Tips Untuk Para Pengunjung :
  • Jangan lupa untuk membawa payung atau topi sendiri. Di kawasan pintu masuk sekitar lokasi memang rimbun dan teduh, namun ketika berada diatas, matahari memang cukup terik. Jika tidak, anda boleh membeli topi yang banyak dijual disana atau menyewa payung dengan harga Rp 5,000 untuk sekaki payung.
  • Untuk yang datang dengan anak kecil, disarankan untuk memilih route atau jalan laluan kenderaan, akses yang lebih mudah untuk sampai ke kawasan candi.
  • Kadar sewa untuk sebuah skuter adalah Rp 20,000, Kereta Kuda bervariasi, namun tetap menggunakan tiket. Disarankan memilih pakej Kereta Kuda yang “Mengelilingi Kampung” untuk kepuasan melihat keindahan dan permandangan. Untuk yang suka berjalan, daerah disekitarnya cukup rimbun dan memudahkan untuk pejalan kaki.
  • Selalu patuhi peraturan disekitar lokasi Candi Borobudur, dan juga kawasan lainnya untuk tujuan menghargai kita sentiasa beretika.
  • Bawalah wang yang cukup, kerana pembayaran semua adalah dengan tunai. Mesin ATM disediakan di Balai Polis Bantuan yang terletak di luar kawasan parkir.

- Serambi Awam -

Sunday, July 1, 2012

9 Tahap Kecerdasan Anak yang Perlu Diketahui Ibu Bapa








Kecerdasan anak tidak hanya diukur melalui IQ. Setiap anak memiliki kecerdasan yang majmuk, iaitu Kecerdasan Risikan (Intelligence Quotient) ataupun Kepintaran Emosi (Emotion Quotient) . Menurut Howard Gardner, yang merupakan salah seorang Profesor pendidik dan peneliti di Harvard University USA, ada 9 aspek kecerdasan seseorang anak. Istilah yang sering kita dengar adalah 'Multiple Intelligences'.