Indonesia :
Mengerikan !
Itulah perkataan yang akan muncul dari fikiran sesiapa sahaja yang melihat waktu itu dan mengetahui bahawa sejumlah barang bukti yang berhasil disita Polis Indonesia dari sebuah rumah yang didapati memproduksikan atau memproses minuman keras (Miras).
Miras buatan “home industry” itu adalah dari sebuah rumah sewa yang berjarak kurang 1 kilometer dari Ibu Pejabat Polis. Rumah itu seolah-olah dijadikan sebagai kilang Miras tersebut. Polis berjaya menahan 2 orang dan mengangkut semua perkakas untuk dijadikan bahan buti serta menyita kunci rumah. Sengaja menyewa rumah itu di kawasan penduduk yang ramai untuk mengaburi pihak berkuasa tentang kegiatan itu. Berjaya menyembunyikan kegiatan selama 5 bulan dan bebas memproses tanpa diketahui.
Kegiatan itu terbongkar apabila pihak polis mendapat maklumat dari salah seorang pembekal Miras yang merasakan perniagaannya disaingi dan terjejas. Menurut polis, pembekal Miras yang memberikan maklumat itu, membekal berbagai jenis Miras dari wilayah Kalimantan Timur dan Pulau Jawa harga lebih tinggi buatan tempatan. Selain itu pembekal tersebut juga membayar semacam “upeti” atau wang perlindungan setiap bulan kepada polis.
Antara barang bukti yang berjaya disita oleh polis dari kegiatan tersebut adalah : 8 drum (1 drum = 200 liter) ditambah 5 jerigen (1 jerigen = 25 liter) bahan baku berupa larutan alkohol. Kemudian alat kemasan penutup botol, ribuan pelekat lebal jenama, dan bahan pewarna berupa minyak brek kendaraan bermotor.
Gambar Hiasan |
Menurut keterangan suspek kepada pegawai penyiasat, mereka menghasilkan Miras ber lebal 'Topi Miring' berwarna putih, yang bahannya terdiri dari campuran air minum dengan larutan alkohol. Kemudian Miras berlabel 'Mansion House' yang berwarna kekuningan seperti teh. Miras ini bahannya adalah air minum yang dicampur dengan larutan alkohol dan ditambah dengan minyak brek sebagai pewarna.
Dalam sehari mereka mampu mengeluarkan dan menghasilkan hingga 20 dos (1 dos = 24 botol), dijual setiap botol dengan harga Rp 25 ribu. Selepas membekal, para peniaga runcit pula menjualnya dengan harga Rp 40 ribu sebotol. Hasil produk mereka ini diedar pada peruncit yang tertentu sahaja dengan harga yang jauh lebih rendah seperti harga langsung dari kilang Miras jenama lain atau pembekal lainnya. Dengan hanya 2 orang pekerja, penghasilan Miras tersebut mendapat sambutan dari para peruncit. Bayangkan dalam sehari mereka mampu memperolehi Rp 12 juta, perniagaan yang begitu untung tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung oleh pengguna.
Sumber : Kopsiana
- Serambi Awam -
No comments:
Post a Comment