Kecerdasan anak tidak hanya diukur melalui IQ. Setiap anak memiliki kecerdasan yang majmuk, iaitu Kecerdasan Risikan (Intelligence Quotient) ataupun Kepintaran Emosi (Emotion Quotient) . Menurut Howard Gardner, yang merupakan salah seorang Profesor pendidik dan peneliti di Harvard University USA, ada 9 aspek kecerdasan seseorang anak. Istilah yang sering kita dengar adalah 'Multiple Intelligences'.
Apakah kecerdasan yang terdiri dari 9 kriteria kecerdasan majemuk tersebut?
1.Kecerdasan Muzikal.
- Kecerdasan ini menunjukkkan bahawa anak mudah sekali mengikuti dan mengingat lagu. Cara melatihnya adalah dengan menperdengarkan muzik dan bernyanyi. Mengajar anak menyanyikan lagu - lagu sederhana dimana sesuai dengan usia mereka. Melakukan perbuatan dengan bernyanyi, contohnya sewaktu mandi dan bangun pagi.
2. Kecerdasan Intrapersonal.
- Berkaitan dengan kemampuan daya tahan, untuk tidak mudah kecewa, gigih berusaha, rasa rendah diri. Contohnya ketika mengikuti pertandingan, tampil depan umum atau di khalayak ramai. Cara melatihnya adalah dengan mengajarkan anak agar membiasakan diri berada dalam sebuah kelompok dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebayanya.
3.Kecerdasan Interpersonal.
- Iaitu kecerdasan yang berkaitan dengan kemampuan anak beradaptasi, bekerjasama, berkaitan dengan persekitaran rakan sebaya dan orang lain di sekitarnya. Cara melatihnya adalah dengan memberi kesempatan pada si kecil agar sering ditemani untuk bergaul bersama eakan-rakan sebaya, bermain dan berkomunikasi dengan kanak-kanak seusianya.
4. Visual Kecerdasan Ruang
- Iaitu kecerdasan yang berkaitan dengan kemampuan memahami keadaan disekeliling. Ianya anak mampu membezakan posisi dan kedudukan serta membayangkan keadaan sekeliling, di kanan, kiri, atas , bawah , depan, belakang dan yang bersebelahan.
- Cara melatihnya, hendaklah seringkali melakukan kegiatan yang berkaitan dengan posisi atau ruang dan ibu bapa harus selalu bantu dengan menyebutkan, contohnya : "Tolong ya adik, letakkan bukunya di atas meja", atau "tolong kakak ambilkan buku yang jatuh di bawah meja". Sebutkan tentang persekitaran sekeliling, ajarkan si kecil melipat, menggunting, menterbalikkan dan menggambarkan.
5. Kecerdasan Natural ( alam )
- Anak diperkenalkan dengan persekitaran hidup selain manusia , iaitu haiwan, tumbuhan dan pelbagai suasana alam, contohnya : sesekali ajak anak memberi makan pada ikan atau ke taman haiwan, mengunjungi taman flora dan bermain di alam terbuka.
- Anak memiliki kemampuan untuk melakukan kegiatan yang melibatkan tubuh seperti gerakan tubuh sewaktu berdoa, melukis, berlompat, berlari dan sukan yang menggerakkan tubuh, menari, senam dan sebagainya. Cara melatihnnya, ajak anak anda untuk latihan melukis seperti melukis garisan, lingkaran dan apa sahaja, atau dengan melakukan gerakan senaman dan menari.
7 Kecerdasan moral
- Yaitu kepekaan anak untuk meresap kepatuhan dalam berperilaku yang baik, misalnya tahu mengucapkan terimakasih, maaf, permisi dan membedakan perbuatan baik dan buruk, bisa menahan diri untuk tidak melakukan pelanggaran terhadap tata cara kesopanan. Caranya adalah melatih dalam kelompok bermain dan melakukan peraturan peraturan dalam permainan, ajarkan anak patuh dan memahami aturan sederhana misalnya bermain petak umpet.
8. Kecerdasan Bahasa Lisan (Verbal Linguistic)
- Anak anda dapat berbicara dan menceritakan tentang suatu kejadian yang dilihatnya dengan mudah, diterangkan dengan baik dimana kronologi kejadiannya adalah teratur. Cara melatihnya bermula dari dalam kandungan dan setelah anak itu lahir, ibu bapa harus sering beri pendedahan dengan galakkan berbual, berkomikasi denagn teman sepermainan, bercerita dan menyanyikan lagu kanak-kanak.
9.Kecerdasan Logik Matematik (Mathematical Logic)
- Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan anak agar memahami persoalan dan memecahkan teori sederhana yang berkaitan dengan angka. Cara melatihnya adalah mengajarkan anak anda mengumpulkan mainan yang dimiliki, menghitung buah buahan dan membagikan makanan kecil serta menyebutkan jumlah yang diberikan.
Setiap Anak yang LahirAdalah Unik
Jika menemukan kesulitan dengan tahap perkembangan anak, ibu bapa boleh berbincang dengan doktor pakar atau boleh juga dengan bidan yang telah mengikuti latihan untuk Pra-Pemeriksaan Pembangunan Soal Selidik.
Ada beberapa peralatan khas bagi tujuan menyelidik untuk mengukur agar ianya sesuai dengan tahap pembesaran dan perkembangan usia.
Setiap anak yang lahir dan sudah mendapat stimulasi kecerdasan majmuk yang kita berikan di waktu usia emas pertumbuhannya terutama sejak lahir sehingga usianya 2 tahun. Dengan rangsangan kecerdasan yang tepat serta disokong oleh diet yang sihat dan seimbang untuk kanak-kanak, akan membantu setiap kanak-kanak berkembang mengikut peringkat.
Faktor dalaman dan luaran juga sangat penting, oleh itu jagalah agar anak anda agar tetap sihat selama proses pembesarannya, berikan sepenuh tumpuan dan kasih sayang. Tentu ada yang menonjol pada diri setiap kanak-kanak dari 9 aspek kecerdasan itu akan datang, namun sebagai ibu bapa kita harus berusaha untuk mengembangkan kesemua 9 perkara tersebut pada saat usia kanak-kanak.
Selamat mendampingi anak-anak anda dan jangan lupa untuk terus merangsang setiap aspek kecerdasan agar kanak-kanak membesar dengan sihat mengikut tahap usianya.
Semoga bermanfaat
Sumber : Kompasiana
- Serambi Awam -
No comments:
Post a Comment