Friday, September 23, 2011

DARUSSYIFA'

Kaedah perubatan islam yang perlu kita yakini. Bukanlah kita tidak perlu atau menolak kaedah rawatan moden yang menggunakan kaedah sains, tetapi perlu kita fahami akan konsep dan keperluan dalam perubatan. Sedangkan Tuan Guru sendiri mendapatkan rawatan kaedah moden untuk rawatan jantung. Cuma perlu kita renungkan, dah tertulis didalam Al-Quran bahawa setiap ayat yang terkandung didalamnya mempunyai fadhilat yang sangat besar antaranya untuk tujuan perubatan dan rawatan.

Mungkin masih ada sesetengah golongan yang berpendapat bahawa Darussyifa' ini tempat rawatan yang hanya berkaitan dengan unsur-unsur makhluk halus. Tidak benar sama sekali. Darussyifa' berfungsi seperti klinik-klinik lain yakni untuk rawatan penyakit-penyakit biasa dll. Sila rujuk pada url dibawah untuk rujukan tentang perkhidmatan rawatan yang disediakan serta cawangan-cawangan yang terdapat di setiap negeri.

Tujuan penubuhan pusat rawatan ini adalah untuk membantu dan meringankan dugaan yang dihadapi saudara seislam kita. Tiada charge rawatan yang dikenakan (seperti yang dituntut dalam islam). Jadi ayuh kita sama membantu komersialkan kaedah perubatan islam ini (mungkin ada punubuhan pusat rawatan islam yang lain menggunakan kaedah yang sama juga perlu untuk kita support)...insyaAllah...

www.darussyifa.org/


No comments:

Post a Comment