Mencari kadar perubahan selain daripada ayam untuk setiap hidangan? Udang adalah antara pilihan makanan laut yang popular yang benar-benar mengandungi protein yang tinggi bagi pengamal diet kerana kadar kalorinya yang rendah. Seekor udang hanya hanya mengandungi 3-10 kalori bergantung pada saiz, ianya mudah dan bertindak sebagai makanan tambahan ke dalam diet anda.
Udang adalah salah satu makanan yang kaya dengan sumber protein dan mungkin tidak sesuai untuk setiap hidangan makanan tetapi kadangkala bertindak sebagai pengimbang (perawat), yang semestinya tersenarai dalam diet anda.
Mari kita lihat kelebihan nutrient yang terkandung dalam udang
Nutrient Utama Yang Didjumpai Dalam Udang
Mereka yang tidak mengamalkan memakan daging merah dalam diet, mereka akan benar-benar mendapat manfaat dengan mengamalkan pemakanan ini disebabkan kandungan besi nya yang tinggi .
Salah satu perkara menarik untuk diperhatikan adalah bahawa pada keseluruhannya, udang lebih tinggi kandungan kolestrolnya, yang mana ianya menyebabkan orang ramai mengelak dari memakannya, tetapi sebenarnya telah diperhatikan bahawa udang akan meningkatkan tahap kolesterol yang baik dalam badan lebih. Oleh itu ia bukanlah ancaman kepada profil keseluruhan kolesterol anda seperti yang anda fikirkan sebelum ini.
Di samping itu, disebabkan oleh kandungan selenium dalam udang, anda akan mendapat perlindungan kanser yang baik dimana selenium membantu membaiki sel-sel yang rosak dan mengurangkan penyebaran sel-sel kanser.
Menyimpan / Memilih
Apabila membeli udang, sudah pasti anda akan membeli yang sesegar mungkin seperti mana-mana makanan laut lain. Salah satu cara untuk menentukan kesegaran udang ialah dengan bau kerana udang yang kurang segar akan memberi cukup bau yang kuat. Dan cara yang lebih baik adalah membeli di jeti atau pangkalan nelayan dimana semua udang-udangnya baru dan segar.
Jika anda membeli udang beku pastikan suhu tempat penyejuk benar-benar beku dan pastikan juga tiada bintik-bintik atau tompok hitam pada kulit udang. Untuk menyimpan, pastikan anda menyimpannya ditempat yang beku (set kan suhu yang sesuai, rujuk manual freezer anda).
{Scampi merupakan cara terbaik untuk menggunakan 1 hidangan udang untuk setiap hidangan}
Makan Bersama :
Jika anda ingin meringankan hidangan pasta, tambah udang dan jus lemon untuk hidangan yang sihat lagi memuaskan.
Membakar Kalori :
Untuk membakar jumlah kalori dalam udang anda perlu lakukan :
• 5 minit angkat berat
• 6 minit berjalan
• 3 minit berjoging
• 8 minit membersihkan rumah (kerja ringan)