Puasa-puasa yg disunahkan adalah :
1. Puasa Arafah bagi yg tidak sedang melaksanakan ibadah haji. Iaitu pada tanggal 9 Dzulhijjah. Puasa di hari arafah menghapus dosa dua tahun setahun yang silam dan setahun yg akan datang.
2. Puasa Asyura dan tasu’a. Iaitu dihari ke sembilan dan sepuluh bulan Muharam . Dan puasa Asyura itu menghapus dosa setahun yg telah lalu.
3. Puasa Enam hari di bulan Syawal. Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya enam hari di bulan Syawal maka ganjarannya adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.
4. Puasa di bulan Sya’ban. Aisyah berkata "Aku tidak pernah melihat beliau (Rasulullah) lebih banyak berpuasa kecuali di bulan Sya’ban". {HR Muslim}
5.Sepuluh pertama bulan Dzulhijjah, berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim yg menerangkan bahawa tidak ada hari-hari yg amal solehnya lebih dicintai di dalamnya selain daripada hari-hari ke sepuluh Dzulhijjah.
6. Puasa hari-hari putih iaitu pada tanggal 13, 14 & 15 pada setiap bulan hijriah. Puasa pada hari tersebut ibarat berpuasa sepanjang tahun sesuai dengan {HR Nasa’i}.
7. Puasa hari Isnin dan Khamis. Sesungguhnya amal perbuatan diperlihatkan pada setiap hari Isnin dan Khamis kemudian Allah mengampuni akan setiap orang muslim atau orang mukmin kecuali dua orang yang saling mendiamkan. Allah berfirman ‘ Tundalah pengampunan mereka berdua’. .
8. Puasa Dawud iaitu sehari puasa dan sehari tidak. Puasa sunah yang paling baik dan paling disukai Allah S.W.T.
9. Puasa bujang bagi yang belum mampu bernikah. Wahai para pemuda, barang siapa mampu untuk bernikah maka hendaklah segera menikah. Kerana ianya lebih menjaga dan memelihara pandanganmu/penglihatanmu dan lebih menjaga kehormatanmu. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah ia berpuasa. Karena puasa adalah wija’ iaitu mengendurkan gejolak syahwat baginya.
sumber file al_islam.chm