Monday, October 10, 2011

Kepentingan User Manuals.


Asslamualaikum....


Hari ni tiba-tiba rasa nak share topic berkaitan user manual ni. Apa yang anda tahu tentang user manual ni?

Bagi aku 'User Manual' adalah sangat penting dan sangat berguna. Ibarat sebuah buku ilmiah yang mana standardnya adalah sama dengan buku-buku ilmiah yang lain. Walaupun barang atau perkakas itu dah rosak atau dah ketinggalan zaman, tapi user manual itu tetap boleh dijadikan referance/rujukan..tak silap value dia amat tinggi untuk masa yang akan datang (macam barangnye bila dah capai status 'antik'). Sama ada korang setuju atau tidak...ada aku kisah? hehehe....

Aku percaya, kebanyakan orang sekarang anggap user manual tu tak penting bagi mereka. Hurmmm...apa punya orang laaa...kihkihkih. Konon dah 'terrer' laa,konon boleh explore sendiri laa....chettt!!. Memang benar zaman sekarang pendidikan orang tinggi-tinggi so dah tak perlu ambik tau lagi..korang silap beb!! Lagi satu yang dah terdidik dalam jiwa orang sejak dulu lagi 'Barang branded tahan,susah rosak...apa barang guna cap ayam?!'...Memang betul barang 'branded' nih kualitinya tahap 'sluurrrpppssss',tapi kalau spesifikasi atau cara menggunakan tak betul pun, baru beli pagi tadi malam dah jahanam....wakakaka padan muka!!

Jadi itu lah sebabnya setiap barang yang kita beli (baru) pasti disertakan dengan 'User Manual'. Kalau benda tu tak penting tak kan lah susah payah pengilang sediakan manual untuk setiap produk yang dikeluarkan. Ianya antara prosedure untuk tujuan menjaga mutu setiap produk yang dikeluarkan. Kebiasaannya ia dilengkapi dengan keterangan tentang :
   
1. Spesifikasi barang.

2. Feartures dan kelebihan produk.

3. Cara operate atau menggunakannya.

4. Lengkap dengan details bagaimana ianya berfungsi.

5. Ada sesetengah manual disertakan cara menyelenggara dan cara
verify problems.




Jadi, ayuh kita bermula dengan cara yang betul selepas ini. Secara tidak langsung kita akan jadi mahir terhadap penggunaannya serta pengetahuan kita akan bertambah...korang tak nak ke dapat tau macam2 benda?? Contohnya, kalau beli kereta baru tu,cuba2 lah telaah sikit buku manual tu..paling tidak korang tau benda2 penting dan kenal parts2 pada keta korang,jadi takdelah buta2 kena tipu dengan Foreman/Mechanic...hehehe...banyak duit tapi pengetahuan zero nak buat apa? x malu ke? hehehe (jangan marah). Tak jadi lagi masalah pada golongan yang tidak berkemampuan atau malas nak belajar sampai ke tahap universiti.

Begitu juga jika kita beli atau guna barang2 'second hand'..memang kebanyakannya tidak disertakan user/operating manual seperti baru. Tapi korang kena laa luangkan masa download di internet..alahai,duduk ngadap 'Muka Buku' atau 'You Tube' berejam boleh, takkan luang masa sikit untuk search manual tak boleh?? apa daa!!
Ni salah satu contoh manual yang sampai sekarang aku masih gunakan...dah 10thn guna, amat bernilai untuk aku.

Jadi ubahlah sikap kita untuk menjadi orang yang sentiasa inginkan pengetahuan tak kira la apa pun..InsyaAllah banyak manfaatnya. Renung2 kan dan selamat beramal! :)



- Serambi Awam -

No comments:

Post a Comment