Penulis : Al-Ustaz Abu Hamzah Yusuf
Syariah Kajian Utama 04 - Mei - 2006 18:40:09
Olahan semula : Shahrin Nikman 26 Okt 2011
Jin memang diakui kewujudannya di dalam syariat. Malangnya kebanyakan dalam masyarakat kita sering memberi pendapat yang lebih menjerumus kepada ilmu ghaib dan mistik. Malah, sejak kebelakangan ini tema jin dan alam ghaib menjadi salah satu komoditi yang sering disiarkan oleh pihak media. Fenomena alam jin sejak akhir-akhir ini menjadi topik yang hangat diperbincangkan dan diperbualkan. Membangkitkan keinginan orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut dan mendedahkan rahsia, lebih-lebih lagi apabila mereka banyak menyiarkan atau menerbitkan rancangan yang cenderung kepada alam ghaib. Yang lebih membimbangkan lagi ialah apa yang sering diperkatakan oleh mereka di sekeliling kita ibarat tidak boleh dipisahkan dari pemahaman mistik, aqidah yang mengelirukan dan berbahaya. Walaupun jin dan alam ghaib sebagai perkara yang mesti dipercayai akan kewujudannya dengan betul.
Membicangkan topik berkenaan perihal jin ini sudah lama wujud. Sehinggakan seorang hamba Allah yang bernama Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu mengatakan: “Bila ada seseorang yang menulis tentu akan keluar menjadi sebuah buku seperti 'Bulughul Maram' atau 'Riyadhus Shalihin' dilihat dari sudut klasifikasi yang muslim dan yang kafir, penguasaan jin dan syaitan serta godaan-godaan terhadap Bani Adam”. Keagamaan Kaum Jin tidak jauh berbeza dengan Bani Adam. Di antara mereka ada yang soleh dan ada pula yang tidak beriman. Seperti firman Allah S.W.T menghikayatkan mereka :
Dalam ayat lain Allah S.W.T berfirman :
Di antara mereka ada yang kafir, jahat dan perosak, ada yang bodoh, ada yang sunnah serta ada golongan Syi’ah serta ada juga golongan sufi.
Diriwayatkan dari Al-A’masy, beliau berkata : “Jin pernah datang menemuiku lalu kutanya : ‘Makanan apa yg kalian sukai?’ Jin menjawab : ‘Nasi.’ maka kubawakan nasi untuknya dan aku melihat sesuap nasi diangkat sedangkan aku tidak melihat sesiapa pun. Kemudian aku bertanya: ‘Adakah di tengah-tengah kalian para pengikut hawa nafsu seperti yg ada di tengah-tengah kami?’ Dia menjawab: ‘Ya.’ Bagaimana keadaan golongan Rafidhah yang ada di tengah kalian?” tanyaku. Dia menjawab: ‘Merekalah yang paling teruk di antara kami’.”
Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Aku perlihatkan sanad riwayat ini pada guru kami Al-Hafizh Abul Hajjaj Al-Mizzi dan beliau mengatakan: ‘Sanad riwayat ini sahih sampai Al-A’masy’.”
Mendakwahi Jin.
Dakwah memiliki kedudukan yang sangat tinggi. Dakwah merupakan bahagian dari kewajipan yang paling penting yang dibawa kaum muslimin secara umum dan para ulama secara lebih khusus. Dakwah merupakan kaedah para rasul di mana mereka merupakan contoh dan teladan dalam persoalan yang besar ini. Karena itulah Allah S.W.T mewajibkan para ulama untuk menerangkan kebenaran dengan dalil dan menyeru manusia kepadanya. Sehingga keterangan itu dapat mengeluarkan mereka dari gelap kebodohan dan mendorong mereka untuk melaksanakan urusan dunia dan agama sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Dakwah yang dibawa Rasulullah adalah dakwah yang universal tidak terbatas kepada kaum tertentu tetapi untuk seluruh manusia. Bahkan kaum jin pun menjadi sebahagian dari sasaran dakwahnya. Al-Quran telah menjelaskan kepada kita bahwa sekelompok kaum jin telah mendengarkan Al-Quran sebagaimana tertera dlm surah Al-Ahqaf ayat 29-32. Kemudian Allah memerintahkan baginda Rasulullah S.A.W agar memberitahukan hal yang demikian itu. Allah S.W.T berfirman :
Tujuan dari itu semua adalah agar manusia mengetahui ehwal kaum jin bahawa baginda Rasulullah S.A.W diutus kepada segenap manusia dan jin. Di dalamnya terdapat petunjuk bagi manusia dan jin serta apa yang wajib bagi mereka yakni beriman kepada Allah S.W.T, Rasul-Nya dan hari kiamat. Juga taat kepada Rasul-Nya dan larangan dari melakukan kesyirikan atau bersekongkol dengan jin.
Jika jin itu sebagai makhluk hidup, berakal dan dibebani perintah dan larangan maka mereka akan mendapatkan pahala dan siksa. Bahkan kerana Nabi S.A.W pun diutus kepada mereka maka wajib atas seorang muslim untuk memberlakukan di tengah-tengah mereka seperti apa yg berlaku di tengah-tengah manusia berupa amar ma’ruf nahi mungkar dan berdakwah seperti yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Juga seperti yang telah diserukan dan dilakukan baginda Rasulullah S.A.W ke atas mereka. Bila mereka menyakiti maka hadapilah serangan seperti saat membendung serangan manusia.
Mendakwahi kaum jin tidaklah mengharuskan seseorang untuk terjun menyelami seluk-beluk alam dan kehidupan mereka serta bergaul langsung dengannya. Kerana semua ini tidaklah diperintahkan. Sebab menghadiri majlis-majlis ta’lim dan kegiatan dakwah lain yang dilakukan di tengah-tengah manusia sama seperti telah mendakwahi mereka.
Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu berkata: “Boleh jadi ada sebahagian orang mengira bahawa para jin itu tidak menghadiri majlis-majlis ilmu. Ini adalah sangkaan yang tidak benar. Padahal tidak ada yang dapat mencegah mereka untuk menghadiri kecuali di antara mereka ada yang mengganggu dan ada ayaitan. Maka kita katakan:
Apakah Ada Rasul dari Kalangan Jin?
Para ulama berselisih pendapat tentang masalah ini apakah dari kalangan jin ada rasul, atau rasul itu hanya dari kalangan manusia? Sementara Allah S.W.T berfirman :
Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri. Kehidupan dunia telah menipu mereka dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri bahawa mereka adalah golongan yang kafir”.
Sebagian ulama berdalil dengan ayat ini untuk menyatakan bahawa ada rasul dari kalangan jin. Juga berdalilkan dengan sebuah 'atsar' dari Adh-Dhahhak ibnu Muzahim. Beliau mengatakan bahawa ada rasul dari kalangan jin. Yang berpendapat seperti ini di antaranya adalah Muqatil dan Abu Sulaiman namun kedua-duanya tidak menyebutkan sandaran-nya. Yang benar wal ’ilmu ’indallah tidak ada rasul dari kalangan jin. Dan pendapat inilah yang para salaf dan khalaf berada di atasnya. Adapun atsar yang datang dari Adh-Dhahhak telah diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsir. Namun di dalam sanad ada syaikh Ibnu Jarir yang bernama Ibnu Humaid yakni Muhammad bin Humaid Abu Abdillah Ar-Razi. Para ulama banyak membicarakan seperti Al-Imam Al-Bukhari telah berkata tentangnya: “Fihi nazhar .” Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullahu berkata: “Dia bersamaan dengan kedudukan sebagai imam adalah mungkarul hadis pemilik riwayat yg aneh-aneh.” . Untuk lebih lengkap, silakan pembaca merujuk kitab-kitab al-jarhu wa ta’dil.
Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Tidak ada rasul dari kalangan jin seperti yang telah dinyatakan Mujahid dan Ibnu Juraij serta yg lain dari para ulama salaf dan khalaf. Adapun berdalil dgn ayat –yakni Al-An’am : ayat 130– maka perlu diteliti berulang kali kerana masih terdapat kemungkinan bukan merupakan sesuatu yang sharih . Sehingga kalimah ‘dari golongan kamu sendiri’ maknanya adalah ‘dari salah satu golongan kamu’”.
Bernikah dengan Jin.
Bernikah adalah cara terbaik untuk mendapatkan keturunan. Kerana itulah Allah S.W.T mensyariatkan untuk segenap hamba-hamba-Nya. Allah S.W.T berfirman :
Kaum jin memiliki keturunan dan beranak-pinak sebagaimana manusia berketurunan dan beranak-pinak.
Allah S.W.T :
Dikalangan kaum jin itu ada yang berjenis lelaki dan ada juga perempuan sehingga untuk mendapatkan keturunan mereka pun saling menikah. Allah S.W.T berfirman :
Perkara ini yakni pernikahan antara manusia dengan manusia adalah hal yang wajar, lumrah dan sesuai tabiatnya kerana ada rasa cinta dan kasih sayang di tengah-tengah mereka. Persoalannya mungkinkah terjadi pernikahan antara manusia dgn jin atau sebaliknya?
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu berkata : “Pernikahan antara manusia dengan jin memang ada dan dapat menghasilkan anak. Peristiwa ini sering terjadi dan popular. Para ulama pun telah menyebutkannya. Namun kebanyakan para ulama tidak menyukai pernikahan dengan jin”.
Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu mengatakan : “Para ulama telah berselisih pendapat tentang perkara ini sebagaimana dalam kitab Hayatul Hayawan karya Ad-Dimyari. Namun menurutku hal itu diperbolehkan yakni lelaki yang muslim menikahi jin wanita yang muslimah. Adapun firman Allah S.W.T :
Maka maknanya : ini adalah anugerah yang terbesar di mana manusia yang jenis lelaki menikah dengan manusia yang jenis perempuan dan jin lelaki dengan jin perempuan. Tetapi jika seorang lelaki dari kalangan manusia bernikah dengan seorang perempuan dari kalangan jin maka kita tidak memiliki alasan dari syariat yang dapat mencegahnya. Demikian juga sebaliknya. Al-Imam Malik rahimahullahu tidak menyukai bila seseorang wanita dilihat dalam keadaan hamil lalu dia ditanya: “Siapa suamimu?” Dia menjawab: “Suamiku dari jenis jin”. Saya katakan: “Berkemungkinan sekali fenomena yang seperti ini membuka peluang terjadi perzinaan dan kenistaan”.
Meminta Bantuan Jin.
Terlalu rasional dan amatlah sesuai dengan fitrah apabila yang lemah meminta bantuan kepada yang kuat dan yang kekurangan meminta bantuan kepada yang serba mencukupi. Manusia lebih mulia dan lebih tinggi kedudukan daripada jin. Sehingga sangatlah hina dan tercela bila manusia meminta bantuan daripadada jin. Selain itu bila ternyata yang diminta bantuan itu adalah syaitan maka secara perlahan syaitan itu akan menyuruh kepada kemaksiatan dan penyelisihan terhadap agama Allah S.W.T. Allah S.W.T berfirman :
Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Ada sekelompok orang dari kalangan manusia yang menyembah golongan jin lalu para jin itu memeluk Islam. Sementara sekelompok manusia yang menyembah itu tidak mengetahui keislaman mereka tetap menyembah sehingga Allah S.W.T mencela mereka.” Jin tidak mengetahui perkara yang ghaib dan tidak punya kekuatan untuk memberikan kemudharatan serta tidak pula boleh mendatangkan kemanfaatan. Allah S.W.T berfirman :
Gangguan Jin.
Secara umum, gangguan jin merupakan sesuatu yang tidak diragukan lagi kewujudannya baik menurut penjelasan Al-Quran, As-Sunnah mahupun ijma’. Allah S.W.T berfirman :
Rasulullah S.A.W bersabda :
Suatu ketika Rasulullah S.A.W sedang mendirikan solat lalu didatangi syaitan. Baginda memegang dan mencekiknya. Baginda bersabda :
Diriwayatkan dari ‘Utsman bin Abil ‘Ash r.a, lalu dia berkata :
Jin juga boleh menganggu dengan memasuki ke dalam tubuh manusia yang diistilahkan orang sekarang dengan istilah menurun atau kerasukan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu berkata: “Kewujudan jin merupakan perkara yang benar menurut Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya serta kesepakatan salaful ummah dan para imamnya. Demikian juga kemasukan jin ke dalam tubuh manusia adalah perkara yang benar dengan kesepakatan para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Allah S.W.T berfirman :
Tidak ada imam kaum muslimin yang mengingkari kemasukan jin ke dalam tubuh orang yang kerasukan. Sesiapa yg mengingkari dan menyatakan bahawa syariat telah mendustakan bererti dia telah mendustakan syariat itu sendiri. Tidak ada dalil-dalil syar’i yang menolaknya.”
Ibnul Qayyim juga telah panjang lebar meghuraikan dan menerangkanmengenai masalah ini. Golongan yang Mengingkari Masuk Jin ke dalam Tubuh Manusia adalah :
Semua pengingkaran dan penafian mengenai kemampuan kemasukan jin ke dalam tubuh manusia adalah batil. Moga terlahir dari sedikit ilmu akan perkara-perkara yang syar’i dan terhadap apa yang ditetapkan ahlul ilmi dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Abdullah bin Ahmad bin Hambal berkata: “Aku pernah berkata pada ayahku : "Sesungguhnya ada sekumpulan kaum yang berkata bahawa jin tidak dapat masuk ke tubuh manusia yang kerasukan". Maka ayahku berkata : "Wahai anakku, itu tidak benar. Mereka itu berdusta. Bahkan jin dapat berbicara melalui lidah manusia”.
Berikut adalah kenyataan para mufassir berkenaan dengan firman Allah S.W.T :
Penyebab Gangguan.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu menjelaskan bahawa gangguan jin pada tubuh manusia boleh jadi disebabkan dorongan syahwat hawa nafsu dan rasa cinta kepada manusia sebagaimana yang terjadi antara manusia satu sama lainnya. Kadang-kadang atau bahkan majoritinya juga disebabkan dendam dan rasa benci atas apa yang dilakukan sebahagian manusia seperti buang air kecil, menuangkan air panas yang mengenai sebahagian mereka serta membunuh sebagagian mereka meskipun manusia tidak mengetahuinya.
Golongan jin juga banyak melakukan kezaliman dan banyak pula yang bodoh sehingga mereka melakukan pembalasan di luar batas. Kadang-kadang mereka sengaja memasuki tubuh manusia tanpa sebab, hanya disebabkan seronok dengan tindakan jahat yang dilakukannya.
Bagaimana boleh kita menghindari gangguan-gangguan itu?
Ibnu Taimiyah rahimahullahu menjelaskan: “Adapun orang yang melawan permusuhan jin dengan cara yang adil sebagaimana yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya maka mereka tidak menzalimi jin. Bahkan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya dalam membantu orang yang dizalimi, membantu orang yang didalam kesusahan dan menyelesaikan masalah orang yang ditimpa musibah dengan cara yang syar’i dan tidak mengandungi syirik serta tidak mengandungi kezaliman terhadap makhluk lain. Yang seperti ini jin tidak akan ganggu mungkin kerana mereka tahu bahwa dia orang yang adil atau kerana mereka tidak mampu untuk mengganggunya. Tapi bila jin itu dari kalangan yang sangat jahat, boleh jadi mereka tetap mengganggu tetapi dia lemah. Untuk situasi seperti ini semestinya dia melindungi diri dengan membaca ayat Kursi, Al-Falaq An-Nas, solat, berdoa dan amalan lainnya yang boleh menguatkan iman dan menjauhkan diri dari dosa-dosa”.
Di antara ulama yang berpendapat berkenaan larangan hal itu adalah Asy-Syaikh Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi rahimahullahu. Beliau mengatakan: “Saya tidak mengetahui dalam Kitabullah mahupun Sunnah Rasulullah S.A.W ada dalil yang menjelaskan diboleh pernikahan antara manusia dan jin. Bahkan yang boleh dijadikan sokongan dari zahir ayat adalah : tidak boleh perkara itu”.
Badruddin Asy-Syibli dalam buku Akamul Mirjan mengemukakan bahawa sekelompok tabi’in membenci pernikahan antara jin dengan manusia. Di antara mereka adalah Al-Hasan Qatadah Az-Zuhri Hajjaj bin Arthah demikian juga sejumlah ulama Hanafiyah.
Pembaca yang dihormati, demikianlah yang dapat saya olahkan dan paparkan di sini untuk dikongsi bersama juga sebagai rujukan untuk diri sendiri. mudah-mudahan dapat menambah pengetahuan kita yang mungkin sebelum ini belum begitu lengkap.
Syariah Kajian Utama 04 - Mei - 2006 18:40:09
Olahan semula : Shahrin Nikman 26 Okt 2011
Jin memang diakui kewujudannya di dalam syariat. Malangnya kebanyakan dalam masyarakat kita sering memberi pendapat yang lebih menjerumus kepada ilmu ghaib dan mistik. Malah, sejak kebelakangan ini tema jin dan alam ghaib menjadi salah satu komoditi yang sering disiarkan oleh pihak media. Fenomena alam jin sejak akhir-akhir ini menjadi topik yang hangat diperbincangkan dan diperbualkan. Membangkitkan keinginan orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut dan mendedahkan rahsia, lebih-lebih lagi apabila mereka banyak menyiarkan atau menerbitkan rancangan yang cenderung kepada alam ghaib. Yang lebih membimbangkan lagi ialah apa yang sering diperkatakan oleh mereka di sekeliling kita ibarat tidak boleh dipisahkan dari pemahaman mistik, aqidah yang mengelirukan dan berbahaya. Walaupun jin dan alam ghaib sebagai perkara yang mesti dipercayai akan kewujudannya dengan betul.
Membicangkan topik berkenaan perihal jin ini sudah lama wujud. Sehinggakan seorang hamba Allah yang bernama Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu mengatakan: “Bila ada seseorang yang menulis tentu akan keluar menjadi sebuah buku seperti 'Bulughul Maram' atau 'Riyadhus Shalihin' dilihat dari sudut klasifikasi yang muslim dan yang kafir, penguasaan jin dan syaitan serta godaan-godaan terhadap Bani Adam”. Keagamaan Kaum Jin tidak jauh berbeza dengan Bani Adam. Di antara mereka ada yang soleh dan ada pula yang tidak beriman. Seperti firman Allah S.W.T menghikayatkan mereka :
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُوْنَ وَمِنَّا دُوْنَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak sedemikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.”
وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُوْنَ وَمِنَّا الْقَاسِطُوْنَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا
“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada orang-orang yang menyimpang dari kebenaran.”
Di antara mereka ada yang kafir, jahat dan perosak, ada yang bodoh, ada yang sunnah serta ada golongan Syi’ah serta ada juga golongan sufi.
Diriwayatkan dari Al-A’masy, beliau berkata : “Jin pernah datang menemuiku lalu kutanya : ‘Makanan apa yg kalian sukai?’ Jin menjawab : ‘Nasi.’ maka kubawakan nasi untuknya dan aku melihat sesuap nasi diangkat sedangkan aku tidak melihat sesiapa pun. Kemudian aku bertanya: ‘Adakah di tengah-tengah kalian para pengikut hawa nafsu seperti yg ada di tengah-tengah kami?’ Dia menjawab: ‘Ya.’ Bagaimana keadaan golongan Rafidhah yang ada di tengah kalian?” tanyaku. Dia menjawab: ‘Merekalah yang paling teruk di antara kami’.”
Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Aku perlihatkan sanad riwayat ini pada guru kami Al-Hafizh Abul Hajjaj Al-Mizzi dan beliau mengatakan: ‘Sanad riwayat ini sahih sampai Al-A’masy’.”
Mendakwahi Jin.
Dakwah memiliki kedudukan yang sangat tinggi. Dakwah merupakan bahagian dari kewajipan yang paling penting yang dibawa kaum muslimin secara umum dan para ulama secara lebih khusus. Dakwah merupakan kaedah para rasul di mana mereka merupakan contoh dan teladan dalam persoalan yang besar ini. Karena itulah Allah S.W.T mewajibkan para ulama untuk menerangkan kebenaran dengan dalil dan menyeru manusia kepadanya. Sehingga keterangan itu dapat mengeluarkan mereka dari gelap kebodohan dan mendorong mereka untuk melaksanakan urusan dunia dan agama sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Dakwah yang dibawa Rasulullah adalah dakwah yang universal tidak terbatas kepada kaum tertentu tetapi untuk seluruh manusia. Bahkan kaum jin pun menjadi sebahagian dari sasaran dakwahnya. Al-Quran telah menjelaskan kepada kita bahwa sekelompok kaum jin telah mendengarkan Al-Quran sebagaimana tertera dlm surah Al-Ahqaf ayat 29-32. Kemudian Allah memerintahkan baginda Rasulullah S.A.W agar memberitahukan hal yang demikian itu. Allah S.W.T berfirman :
قُلْ أُوْحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
“Katakanlah : Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya : sekumpulan jin telah mendengarkan Al-Qur`an lalu mereka berkata: "Sesungguh kami telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan dan seterusnya".
Tujuan dari itu semua adalah agar manusia mengetahui ehwal kaum jin bahawa baginda Rasulullah S.A.W diutus kepada segenap manusia dan jin. Di dalamnya terdapat petunjuk bagi manusia dan jin serta apa yang wajib bagi mereka yakni beriman kepada Allah S.W.T, Rasul-Nya dan hari kiamat. Juga taat kepada Rasul-Nya dan larangan dari melakukan kesyirikan atau bersekongkol dengan jin.
Jika jin itu sebagai makhluk hidup, berakal dan dibebani perintah dan larangan maka mereka akan mendapatkan pahala dan siksa. Bahkan kerana Nabi S.A.W pun diutus kepada mereka maka wajib atas seorang muslim untuk memberlakukan di tengah-tengah mereka seperti apa yg berlaku di tengah-tengah manusia berupa amar ma’ruf nahi mungkar dan berdakwah seperti yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Juga seperti yang telah diserukan dan dilakukan baginda Rasulullah S.A.W ke atas mereka. Bila mereka menyakiti maka hadapilah serangan seperti saat membendung serangan manusia.
Mendakwahi kaum jin tidaklah mengharuskan seseorang untuk terjun menyelami seluk-beluk alam dan kehidupan mereka serta bergaul langsung dengannya. Kerana semua ini tidaklah diperintahkan. Sebab menghadiri majlis-majlis ta’lim dan kegiatan dakwah lain yang dilakukan di tengah-tengah manusia sama seperti telah mendakwahi mereka.
Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu berkata: “Boleh jadi ada sebahagian orang mengira bahawa para jin itu tidak menghadiri majlis-majlis ilmu. Ini adalah sangkaan yang tidak benar. Padahal tidak ada yang dapat mencegah mereka untuk menghadiri kecuali di antara mereka ada yang mengganggu dan ada ayaitan. Maka kita katakan:
وَقُلْ رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ. وَأَعُوْذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُوْنِ
“Ya Rabbku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Engkau ya Rabbku dari kedatangan mereka kepadaku.” (lihat Nashihatii li Ahlis Sunnah Minal Jin)
Para ulama berselisih pendapat tentang masalah ini apakah dari kalangan jin ada rasul, atau rasul itu hanya dari kalangan manusia? Sementara Allah S.W.T berfirman :
يَامَعْشَرَ الْجِنِّ وَاْلإِنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّوْنَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُوْنَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِيْنَ
“Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dgn hari ini?”
Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri. Kehidupan dunia telah menipu mereka dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri bahawa mereka adalah golongan yang kafir”.
Sebagian ulama berdalil dengan ayat ini untuk menyatakan bahawa ada rasul dari kalangan jin. Juga berdalilkan dengan sebuah 'atsar' dari Adh-Dhahhak ibnu Muzahim. Beliau mengatakan bahawa ada rasul dari kalangan jin. Yang berpendapat seperti ini di antaranya adalah Muqatil dan Abu Sulaiman namun kedua-duanya tidak menyebutkan sandaran-nya. Yang benar wal ’ilmu ’indallah tidak ada rasul dari kalangan jin. Dan pendapat inilah yang para salaf dan khalaf berada di atasnya. Adapun atsar yang datang dari Adh-Dhahhak telah diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsir. Namun di dalam sanad ada syaikh Ibnu Jarir yang bernama Ibnu Humaid yakni Muhammad bin Humaid Abu Abdillah Ar-Razi. Para ulama banyak membicarakan seperti Al-Imam Al-Bukhari telah berkata tentangnya: “Fihi nazhar .” Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullahu berkata: “Dia bersamaan dengan kedudukan sebagai imam adalah mungkarul hadis pemilik riwayat yg aneh-aneh.” . Untuk lebih lengkap, silakan pembaca merujuk kitab-kitab al-jarhu wa ta’dil.
Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Tidak ada rasul dari kalangan jin seperti yang telah dinyatakan Mujahid dan Ibnu Juraij serta yg lain dari para ulama salaf dan khalaf. Adapun berdalil dgn ayat –yakni Al-An’am : ayat 130– maka perlu diteliti berulang kali kerana masih terdapat kemungkinan bukan merupakan sesuatu yang sharih . Sehingga kalimah ‘dari golongan kamu sendiri’ maknanya adalah ‘dari salah satu golongan kamu’”.
Bernikah dengan Jin.
Bernikah adalah cara terbaik untuk mendapatkan keturunan. Kerana itulah Allah S.W.T mensyariatkan untuk segenap hamba-hamba-Nya. Allah S.W.T berfirman :
وَأَنْكِحُوا اْلأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِيْنَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak dari hamba-hamba sahayamu yang perempuan”.
Allah S.W.T :
أَفَتَتَّخِذُوْنَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُوْنِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ
“Patutkah kalian mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain-Ku sedangkan mereka adalah musuh kalian?”
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلاَ جَانٌّ
“Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh jin.”
Artha’ah Ibnul Mundzir rahimahullahu berkata: “Dhamrah ibnu Habib pernah ditanya: ‘Apakah jin akan masuk syurga?’ Beliau menjawab: ‘Ya dan mereka pun menikah. Untuk jin yg lelaki akan mendapatkan jin yang perempuan dan untuk manusia yangg jenis lelaki akan mendapatkan yang jenis perempuan”. Termasuk kasih sayang Allah S.W.T terhadap Bani Adam, Allah S.W.T menjadikan untuk mereka suami-suami atau isteri-isteri dari jenis mereka sendiri. Allah S.W.T berfirman :
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Perkara ini yakni pernikahan antara manusia dengan manusia adalah hal yang wajar, lumrah dan sesuai tabiatnya kerana ada rasa cinta dan kasih sayang di tengah-tengah mereka. Persoalannya mungkinkah terjadi pernikahan antara manusia dgn jin atau sebaliknya?
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu berkata : “Pernikahan antara manusia dengan jin memang ada dan dapat menghasilkan anak. Peristiwa ini sering terjadi dan popular. Para ulama pun telah menyebutkannya. Namun kebanyakan para ulama tidak menyukai pernikahan dengan jin”.
Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu mengatakan : “Para ulama telah berselisih pendapat tentang perkara ini sebagaimana dalam kitab Hayatul Hayawan karya Ad-Dimyari. Namun menurutku hal itu diperbolehkan yakni lelaki yang muslim menikahi jin wanita yang muslimah. Adapun firman Allah S.W.T :
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-nya…”
Meminta Bantuan Jin.
Terlalu rasional dan amatlah sesuai dengan fitrah apabila yang lemah meminta bantuan kepada yang kuat dan yang kekurangan meminta bantuan kepada yang serba mencukupi. Manusia lebih mulia dan lebih tinggi kedudukan daripada jin. Sehingga sangatlah hina dan tercela bila manusia meminta bantuan daripadada jin. Selain itu bila ternyata yang diminta bantuan itu adalah syaitan maka secara perlahan syaitan itu akan menyuruh kepada kemaksiatan dan penyelisihan terhadap agama Allah S.W.T. Allah S.W.T berfirman :
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ اْلإِنْسِ يَعُوْذُوْنَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوْهُمْ رَهَقًا
“Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari golongan jin, maka jin-jin itu menambahkan lagi ketakutan bagi mereka”.
فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَى مَوْتِهِ إِلاَّ دَابَّةُ اْلأَرْضِ تَأْكُلُ مِنْسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَنْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُوْنَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِيْنِ
“Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman tidak ada yang menunjukkan kematian itu kepada mereka kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur tahulah jin itu bahawa jikalau mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak berada di dalam siksa yang menghinakan”.
Jin tidak memiliki kemampuan untuk menolak mudharat atau memindahkannya. Jin tidak boleh memindahkan penyakit dari tubuh manusia ke dalam tubuh binatang. Demikian pula manusia tidak punya kemampuan untuk itu. Allah S.W.T berfirman :
وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَنْ يُؤْمِنُ بِاْلآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّ وَرَبُّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيْظٌ. قُلِ ادْعُوا الَّذِيْنَ زَعَمْتُمْ مِنْ دُوْنِ اللهِ لاَ يَمْلِكُوْنَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَوَاتِ وَلاَ فِي اْلأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيْهِمَا مِنْ شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُمْ مِنْ ظَهِيْرٍ
“Dan tiadalah kekuasaan Iblis terhadap mereka melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dan siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Rabbmu Maha Memelihara segala sesuatu. Katakanlah : "Serulah mereka yang kamu anggap selain Allah, mereka tidak memiliki seberat zarah pun di langit dan di bumi. Dan mereka tidak mempunyai suatu sahampun di langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya’”.
Secara umum, gangguan jin merupakan sesuatu yang tidak diragukan lagi kewujudannya baik menurut penjelasan Al-Quran, As-Sunnah mahupun ijma’. Allah S.W.T berfirman :
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguh Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
إِنَّ الشَّيْطَانَ عَرَضَ لِي فَشَدَّ عَلَيَّ لِيَقْطَعَ الصَّلاَةَ عَلَيَّ فَأَمْكَنَنِي اللهُ مِنْهُ فَذَعَتُّهُ وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ أُوْثِقَهُ إِلَى سَارِيَةٍ حَتَّى تُصْبِحُوا فَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ فَذَكَرْتُ قَوْلَ سُلَيْمَانَ عَلَيْهِ السَّلاَم: رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لاَ يَنْبَغِي لأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي. فَرَدَّهُ اللهُ خَاسِيًا
“Sesungguh syaitan menampakkan diri di hadapanku untuk membatalkan solatku. Namun Allah memberikan kekuatan kepadaku untuk menghadapinya. Maka aku pun membiarkannya. Sebenarnya aku ingin mengikatnya di sebuah tiang hingga kalian dapat menontonnya. Tapi aku teringat perkataan saudaraku Sulaiman a.s : ‘Ya Rabbi anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki seorang pun sesudahku’. maka Allah mengusir dalam keadaan hina”.
حَتَّى إِنِّي لأَجِدُ بَرْدَ لِسَانِهِ فِي يَدَيَّ
“Hingga tanganku dapat merasakan lidah yang dingin, yang menjulur di antara dua jariku : ibu jari dan yang setelahnya”.
يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاَتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا. قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللهُ عَنِّي
“Wahai Rasulullah, syaitan telah menjadi penghalang antara diriku dan solatku serta bacaanku”. Baginda S.A.W bersabda : “Itulah syaitan yang bernama Khanzab. Jika engkau merasakannya maka berlindunglah kepada Allah dan meludahlah ke arah kiri tiga kali. Aku pun melakukan perkara yang sama dan Allah telah mengusir syaitan dari sisiku”.
الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ الرِّبَا لاَ يَقُوْمُوْنَ إِلاَّ كَمَا يَقُوْمُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ
“orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan tidak ubah seperti penyakit gila.”
Dan di dalam hadis yang sahih dari Nabi S.A.W :
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
“Sesungguh syaitan itu berjalan di dalam diri anak Adam melalui aliran darah”.
Tidak ada imam kaum muslimin yang mengingkari kemasukan jin ke dalam tubuh orang yang kerasukan. Sesiapa yg mengingkari dan menyatakan bahawa syariat telah mendustakan bererti dia telah mendustakan syariat itu sendiri. Tidak ada dalil-dalil syar’i yang menolaknya.”
Ibnul Qayyim juga telah panjang lebar meghuraikan dan menerangkanmengenai masalah ini. Golongan yang Mengingkari Masuk Jin ke dalam Tubuh Manusia adalah :
- Kaum orientalis, musuh-musuh Islam yang tidak percaya kecuali kepada hal-hal yang boleh dikesan melalui panca indera.
- Para ahli falsafah dan antek-antek mereka mengingkari kewujudan jin. Maka secara tidak langsung mereka pun menidakkan mengenai hal kemasukan jin ke dalam tubuh manusia.
- Kaum Mu’tazilah mereka mengakui ada jin tetapi menolak mengenai kemasukan jin ke dalam tubuh manusia.
- Prof. Dr. ‘Ali Ath-Thanthawi pengetua Universiti Al-Azhar di Cairo. Beliau menidakkan dan mendustakan berlakunya kemasukan jin ke dalam tubuh manusia dan menganggap hal itu hanyalah sesuatu yg direka/tahyul.
- Dr. Muhammad Irfan. dalam akhbar An-Nadwah tanggal 14/10/1407 H menyatakan bahawa : “Kemasukan jin ke dalam tubuh manusia dan bertutur melalui percakapan manusia (rasuk/menurun) adalah pemahaman saintifik yang salah sama sekali”.
- Persatuan Islam dlm Harian Pikiran Rakyat tanggal 5 September 2005 mengeluarkan beberapa kenyataan yang diwakili Dewan Hisbah sebagai berikut: “Point 7 …Tidak ada kemasukan jin kedalam tubuh manusia, keyakinan dan rawatan memulihkan kerasukan jin adalah dusta dan syirik”.
Semua pengingkaran dan penafian mengenai kemampuan kemasukan jin ke dalam tubuh manusia adalah batil. Moga terlahir dari sedikit ilmu akan perkara-perkara yang syar’i dan terhadap apa yang ditetapkan ahlul ilmi dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Abdullah bin Ahmad bin Hambal berkata: “Aku pernah berkata pada ayahku : "Sesungguhnya ada sekumpulan kaum yang berkata bahawa jin tidak dapat masuk ke tubuh manusia yang kerasukan". Maka ayahku berkata : "Wahai anakku, itu tidak benar. Mereka itu berdusta. Bahkan jin dapat berbicara melalui lidah manusia”.
Berikut adalah kenyataan para mufassir berkenaan dengan firman Allah S.W.T :
الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ الرِّبَا لاَ يَقُوْمُوْنَ إِلاَّ كَمَا يَقُوْمُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ
“orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan tidak ubah seperti penyakit gila.”
- Al-Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari rahimahullahu mengatakan: “Yakni bahawa orang-orang yang mengamalkan riba ketika di dunia maka pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan dari dalam kubur seperti bangkitnya orang yang kerasukan syaitan yang dirosakkan akalnya di dunia. Orang itu seakan kerasukan syaitan sehingga menjadi seperti orang gila.
- Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu menegaskan: “Ayat ini adalah persoalan yang mementahkan pendapat orang yang mengingkari atau menafikan adanya kemasukan jin dan menganggap apa yang terjadi hanyalah faktor proses semulajadi dalam tubuh manusia serta berpendapat bahawa syaitan sama sekali tidak dapat merasuki manusia”.
- Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Yakni mereka tidak akan bangkit dari kubur pada hari kiamat melainkan seperti bangkitnya seperti orang yang dirasuki syaitan saat syaitan itu merasukinya.”
Penyebab Gangguan.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu menjelaskan bahawa gangguan jin pada tubuh manusia boleh jadi disebabkan dorongan syahwat hawa nafsu dan rasa cinta kepada manusia sebagaimana yang terjadi antara manusia satu sama lainnya. Kadang-kadang atau bahkan majoritinya juga disebabkan dendam dan rasa benci atas apa yang dilakukan sebahagian manusia seperti buang air kecil, menuangkan air panas yang mengenai sebahagian mereka serta membunuh sebagagian mereka meskipun manusia tidak mengetahuinya.
Golongan jin juga banyak melakukan kezaliman dan banyak pula yang bodoh sehingga mereka melakukan pembalasan di luar batas. Kadang-kadang mereka sengaja memasuki tubuh manusia tanpa sebab, hanya disebabkan seronok dengan tindakan jahat yang dilakukannya.
Bagaimana boleh kita menghindari gangguan-gangguan itu?
Ibnu Taimiyah rahimahullahu menjelaskan: “Adapun orang yang melawan permusuhan jin dengan cara yang adil sebagaimana yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya maka mereka tidak menzalimi jin. Bahkan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya dalam membantu orang yang dizalimi, membantu orang yang didalam kesusahan dan menyelesaikan masalah orang yang ditimpa musibah dengan cara yang syar’i dan tidak mengandungi syirik serta tidak mengandungi kezaliman terhadap makhluk lain. Yang seperti ini jin tidak akan ganggu mungkin kerana mereka tahu bahwa dia orang yang adil atau kerana mereka tidak mampu untuk mengganggunya. Tapi bila jin itu dari kalangan yang sangat jahat, boleh jadi mereka tetap mengganggu tetapi dia lemah. Untuk situasi seperti ini semestinya dia melindungi diri dengan membaca ayat Kursi, Al-Falaq An-Nas, solat, berdoa dan amalan lainnya yang boleh menguatkan iman dan menjauhkan diri dari dosa-dosa”.
Wal’ilmu ’indallah
Badruddin Asy-Syibli dalam buku Akamul Mirjan mengemukakan bahawa sekelompok tabi’in membenci pernikahan antara jin dengan manusia. Di antara mereka adalah Al-Hasan Qatadah Az-Zuhri Hajjaj bin Arthah demikian juga sejumlah ulama Hanafiyah.
Sumber: http://www.asysyariah.com/
Nukilan Serambi :
- Serambi Awam -
Salam, bagusla post ni, rase2 semua orang pernah jumpa jin tapi dlm mimpila kot, tapi nak jumpa real saper berani mintakan?? :-p
ReplyDelete