Saturday, April 21, 2012

RUQYAH

Definisi Ruqyah
Ruqyah secara am adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Ruqyah terbahagi kepada dua :-
 
Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
 
Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

"Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." ( HR. Muslim )



Syarat Ruqyah Syar'iyah

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat :-

1.     Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan
       sifat-sifat-Nya.

2.     Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.

3.     Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah
       S.W.T.


Ketentuan Meruqyah

Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut :-

1.     Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.

2.     Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.

3.     Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang
       segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban,
       jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu
       terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.

4.     Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami 
       maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.

5.     Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di 
       kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.

6.     Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, 
       cacian, laknat dan lain-lainnya.


Keutamaan Ruqyah mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) 

Dan yakinlah bahwa tidka ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah S.W.T. Maka di antara cara yang paling tepatm efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )

Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah S.A.W juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Gambar hiasan

 
Hadis sandaran berkaitan Ruqyah

Nabi Muhammad S.A.W meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR. Al-Bukhari )

Jabir Bin Abdullah r.a berkata : "Seseorang di antara kami disengat kalajenking". Kemudian Jabir berkata : "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah." ( HR. Muslim )

Aisyah r.a juga mengatakan : "Rasulullah S.A.W memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR. Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a : Jibril mendatangi Nabi S.A.W, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril ( meruqyahnya ), "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nam Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR. Muslim )

Uthman Bin Abil 'Ash r.a : datang menemui Rasulullah S.A.W mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah S.A..W berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim)  


- Serambi Awam -

Friday, April 20, 2012

ANGKAT SIRAH NABI DALAM SISTEM HIDUP

Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah (gambar) berkata, pada diri Nabi Muhammad S.A.W terdapat kelebihan yang tidak ada pada individu pemimpin lain di dunia ini, terutama sekali baginda adalah penutup segala nabi dan para rasul yang memiliki akhlak terpuji yang sepatutnya dijadikan rujukan dan teladan, perkara ini ditegaskan Allah S.W.T dalam al- Quran menerusi ayat 21 surah al - Ahzab yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik."

Syeikh Abdul Aziz yang juga Pengerusi Persatuan Ulama' dan Pengerusi Biro Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi berkata demikian dalam satu wawancara yang diadakan di pejabatnya dengan beliau mengingatkan semua pihak terutama para pemimpin umat Islam agar menjadikan Sirah Nabi Muhammad itu sebagai rujukan, panduan dan peringatan dalam segenap aktiviti kehidupan mereka.

Ini kerana, Nabi Muhammad S.A.W merupakan imam serta 'role model' dalam menjalankan dakwah, baginda juga adalah seorang 'motivator', penasihat agama, pemimpin para mufti dalam segenap bidang keagamaan, khatib yang unggul dan tokoh guru yang berwibawa dalam melahirkan insan-insan cemerlang dibawah asuhannya.

Jesteru, selayaknya sirah baginda dijadikan sistem dalam segenap kehidupan umat Islam agar kehidupan kita itu terarah kepada satu kebenaran yang terpimpin untuk mejuju jalan yang lurus di akhirat nanti, kerana apa yang terbit daripada diri baginda samaada tindakan, perbuatan, ungkapan atau kenyataan adalah wahyu dan ilham daripada Allah S.W.T, kerana baginda tidak akan bercakap berdasarkan hawa nafsu, melainkan wahyu yang diturunkan ke atas baginda.

Sumber : Harakah

- Serambi Awam -

Thursday, April 19, 2012

SEJARAH PEMBINAAN TAJ MAHAL

Taj Mahal (Bahasa Hindi : ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.


Sunday, April 15, 2012

Hukum Pilihanraya Di Sisi Islam

Pada asasnya, pilihan raya difahami sebagai proses pemilihan pimpinan - yang membentuk sebuah pemerintahan, daerah mahupun negara. Namun secara nisbinya, pilihan raya merupakan satu mekanisme kepada peraihan kekuasaan dari rakyat di dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan). Tradisi memilih dan mengganti pemimpin hanyalah melalui kutipan suara majoriti atau pilihan raya sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen. Cara ia dijalankan bergantung pada jenis pemerintahan sama ada pemerintahan republik, persekutuan ataupun beraja.

Di kebanyakan sistem politik demokrasi, beberapa jenis pilihan raya boleh didapati, bergantung kepada lapisan pemerintahan atau sempadan geografi. Antara yang biasa ditemui adalah:
  1. Pemilihan Presiden
  2. Pilihan raya umum
  3. Pilihan raya utama
  4. Pilihan raya parti
  5. Pilihan raya kecil


Tidak menjadi kesalahan kepada orang Islam untuk menyertai pilihan raya selama mana mereka hanya menghadkan aktiviti kepada melakukan amar makruf nahi mungkar, berdakwah, memeriksa dan mengkritik dasar kerajaan kerana perkara ini adalah sesuai dengan tuntutan syara'. Namun perlu dipastikan bahawa dia tidak terlibat dengan pengiktirafan undang-undang manusialah yang tertinggi dan tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang, ini kerana Allah S.W.T berfirman :

"..Sebenarnya (yang menentukan) hukum hanyalah bagi Allah.."

Adapun aktiviti perundangan itu sebenarnya juga tertakluk kepada tegahan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: 'Ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."

Begitu juga dengan kalam Allah SWT yang lain, yang dapat ditemukan di dalam kitab Al-Quran, kitab yang diimani tanpa sedikitpun keraguan terhadap isi kandungannya. Maka dari sini jelas bahawa segala bentuk penggubalan undang-undang mahupun peraturan hidup yang bukan berasal dari Allah SWT (dengan kata lain, wahyu) adalah tertolak.


Hukum pilihan raya di sisi Islam

Di sisi syara', pilihan raya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan). Penyempurnaan aqad wakalah mesti memenuhi rukun-rukunnya, iaitu;
  1. Ijab dan qabul
  2. Muwakkil - pihak yang mewakilkan
  3. Wakil - pihak yang mewakili
  4. Perkara yang diwakilkan
  5. Bentuk redaksi akad perwakilannya (sighat tawkil)
Ini berdasarkan kepada beberapa dalil dari hadis;

Dari Jabir bin Abdillah. Ia menuturkan, "saya hendak berangkat ke Khaibar, lalu saya menemui Rasulullah s.a.w. Baginda kemudian bersabda : Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq."

Dan dalam peristiwa baiat 'Aqabah II, Rasulullah S.A.W meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh).

Sementara yang menjadi isu utama dalam menetapkan hukum pilihan raya itu adalah 'perkara yang diwakilkan yang merupakan objektifnya, jika pasti bahawa calon yang ingin diundi itu dapat memastikan dirinya tidak terlibat dalam proses pembuatan undang dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan syariat, maka bolehlah datang mengundi untuk beliau, namun jika tidak adalah haram untuk bersubahat melantik menjadi wakil kepada benda yang diharamkan.
Ini berasaskan kaedah fiqh, al-wasilatu ila haraam, muharramah (sesuatu yang membawa kepada keharaman, maka ia juga haram).


Muhasabah pemerintah

Mengenai fungsi mengawasi negara dan memuhasabah para pemerintah, ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar. Ini adalah merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Oleh itu (untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan), terdapat syarat-syarat syarie yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat –syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah :-
  • Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem kapitalisme Barat dan kesemua sistem kufur.
  • Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam.
  • Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.
  • Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam.
  • Dia tidak akan masuk dalam pencalonan (parti) sekular, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur.
  • Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (dengan mereka yang menerapkan (hukum) serta mereka yang terlibat dengan perundangan) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang merupakan sandaran bagi mereka yang berlaku zalim. Allah S.W.T berfirman : 

    “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”  [TMQ Hud:113]
  • Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.


    Sumber : Wikipedia

    - Serambi Awam - 

Saturday, April 14, 2012

‘AMR BIN ‘ASH ( Membebaskan Mesir Dari Cengkeraman Rom )


Ada tiga orang asyraf Quraisy yang amat menyusahkan Rasulullah S.A.W disebabkan sengitnya permusuhan mereka terhadap dakwah baginda dan siksaan mereka terhadap para sahabatnya. Maka Rasulullah S.A.W sering berdoa dan memohon kepada Allah agar menurunkan azabnya pada mereka. Tiba-tiba sementara baginda berdoa dan memohon itu, turunlah wahyu atas kalbunya berupa ayat yang mulia ini:

“Tak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka, kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim”. (Q.S. 3 Ali Imran: 128)

Rasulullah S.A.W memahami bahawa maksud ayat itu ialah memerintahkannya agar menghentikan doa untuk menyiksa mereka serta menyerahkan urusan mereka kepada Allah semata-mata. Kemungkinan, mereka tetap berada dalam penganiayaan hingga akan menerima azab-Nya. Atau mereka bertaubat dan Allah menerima taubat mereka hingga akan mempereroleh rahmat kurnia-Nya.

Maka ‘Amr bin ‘Ash adalah salah satu dari tiga orang tersebut. Allah membuka bagi mereka jalan untuk bertaubat dan menerima rahmat, maka ditunjukiNya mereka jalan untuk menganuti Islam, dan ‘Amr bin ‘Ash pun beralih rupa menjadi seorang Muslim pejuang, dan salah seorang panglima yang gagah berani. Dan bagaimana pun juga sebahagian dari pendiriannya yang arah pandangannya tak dapat kita terima, namun peranannya sebagai seorang sahabat yang mulia, yang telah memberi dan berbuat jasa, berjuang dan berusaha, akan selalu membuka mata dan hati kita terhadap dirinya.

Dan di sini, di bumi Mesir sendiri, orang-orang yang memandang Islam itu adalah Agama yang lurus dan mulia, dan melihat pada diri Rasulnya S.A.W rahmat dan nikmat serta kurnia, serta penyampai kebenaran utama, yang menyeru kepada Allah berdasarkan pemikiran dan mengilhami kehidupan ini dengan sebahagian besar dari kebenaran dan ketaqwaan, orang-orang yang beriman itu akan memendam rasa cinta dan kasih kepada laki-laki, yang oleh takdir dijadikan alat-alat bagaimanapun untuk memberikan Islam ke ribaan Mesir, dan menyerahkan Mesir ke pangkuan Islam … ! Maka alangkah tinggi nilai hadiah itu, dan alangkah besar jasa pemberinya … ! Sementara lelaki yang ditakdirkan dan dicintai oleh mereka itu, itulah dia ‘Amr bin ‘Ash R.A.

 
Para muarrikh atau ahli-ahli sejarah biasa menggelarkan ‘Amr R.A dengan gelaran “Penakluk Mesir”. Tetapi, menurut kita gelaran ini tidaklah tepat dan bukan pada tempatnya. Mungkin gelaran yang paling tepat untuk ‘Amr R.A ini adalah “Pembebas Mesir”. Islam membuka negeri itu bukanlah menurut pengertian yang lazim digunakan di masa moden ini, tetapi maksudnya adalah bertujuan membebaskannya dari cengkaman dua kerajaan besar yang menimpa keatas negeri ini serta rakyatnya dipergunakan dan berlakunya penindasan yang dahsyat, iaitu imperium Parsi dan Rom ….
Mesir sendiri, ketika pasukan perintis tentera Islam memasuki wilayahnya, merupakan jajahan dari Rom, sementara perjuangan penduduk untuk menentangnya tidak membuahkan hasil apa-apa …. Maka tatkala dari tapal batas kerajaan-kerajaan itu bergema suara takbir dari pasukan-pasukan yang beriman: “Allahu Akbar, Allahu Akbar …. “, mereka pun dengan berduyun-duyun segera menuju fajar yang baru terbit itu lalu memeluk Agama Islam yang dengannya mereka menemukan kebebasan mereka dari kekuasaan kisra mahupun kaisar.

Jika demikian halnya, ‘Amr bin ‘Ash R.A bersama anak buahnya tidaklah menaklukkan Mesir! Mereka hanyalah merintis serta membuka jalan bagi Mesir agar dapat mencapai tujuannya dengan kebenaran dan mengikat norma dan peraturan-peraturannya dengan keadilan, serta menempatkan diri dan hakikatnya dalam cahaya kalimah-kalimah Ilahi dan dalam prinsip-prinsip Islam… !
‘Amr bin ‘Ash R.A amat berharap sekali akan dapat menghindarkan penduduk Mesir dan orang-orang Kopti dari peperang agar pertempuran terbatas antaranya dengan tentara Rom sahaja, yang telah menduduki negeri lain secara tidak sah, dan mencuri harta penduduk dengan sewenang-wenangnya ….

Oleh sebab itulah kita dapati beliau berbicara ketika itu kepada pemuka-pemuka golongan Nasrani dan uskup-uskup besar mereka, katanya: “Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad S.A.W membawa kebenaran dan menitahkan kebenaran itu …. Dan sesungguhnya beliau S.A.W telah menunaikan tugas risalahnya kemudian pulang setelah meninggalkan kami di jalan lurus yang terang benderang.

Di antara perintah-perintah yang disampaikannya kepada kami ialah memberikan kemudahan bagi manusia. Maka kami menyeru kalian kepada Islam …."Barang siapa yang memenuhi seruan kami, maka ia termasuk golongan kami, beroleh hak seperti hak-hak kami dan memikul kewajiban seperti kewajiban-kewajiban kami …. dan barang siapa yang tidak memenuhi seruan kami itu, kami tawarkan membayar pajak/cukai, dan kami berikan padanya keamanan serta perlindungan. Dan sesungguhnya Nabi S.A.W kami telah memberitakan bahawa Mesir akan menjadi tanggungjawab kami untuk membebaskannya dari penjajah, dan diwasiatkannya kepada kami agar berlaku baik terhadap penduduknya", sabdanya Nabi S.A.W : -

“Sepeninggalku nanti, Mesir, menjadi kewajiban kalian untuk membebaskannya, maka perlakukanlah penduduknya dengan baik, karena mereka masih mempunyai ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan kita … !” HR. Muslim (1)

Maka jika kalian memenuhi seruan kami ini, hubungan kita semakin kuat dan bertambah erat … !”
‘Amr R.A menyudahi ucapannya, dan sebahagian uskup dan pendeta menyerukan: “Sesungguhnya hubungan silaturrahim yang diwasiatkan Nabimu S.A.W itu adalah suatu pendekatan dengan pandangan jauh, yang tak mungkin disuruh hubungkan kecuali oleh Nabi S.A.W… !”

Percakapan ini merupakan permulaan yang baik untuk tercapainya saling pengertian yang diharapkan antara ‘Amr R.A dan orang-orang Kopti penduduk Mesir, walau panglima-panglima Romawi berusaha untuk menggagalkannya ….

‘Amr bin ‘Ash R.A tidaklah termasuk angkatan pertama yang memeluk Islam. Beliau memeluk Islam bersama Khalid bin Walid R.A tidak lama sebelum dibebaskannya kota Mekah ….
Anehnya keislamannya itu diawali dengan bimbingan Negus Raja Habsyi. Sebabnya ialah karena Negus ini kenal dan menaruh rasa hormat terhadap ‘Amr R.A yang sering berulang-balik ke Habsyi dan mempersembahkan barang-barang berharga sebagai hadiah bagi raja …. Di waktu kunjungannya yang terakhir ke negeri itu, tersebutlah berita munculnya Rasul yang menyebarkan tauhid dan akhlak mulia di tanah Arab.

(1) Hadits tersebut memberi petunjuk bahwa orang-orang Kopti di Mesir merupakan saudara mara dari Ismail A.S. …. Kerana ibunda Ismail A.S, Siti Hajar seorang wanita warga Mesir, disunting oleh Ibrahim A.S. menjadi isterinya, sewaktu beliau datang ke Mesir dan diberi hadiah oleh Fir’aun dan kemudian melahirkan Ismail A.S….

Maharaja Habsyi itu bertanyakan kepada ‘Amr R.A kenapa beliau tidak hendak beriman dan mengikutinya, padahal orang itu benar-benar utusan Allah? “Benarkah begitu…?” tanya ‘Amr R.A kepada Negus. “Benar”, ujar Negus, “Turutilah petunjukku, hai ‘Amr dan ikutilah dia! Sungguh dan demi Allah, beliau adalah di atas kebenaran dan akan mengalahkan orang-orang yang menentangnya… !”


Dengan pantasnya ‘Amr R.A terjun mengharungi lautan kembali ke kampung halamannya, lalu mengarahkan langkahnya menuju ke Madinah untuk menghambakan diri kepada Allah S.W.T.
Dalam perjalanan ke Madinah itu beliau bertemu dengan Khalid bin Walid R.A dan Utsman bin Thalhah, yang juga datang dari Mekah dengan maksud hendak ber bai’at kepada Rasulullah S.A.W.

Demi Rasul S.A.W melihat ketiga orang itu datang, wajahnya pun berseri-seri, lalu berkata pada sahabat-sahabatnya : “Mekah telah melepaskan jantung-jantung hatinya kepada kita …. ” Mula-mula tampil Khalid R.A dan mengangkat bai’at. Kemudian majulah ‘Amr R.A dan katanya: “Wahai Rasulullah S.A.W … ! Aku akan bai’at kepada anda, asal saja Allah mengampuni dosa-dosaku yang terdahulu … !”
Maka jawab Rasulullah S.A.W : “Hai ‘Amr! Bai’atlah, karena Islam menghapus dosa-dosa yang sebelumnya … !”

‘Amr R.A pun bai’at, dan diletakkannya kecerdikan dan keberaniannya dalam derma baktinya kepada agamanya yang baru iaitu Islam. Tatkala Rasulullah S.A.W berpindah ke Rafiqul A’la, ‘Amr R.A sedang berada di Oman menjadi gabenornya. Dan di masa pemerintah Umar R.A, jasa-jasanya dapat disaksikan dalam peperangan-peperangan di Syria, kemudian dalam membebaskan Mesir dari penjajahan Rom.
Wahai, kenapa ‘Amr bin ‘Ash tidak menahan keinginan peribadinya untuk dapat berkuasa! Seandainya demikian, tentulah beliau akan dapat mengatasinya dengan mudah sebahagian kesulitan yang dialaminya disebabkan keinginannya ini … !

Tetapi keinginannya ingin berkuasa ini, sampai suatu batas tertentu, hanyalah merupakan gambaran lahir dari tabiat bathinnya yang bergejolak dan dipenuhi bakat … !
Bahkan bentuk tubuh, cara berjalan dan bercakapnya, memberi isyarat bahwa beliau diciptakan untuk menjadi amir atau penguasa … ! Hingga pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Amirul Mu’minin Umar bin Khatthab R.A melihatnya datang. Beliau tersenyum melihat caranya berjalan itu, lalu katanya: “Tidak pantas bagi Abu Abdillah untuk berjalan di muka bumi kecuali sebagai amir … !”
Sungguh, sebenarnya ‘Amr atau Abu Abdillah tidak mengurangkan hak dirinya ini … ! Bahkan ketika bahaya-bahaya besar datang mengancam Kaum Muslimin, ‘Amr R.A menghadapi peristiwa-peristiwa itu dengan cara seorang amir … seorang amir yang cerdik dan licik serta berkemampuan, menyebabkannya percaya akan dirinya, serta yakin akan keunggulannya … !

Tetapi di samping itu ia juga memiliki sifat amanah, menyebabkan Umar bin Khatthab R.A -seorang yang terkenal amat teliti dalam memilih gabenor-gabenornya – menetapkan beliau sebagai gabenor di Palestin dan Yordania, kemudian di Mesir selama hayatnya Amirul Mu’minin ini ….
Bahkan ketika Amirul Mu’minin R.A mengetahui bahawa ‘Amr R.A, dalam kesenangan hidup telah melampaui batas yang telah digariskannya terhadap para pembesamya, dengan tujuan agar taraf hidup mereka setaraf atau hampir sama dengan taraf hidup umumnya rakyat biasa, maka khalifah tidaklah memecatnya, hanya mengirimkan Muhammad bin Maslamah R.A dan memerintahkannya agar membagi dua semua harta dan barang ‘Amr R.A, lalu meninggalkan untuknya separuh sahaja, sedang yang separuhnya iagi hendaklah dibawanya ke Madinah untuk Baitul mal.

Seandainya Amirul Mu’minin R.A mengetahui bahawa keinginan ‘Amr R.A terhadap kekuasaan sampai menyebabkannya agak lalai terhadap tanggung jawabnya, tentulah jiwanya yang waspada itu tidak akan membiarkannya memegang kekuasaan walau untuk sekejap sekalipun … !

‘Amr bin ‘Ash R.A adalah seorang yang berfikiran tajam, cepat bertindak dan berpandangan jauh … hingga Amirul Mu’minin Umar R.A, setiap kali beliau melihat seseorang yang singkat akal, dirtepukkan kedua telapak tangannya dengan keras kerana hairannya, Seraya berkata :
“Subhanallah … ! Sesungguhnya Pencipta orang ini dan Pencipta ‘Amr bin ‘Ash R.A hanyalah Tuhan Yang Esa, keduanya sama benar … !” Di samping itu beliau juga seorang yang amat berani dan berjiwa keras….




Pada beberapa peristiwa dan suasana, keberaniannya itu disisipinya dengan kelihaiannya (kelicikannya), hingga ada yang menyangka beliau sebagai pengecut atau penakut. Padahal itu hanya sebagai tipu muslihat yang istimewa oleh ‘Amr R.A, digunakannya secara tepat dan dengan kecerdikan yang mengkagumkan untuk membebaskan dirinya dari bahaya yang mengancam … !
Amirul Mu’minin Umar R.A mengetahui akan bakat dan kelebihan beliau itu, serta memahami dengan seadanya.

Oleh sebab itu sewaktu beliau dikirimnya ke Syria sebelum pergi ke Mesir, dikatakan orang kepada Umar R.A bahawa tentara Rom dipimpin oleh Arthabon, maksudnya panglima yang lihai dan gagah berani.

Jawapan Umar R.A ialah: “Kita hadapkan arthabon Rom kepada arthabon Arab, dan baiklah kita saksikan nanti bagaimana akhir kesudahannya Ternyata bahawa pertarungan itu berkesudahan dengan kemenangan mutlak bagi arthabon Arab dan ahli tipu muslihat mereka yang ulung ‘Amr bin ‘Ash R.A, sehingga arthabon Rom, meninggalkan tentaranya menderitai kekalahan dan meluputkan diri ke Mesir …, tidak lama kemudian itu disusuli oleh ‘Amr R.A ke negeri itu untuk membiarkan bendera dan panji-panji Islam di kibarkan dengan aman damai….

Banyak lagi peristiwa, di mana kecerdikan dan kelicikan ‘Amr R.A yang terserlah! Dalam hal ini kita tidak memasukkan perbuatan sehubungan dengan Abu Musa al-’Asy’ari pada peristiwa tahkim, yakni ketika kedua mereka menyetujui bahwa masing-masing akan melucutkan Ali dan Mu’awiyah R.A dari jabatan mereka, agar urusan itu dikembalikan kepada Kaum Muslimin untuk mereka musyawarahkan bersama. Ternyata Abu Musa R.A melaksanakan hasil persetujuan tersebut, sementara ‘Amr R.A tidak melaksanakannya ….

Sekiranya kita ingin menyaksikan bagaimana kelicikan serta kesediaan tanggapannya, maka pada peristiwa yang dialaminya bersama komandan benteng Babylon di saat peperangannya dengan orang-orang Rom di Mesir, atau menurut riwayat-riwayat lain, bersama arthabon Rom di pertempuran Yarmuk di Syria … ! Yakni ketika beliau diundang oleh komandan benteng atau oleh arthabon untuk berunding, dan sementara itu komandan Rom telah menyuruh beberapa orang anak buahnya untuk menggulingkan batu besar ke atas kepalanya sewaktu beliau hendak pulang meninggalkan benteng itu, sementara segala sesuatu dipersiapkan, agar rancangan tersebut dapat berjalan lancar dan membuahkan hasil dari apa yang diinginkan mereka ….

‘Amr pun berangkat menemui komandan, tanpa sedikit pun menaruh curiga, dan setelah berunding mereka berpisahlah. Tiba-tiba dalam perjalanannya ke luar benteng, terkilaslah olehnya di atas tembok, gerakan yang mencurigakan, hingga membangkitkan gerakan refleksnya dengan amat cepatnya, dan dengan tangkas berhasil menghindarkan diri dengan cara yang mengagumkan ….

Dan beliau kembali mendapatkan komandan benteng dengan langkah-langkah yang tepat dan tegap serta kesadaran tinggi yang tidak pernah goyah, seolah-olah beliau tidak dapat dikejutkan oleh sesuatu pun dan tidak dapat dipengaruhi oleh rasa curiga. Kemudian beliau masuk ke dalam, lalu berkata kepada komandan: “timbul dalam hatiku suatu fikiran yang ingin kusampaikan kepada anda sekarang ini ….. Di pos komandoku sekarang ini sedang menunggu segolongan sahabat Rasul S.A.W, angkatan pertama masuk Islam, yang pendapat mereka biasa didengar oleh Amirul Mu’minin R.A untuk mengambil sesuatu keputusan penting. Bahkan setiap kali mengirim tentera, mereka selalu diikutsertakan untuk mengawasi tindakan tentera dan langkah-langkah yang mereka ambil. Maka maksudku hendak membawa mereka ke sini agar dapat mendengar dari mulut kamu apa yang telah kudengar, hingga mereka beroleh penjelasan yang sebaik-baiknya mengenai urusan kita ini … !”

Komandan Rom itu secara bersahaja dan menganggap ‘Amr terlepas dari lobang jarum, dengan sikap gembira ia menyetujui usul ‘Amr R.A, hingga bila ‘Amr R.A nanti kembali dengan sejumlah besar pimpinan dan panglima Islam pilihan, ia akan dapat menjebakkan mereka semua, daripada hanya ‘Amr seorang dan secara sembunyi-sembunyi hingga tidak diketahui oleh ‘Amr, dipertahanlah untuk tidak mengganggu ‘Amr dan menyiapkan kembali perangkap yang disediakan untuk panglima Islam tadi, agar dapat memerangkap dan menghabisi para pemimpin mereka yang utama ….
Lalu dilepasnya ‘Amr dengan besar hati, dan disalaminya…, disambut oleh ahli siasat dan tipu muslihat Arab itu dengan tertawa dalam hati ….

Dan di waktu subuh keesokan harinya, dengan memacu kudanya yang berteriak keras dengan nada bangga dan mengejek, ‘Amr R.A kembali memimpin tenteranya menuju benteng.
Memang, kuda itu merupakan suatu makhluk lain yang banyak mengetahui kelihaian dan kecerdikan tuannya … !

Dan pada tahun ke-43 Hijrah, wafatlah ‘Amr bin ‘Ash R.A di Mesir, sewaktu ia menjadi gabenor di sana…. Di saat-saat akhirnya itu, beliau mengemukakan riwayat hidupnya itu secara bersahaja, katanya: “Pada mulanya aku ini seorang kafir, dan orang yang amat keras sekali terhadap Rasulullah S.A.W hingga seandainya aku meninggal pada saat itu, pastilah sebagai ahli neraka … !

Kemudian aku bai’at kepada Rasulullah S.A.W, maka tidak seorang pun di antara manusia yang lebih kucintai, dan lebih mulia dalam pandangan mataku selain daripada beliau Nabi Muhammad S.A.W. Dan seandainya aku diminta untuk melukiskannya, maka aku tidak sanggup kerana disebabkan hormatku kepadanya, aku tidak rela menatapnya sepenuh mataku … !

Maka seandainya aku meninggal pada saat itu, besar harapan akan menjadi penghuni syurga Kemudian setelah itu, aku diberi ujian dengan beroleh kekuasaan begitupun dengan hal-hal lain. Aku tidak tahu, apakah ujian itu akan membawa keuntungan bagi diriku ataukah kerugian… !”

Lalu diangkatnya kepalanya ke arah langit dengan hati yang tunduk, sambil bermunajat kepada Tuhannya Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, katanya: “Ya Allah, aku ini orang yang tak luput dari kesalahan, maka mohon dimaafkan aku yang tidak sunyi dari kelemahan, maka mohon diberi pertolongan… ! Sekiranya aku tidak beroleh rahmat kurnia-Mu, pasti celakalah nasibku… !”

Demikianlah beliau asyik dalam bermohon dan berhina diri hingga akhirnya rohnya diangkat naik ke langit tinggi, di sisi Allah Rabbul- ‘izzatl, sementara akhir ucapan penutup hayatnya, ialah : La ilaha illallah ….
Di pangkuan bumi Mesir, negeri yang diperkenalkannya dengan ajaran Islam itu, bersemayamlah tubuh kasanya….

Dan di atas tanahnya yang keras, majlisnya yang selama ini digunakannya untuk mengajar, mengadili dan mengendalikan pemerintahan, masih tegak berdiri melalui kurun waktu, dinaungi oleh atap masjidnya yang telah berusia lanjut “Jami’u ‘Amr”, yakni masjid yang mula pertama didirikan di Mesir, yang disebut di dalamnya asma Allah Yang Tunggal lagi Esa serta dikumandangkan ke setiap sudutnya dari atas mimbarnya kalimah-kalimah Allah serta pokok-pokok Agama Islam ….


Olahan semula : Shahrin Nikman

- Serambi Awam -

Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan: Satu tuntutan keadilan

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan negara kita sebagaimana yang tercatat dalam buku-buku sejarah. Detik bersejarah ini telah dimulakan dengan penurunan bendera Union Jack (bendera British) di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur tepat pukul 12 malam.

Keesokan harinya barulah diisytiharkan Merdekanya Tanah Melayu dari penjajah British dengan laungan Merdeka! oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
Namun demikian, beberapa persoalan timbul disebalik fakta sejarah kemerdekaan negara kita yang sedia ada iaitu: Adakah Umno dan Perikatan (Umno, MCA dan MIC) sahaja dari mula hingga akhir yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu?


Sejarah acuan pemerintah

Apakah buku-buku sejarah yang ditulis pada hari ini berasaskan kepada fakta sebenar ataupun berasaskan kepada acuan pemerintah? Benarkah hanya Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Umno sahaja yang bersungguh terlibat memerdekakan negara kita?

Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan ramai lagi berserta dengan pertubuhan-pertubuhan pimpinan mereka Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) untuk memerdekakan negara kita?

Kepentingan Penulisan Pensejarahan Semula Perjuangan Kemerdekaan

Adalah diakui bahawa tajuk ini sememangnya penuh kontroversi dan menjadi pertikaian sejak sekian lamanya. Penelitian kembali dari perspektif kajian Sains Politik dan Sejarah adalah mustahak bagi membolehkan usaha-usaha untuk mengembalikan keadilan dan kebenaran dalam penulisan pensejarahan fakta perjuangan kemerdekaan negara ini, mampu dilaksanakan oleh pengemblengan semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan.

Penulisan pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan adalah wajar, dhoruri dan satu kemestian kerana, untuk:
i. Memberikan kefahaman yang jelas dan benar tentang kemerdekaan
ii. Menjamin sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak terus diselindung,
iii. Memastikan generasi muda dan rakyat seluruhnya tidak terkeliru
iv. Mengembalikan semula keadilan dan kebenaran

I. Memberikan kefahaman yang jelas dan benar tentang kemerdekaan

Menekuni aspek sejarah dan faktanya secara menyeluruh dalam membicarakan sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini amat penting. Ini untuk memastikan kefahaman kita berkaitan dengan kemerdekaan dan sejarah perjuangannya difahami dengan jelas, telus, adil, rasional dan tanpa pertimbangan yang salah dan berat sebelah.

Ia amat perlu kerana penulisan pensejarahan kemerdekaan negara sejak 48 tahun yang lalu tidak transparen dan adil dalam penyampaiannya pada umum.

Sejarah Awal Perjuangan Kemerdekaan

Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh dari Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan bangsa kita, memang banyak golongan telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan-tenaga dan nyawa.

Ketika Portugis menyerang Melaka, Bendahara Paduka Raja muncul sebagai pemimpin yang menentang serangan itu. Lebih tiga abad kemudian, penjajah Inggeris cuba menakluki negeri-negeri Melayu, timbul pula pembesar-pembesar Melayu terkenal: Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi yang bangkit melawan kuasa penjajah.

Dalam perjuangan menentang penjajah untuk mempertahan kedaulatan bangsa ini, dapat dilihat dua tradisi yang jelas. Pertama, tradisi melawan atau menentang penjajah habis-habisan. Kedua, tradisi bekerjasama atau bersubahat dengan penjajah.

Mereka yang menentang ada yang dibunuh, diburu, dibuang negeri dan dilucut kedudukan mereka. Yang menang pula kemudian diupah dengan pangkat, martabat dan kekayaan. (Dr. Syed Husin Ali "Hormati semua pejuang kemerdekaan"

Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan. Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.

Pejuang kemerdekaan sebenar

Antaranya ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin (Ini adalah kumpulan pejuang
kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).

Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.

Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.

Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua).
Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).

Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.

Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.

Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.



Penghakiman sejarah yang adil

Justeru, amat perlu untuk menekuni kesemua fakta sejarah kemerdekaan dengan mengambil kira semua peranan yang dimainkan oleh sesiapa juga; baik pemimpin ataupun rakyat biasa di semua peringkat dalam usaha memerdekan negara ini.

Ini penting demi menjamin penghakiman sejarah yang adil bagi mereka yang berjuang secara bersungguh untuk merdeka; kesungguhan perjuangan yang bukan hanya terhad di meja perundingan tapi juga sanggup berkorban nyawa demi memerdekakan tanah air dan membela maruah agama serta bangsa.

II. Menjamin sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak terus diselindung

Tegasnya, sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka pada 31 Ogos 1957, laungan ini sudah bergema dan banyak babak-babak sejarah yang dimainkan bukan hanya Umno atau Perikatan.
Parti Komunis Malaya bersama parti-parti nasionalis Melayu yang diharamkan telah mengangkat senjata menentang British. Adullah CD, Rashid Maydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah antara pemimpin-pemimpin yang turut berjuang untuk kemerdekaan (Hishamuddin Rais "merdeka dan sejarahnya")
Begitu juga halnya dengan pertubuhan yang dilabel berhaluan kiri. Fakta sejarah menegaskan wujudnya parti-parti politik nasionalis Melayu mendahului Umno dalam perjuangan kemerdekaan. Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang di pimpin oleh Mokhtaruddin Lasso ditubuhkan pada 17 Oktober 1945.

Bersama parti ini ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) dan pada 14 Mac 1948 ditubuhkan pula Hizbul Muslimin. Ini semua adalah jaringan gerakan nasionalis Melayu yang menuntut merdeka dari British

Indoktrinasi Umno

Realitinya pada hari ini, indoktrinasi yang cuba dan sentiasa diterapkan oleh Umno khususnya dan regu kuat politiknya-MCA dan MIC bahawasanya, merekalah pelopor kepada perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.

Buku-buku sejarah yang digunakan di sekolah, penulisan-penulisan sejarah dan politik tanah air di institut pengajian tinggi juga bahan-bahan bacaan dan tatapan umum yang berorientasikan sejarah, hebat memperkatakan kesungguhan Umno dan Perikatan dalam membawa kemerdekaan.
Merujuk kepada sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia hari ini, banyak fakta yang dinafikan kerajaan yang memerintah. Ini jelas apabila sejarah perjuangan para pemimpin dan pertubuhan selain Umno/Perikatan serta rakyat biasa seolah-olah tidak diiktiraf.

Ini dapat dibuktikan bilamana, penulisan pensejarahan perjuangan kemerdekaan hari ini masih melabelkan Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan seangkatan dengan mereka serta pertubuhan mereka sebagai golongan radikal dan berhaluan kiri. Juga, mereka ini hanya berperanan kecil dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu.

Ini satu ketidakadilan dalam pengungkapan sejarah, kerana fakta sejarah sebenar telah menegaskan Umno dan Perikatan hanya menyambung usaha menuntut kemerdekaan daripada British setelah pemimpin-pemimpin yang di labelkan radikal ini ditahan oleh British.

Perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan sedari awal bukanlah dipelopori oleh Umno/Perikatan tetapi pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan yang berhaluan kiri tersebut. Inilah fakta kebenaran yang dinafi dan diselindung.

III. Memastikan generasi muda dan rakyat seluruhnya tidak terkeliru

Generasi muda dan rakyat keseluruhannya telah dikeliru dan terkeliru; ditipu dan tertipu dengan fakta sebenar perjuangan kemerdekaan. Menyeleweng dan menyelindung kebenaran fakta sejarah perjuangan kemerdekaan adalah satu pengkhianatan terhadap sejarah perjuangan bangsa.
Ia mencemar perjuangan dan pengorbanan suci pejuang-pejuang terdahulu dalam membela maruah bangsa dan agama. Pengolahan dan pengungkapan fakta sejarah yang berat sebelah dalam penyataan memerdekakan Tanah Melayu beralasankan untuk mengelakkan kontroversi dan mencetuskan provokasi dalam masyarakat adalah hujah yang amat dangkal.

Ini kerana ia tidak akan membentuk kesatuan dan keharmonian dalam sambutan kemerdekaan pada setiap tahun. Generasi baru daripada salasilah keluarga tokoh-tokoh yang dilabelkan sebagai radikal dan kiri (Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir Chin Peng dll.) pada hari ini, tidak akan mengiktiraf kemerdekaan yang disambut disebabkan penafian peranan datuk-datuk mereka dalam memerdekakan Tanah Melayu dalam penulisan sejarah tanah air.

Justeru, selagi mana fakta sejarah sebenar dirahsiakan dengan menonjolkan pejuang-pejuang kemerdekaan secara selektif; dengan menyatakan perjuangan menuntut kemerdekaan hanyalah dipelopori oleh pertubuhan moderat Melayu iaitu Umno, lantas menafikan peranan para pemimpin dan pertubuhan lain, maka selagi itulah semangat meraikan kemerdekaan secara bersama tidak akan tercapai.



Sambutan bermakna

Bilamana semua warga memaklumi fakta sejarah perjuangan kemerdekaan yang sebenar dan hakikat sejarah ini diterima, barulah sambutan kemerdekaan akan lebih dirasakan maknanya. Perkongsian sejarah bukan eksklusif untuk satu kelompok yang dari sejarahnya pula kurang tepat.

Sekiranya, semua warga diberitahu kelak menerusi pensejarahan semula bahawasanya, kemerdekaan Negara ini adalah perjuangan anak semua bangsa dan Negara ini juga untuk anak semua bangsa, maka sambutan kemerdekaan ini tidak lagi memerlukan peringatan dan pengumuman kerajaan. Ini kerana ianya milik bersama dan semua anak bangsa Malaysia.

IV. Mengembalikan semula keadilan dan kebenaran

Penekunan dan penelitian kembali fakta-fakta sejarah dahulu dapat memberikan kefahaman yang mendalam pada kita untuk memahami keadaan sosio-politik hari ini. Yang terdahulu melahirkan yang terkini dan yang terkini akan menimbulkan yang akan datang. Kesatuan Melayu Muda diharamkan lebih awal dari parti-parti yang lain. KMM diharamkan oleh fasis Jepun semasa Jepun datang menjajah tanah Melayu.

Tanggal 20 Jun 1948 penjajah British telah mengisytiharkan 'darurat' di Tanah Melayu. Ini adalah akibat terdesak kerana rakyat Tanah Melayu telah bangun menentang mereka. Langkah pertama yang dilakukan British ialah mengharamkan parti-parti politik yang betul-betul menentang mereka (PKMM,API dll.)
Apa yang tinggal ialah parti-parti politik seperti Umno, MCA, MIC. Parti-parti yang tersusun rapi dan berupaya melawan British telah diharamkan. Parti-parti yang diharamkan ini tidak memainkan sentimen perkauman dan berkemungkinan menggalang kesatuan rakyat semua bangsa. Ini sebenarnya mengancam kepentingan British di Malaya.

Maka, dari latar belakang inilah munculnya United Malay National Organization (Umno) satu pertubuhan Melayu yang hingga ke hari ini masih memakai nama Inggerisnya. Dari nama pertubuhan ini sudah dapat ditelah bahawa ini adalah penggabungan badan-badan dan kumpulan-kumpulan Melayu yang akhirnya diiktiraf oleh British sebagai parti politik.

Direstui British

Umno kemudiannya bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam Perikatan. Kumpulan politik yang bergabung di bawah Perikatan lebih diyakini dan direstui British. Para pemimpin ini juga lebih senang dan selesa untuk mengikut dasar yang diletakkan oleh British. (Hisahmuddin Rais, 'Merdeka dan sejarahnya')
Tegasnya, dalam perjuangan menentang penjajahan demi memerdekakan Tanah Melayu, kedapatan juga dua tradisi yang sama, iaitu: tradisi kerjasama serta kompromi dengan penjajah dan tradisi perlawanan serta penentangan terhadap penjajah. Penilaian dan justifikasi kita mungkin berbeza terhadap kedua-dua tradisi ini. Namun, adalah perlu untuk kita memberi pengiktirafan yang seimbang kepada tokoh-tokoh dan parti-parti penting dari kedua-dua tradisi ini.

Penutup dan kesimpulan

Adalah jelas bahawasanya sejarah perjuangan kemerdekaan pada hari ini tidak benar-benar mengungkapkan fakta pensejarahan yang tepat. Banyak fakta yang diselindung dan diseleweng khususnya bila melibatkan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang tidak sealiran prinsip perjuangannya dengan Umno dan Perikatan.
Seharusnya, kita memandang berat dan menghormati pandangan Tun Dr. Ismail, dengan mengikuti nasihatnya iaitu sebagaimana yang diungkapkan pada tahun 1972 : "sumbangan semua golongan, termasuk golongan kiri' mesti dihormati.' (Dr S.Husin Ali), 'Hormati semua pejuang kemerdekaan'. Sungguhpun beliau tidak menyebut satu-persatu golongan tersebut, maksudnya agak jelas.

Tiada siapa yang seharusnya menafikan peranan Tunku dan Umno untuk akhirnya mendapatkan kemerdekaan dari kerajaan Inggeris menerusi perundingan. Memang salah jika ada pihak yang mengatakan mereka tidak memberikan sumbangan sama sekali.

Tetapi sebaliknya, salah juga jika kita tidak mengiktiraf sama sekali peranan dan sumbangan oleh golongan-golongan lain, termasuk golongan ulama, bangsawan tradisional dan tokoh serta pertubuhan 'kiri' yang disebut tadi.

Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan Negara ini amat penting demi menjamin keadilan dan kebenaran fakta sejarah kemerdekaan keseluruhannya. Ini kerana kita tidak mahu "The victor writes history, the loser writes poetry"(Yang juara menulis sejarah, yang kalah menulis sajak).

Sumber :  Pusat Penyelidikan PAS Pusat   

- Serambi Awam -

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

Kita sebagai rakyat sentiasa ingin kan sebuah negara yang berada dibawah pemerintahan yang Adil, Amanah, Memperjuangkan Nasib Rakyat serta yang mendukung Islam sebagai agama rasmi tanpa ada sebarang ketirisan.

Dan sistem pemerintahan Islam sewaktu zaman Rasulullah S.A.W adalah wajar kita contohi dan ikuti (Sunnah), begitu juga dengan zaman-zaman pemerintahan islam dizaman khalifah yang mana islam berkembang dengan pesat serta luas empayarnya.

Posting pendek saya ini adalah ingin menyatakan 4 perkara utama yang perlu di titik beratkan dalam malaksanakan sistem pemerintahan berlandaskan islam untuk keharmonian dan kemajuan sesebuah negara...iaitu :

  • PERUBATAN
  • PENDIDIKAN
  • AIR
  • PENTERNAKAN & PERTANIAN 
 Jika empat perkara itu diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan amanah oleh setiap pemerintah, insyaAllah negara akan aman, harmoni, sejahtera dan maju serta diberkati Allah S.W.T.

Sama2 kita kaji dan rungkai kan.

- Serambi Awam -

Tuesday, April 10, 2012

ABDULLAH BIN AL-MUBARAK


Abu Abdurrahman Abdullah bin al-Mubarak al-Hanzhali al-Marwazi lahir pada tahun 118 Hijriah / 736 Masihi. Ayahnya seorang Turki dan ibunya seorang Persia. Beliau adalah seorang ahli Hadis yang terkemuka dan seorang zahid termasyhur. Abdullah bin Mubarak telah belajar di bawah bimbingan beberapa orang guru, baik yang berada di Merv mahupun di tempat-tempat lainnya, dan ia sangat ahli di dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan, antara lain dalam bidang gramatika dan kesasteraan. Beliau adalah seorang saudagar kaya yang banyak memberi bantuan kepada orang-orang miskin. Beliau meninggal dunia di kota Hit yang terletak dipinggir sungai Euphrat pada tahun 181 H/797 M. Banyak karya-karyanya mengenai Hadits, salah satu di antaranya dengan tema “Zuhud masih dapat kita jumpai hingga waktu sekarang ini.”

Perbezaan Ikan Keli Halal & Haram

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal da...n yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.