Sunday, April 8, 2012

Merancang Proses Rakaman Muzik Anda


Salah satu daripada langkah-langkah yang paling penting untuk rakaman yang berjaya adalah merancang apa yang anda akan lakukan sebelum memulakan langkah yang pertama. Merancang, atau 'Pre-Production' adalah lebih baik dimana ianya berpotensi dan mungkin boleh memendekkan masa serta memudahkan kerja anda. 

Saya bersetuju. 'Winging it' adalah penting apabila anda sedang mencari idea-idea untuk projek rakaman dan anda mahu ianya menjadi pemangkin terhadap proses kreatif pemikiran anda pada setiap gerak kerja yang anda lakukan. Tetapi jika anda cuba untuk merakamkan sebuah lagu penuh tanpa ada perancangan, sebenarnya apa yang anda akan lakukan itu, tidak lain dan tidak bukan anda meletakkan diri anda dalam keadaan yang sukar. Tiga minggu selepas anda memulakan proses rakaman, baru anda sedar bahawa anda tidak berpuas hati dengan cara kerja anda itu maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain untuk bermula kembali dari proses awal. Buang masa!!. Jadi di sini adalah untuk membincangkan panduan atau cara perancangan yang mudah agar dapat membantu anda mengelakkan timbulnya rasa  kecewa dengan kerja rakaman yang hampir selesai. 

Pertama, hanya merakamkan 'track demo' yang simple, tanpa metronome, jangan hiraukan tentang bagaimana ianya kedengaran (bunyi nya). Hanya membuat rakaman secara kasar / bersahaja dengan satu mikrofon, cuba kekalkan ia dalam keadaan cepat dan semudah yang mungkin dan ini adalah agak mudah jika anda cuba untuk merakamkan suara penyanyi yang merangkap pencipta lagu.


Kemudian,anda perlu mengambil beberapa hari untuk hanya mendengar dan menjiwai (feel) lagu dalam bentuknya yang asal. Selepas anda mendengar berulang kali, anda akan mendapat satu idea, rentak apa yang anda mahukan, susunan muzik yang sesuai untuk lagu itu dan alat muzik (instrument) yang anda mahu himpunkan mengikut kesesuaian, ambil perhatian terhadap idea itu dengan membuat sedikit nota (catitan). Apa yang akan berlaku pada peringkat ini adalah bahawa struktur lagu akan berubah beberapa kali dan anda mungkin mahu menokok tambah, memperbaiki dan sebagainya. Pastikan anda berusaha gigih dan menumpukan sepenuh perhatian sebelum anda memulakan proses rakaman yang terakhir (proper recording).



Selepas anda telah mengambil atau menumpukan sepenuh perhatian keatas semua idea-idea baru anda pada lagu, anda akan mulakan proses merakamkan alatan muzik yang anda pilih tadi pada track recording dengan panduan 'metronome' (guide) dalam tempo yang anda mahukan. Sekali lagi, anda tidak perlu untuk membuat rakaman dengan bunyi yang merumitkan (complicated), kerana anda mungkin akan kembali merakamkan alat muzik yang sama pada track tersebut, cukup sekadar merakamkan dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan feel lagu tersebut.. 

Bahawasanya sekarang, anda sudah mempunyai rangka kerja asas untuk lagu anda, dan anda boleh mula merakamkan instrument lain mengikut idea-idea yang anda ingat dan catat tadi dan membuat sebaik mungkin agar anda dapat menghasilkan bunyi yang sama seperti yang anda mahukan 

Cheers and Happy Recording!
-Serambi Awam-

No comments:

Post a Comment