Friday, April 20, 2012

ANGKAT SIRAH NABI DALAM SISTEM HIDUP

Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah (gambar) berkata, pada diri Nabi Muhammad S.A.W terdapat kelebihan yang tidak ada pada individu pemimpin lain di dunia ini, terutama sekali baginda adalah penutup segala nabi dan para rasul yang memiliki akhlak terpuji yang sepatutnya dijadikan rujukan dan teladan, perkara ini ditegaskan Allah S.W.T dalam al- Quran menerusi ayat 21 surah al - Ahzab yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik."

Syeikh Abdul Aziz yang juga Pengerusi Persatuan Ulama' dan Pengerusi Biro Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi berkata demikian dalam satu wawancara yang diadakan di pejabatnya dengan beliau mengingatkan semua pihak terutama para pemimpin umat Islam agar menjadikan Sirah Nabi Muhammad itu sebagai rujukan, panduan dan peringatan dalam segenap aktiviti kehidupan mereka.

Ini kerana, Nabi Muhammad S.A.W merupakan imam serta 'role model' dalam menjalankan dakwah, baginda juga adalah seorang 'motivator', penasihat agama, pemimpin para mufti dalam segenap bidang keagamaan, khatib yang unggul dan tokoh guru yang berwibawa dalam melahirkan insan-insan cemerlang dibawah asuhannya.

Jesteru, selayaknya sirah baginda dijadikan sistem dalam segenap kehidupan umat Islam agar kehidupan kita itu terarah kepada satu kebenaran yang terpimpin untuk mejuju jalan yang lurus di akhirat nanti, kerana apa yang terbit daripada diri baginda samaada tindakan, perbuatan, ungkapan atau kenyataan adalah wahyu dan ilham daripada Allah S.W.T, kerana baginda tidak akan bercakap berdasarkan hawa nafsu, melainkan wahyu yang diturunkan ke atas baginda.

Sumber : Harakah

- Serambi Awam -

No comments:

Post a Comment